Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Ulasan Buku : Inspirasi Hudhud 1.

Asaslamualaikum dan selamat pagi. :)
*schedule post*

Ya,entri kali ini masih sibuk mengulas pasal buku lagi,aku tiada cerita menarik untuk dikongsikan.
Aku manusia biasa,tiada harta,rupa apatah lagi. Ada cerita pun,tak mahu aku beritahu satu dunia,hahahahambar betul.

Jadi marilah kita berbicara mengenai buku,boleh?

Kali aku nak sentuh pasal buku motivasi/inspirasi yang aku pinjam dari perpustakaan itu hari.
Buku yang aku pinjam,




Tajuk : Inspirasi Hudhud 1.
Penulis : Dr.Shukri Abdullah.
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn.Bhd.
Halaman : 333.
Harga : SM (RM20)& SS(RM22)

Ringkasan ulasan aku,buku ini sangat sesuai dibeli atau buat hadiah kalau korang ada anak remaja/yang masih kecil. Baca setiap hari satu cerita. Sebab dalam buku ini ada 101 kisah inspirasi yang boleh bagi mereka semangat. Tapi kalau korang dah dewasa,nak baca pun tak apa la (*apa aku merapu), pokoknya apa pun yang kita baca,biarlah bacaan yang boleh buatkan kita terfikir sesuatu/maksudnya buat kita terfikir hikmahnya la.

Dalam buku ni ada satu ratus satu cerita,yang sebenarnya selalu atau mungkin kita pernah terbaca cerita yang sama di mana-mana,cuma penulis olah sedikit,versi yang sesuai untuk tarbiah hati. Dan di akhiran setiap cerita,ada sedikit 'moral of the story' / pengajaran yang berkait tersurat atau tersirat dengan cerita. Dan terlupa pula aku,dalam buku ni ada juga diselitkan gambar/ilustrasi di sesetengah cerita. 

Antara sebahagian tajuk cerita yang ada dalam buku ini,

  1. Sentuhan Midas (Kisah raja yang tamak,sentuh semua benda,semua jadi emas).
  2. Apakah yang boleh anda lakukan dengan 1 minit.
  3. Kisah pengunting rambut dan Tuhan.

Cerita semua pendek,ada beberapa buah ja yang panjang,sesuai waktu santai baca.

Sekian.

Ulasan Buku : Nakad Gunung.

Assalamualaikum dan selamat petang semua..!

Aku mengaku sekarang dah susah mahu berjejak kasih singgah ketuk rumah blogger lain. Ehem.. Harap tak ambil hati la dengan perangai aku yang satu ini,okay? 

Jadi marilah kita fokus pada isu utama dalam entri kali ini.


Aku nak buat satu ulasan buku yang baru aku pinjam dari Perpustakaan Klang tidak lama dulu. Sebenarnya ikutkan sepanjang tahun 2015, memang boleh dikira banyak juga la aku buat pinjaman buku sama ada dari perpustakaan Shah Alam dan Klang. Tahun ni paling banyak,pecah rekod peribadi rasanya. Kalau aku rajin mengulas,entah-entah entri blog untuk tahun ini pun banyak,tapi itulah semangat tak ada. Kemalasan.


Sebelum aku merapu dengan mukadimah yang maha panjang,baik kita teruskan ulasan buku.

Baik,buku yang aku nak ulas harini ialah ,



Tajuk : Nakad Gunung.
Penulis : Emin Madi.
Cetakan : 2012
Terbitan : ITBM 
Halaman : 239.
Harga : SM (RM25)& SS(RM30)

Nakad Gunung ini membawa erti 'Mendaki Gunung', perkataan Nakad (bahasa etnik Bajau). Untuk etnik lain yang ada di Sabah,aku kurang pastilah kalau 'Nakad' ni ada membawa makna yang lain dari yang aku nyatakan kat atas.

Awalnya aku menolak untuk meminjam buku ini sebab aku rambang mata,masa pinjam lebih kurang ada 14 buah buku dalam tangan,padahal boleh pinjam 10 buah saja,jadi aku kena pertimbangkan untuk tolak tepi mana-mana yang rasa tak berbaloi untuk dipinjam haritu.
Tapi akhirnya aku pilih juga buku ini untuk sekian kali nya,dulu belek-belek aku selalu abaikan dia. Kesian. 

