Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Petikan Buku : The Success Principles


(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )

************************************************

“Semua yang berlaku pada masa silam sebenarnya cukup sempurna. Semua yang berlaku pada masa silam membawa kita ke saat perubahan ini.”

“Acap kali dalam usaha mengejar impian,kita menghadapi rintangan dan berasa perjalanan kita tersekat. Ini perkara biasa.”

“ 99% kegagalan datang daripada orang yang gemar mencari alasan.”

“Biarkan sahaja kisah silam berlalu pergi. Apa yang penting sekarang adalah,mulai saat ini,kita memilih bertanggungjawab 100% atas kehidupan kita.”

"Bagi setiap sebab sesuatu itu mustahil dilakukan,terdapat ratusan orang yang menghadapi keadaan serupa tetapi sudah berjaya."

"Bukan keadaan luaran yang menyekat kita. Diri kita sendiri yang menyekat kita."

"Hari kita mengubah tindakan kita adalah hari hidup kita mula berubah menjadi lebih baik."

"Sekiranya kita mahu berjaya,kita perlu mengakui kebenaran ini, iaitu diri sendirilah yang menjadi sebab kegagalan."

"Kita sentiasa merungut dan terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak pernah berpuas hati."

"Terima sahaja hakikat yang kita sendiri membuat pilihan supaya berada di tempat sekarang. Ambil tanggungjawab kerana itu pilihan sendiri dan berhenti merungut."

"Jangan sia-siakan masa hidup kamu. Tetapkan yang kamu dapat melakukan apa sahaja yang kamu mahu dan berusaha ke arah itu."

"Kamu perlu percaya kepada diri sendiri walaupun tiada siapa pun yang percaya. Itulah yang menjadikan kamu juara."

"Kita perlu membuat keputusan berkaitan perkara yang kita mahu buat atas matlamat dan kemahuan kita. Jangan risau pendapat orang lain. Ikut sahaja kata hati kita."

"
“Buat keputusan dan berhenti merungut. Jangan buang masa dengan si perungut,kita perlu bermula sekarang dan mencipta kehidupan yang kita impikan.”

“Jangan duduk-duduk sahaja dan merungut,buat sesuatu.”

“Orang yang berjaya menerima kenyataan dengan berani. Mereka sanggup berhadapan dengan rasa tidak selesa dan mengambil langkah bagi mendapatkan hasil yang mereka mahu.”

“Kita yang mencipta hidup kita. Hidup yang sedang kita jalani hari ini adalah hasil semua pemikiran dan tindakan yang diambil pada masa silam.”

“Kebanyakan kita takut bertanya kerana takut mahu mendengar jawapannya.”

“Apabila kita percaya sesuatu itu mustahil,kita tidak melakukan apa yang perlu dilakukan dan kita tidak akan mendapat hasilnya.”

“Kita dapat mencapai apa sahaja yang kita mahu asalkan kita percaya semua itu tidak mustahil.”

“Jangan hidup demi impian orang lain.”

“Sebab utama ramai orang tidak mendapat perkara yang mereka mahu adalah kerana mereka belum tetapkan perkara yang mereka mahu.”

“Sekiranya kita mahu berjaya dan mahu mencipta kehidupan seperti yang diimpikan,kita perlu percaya yang kita mampu melakukannya.”

“Banyak cara bagi mencapai matlamat apabila kita tahu perkara sebenar yang kita kejar.”

“Kadang-kadang kita berasa seolah-olah sedang menempuhi jalan yang berkabus. Kita tidak nampak apa yang ada di hadapan kita. Sekiranya kita terus bergerak ke hadapan,laluan yang lebih lebar akan muncul dan akhirnya,matlamat sebenar kita akan tercapai.”

“Ramai yang membiarkan rasa takut menyekat mereka mengambil langkah yang perlu bagi menggapai impian mereka.”

“Rasa takut adalah sesuatu yang perlu diakui,dialami dan dibawa bersama-sama dalam perjalanan mencapai impian.”

“Pengalaman baru memang menakutkan. Itu lumrah alam.”

“Setiap kali kamu berhadapan dengan rasa takut dan kamu melakukannya juga,kamu sudah membina lebih keyakinan dalam keupayaan kamu.”

“Apabila kamu merasakan tidak boleh,kamu pasti tidak boleh. Dan sekiranya kamu merasakan kamu boleh,pasti kamu boleh.”

“Perkara yang menakutkan itu yang dapat memberikan lebih kebebasan dan perkembangan kepada kita.”

“Sekiranya rasa takut itu besar sehingga dapat melumpuhkan kita,kecilkan jumlah risiko yang diambil. Ambil cabaran yang lebih kecil dan buat sedikit-dikit.”

“Tawan dahulu rasa takut itu dan kemudian ambil cabaran yang lebih besar.”

“Semua mereka yang berjaya sanggup mengambil peluang walaupun mereka takut. Kadang-kadang mereka takut,tetapi sedar sekiranya tidak bertindak,mereka terlepas peluang.”

“Hidup berisiko samalah seperti terjun dari gunung sambil membina sayap menjelang tiba ke bawah.”

“Sekiranya kamu mahu menggapai matlamat tertinggi,kamu perlu mengambil peluang yang datang.”

“Kadang-kadang kita tidak mendapat hasil yang dimahukan. Itu adalah kehidupan.”

“Kadang-kadang Tuhan mempunyai rancangan-Nya sendiri. Kadang-kadang ia lebih baik daripada apa yang ada dalam fikiran kita.”

“Kita perlu sanggu melakukan apa sahaja supaya kita menjadi tabah ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran.”

“Satu cara yang membolehkan kita tiba di mana-mana dalam hidup ini iaitu dengan kerja keras. Sekiranya kita buat,kita dapat,sekiranya tidak,maka tiadalah.”

“Pada mulanya,kita perlu bersusah sedikit,melayan kemahuan orang lain. Tapi,apabila kita berjaya mencapai kejayaan hasil usaha sendiri,ia lebih manis dan indah.”

“Tanpa mengira berapa lama masa yang perlu diambil dan tanpa mempedulikan apa rintangananya,ia perlu disempurnakan.”

“Untuk menjadi lebih baik dalam apa jua yang mahu kita lakukan,kita perlu sanggup terus belajar walaupun berhadapan dengan rasa canggung.”

“Mungkin perkara yang kita idamkan itu tidak berbaloi dalam jangka panjang. Sekiranya ia berbaloi,carilah apa yang perlu dilakukan.”

