Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Perpustakaan Meru : Akhirnya...



Assalamualaikum dan selamat petang..

(Ini cerita yang dah lama,baru sibuk nak publish. Dan ini 'schedule entry')

Sekarang ni musim panas melampau,duduk diam tak buat kerja berat pun,berpeluh mengalahkan lari berapa kilometer dah,hahaha.

Opss,sorry mengeluh. Astagfirulllah. Cuba bawa mengucap. 

Sekarang ni aku malas nak mengadu pasal cuaca panas,yang aku nak kisahkan pasal perpustakaan desa meru yang aku dah jumpa akhirnya,wahahahaha.. 
Selama ni aku asyik pergi yang dekat Klang atau Shah Alam (*tp SA jauh,malas aku nak pergi sana dah pinjam buku.) Penat. 

Aku pun menggoogle la perpustakaan desa yg ada dekat selangor ni ,yang paling dekat la selain 2 tempat tu,... ada dua tempat yakni meru dengan bukit kapar,tapi Bukit kapar aku tak biasa pergi pun sana tu,jarang sangat lalu tempat tu,meru boleh la tahan juga. Aku pernah cuba-cuba masuk kawasan BK tapi,separuh jalan aku dah pusing balik,seram........

Sejak dah pandai bawa motor aku asyik merayau ja,tapi merayau aku tak ada la buang masa,berfaedah juga. Keh keh keh.

Satu hari tu aku sahaja gatal nak cari library Meru (*nampak tak semangat gigih aku tak mengenal erti putus asa?) ,google la kejap,tak banyak info pun pasal library,dia cuma ada la kaitan dengan library klang (*apa aku merepek) haaa...lepas tu dengan yakinnya aku pun pergi ke sana sebab aku tahu tempatnya ,ikut apa yang aku faham dari google la..sekali masa mencari tu,pusing-pusing,tak jumpa pun dengan tempat tu. Yang penting kena cari Dewan Serbaguna Meru tu,library letaknya dekat-dekat situlah. Jangan tanya kenapa tak pakai maps/waze seangkatan dengannya. 

Aku pun cuba lagi cari hari lain, Jumaat dalam waktu orang nak pergi solat Jumaat. Aku sebelum tu sempat la juga pi google,rupanya library terletak berdekatan dengan dewan tepi jalan (dekat simpang 4 tu..) wahaha.. 
Entah macam mana aku nak jelaskan ya,orang Meru faham la..dewan tu ada dekat bahagian simpang masuk ke kiri,cuma nanti kena u-turn la lepas tu masuk ke simpang kiri,dah sampai!
Tapi sebenarnya mana boleh u-turn dekat situ,hehehe..jadi kena guna jalan jauh yang tak ada jauh sangat pun sebenarnya -> lalu jalan pasar malam,lepas tu ada nampak jambatan,masuk situ.



Masa aku pergi Jumaat tu kan,aku masuk la ,library dekat tingkat atas bangunan sebelah dewan serbaguna Meru tu.. aku naik ke atas,tengok tutup,pintu berkunci dari dalam. Seram sejuk betul duduk tunggu situ. Meremang bulu roma. Aku fikir berkira-kira nak balik ke tunggu ke macam mana? Jadi aku pun pergilah library Klang pula. 

Tak kan la library tutup pula waktu macam ni,ikutkan logik mungkin yg jaga lelaki,jadi dia pergi solat jumaat la,itu yang tutup. (*Tapi jangan risau,yang jaga Puan apa entah,memang dia ja yang jaga,agaknya library desa memang sorang yang jaga...entah)


Kalau buka,maknanya bukalah library,kekadang kalau tutup,cuba la tengok notis yg ditampal. Seram kan tengok ? hahaha..nasib baik satu tingkat.




Naik atas sikit,nampak ni,tapi library sebelah kanan ya. 

Lama selepas kecewa tak dapat masuk libary Meru,satu hari tu,aku ambil keputusan nak ke sana,waktu pagi la,sebelum lunch hour. (*Aku jenis kekadang semangat usaha tak kena tempat.. bagus juga kekadang tu.) Datang naik atas,tengok ada banyak kasut sekolah,bebudak lepak kejap.. Buka pintu eh,ada orang,maknanya buka la kan? aku sempat tanya bebudak yg tengak sibuk main congkak, "adik,library buka ea???"  hahaha..

Rak buku rujukan utk bebudak sekolah (UPSR,PT3/PMR,SPM dgn Form 6). Rindu pula zaman sekolah..

Library desa,tak ada la besar mana,lebih kurang saiz bilik darjah ja,ruang memang terhad,rak buku alhamdulillah penuh la,suka betul tengok,cuma bila dah padat,kau jadi pening (*yang berkenaan ja faham sindrom ni.. lol) 

Sempit sikit la bila nak lalu,tapi rak ada bahagian yang penuh,alhamdulillah.. :D. Cuma sedihnya tak banyak novel bahasa Inggeris utk dewasa,kanak-kanak ada la penuh. Poyo betul aku..hihi

Rak bahagian novel BM,memang sentiasa penuh,dan kebanyakannya cinta la.. aduhai.





