Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Bukan Rezeki.


Hari 13 Oktober,malam tu,Jumaat malam aku ajak mak pergi ke Kapar sekejap,sebab nak beli barang,kononnya lah.

Tapi memang betul pun niat asal aku nak beli kad Touch N' Go dekat 7 11 atau dekat kedai yang ada jual. Selepas aku selesai menggoogle, dekat KK Supermart ada jual kad tu...dekat Kapar, ada banyak kedai (7 11 ada KK Supermart ada).

Memang gigih betul aku mencari kad sebab esoknya kan,aku rancang nak ke KL,balik aku boleh belajar naik public transport. Aku tak ada kad ,nak guna ic risau tercicir sebab aku ni jenis clumsy. 😅

Malam tu pergi lah ke Kapar,pergi CIMB Bank dulu utk keluarkan duit,dah la haritu Jumaat,jalan sesak teruk. Depan bank pun ada org jual kasut,sebab Deepavali dah dekat. Memang meriah juga lah.

Selesai ambil duit,aku nak melintas ke seberang,sebab kedai KK tu seberang bank je. Tak jauh sangat pun. Aku gerak sorang je la. Suruh mak tunggu dekat bank tu. Sebab ramai sangat org,kebetulan ada seorang kakak jual ubat ke apa entah depan bank & ada org jual burger,jadi selamat la juga duduk tunggu situ.

Aku dengan yakin tak yakin pergi la masuk & tanya ada jual tak kad t&g dekat cashier. Boleh dia kata,

"Saya tak tahu lah boleh jual ke tak..."

Padahal aku check dekat fb page t&g kata ada jual dekat situ,dia pun keluarkan kad tu dari laci. 😐

Okay tak apa. Dia panggil Cashier lagi sorang.

 Aku cakap aku nak beli. Harga RM 10.60 sekeping. Ingatkan RM10 tu dah dikira ada
topup,rupanya tak ada. 😢 Aku fikirkan esok punya pasal,suruh dia topupkan RM20.

Selesai dekat situ & beli barang sikit,balik la sebab tengah rushing nak balik,mak nak ikut kakak dgn adk aku pergi kenduri.

👀
Kejap,lupa bak pesan,bila dah beli kad tu jangan lupa daftarkan kad tu dekat website (LINK)
Senang utk semak history,update info ke apa,berapa baki dlm kad & lain².

Esoknya... kad t&g aku hilang! Aku baru perasan lepas habis rehat program tu,sebelumnya aku sempat pusing² Perpustakaan Negara (*mungkin hilang dekat situ. Kan aku dah kata aku cuai!). Aku dah mula bad mood,tak ada semangat . 😂

Tapi,aku terpaksa guna plan B. Itu aku cerita dalam entri lain.

Lepas tu,aku sempat la log in dan semak akaun t&g aku. Baki tiada. Maksudnya aku tak topup,padahal aku dah topup RM20. Kalau nak kata ada orang guna,dekat bahagian history mesti ada nyatakan stesen & jumlah ditolak dari kad. Tapi tak ada!

Aku pun cuba lah pm page fb t&g beritahu soal aku punya kehilangan kad semua. Nanti customer service akan minta maklumat sekian²,kau bagitahu je la.

Lepas tu dah selesai balas semua,yg jawab mesej aku kata, no.siri kad aku tiada baki dalam kad. Maksudnya apa?!

Faham tak?

😫😫😫😫😭😭😭😭

Memang rezeki aku tak ada lah. Patut aku double confirm waktu lepas beli kad haritu. Aku mula dah rasa macam was² sebab cashier tu mcm tahu tak tahu je,nak beli kad pun dia boleh bagi jawapan tak pasti. 😣

Aku nak halalkan duit kira burn pun tak boleh. Kad hilang,top up tak masuk kad. Sedih!