“Kita takut bertanya kerana takut dilihat seperti mengharap atau kelihatan seperti tidak cerdik. Sebenarnya,kebanyakan kita takut ditolak. Kita takut mendengar perkataan ‘Tidak’.”

“Kita sendiri yang berkata ‘Tidak’ sebelum orang lain ada peluang berkata ‘Tidak’.”

“Usah andaikan kita mendapat jawapan ‘Tidak’. Ambil risiko dan bertanya apa sahaja yang kamu perlu dan mahu.”

“ 1 daripada prinsip kejayaan yang utama adalah ketabahan dan tidak berputus asa.”

“ Biasakan diri dengan penolakan dan kata-kata ‘Tidak’ sebelum tiba ke puncak jaya. Kata kuncinya adalah jangan berputus asa.”

“Untuk berjaya,kamu perlu bertanya,bertanya dan terus bertanya.”

“Mahu berjaya,kita perlu mengambil risiko. Satu daripada risiko ini adalah kesanggupan menerima penolakan.”

“Tiada apa yang perlu ditakutkan. Kebenaran tetap kebenaran. Lebih baik kita tahu perkara yang benar,daripada terus berada dalam kegelapan.”

“ Kita bangkit kembali,lebih kuat,bukan semakin lemah,kerana kita tidak akan membenarkan penolakan itu menewaskan kita. Ia hanya menguatkan lagi azam kita.”

“Belajar daripada pengalaman itu. Berjuang sehingga ke penghujungnya. Akhirnya kita mendapat hasil yang kita mahukan.”

“Jangan berhenti memburu impian. Ketabahan itu penting. Sekiranya kamu tidak memiliki keinginan dan keyakinan dalam diri sendiri bagi terus mencuba selepas disuruh berhenti,kamu tidak akan berjaya.”

“Jangan terpenjara dalam ketakutan ataupun berasa sakit hati.”

“Teguran dapat mengubah hidup kita apabila kita sudi mendengar.”

“Kita tidak dapat memenangi permainan hidup ini sekiranya kita tidak bermain di dalam gelanggang.”

“Luangkan masa menoleh ke belakang dan melihat semula semua kejayaan.”

“Ingatkan diri sendiri yang kita sudah mencapai banyak kejayaan berbanding kegagalan. Kita sudah melakukan lebih banyak perkara yang betul daripada susah.”

“Terus bergerak ke hadapan dalam memenuhi impian. Kita melakukan pelbagai kesilapan sepanjang perjalanan itu. Bangkit semula dan teruskan perjalanan.”

“Melakukan sesuatu terlalu banyak dengan cepat bukan hanya melemaskan kita,ia juga menjadikan usaha itu gagal.”

“ Jangan menjadi orang yang tidak bersedia apabila peluang tiba-tiba muncul.”

“ 1 daripada realiti kehidupan adalah pembaikan yang besar mengambil masa. Ia tidak berlaku sekelip mata.”

“Kebanyakan orang berputus asa sedangkan mereka hampir berjaya. Mereka berhenti padahal kejayaan sejengkal lagi. Mereka menyerah kalah pada saat terakhir permainan sedangkan kemenangan sudah dalam genggaman.”
(H.Ross Perot)

“ Sekiranya kita enggan menyerah kalah,peluang kita mencapai kejayaan semakin besar.”

“Walaupun sesuatu itu kelihatan sukar,semakin lama kita mendesak,kejayaan tetap menjadi milik kita.”

“Kadang-kadang kita menemui kepayahan yang melemaskan. Kadang-kadang dunia menguji kita sama ada kita benar-benar komited memburu matlamat kita.”

“Juara selalunya pernah berhadapan dengan rintangan yang pedih sebelum berjaya. Mereka menang kerana mereka enggan ditewaskan oleh kegagalan mereka.”

“ ‘Tidak’ adalah laluan kamu ke arah ‘Ya’. Jangan terlalu awal berputus asa.”

“Jangan berputus asa ke atas harapan dan impian.”

“Kesukaran adalah peluang bagi memperbaiki keadaan. Ia adalah batu loncatan kepada pengalaman yang lebih hebat.”

“Tidak mengapa gagal,hanya perlu cari jalan lain,tapi jangan sekali-kali berputus asa. Pasti ada jalan lain.”

“Walau apa pun keadaan hidup ini,kita masih dapat membina hidup yang berjaya.”

“Saya memandang ke zaman silam saya seolah-olah saya sudah melakukan tugas yang bagus,ia sudah selesai dan saya berpuas hati dengannya.”

“Apabila kita meraikan kejayaan silam,kita menjadi lebih yakin dalam mengambil risiko baru yang berakhir dengan kejayaan.”

“Semakin banyak risiko yang diambil,semakin banyak kemenangan yang diperoleh dalam hidup ini. Semakin banyak cubaan dibuat,semakin banyak peuang untuk menang.”

“Apabila kita membuang semua perkara lama,kita menyediakan ruang bagi sesuatu yang baru.”

“Selagi kamu tidak memaafkan,perkara itu akan sentiasa menyemakkan fikiran kamu.”

“Membiarkan diri hanyut dalam kepedihan masa silam membazirkan tenaga dan melemahkan kuasa yang perlu kita tempa dalam membina masa kehidupan yang diimpikan.”

“Sekiranya kita tidak memaafkan,kepedihan dan kekecewaan yang kita rasai itu memakan diri.”

“Dengan menyimpan rasa sakit hati,dendam dan benci pasti menyakiti kamu lagi.”

“Sekiranya kita menghabiskan masa dengan menyalahkan orang lain,kita sebenarnya sudah menggagalkan diri sendiri.”

“Hidup kita bertambah bagus apabila kita mengambil peluang dan risiko pertama.”

“Membuat sesuatu yang gagal walaupun dengan bersungguh-sungguh tetap tidak akan menjadi.”

“Perubahan adalah hukum kehidupan. Bagi mereka yang hanya memandang ke zaman silam/setakat hari ini,pasti mereka terlepas masa hadapan.”

“Apabila perubahan berlaku,kita dapat pilih sama ada mahu bekerjasama dengannya,belajar untuk memanfaatkannya atau menolaknya dan tertinggal di belakang.”

Tips : Bahagian Litar Untuk Lesen Kereta (D).

Assalamualaikum dan selamat petang..