Cerita dimulakan di mana 5 orang pemuda dari alam mistik,diberikan tugasan membantu manusia yang berada di sebuah negeri ; Sabah la maksudnya. Manusia yang terpilih untuk dibantu ni pun cuma 5 orang,tiap seorang datangnya dari daerah berlainan di Sabah. 

Watak utama dalam novel ni asalnya dari Keningau bernama Ahuar Rasam,kaum Murut,Kota Belud (Azron,Bajau), Ranau (Sambuling,Dusun),Papar (Ismail) dan dari Tawau diwakili oleh Yap.

Setiap dari 5 orang ni tak pernah berjumpa langsung sepanjang mereka hidup tapi mula berkenalan semasa bertemu di lokasi yang ditetapkan oleh si pendekar (pemuda dari alam mistik) untuk menyertai kursus. Misi 5 manusia tu kena mendaki gunung untuk sampai ke puncak (kursus dijalankan di atas gunung kata si pendekar...) Dan untuk ke puncak mereka diberikan beberapa syarat untuk sampai ke sana.

Antaranya, mereka tak boleh berpisah (*kena berlima juga sama-sama sampai ke puncak, berkerjasama),semua kena bersedia dan reda atas setiap semua ujian yang diberikan dalam perjalanan sampai ke puncak),wajib patuhi sebarang syarat atau peraturan yang dikenakan sepanjang laluan ke puncak,kena bawa dan bergilir-gilir batu yang diaorang panggil 'Intan Hati' (yang sebenarnya sangat bernilai)

Maka mereka berlima pun mulalah mendaki. Sepanjang perjalanan tu macam-macam dugaan mereka lalui. Paling banyak terkesan dengan watak si Yap. Haa.. si Yap ni paling banyak ujian menimpa dia sepanjang misi ke atas gunung. Tapi akhir cerita Yap berubah,jadi mualaf selepas apa yang dia lalui dalam misi tu.

Nak tahu lebih jalan ceritanya dapatkan buku ni sendiri la,baru seronok,aku cuma taip mana yang aku ingat.

Berapa bintang untuk buku ini?
Em..,aku kurang pasti tapi yang pasti aku nak beritahulah novel ni berbaloi untuk dibaca..! Tapi aku nak nasihatkan la,mungkin bagi sesetengah orang buku macam ni 'berat' sikit,atau erti kata lain,guna bahasa yang tinggi,mungkin korang boleh bosan membacanya. Dan dalam buku ni penulis banyak menggunakan perkataan dari etnik berlainan di Sabah dalam dialog perbualan,tapi jangan risau,ada maksud/glosari di halaman akhir ya.

Okay,dah aku memang tak pandai mengulas, tapi aku cuba la juga.
Tak pandai lama-lama nanti pandailah ya tak? hehe

Sekian.

Fikir-fikirkanlah..

Assalamualaikum..

*autopost
 (oh ya,aku recycle balik dari blog lama yang dah di-private itu,okay? haha)

Kata-kata ini aku jumpa dari sebuah buku motivasi bertajuk, 'Nota Hati Buat Pelajar : Motivasi dan Petua Belajar' hasil karya Razali Saaran 
Cuba renungkan setiap kata-kata ini..,kalau terasa hati..bagus lah masih ada kesedaran dalam diri.. ^^