Pandangan dari tingkat atas,keadaan sekitar memang tak berapa terurus sangat pun,yang sebelah kiri tu dewan orang ramai. 


Rupanya library biasanya ditutup sejam setiap hari, waktu lunch break la..


***

Buku yang bawah ni,beberapa minggu lalu aku sempat pinjam dari sana, ikutkan disebabkan rak padat,ada la beberapa buah buku yang baru masuk terpaksa di'tahan' sementara dekat troli depan kaunter,aku sempat la juga selongkar troli,jumpa beberapa buku baru. Macam gambar yg ke-2 & 3 bawah ni,ada lagi buku baru,tapi aku pilih yang penting dulu (dan aku ada jumpa satu buku Bed Time Story Siri 1,tak silap aku..tapi aku terpaksa tolak dulu,kuota dah penuh 10,dan kena buat pilihan tepat. Lepas tu aku menyesal pula tetiba bila pinjam 2 novel yang bagi aku,macam tak berbaloi dibaca. T_T ) 



Yang kiri tu terjemahan ke BM,sedikit pelik juga bila diterjemahkan sebab kekadang baca maksud asalannya lain. Tapi apa-apapun penterjemah dah buat yang terbaik,aku dapat la faham walaupun ayat songsang. (Normal la kan?) Yang kanan,macam biasa,ambil masa sikit nak habiskan baca,tapi tbh,aku suka baca buku motivasi luar negara,walaupun tak banyak sentuh isu ketuhanan dalam aspek kehidupan diaorang,tapi yang mana positif tak ada salahnya kita ambil buat pelajaran. Kan? BFL buku pertama aku berjaya habiskan baca tanpa merungut. 


1. Aku cadangkan engkorang baca buku ABS : APLB (yg kanan) sebab best,insyaaAllah engkorang akan ambil masa tak sampai 2 hari utk selesaikan baca. Ada banyak input terutama utk pemuda-pemuda (pemudi pun boleh ja..huhu) bagi engkorang sedar diri sikit. Dia bukannya cerita pasal macam mana nak jadi superman yang biasa kita tengok dalam filem,kacak / badan sado / jadi hero. Tapi jadi luar biasa ,lebih daripada itu. Kalau ikutkan kriteria fizikal siapa pun boleh jadi superman! Tapi yang lagi hebat bila yg ada di dalam pun kita 'cantik'kan lagi. Cantik dalam cantik luar! 

2. #UISP tu bukunya tak berat,biasa kalau buku islamik ja,mesti kita anggap, 'berat',entah macam mana aku nak jelaskan pemahaman aku masa aku jahiliyah dulu. Tapi alhamdulillah #UISP tak la berat mana,guna bahasa biasa-biasa supaya yang membaca tak ada la pening nak faham. Usrah atau bulat kegembiraan,engkorang pernah join? Aku belum lagi join,tapi rasanya mesti seronok kan.. ? Yang pernah / bakal join usrah boleh baca buku ni,ada la sikit tips nasihat macam mana nak mantapkan usrah engkorang jadi lagi terboek..!


                                           

Yang kiri tu kompilasi soalan-soalan yg pernah ditanya kpd penulis,dia kumpulkan mana-mana soalan yg popular dan terbahagi kepada beberapa bahagian (akidah,kekeluargaan,ibadah,hadis dll). Kekadang dalam hidup ni ada banyak soalan yang tak terjawab,jadi bila baca buku dan lain-lain medium bacaan,kekadang Allah tunjukkan jawapannya pada kita secara tidak sedar. Dan ada sesetengah soalan tu lebih baik ditanya pada yang arif bukan yang pura-pura lagaknya tahu. Okay?Yang kanan aku belum sempat buka baca. 

***

1/11/2016

Update sikit entri ini berikutan ada pertanyaan.

Untuk peminjaman di mana-mana perpustakaan yg wujud di Malaysia,hehe,hanya menggunakan nom.ic. Kalau belum pernah berdaftar boleh isi borang yg disediakan di library kemudian serahkan di kaunter utk proses pendaftaran. Tiada caj pendaftaran.  Kalau ingat kot pernah berdaftar ke apa,tak payah susah pening kepala,pergi kaunter tanya nak semak no.ic pernah ke tidak daftar.
Untuk satu no.ic tu boleh pinjam 10 buah buku sahaja dan tempoh pinjaman pula dalam masa 3 minggu. (kalau tak cukup 3 minggu tu bolehlah minta renew,telefon library berkenaan sehari sebelum due date atau datang terus ke library)
Waktu perkhidmatan pula ,



maklumat lanjut berkaitan boleh pergi ke sini -> http://www.ppas.gov.my/index.php/perkhidmatan/waktu-perkhidmatan