Semalam bersamaan 24 Ogos,aku ada kelas belajar memandu lagi,itu yang sebelum kelas terakhir la,maknanya kelas aku tinggal lagi 2 jam untuk cukup 16 jam.
Tak apa lah tinggal lagi kelas 2 jam minggu depan,jadi itulah kena buat sungguh-sungguh untuk jam yang terakhir.

*******************************************

Bukit naik dengan turun tu aku dah boleh adjust la,cuma kena pandai agak la nanti kena berhenti ngam-ngam dekat garisan kuning atau cermin sisi kena bagi selaras dengan tiang pertama. Aku kadang-kadang cepat betul tekan brek. Tayar sipi-sipi dalam garisan kuning. Lepas tu bila nak turun bukit pula kan,kan kena seimbangkan minyak dengan clutch tu,pastu rasa kereta macam bergegar atau macam nak gerak sikit tu,terus turunkan handbrake kan,aku kekadang cepat sangat turunkan handbrake.
Selalu kena tegur dengan cikgu. Dah banyak kali cikgu tegur aku,tapi aku tetap juga buat kesalahan yang sama. Aduhai,tak ambil pengajaran betul. Boleh tepuk dahi kalau abah aku tahu aku buat salah yang berulang kali.


Kredit 
Aku nak kongsikan sikit tips/cara-cara naik dengan turun bukit,
  1. Dari kawasan bawah,jangan lupa buat CITO (masuk gear 1 ),terus naik ke bukit (*kereta dalam keadaan lurus),tekan minyak ,agak-agak dah nak sampai (bila cermin sisi dah sebaris dengan tiang pertama) terus tekan brek,free gear dan terus angkat brek tangan. Jenguk ke bawah,tengok tayar dah masuk garisan kuning ke belum,tapi kalau cermin sisi dah sebaris dengan tiang tu,kira dah bolehlah tu,kalau dah puas hati,angkat tangan. (*Kalau kereta tak sampai lagi dalam garisan kuning/cermin tak sebaris dengan tiang lagi,jangan tekan brek terlalu awal,nanti mesti terundur. Atau dah nak sampai ke tiang tu,ya la kita jadikan cermin tu sebagai penanda ,nak tengok garisan kuning memang susah kan,jangan terlalu awal lepas kan minyak)
  2. Tunggu arahan dari pegawai bertugas bagi arahan untuk turun pula. (waktu ujian nanti)
  3. Dapat arahan,masuk gear 1, kaki pula berada pada pedal klac dan juga pemecut/minyak.  Tekan pedal klac jangan diangkat dulu. Kemudian,tekan pedal minyak,sampai meter naik 3/4 lebih,kekalkan kaki pada posisi. Jangan usik dah pedal minyak. Lepas tu,perlahan-lahan angkat kaki yang tekan pedal klac,bila dah rasa kereta macam bergerak,atau tersengguk-sengguk (*perkataan apa yang sesuai aku tak tahu la..huhu) cepat-cepat turunkan handbrake. Maka kereta pun akan meluncur turun dengan jayanya. Bila nak turun,jangan laju sangat,kawal sikit brek.
  4. Kalau meter menurun dan kereta masih susah nak turun-turun tu,klac tu angkat sikit tekan minyak lagi sampai dia bergerak turun. Klac jangan tekan tapi tekan minyak saja.
  5. Tempoh masa untuk selesaikan naik turun bukit adalah selama 3 minit okay.
Ada satu blog ni pun kongsi tips yang sama macam yang cikgu aku ajar,aku pun tak faham kenapa aku tak dapat buat dulu. LOL. Tips lain yang berkaitan boleh la google,contoh lain macam ini
Lepas tu, 3 pointer atau parking 3 penjuru pula,aku dah tahu nak buat macam mana,tak ada susah sangat pun,asalkan kau dengar apa yang cikgu ajar,step dia macam mana,insyaaAllah senang la nanti,tak ada susah pun. Kekadang ja aku salah pusing stereng,aku silap nak pusing berapa kali,kejap 2 kali kejap 3 ,aku pun pening la..............! haha
  1. Jangan lupa buat CITO.
  2. Masuk ke kawasan parking,tak payah tekan minyak pun tak apa,luruskan kereta sampai ke penanda (pastikan bahu kanan sama dengan tanda) baru tekan brek. Lepas tu pusing stereng ke kanan 3 kali,masuk gear reverse. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan dan kereta akan terundur masuk,sambil tengok cermin sisi sama ada kereta dah lurus/menegak,kalau dah puas hati dan yakin,maka boleh lah tekan brek kaki.
  3. Bila nak keluar,pusing stereng ke kiri 3 kali,masuk gear 1,dan angkat klac perlahan-lahan. Dah gerak keluar tu,pusing ke kiri cepat-cepat,jangan sampai terlanggar tebing,dan kena luruskan kereta cepat (*tapi kalau tak lurus pun sebenarnya tak ada masalah pun,yang penting jangan langgar garisan putih ) ,berhenti sebelum garisan putih. 
  4. Selesaikan dalam masa 3 minit.
Tapi kena berjaga-jagalah dekat sini. Pastikan dah rasa lurus baru tekan brek,jangan senget lepas tu tekan brek gerak lagi,itu dah dikira pergerakan nanti gagal.

Side parking atau parking sisi tu aku masalah sikit lah,aku tak faham sangat apa langkah sepatutnya,sampai cikgu naik bengang ja apasal aku tak faham-faham sangat. Hahaha.
Cikgu ajar banyak kali,tanpa serba salah,aku kata aku tak ingat dan tanya tanya tanya tanya lagi sampai aku faham.
Yang aku cuma ingat kan setiap kali berlatih tu,kena rapatkan ke kiri sikit kereta,tapi pastikan kereta lurus sebelum nak undur. Dah puas hati,masuk gear reverse sampai selaras dengan penanda,lepas tu aku dah pening nak pusing ke kiri ke kanan. Cikgu ajar aku stepnya senang ja,ingat pusing KIRI-KANAN-KANAN-KIRI. Memang aku ingat yang itu,tapi rupanya ada lagi pusingnya,bukan 4 pusingan tu ja ada (*yeke ? aku baca balik tips dekat bawah macam betul ja formula cikgu aku,ke aku memandai-mandai.),itu yang aku keliru sangat,jadi dekat bawah ni tips/langkah yang cikgu aku ajar aku,