Kredit
  • Anda hanya tahu meminta kepada orang tua anda,tetapi jarang sekali memberi kepada mereka.
  • Anda sering merungut kerana orang tua anda tidak memenuhi kehendak anda,tetapi pernahkah anda terfikir anda juga tidak memenuhi kehendak hati mereka yang bersusah-payah menghantar anda ke sekolah dan membesarkan anda?
  • Anda terlalu sibuk memikirkan hati anda,tapi pernahkah anda memikirkan hati orang tua anda? 
  • Anda begitu sedih apabila kehendak anda gagal dipenuhi oleh ibu bapa anda,tetapi adakah anda fikir mereka gembira dengan kegagalan anda,tidak memenuhi impian mereka melihat anda berjaya dalam pelajaran?
  • Anda begitu puas kerana berjaya menyakiti hati orang tua anda,tetapi sebaliknya bersungguh-sungguh menjaga hati kawan-kawan anda.
  • Apabila sihat,anda sibuk bersama-sama kawan-kawan, tetapi apabila sakit,mereka menjauhi anda dan orang tua anda yang menjaga anda.
  • Apabila anda inginkan sesuatu,anda meminta daripada orang tua anda. Apabila anda memilikinya,anda melupakan mereka.
  • Apabila diberi jarang sekali memuji orang tua anda,tetapi apabila tidak mendapatkan apa yang dihajati mudah sekali anda mengeji.
  • Anda sering menangis kerana sikap orang tua anda yang kononnya menyakitkan hati. Tahukah anda,anda juga sering menumpahkan air mata orang tua anda kerana kedegilan anda.
  • Pada saat anda tidak dapat tidur lena kerana masalah kesihatan,orang tua anda turut tidak tidur. Mereka juga berdoa supaya kesakitan yang anda tanggung itu dibebankan ke atas mereka,kerana begitu kasihkan anda dan tidak sanggup melihat penderitaan anda. Namun,apabila sihat,anda menyakiti hati mereka.
  • Ketika anda berjaya menerima segulung sijil yang hebat dalam peperiksaan,orang tua anda begitu rungsing memikirkan di mana hendak mendapatkan pembiayaan buat pengajian anda nanti. Anda begitu gembira bukan? Tetapi mereka menyembunyikan kerungsingan mereka dan sentiasa berfikir-fikir dan mencari jalan supaya anda dapat menyambung pengajian nanti. Namun,apabila berjaya, anda lupakan mereka dan tidak memikirkan kebajikan mereka.
  • Ketika keputusan di tangan anda,kesedihan mungkin bersifat sementara,tetapi kesedihan orang tua anda berpanjangan kerana harapan mereka kepada anda bermula semenjak anda dalam kandungan lagi.
  • Pelik bukan kerana yang gagal adalah anda. Tetapi,yang menanggung malunya adalah orang tua anda..
~SEKIAN~

Takdir vs Pilihan.


Memang apa yang terjadi pada kita hari ini adalah takdir Allah. Jikalau tidak ,tidak terjadilah kita seperti hari ini. Tapi apa yang perlu kita fahami yang sebenarnya adalah ,apa yang berlaku kepada kits sama ada yang baik atau buruk ,sebenarnya adalah implikasi daripada pilihan kita sebelum INI. 
🌹
Jikalau kita perasan dalam hidup INI,Allah memberikan manusia ruang untuk membuat pilihan.
🌹
Selagi mana masih ada ruang membuat pilihan,sebenarnya masih ada ruang untuk berusaha dalam memilih takdir yang baik.
🌹
"Kita mana tahu takdir kita?".
Mungkin ada yang bertanya.

"Ya,kerana kita tidak tahu takdir kitalah,mana kita perlu berusaha untuk yang terbaik. Dan Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya yang berusaha."



Petikan ,
Untuk Kita Pendosa : 30 Hari Mencari Tuhan.
Hilal Asyraf.

Puisi : Ketika Ukhwah Bertasbih.

*Schedule post

Salin & tampal dari :-

Hidayah Terindah.
Muhamad Fairuz Ali.

Ukhwah itu umpama tasbih. 
Ia mempunyai permulaan namun hujungnya tiada. 
Apabila tasbih ini berhenti,
Rasa cinta dan mahabbah mula membara di dalam diri. 
Dan kita tahu, sedikit masa nanti kita akan mengulangi tasbih ini kembali. 
Kerana cinta yang tertanam sudah tersemai erat. 
Dalam diri manusia yang bergelar umat istimewa Muhammad Rasul mulia. 

Tasbih ini untuk mengingati-Nya.
Diulang dan diratib demi redha-Nya.
Seakan ukhwah yang bertemu dan berpisah 
hanya untuk bersemi cinta di hati. 
Agar gelap pada pandangan cinta dunia 
Jelas pandangannya pada nafsu yang sering berkuasa. 

Ukhwah ini bukannya sekadar teman. 
Ia hidup dan mati hingga ke akhir hayat. 
Kerana aku dan kau saling memerlukan. 
Kerana kita adalah manusia yang tidak sempurna. 
Kerana itulah turunnya suruhan Ilahi 
" Nasihat-menasihati sesama manusia. "

Bimbinglah aku agar tasbih ini kekal di hati. 
Jangan biarkan  ia kosong dan terhenti. 
Kerana ketika ukhwah ini bertasbih 
Cahaya petunjuk mula memancarkan seri. 
Sedar bahawa kita adalah bersaudara. 
Kita berpisah untuk bertemu semula. 