  1. Masuk ke kawasan parking kena rapat ke kiri sikit tapi jangan rapat sangat okay,sikit ja,pandai-pandai lah nak seimbangkan. Pastikan tayar dalam keadaan lurus. 
  2. Lepas tu masuk gear reverse,undur perlahan-lahan sampai tiang pintu kereta ngam-ngam dengan penanda atas jalan. 
  3. Tekan brek,pusing stereng 2 kali ke kiri,undur perlahan-lahan sampai nampak garisan putus-putus/putih yang ke-3.
  4. Lepas tu dah nampak,pusing ke kanan pula 2 kali juga,sampai tayar berada atas garisan putih yang ke-3. Tengok pada cermin sisi ya,jangan main agak-agak.
  5. Lepas tu pusing lagi ke kanan 2 kali,masuk ke dalam petak dengan berhati-hati,dekat sini banyak main clutch dengan brek ja. Kaki kena standby atas pedal brek dengan klac saja. Lain jangan gatal usik dah. 
  6. Lepas dah masuk,tengok la kereta tu dah berada dalam keadaan lurus ke tidak. Kalau dah lurus,tekan brek,lepas tu pusing stereng ke kiri 2 kali juga. Lepas dah puas hati,free gear,tarik hand brake. Angkat tangan.
  7. Bila dah terima arahan untuk keluar dari parking,jangan lupa bagi signal ke kanan,pusing stereng ke kanan 2 kali,masuk gear 1,turunkan handbrake,keluar perlahan-lahan balas stereng ke kiri,jangan sampai masuk lane sebelah pula,kena cepat-cepat pusing stereng ke kiri. Sampai kereta lurus (*tak lurus pun tak apa),berhenti sebelum garisan putih.
  8. Untuk parking sisi selesaikan dalam tempoh 5 minit.
Selekoh 'S' paling ssssssssssssssssennnnnnnnaaaaaang,tapi tak boleh juga yakin sangat atau terlalu ambil mudah,nanti terbuat silap remeh,dah gagal. Dekat sini main klac ja dengan brek,stereng pun kena pandai kawal juga.

Selekoh 'Z' pun aku dah boleh buat tanpa cikgu ada dekat sebelah,dulu aku stres juga lalu selekoh Z ni. Dekat sini kena pandai main klac dengan brek la,lepas tu stereng pun sama kena pandai pusing,ala setakat pusing-pusing tu,kena pandai la ,takut nanti terlanggar tebing apa semua. Naya,padahal sini tempat yang paling senang tau..huhu. Luruskan kereta sebelum sampai garisan putih. Berhenti dulu kemudian bagi isyarat ke kanan atau kiri.

Sebelum buat semua yang ada dalam litar ni,jangan lupa pula buat CITO,apa pun bila dalam litar,jangan lupa untuk bagi signal bila nak masuk mana-mana,

Cermin
Isyarat (bagi signal bila nak masuk mana-mana,jangan lupa)
Toleh tepi sikit
Olahgerak (jalaaaaaaaaaaaaaaaaan)

Setakat ini lah kan,alhamdulillah,aku dah mampu buat semua yang ada dekat litar tu walaupun kekadang aku macam tak berapa yakin sangat nak lepas ujian nanti. Aku selalu rasa macam takut-takut tahu tak,sampai cikgu tegur nak buat apa-apa kena yakin. Jangan takut risau sangat. Lepas tu aku mudah mengelabah. hahaha

Dekat tempat aku belajar ni untuk bahagian jalan raya guna satu laluan ja,dulu ada laluan A dengan B,sekarang guna yang laluan B ja la (*kalau laluan A tu keluar dari gate A - Kapar - pusing dekat SMKTIS - masuk jalan ke kampung perepat - belok masuk kiri untuk balik ke PM gate B,aku rasa macam laluan A lagi jauh) ,dari pusat memandu keluar ikut jalan kampung - kawasan Sementa - keluar dekat sekolah agama lepas tu keluar ke jalan besar. Siapa yang duduk area sini tahu la,huhu. Misal kata waktu ujian JPJ nanti kan tetiba dapat giliran petang-petang,kebarangkalian untuk guna shortcut adalah tinggi,jadi ada 2 laluan shortcut boleh pergi. Aku dah berharap sangat nanti dapat waktu petang.

Aku paling suka bab jalan raya,sebab tak ada la banyak formula segala macam dalam litar,yang paling penting tu kenalah beringat untuk bagi signal (*ada tempat kena berhenti,free gear lepas tu kena angkat hand brake,agak dah keadaan sesuai baru masuk gear + turunkan handbrake dan gerak keluar),pandang cermin depan sisi bila nak masuk atau tukar lorong,lepas tu kecekapan tukar gear dengan mengikut kesesuaian kelajuan. Waktu mula-mula belajar,dan sebenarnya walaupun dah banyak kali keluar ke jalan raya,aku ada masalah sikit bila nak tukar gear,kadang-kadang gear tak masuk atau salah masuk gear.

Shift, Gear, Knob, Vehicle Parts, Control
Credit
Pernah satu hari tu kan,habis sesi dekat jalan raya,balik tu cikgu tanya,kenapa aku macam 'ganas' sangat bila tukar gear,rasa macam nak tercabut dah tombol gear tu . Aku dulu pernah minta kakak aku ajar bawa kereta,kakak aku pun kata aku pegang gear ganas sangat. Tak berlemah lembut. huhu. Dahsyat juga. Cikgu pun suruh la aku berlatih main gear dekat rumah.

Haaaaaaa...,aku nak pesan juga la,yang AMATUR,macam aku ni kan,ada masa lapang cuba-cuba la bawa kereta manual pusing satu taman ke ronda mana-mana,dengan ditemani abah atau abang kau. Tak boleh nak harapkan sangat belajar dekat PM(*maksud aku,jangan nak tunggu ada kelas dekat PM baru nak bawa kereta,jangan selesa sangat,kena paksa diri berusaha),kena ada inisiatif lain supaya bila ada kelas gap,tak adalah kau kekok nak bawa kereta. Berlatih sendiri,ikut panduan yang kau dah belajar,kena la praktikkan. Nanti bila ada kelas,insyaaAllah tak ada masalah sangat. Ada pun hal remeh.

Oh ya,aku ada buat nota pasal Rutin Sebelum Memandu (RSM) dengan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) ,lengkap tak lengkap,engkorang bandingkan sendiri dengan apa yang korang tahu la,pandai-pandailah nak tambah nota mana yang kurang dalam nota aku .


Cerita lain :-

  1. Cerita 29 Mei
  2. Ujian Komputer / Ujian Bahagian 1
  3. Pengalaman pertama.

Petikan Buku : Maaf Cakap 2

(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )


-"Hidup ini satu perlumbaan. Dan perlumbaan itu adalah dengan dirimu sendiri."

-"Bila kita selesa berteman dengan mereka yang berjaya,ia bagus sekiranya kita tidak lupa erti kegagalan. Jangan sampai kita lupa daratan seolah-olah kita tidak pernah tersembam dalam kehidupan. Ketika kita bersama dengan mereka yang gagal pula,ia tidak bagus sekiranya kita terlupa yang kita pernah berjaya hingga tidak berani mencuba lagi."

-"Berlumba dengan diri sendiri itu lebih jujur dan lebih membahagiakan. Hanya kita yang tahu bila kita mesti memecut laju dan bila pula kita mesti berjalan berjengket-jengket."

-"Kalau kita boleh terima diri sendiri yang ada cacat celanya,mengapa tinggalkan mereka yang ada kekurangan seolah-olah kekurangan itu tidak boleh diperbaiki?"

-"Kita tidak boleh double-standard. Diri yang kurang sentiasa dimaafkan,orang lain yang ada cacatnya kita tinggalkan tanpa menoleh lagi."

-"Selalulah beringat untuk pandai-pandai membawa diri apabila dilupakan."

-"Setiap hasil datang daripada usaha. Sedikit usaha,sedikitlah hasilnya. Banyak usaha,tinggilah keuntungannya."

-"Esok sentiasa menjanjikan kejayaan,sedangkan pada banyak situasi ia hanyalah fatamorgana."

Petikan Buku : NO EXCUSE , Brian Tracy

(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )



-"Syarat pertama untuk berjaya adalah membebaskan diri daripada 'kepulauan nanti' dan mengubati barah alasan."

-"Kegagalan bermula dengan alasan,kejayaan bermula dengan tindakan."

-"Apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya,kita juga mampu melakukannya. Asalkan sahaja kita mencuba."

-"Letakkan tahap kesungguhan berusaha kita,sama kuatnya dengan kesungguhan membuat alasan."

-"Kita mampu pergi jauh lagi dalam pencapaian peribadi. Asalkan kita keluar daripada 'kepulauan nanti' dan berhenti daripada membuat alasan."

-"Tidak ramai yang mendapat kejayaan dengan tiba-tiba. Ramai yang bermula dari bawah dengan cara yang sederhana,malah ada antaranya bermula dalam keadaan daif."

-"Sekiranya kita tidak suka dengan keadaan kita sekarang,berusaha dengan segala perancangan dan cita-cita,pada hari ini dan hari-hari berikutnya. Suatu hari nanti kita akan mendapat hasilnya."

-"Kejayaan itu bukan diperolehi secara tidak sengaja. Malah,kegagalan juga bukan menimpa secara tidak sengaja."

-"Orang yang berjaya,sanggup mengorbankan seluruh masa dan tenaga bagi mencapai apa yang mereka cita-citakan."

-"Belajarlah daripada orang yang pakar. Kita tidak mempunyai masa,untuk belajar kesemuanya sendiri."

-"Buat sesuatu yang kita tidak pernah lakukan sekiranya mahu menjadi orang yang baru."

-"Keseronokan sebenar apabila mencapai kejayaan terletak pada usaha-usaha yang kita lakukan bagi mencapainya."

-"Setiap kali kita tersasar dari laluan yang betul bagi mencapai matlamat yang diimpikan,kita perlu segera membuat pembetulan."

-"Hadapi cabaran itu tanpa menghiraukan alasan-alasan yang ada."

-"Terdapat beribu-ribu penyebab kegagalan,tiada satu pun layak menjadi alasan yang terbaik." (Mark Twain)

-"Semua orang yang hebat bermula daripada keadaan tidak hebat. Sekiranya kita berusaha bagi mengubahnya,kita dapat menjadi hebat seperti mereka yang kita anggap hebat."

-"Orang yang bercita-cita mempunyai peluang yang lebih tinggi berjaya dalam hidupnya."

-"Pada saat kita mula menanamkan cita-cita,pada saat itu juga hidup kita mula berubah."

-"Apabila kita mempunyai cita-cita dan rancangan bagi mencapainya,kita membina landasan hidup yang jelas."

-"Tuhan memberikan ganjaran yang sepatutnya kepada mereka yang terus berusaha tanpa rasa jemu dan malas."

-"Menjadi berani bukanlah membuang ketakutan. Tetapi mengawal ketakutan yang dialami dan menjadikannya hamba kepada kita." (Mark Twain)

-"Sedang belajar berlari memang pasti terjatuh sekali-sekala."

-"Satu cara bagi melawan perasaan takut itu adalah dengan melakukan perkara yang sebaliknya."

-"Membayangkan diri kita sebagai seorang yang berani,melakukan perkara yang ditakuti dengan penuh keyakinan,dapat membantu mengatasi ketakutan."

-"Kebolehan menghadapi ketakutan dapat mengubah perjalanan hidup dan menjadikan kita lebih gembira."
-"Jalan menuju kejayaan tidak perlu dihalang dengan rasa ketakutan."

-"Apabila kita mengenal pasti punca ketakutan,disiplinkan diri bagi menghampirinya sedikit demi sedikit. Lama kelamaan,perkara yang kita takutkan itu menjadi semakin kecil dan dapat diatasi."

-"Tetap berani walaupun kejayaan mencapainya masih tidak pasti."

-"Cara yang baik bagi mengatasi ketakutan adalah dengan menghadapinya secara berhadapan. Mengelak ataupun menangguhkan perasaan takut bukan cara yang baik."

-"Ambil keputusan supaya menerima perkara terburuk yang mungkin berlaku."

-"Banyak kebimbangan berpunca kerana kita tidak mahu menerima kemungkinan yang bakal berlaku."

-"Kejayaan dapat dicapai bergantung pada kebolehan kita menahan segala dugaan dan rintangan yang mungkin menghalang."

-"Sebab utama seseorang itu gagal adalah kerana hati yang tidak cekal. Cepat mengalah sebaik sahaja menghadapi masalah."

-"Perbezaan antara orang yang berjaya dan gagal adalah,orang yang berjaya tidak mengalah. Sementara orang yang gagal,kerap menyerah."

-"Berapa teruk kita tersungkur bukanlah soalan yang penting. Sebaliknya,yang penting adalah berapa cepat kita bangun semula."