Cerita Pagi Ahad.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

*schedule post*
*taip guna phone tu yang tak teratur*


Di tingkat 3 (DEWASA)
Hari ini seperti 3 minggu yang lalu, aku lebih kerap meluangkan masa sendirian, menghabiskan sisa-sisa waktu hidup di perpustakaan Shah Alam.  Entah. Saya lebih gemar membelek,singgah dari satu rak ke rak buku sambil-sambil mencapai mana-mana buku yang dirasakan berbaloi untuk dipinjam. Atau Ahad sepatutnya saya cuma perlu goyang kaki. Tapi itulah katakan apa sahaja, aku tetap gemar ke sini. Sendirian.

Penat lelah menapak menuju ke perpustakaan di awal permulaan hari aku ketepikan dulu.
Oh,aku cuma perlu menaiki 2 bas untuk sampai ke destinasi hari ini. 
Bas pertama yang perlu aku naiki dari stesen bas berhampiran taman pperumahan yang aku diami. Hampir 20 minit lamanya aku menunggu baru kelibat bas Wawasan Sutera kelihatan.
Aku hulurkan RM2 cuma, tapi tambangnya naik 40sen untuk sampai ke stesen terakhir di Klang. 
Entah berapa lama sudah aku tidak menggunakan perkhidmatan awam yang satu ini. Jarak yang jauh ditolak dengan masa yang terbuang, disebabkan ya aku naik bans henti-henti, bas awam, yang mana bukan aku seorang yang menggunakannya,paling kurang hampir satu jam untuk sampai ke stesen terakhir. 

Sampai di Klang pula, aku terpaksa berjalan sedikit menuju ke hentian bas yang kebanyakannya melalui kawasan sekitar Shah Alam dan lain-lain. Aku terpaksa berhati-hati melangkah sambil   melihat-lihat papan tanda, melihat arah tuju bas sekian-sekian akan lalui. Untuk  sampai ke destinasi hari ini,aku perlu menaiki bas yang berhenti di Kompleks PKNS. Pun juga tambang meningkat menjadi RM2 untuk orang dewasa yang sebelum ini cuma RM1. Maklum saja sekarang semua harga naik mendadak, rakyat marhaen tersepit antara kemelut ekonomi yang tak menentu. Pasrah saja. 

Menaiki bas ke Shah Alam, aku perlu bersabar lagi. Hinggalah hampir penuh bas dengan penumpang, yang rata-ratanya warga asing, baru bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan bandar Klang menuju ke Shah Alam. 
Aku fikir, jarak perjalanan dari rumahku,ke Klang dan dari Klang ke pusat bandar Shah Alam sama saja. Jauh!

Melepasi tol i-City,bas mula memasuki seksyen 7 kemudian menuju ke pusat bandar. Dalam bas ku lihat baik yang muda mahupun yang tua masing-masing sibuk dengan gajet canggih, sedang aku, hanya melontar pandangan jauh ke luar tingkap. Memerhati  perubahan hutan batu. 
Shah Alam masih sama seperti dulu. Seperti yang aku tahu. Tiada yang beda pada pandanganku. 
Sampai di hentian bas yang terletak berdekatan tasik Shah Alam,aku turun dari perut bas menuju ke kompleks  segera. 


Aku mesti cepat! Tak peduli pun beratnya beg yang disandang dengan tote beg yang ku kepit kemas dari awal perjalanan, berat, penuh dengan buku-buku yang ku pinjam lewat 3 minggu lalu. Nasib baik di awal pagi udara bertiup selesa, menyenangkan hati yang gelisah. Dengan langkah besar aku menuju ke arah perhentian bas yang berdekatan restoran Satay Kajang, menanti 'coaster ' yang disediakan secara percuma oleh pihak perpustakaan. Jadi untuk hari ini bermakna aku terpaksa nenaiki 3 bas! Apa-apapun aku lebih sanggup menunggu dari menggunakan khidmat teksi untuk ke sana. Alang-alang disediakan khidmat percuma, baik juga aku gunakan. 

Sebenarnya, agak lama juga aku tidak menggunakan coaster. Terakhir, aku kira tahun lepas, sebelum pun aku cuma menyuruh kakakku nenghantarku je sana dengan kereta. Disebabkan itu aku gelisah. Ketakutan. Risau agaknya jikalau sudah ditamatkan khidmat coaster, manalah tahu disebabkan tak ramai yang menggunakannya setiap hujung minggu, atau sebenarnya masih ramai kurang jelas tentangnya. 