-"Kerap juga perancangan yang terbaik itu gagal. Apabila berlaku,berhenti sebentar,sambung semula dan terus bertindak."

-"Bertekad tidak menyerah awal,memberikan peluang lebih tinggi bagi kita berjaya mengejar cita-cita yang diidamkan."

-"Dalam hidup kita pasti memgalami jatuh bangun. Tidak kira berapa kali kita jatuh,yang penting kita terus bangun berusaha semula."


-"Sekali kita berjaya bangun selepas satu kejatuhan,kita dapat melakukannya lagi."

-"Masa yang berlalu tidak dapat diganti. Tidak dapat disimpan untuk kegunaan kemudian seperti wang yang kita kumpulkan."


-"Kita tidak dapat menghentikan masa yang berlalu bagi melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan dahulu."


-"Hidup adalah deretan masalah yang datang satu persatu. Seperti ombak memukul pantai,mereka tidak berhenti."



Random #2

Road to the green by porbital
Kredit

Setiap orang liku perjalanan hidupnya tidaklah sama seperti diri kita . Lain orang lain dugaan yang ditimpakan ke atasnya. 

Apa yang dirasai mereka yang diberi musibah tidaklah dapat kita selami hati dan perasaannya. 
Akan tetapi selagi kita masih berperikemanusiaan sedikit sebanyak masih wujud rasa belas kasih dan simpati. 

Adapun jikalau kita ditimpakan musibah yang serupa,cara kita berhadapan dengannya mungkin juga berbeza.



Ujian yang diberikan Allah semuanya mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Ada yang kuat jiwanya jadi mampu menangkis dan berhadapan dengan masalahnya dan ada juga memilih 'jalan singkat' untuk kesenangan sementara kerana akalnya tidak lagi dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. 

Ada yang diberikan ujian sama ada berat atau ringan,dia mengucapkan syukur kerana bukankah ujian itu diturunkan tanda Tuhan mengasihi kita? Tanda Dia menurunkan ujian sebagai penebus dosa-dosa yang dilakukan agar di akhirat nanti dikurangkan azab kita?

Atau?

Apa pun apabila datangnya seseorang menasihatimu tika kamu dalam penderitaan emosi atau rohani,ucapkanlah terima kasih atas keperihatinannya,walaupun dia mungkin saja kurang jelas atas apa yang melanda dirimu.


Dan tidak terlupa untuk saling berpesan ,apabila datangnya kesusahan satu saat nanti,jangan la kita menyangka kita akan selamanya susah. Kan selepas kesusahan akan datangnya kesenangan? Bersabarlah. Pujuk hati supaya sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Jangan lemah dan mula menyalahkan takdir. Kenapa apabila datangnya kenikmatan kita mudah terlupa akan nikmat yang diberikan dan lupa mensyukurinya padahal apabila datangnya kesulitan kita mudah sangat mengeluh macam-macam.


Ucapkanlah Yang Baik-baik.

Assalamualaikum wbt..!

Dalam sehari-hari,sebenarnya agaklah sukar untuk kita menutup mulut dari berbicara. Sama ada yang kita bicarakan itu hal yang berguna atau sia-sia,semuanya kita nilaikanlah sendiri. Baik buruk apa yang kita ucapkan,akibatnya kita yang tanggung sendiri,jangan salahkan orang lain.

Kalau tiada perkara baik untuk diperkatakan,maka lebih elok diamkan diri daripada kita terlanjur berkata-kata sehingga mendatangkan bencana pada diri kita sendiri. 2 pepatah Melayu lama ada menyebut, 'Kerana santan pulut binasa,kerana mulut,badan binasa" dan juga yang satu lagi, 'Terlajak perahu boleh diundur,terlajak berkata,sendiri tanggung,buruk padahnya". Pepatah itu sendiri mengungkapkan makna akibat yang buruk apabila kita tidak menjaga lisan kita.

Menyesal kerana terlepas berkata-kata lebih dahsyat daripada menyesal kerana kita tidak berbicara.
Adakalanya kita terasa kekok apabila diam ketika berada di tengah masyarakat,kita risau digelar 'si bisu',atau risau pada pandangan orang lain mungkin menjarakkan diri mereka sementelah kita diam seribu bahasa,sangkaan dia mungkin sekian-sekian,sebab mahu puaskan hati orang lain,makanya kita pun berpura-pura ramah,tanpa disedari kita pun mula berkata-kata yang tidak sepatutnya. Keaiban pun mula tersingkap perlahan-lahan kerana kegelopohan kita berbicara.

Adakalanya diam  itulah jawapan.
Diam itulah penawar mujarab.
Diam lebih bererti andainya kita tahu apa yang akan meluncur keluar dari mulut kita itu akan menyakitkan hati orang lain.

********************************

Sementara itu aku nak kongsikan sesuatu hasil bacaan daripada buku 'Nasaihul Ibad : Nasihat buat Hamba Allah' oleh penulis,Muhammad Al-Nawawi.,

Al-Faqih Abu Lais berkata :

"Sesiapa yang menjaga dan memelihara 7 kalimah,maka dia menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan para malaikat-Nya,dan Allah mengampuni dosa-dosanya,walaupun dosa-dosa itu laksana buih lautan. Lalu dia akan mendapat manisnya hidup dalam ketaatan,serta hidup dan matinya menjadi baik."

Dan 7 kalimah tersebut ialah,
  • Setiap kali sebelum memulakan sesuatu perkara yang baik,bacalah 'Bismillah'.
  • Selepas selesai melakukan sesuatu,akhirinya dengan ucapan, 'Alhamdulillah'.
  • Apabila terlanjur mengucapkan perkataan yang tidak berguna,hendaklah membaca, 'Astaghfirullah'.
  • Ketika merencanakan akan melakukan sesuatu,hendaklah mengucapkan, 'InsyaaAllah'.
  • Ketika ditimpa suatu perbuatan yang tidak disukai,hendaklah mengucapkan : "Laa haula wa laa quwwata illa billahil 'aliyyil 'aziim". (Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.)
  • Ketika ditimpa musibah,ucapkanlah, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raji'uun".
  • Sentiasalah berzikir membaca kalimah : "Laa ilaaha illallaah Muhammadur Rasuulullah" di waktu malam dan siang.
********************************

Jadi kurangkan berbicara sekiranya tiada keperluan dan lazimi berzikir dan memuji Allah dan Rasul-Nya. 

Sekian,wassalam..

#07/08/2016
#Autopost

Pengalaman Pertama Bawa Kereta (Manual)

Assalamualaikum dan selamat pagi..!

Brown Volkswagen Beetle at Parking Lot
credit
Okay,sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku belajar memandu kereta (manual). Ini pun yang pertama kali lah,macam kelakar juga,baru pertama kali belum berkali-kali dah sibuk tulis entri. LOL
Sepatutnya kan,kelas bermula pada hari Isnin yang lalu,akan tetapi berlaku satu kejadian yang tidak diingini (*dan kalau diceritakan ia agak rumit ) dan sebenarnya ia adalah 100% kesilapan aku sendiri juga maka aku lah yang bersalah.
Padan muka. Jadi kita mula kelas hari ini lah,dan juga esok,Khamis.

Awal pagi,sebelum pukul 8 pagi aku sudah bertolak keluar ke PM (*pusat memandu) yang dekat dengan rumah aku,kelas bermula 8.30 pagi (*kata cikgulah). Dekat pun kena la datang awal.
Kemudian sampai sana,sementara tunggu pejabat dibuka,aku berborak lah juga dengan beberapa orang manusia yang aku tak kenali langsung. Beramah mesra sangat apasal entah. huhu
Sesekali berborak nak kurangkan rasa gemuruh. 
Aku daripada semalaman tak dapat tidur pun,lepas tu asyik terfikir-fikirlah apa yang akan berlaku hari ini. Aku memang macam ini,gelabah bukan main.

car,cat,Caturday,driving,Fitty Cent,laugh


Aku dapat cikgu yang mengajar masa aku ambil lesen motor dulu,jadi tak ada la rasa kekok sangat,walaupun aku dengan lelaki susah sikit nak berkomunikasi. Huhu. Harap cikgu bertabah dan bersabarlah mengajar aku yang kekadang blur,tak faham bahasa,degil,cepat mengelabah. 

Kaunter dah buka,bagi i.c sekali dengan lesen L dekat kerani,lepas tu bagitahu kita kelas dah kali ke berapa dengan cikgu siapa,dan scan thumbprint. Kerani akan bagitahu lah ,kita kena datang balik pejabat ambil ic pukul berapa (*aku punya harini tamat pukul 11.20) maknanya kelas untuk hari ini cuma 3 jam sajalah. 

Keluar,terus cari cikgu masing-masing,macam aku punya kes lain sikit,aku kena telefon cikgu tanya nak kena tunggu dekat mana. Sebab tak nampak pun batang hidung beliau. Haha. (*cikgu belum sampai lagi lah.. tak menyabar anak murid nak belajar cepat-cepat)
Tak apalah cikgu,anak murid kenalah beralah sedikit dengan cikgu kan,baru berkat ilmu. 
Dalam berapa minit,barulah beliau tiba dan panggil aku ke kereta kancil,bagi sedikit penerangan pasal RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) dengan RSM (Rutin Sebelum Memandu) yang sepatutnya kena belajar hari Isnin lepas. Dah kena bebel pasal apa hari Isnin haritu aku balik.

Aku dengarkan sajalah apa yang diterangkan,fokus lah,tapi aku nasihatkan engkorang yang baru nak ambil lesen ini kan,jangan tunggu nota daripada cikgu sangat,bukan semua cikgu sediakan nota segala mak nenek RPK dan RSM. Usaha sendiri.

Dalam buku KPP pun ada juga nota,cumanya dia agak serabut sikit lah. Nak tak nak kena buat nota sendiri supaya mudah faham. Aku ada jumpa satu blog ni siap buat jadual untuk komponen RSM & RPK. Senang sikit nak faham. Engkorang boleh rujuk dekat sini http://lp-services.blogspot.my/p/rutin-pemandu.html

Lupakan pasal segala rutin itu,selesai terangkan kemudian cikgu suruh aku ulang balik apa yang dikatakan beliau tadi,aku sahutlah cabaran beliau dengan rela hati. Kah kah kah. Redah sajalah apa yang aku ingat aku sebut,tak ingat cikgu beritahu. Jangan takut salah. Fuh,itulah malam sebelumnya aku ada buat sedikit ulangkaji guna nota yang aku dapat daripada buku KPP dengan nota dari blog itu. Alhamdulillah. 

Untuk RPK (*mulakan dari arah pusingan jam)

Cermin hadapan - road tax - pengesahan pemeriksaan (*entah apa benda,pengesahan puspakom kot) -  wiper - bonet - bumper - lampu bahagian hadapan - no.plat.

Tayar bahagian depan sebelah kanan - lampu signal kanan - cermin + tingkap bahagian depan di sebelah kanan - cermin + tingkap bahagian belakang di sebelah kanan - tayar belakang sebelah kanan. (*Ulang balik sama macam untuk yang bahagian kiri)

Cermin belakang - lampu brek ke-3 - wiper belakang (*kalau ada) - no.plat - lampu belakang - buka but, semak segitiga kecemasan / safety triangle - peralatan - tayar ganti

Lepas itu check bahagian komponen enjin / cecair yang ada,buka bonet dan sebut 8 komponen yang penting.

Tangki simpanan radiator - hos - (Aku dah tak ingat,tapi dekat situ ada 8 kompenen paling penting)

Cikgu tanya aku itu bateri kereta jenis apa basah ke kering,aku kata dengan yakinnya BASAH punya. Macam mana tahu itu BASAH? DIbalas balik dengan pertanyaan,aku dah tergagap-gagap. Ah..,kalau dah tak tahu mengaku sajalah habis cerita! Cikgu kata kalau bateri kering,dia punya badan semua warna hitam. Ohh............................................................................

Lepas itu cikgu tunjukkan pula RSM. (*Alamak,aku dah lupa,apa yang cikgu ajarkan.)

Selepas siap,giliran aku pula terangkan balik,aku dengan ingatan yang lemah-lemah kucing pun sebut sajalah ikut turutan tadi,tapi ada juga yang diperbetulkan oleh cikgu.

Habis semua,cikgu tiba-tiba duduk masuk sebelah kiri pemandu,sudah. Aku kata terus teranglah,aku memang tak tahu langsung bawa. Cuba-cuba pun kurang berani. Memang tak pernah langsung bawa. Cikgu pula macam tak percaya,LOL. Padahal aku dah bagitahu itu hari. Senang,aku pun tak mahu la berlagak tahu,karang jadi apa-apa,padan muka.

Lepas tu cikgu tunjukkan cara nak guna clutch dengan guna gear. Macam mana nak tahu kedudukan gear 1 - free gear - 2 ,main tukar-tukar gear tanpa tengok gear tu.

Pusing la satu kawasan litar,tapi tak adalah sampai buat bukit,selekoh Z dengan S pun,setakat cuba-cuba bawa dulu pusing satu litar beberapa pusingan. Aku kan baru amatur dulu,kenalah belajar perlahan-lahan,biasakan kaki kiri dengan kanan tu pijak klac,brek dengan minyak. Mendesak karang kena pula tegur,aku dah la hati tisu sikit.. hehe. Jenis tak sabar. Parah. Sabarkan diri tu bila baru belajar,mesti ada yang macam pandang semacam,bawa lambat segala lah,pedulikan kata-kata mereka. Daripada cari nahas,baik berhati-hati dulu. Enjin asyik termati tu jangan cakap lah. Geram juga kadang-kadang.

Lepas tu dalam sibuk berpusing-pusing sekitar litar,belajar pusing kereta/stereng ikut jalan,cikgu tiba-tiba tanya aku soalan,

"Berani tak kalau nak bawa ke luar,jalan raya?"

Aku terus cakap , "BERANI."
(*Dengan yakin sangat,padahal..)

Aku anggap cikgu cuma bergurau. Budak baru belajar bawa kereta berani sangat keluar ke jalan raya terus. Memang cari nahas. Pusing-pusing lagi dalam kawasan litar,pagi tadi ramai betul orang,tak suka pula aku. Huhu. Tapi kalau kita tak cuba,memang sampai bila-bila tak mahir,apa salahnya kita mencabar diri,asalkan kena dengan situasilah. 

Lepas tu ditanya lagi soalan sama,aku cuma positif ja la sambil tabahkan hati yang tengah gelabah. 
Aku pun setuju ja la,asalkan ada cikgu sebelah pantau,memang berani sikitlah. (Balik rumah aku cerita dekat abah aku,abah kata apasal cepat sangat dah keluar memandu ke jalan raya. )

Katanya nak sampai ke Rantau Panjang,memang cari nahas,rupanya setakat keluar pusing dari PM - masuk kawasan kampung Perepat,dari PM - Pekan Kapar - ,banyak kali juga la keluar ke jalan raya,aku paling seram bab selekoh dengan membelok. Takut sikit. Main-main dengan gear,tukar gear apa semua,main minyak,dah boleh lah sikit-sikit tukar gear tanpa tengok,yela ,kekadang tak dapat kawal mata dari tunduk bawa,huhu.. Tapi alhamdulillah,dah boleh lah sikit nak main gear,tempat letak nya dekat mana segala.

Dalam kawasan kampung lagi seram,dah nama pun kampung,memang kena lah berhati-hati bila sampai simpang 4 semua,selekoh,risau  tiba-tiba ada orang keluar simpang,kita tak sempat nak tekan brek ke apa, (*Baru perasan tadi,dekat sebelah bawah tempat duduk pemandu ada brek kecemasan/brek utk cikgu jaga-jagalah,manalah tahu,pelajar cuba terjun parit ke apa..hahaha,okay ini benda serius,pasal nyawa kan..? huhu) 

Sebagai amatur,memang banyak yang aku perlu kuasai lebih daripada orang lain yang mungkin ada pengalaman memandu. Kelas selama beberapa jam,aku kena paksa diri aku buat apa yang aku rasa aku tak mampu buat. Kena juga paksa diri sampai dapat buat. Memang susah mula-mula,tapi normal lah kan,setiap benda ada mula akhirnya?  Fikir positif lah aku selama ambil lesen kereta ni,lesen motor dulu ambil,aku tak ada rasa stress sangat. Huhu


Harapnya minggu depan,dapat belajar benda baru dengan mudah,insyaaAllah. Bukan apa,aku kalau boleh nak cukupkan jam yang ada,tak mahu tambah kelas. 

Aku harap yang terbaik sajalah.

Bila belajar memandu ni,paling penting kena

BERANI,
JANGAN TAKUT,
JANGAN MALU,
JANGAN MUDAH MENGALAH,
JANGAN BODOH SOMBONG,
HATI KENA TAHAN MAKI/MARAH,
BERSEDIALAH UNTUK DITEGUR.
TAHAN TELINGA KENA HON.
JANGAN SEDIH KALAU KENA POTONG. 

Pokoknya mental tu kena kuat.


Fuh..

Aku baca pengalaman orang lain melalui blog macam-macamlah cerita ada yang seronok , yang menyeramkan pun ada juga,memang rasa mulanya,tak bersemangat betul nak datang kelas belajar semua,tapi aku fikir satu ,

" Setiap orang berbeza pengalamannya,mungkin apa yang dilalui orang lain,mungkin kita tak akan alaminya,nasib setiap orang berbeza. Apa apa pun,fikir dan doa yang baik-baik saja lah."

Lepas tu fkirkan balik seronok bila dah ada lesen jadi bolehlah memandu secara sah   bolehlah berdikari,tak perlu harapkan pada orang lain sangat dah. Nak pergi mana-mana tak perlu risau si pemandu mengeluh ke merungut ke apa,kita bawa sendiri jadi kita nak berhenti ke apa suka-suka hatilah. Tak ada la rasa bersalah kalau mak /ayah kau yang dah berusia bawa kereta tu padahal kau pula tak tahu bawa,rasa macam menyusahkan pula. Kekadang jeles juga kawan semua dah ada lesen kereta kan,tapi kita ja masih single (ada lesen motor ja..) huk huk..

Tambah yang perempuan ni,nak tak nak kena berdikari juga,tak setiap masa ada orang nak tolong kita kan. Tak boleh duduk dalam zon selesa saja,kena la belajar juga. Nak guna public transport memang dah jarang sangat,dengan tambang mahal,kepadatan isi dalam nya lagi (bus/train/komuter) . Memang aku tak berapa suka bersesak-sesak sangat. Rimas.

Nasihat aku,kalau ada kelapangan masa dan kewangan yang stabil baik ambil lesen memandu. Kalau umur dah masuk hujung 20 ka 30 ka tak kisah pun sebenarnya umur berapa nak ambil lesen,pedulilah kau lambat ambil ke apa,memang kita rasa macam menyesal ambil lewat,tapi sekurang-kurang kita ada juga lesen. Lambat ke cepat janji kita ada.