Jam baru menunjukkan angka 9. Lebih. Aku perlu menunggu beberapa minit lagi. Coaster dari kompleks ke perpustakaan cuma ada pada jam 9,10,11 hingga 12 tengahari. Menunggu membuatkan aku tidak senang. Ibarat cacing kepanasan. Bila dalam keadaan cemas begini aku lebih suka bermundar-mandir. Menunggu sambil berdoa dalam hati moga-moga hari ini semua akan berjalan lancar.  Gusar menunggu,aku masuk ke dalam kompleks,cadangnya mahu membeli kad tambah nilai sementara coaster masih belum tiba. Selesai membeli, aku berpatah balik di ruang legar aku menunggu tadi. Penat berjalan masih tidak terasa lagi. Ku pandang sekeliling mengintai-intai sesiapa saja. Di penjuru, kelihatan seorang lelaki, paras wajahnya ,terutama matanya yang sepet,aku pasti dia yang berbaju polos hitam dan berseluar slack hitam juga, ialah seorang cina. Dia pun ku lihat seperti menunggu seseorang. Tapi dalam kekalutan perasaan yang maha hebat, aku terpaksa abaikan lelaki itu. Apa pun urusan beliau , rasanya bukan hal aku untuk difikirkan walau hati ku berbolak-balik. Entah kenapa hatiku dapat merasakan hala tuju kami sama.

Bahagian luar PRATU
Tidak lama kemudian, sampailah coaster putih yang tercatat 'Perpustakaan Raja Tun Uda' sunbangan ihsan pihak sekian-sekian di badannya. Aku tercengang seketika. Kemudian cepat-cepat bergerak ke arah coaster. Dan lelaki cina tadi lebih mendahului aku,masuk ke perut coaster lalu menutup pintu. Argh.. bukan salah beliau. Hati aku menyabarkan diri. Pantas aku membuka pintu dan masuk duduk. Terjerit kecil aku ketika bertanya satu soalan pada pakcik pemandu. Terlepas kata. Baru saat itu aku terasa penat. Cukup 2 penumpang saja,pakcik,entah apa namanya bergerak,setelah pasti tiada sesiapa yang mahu menaiki coaster. Aku duduk di bahagian kerusi kedua manakala lelaki cina itu di hadapanku. Rancak berborak dengan pemandu dengan pelat cinanya yang aku kira bahasa Melayunya boleh tahan. Sederhana. Berborak tentang bazar ramadhan,raya,Jakel,1MDB,politik yang membosankan jiwa mudaku,tak lupa tentang bas Selangorku. Aku yang di belakang seperti tidak wujud. Diam membisu seribu bahasa. Kadang-kadang, aku perasan 2 kali lelaki cina itu menoleh ke belakang,mungkin baru terperasan aku duduk dibelakang. Atau dia risau aku akan melakukan sesuatu yang tidak-tidak. Logikkah? Hahaha. Telahan aku semata-mata. Jangan risau! 

Sampai di hadapan perpustakaan, aku cepat membuka pintu,sebelum turun sempat lagi aku mengucapkan terima kasih pada pemandu. Melangkah keluar dengan pantas aku meninggalkan lelaki Cina tadi. Yang kemudian pantas memotong aku. Hahaha. Masing-masing seperti tergesa-gesa. Tidak lari perpustakaan yang ada depan mata! Kami menunggu lif. Malas rasanya untuk memungkinkan aku menaiki eskelator dengan beban beg yang melemahkan kudrat. Sambil menunggu lif sempat lagi lelaki Cina tadi berbasa-basi cuba berborak dengan aku. Kadang aku menguntum senyuman di balik kain penutup tapi dia hanya pandang aku. Kosong. Tanpa perasaan. Senyumku mati sendiri. Tak mengapa aku faham. Aku sendiri menutup separuh mukaku dengan kain hitam, mampukah  senyuman dilihat orang? Lagipun apa tujuan pakai kain hitam yang menutup separuh wajahku, kalau bukan untuk....

Dia bertanya dengan wajah kosong padaku, cuma ada kami yang menunggu lif ketika itu,macam mana aku tahu perpustakaan ada menawarkan khidmat coaster,aku cuma menjawab aku selalu menggunakannya. Dan kemudian pintu lif terbuka. Lega. Perbualan tak tamat di situ,yang mana dia yang melontarkan soalan,aku cuma mendengar dan menjawab apa yang perlu saja. Ketika di dalam lif itu lah dia sempat berseloroh, katanya 'boyfriend'ku (beg sandang kulit coklat sederhana cerah,yang tertulis perkataan 'boyfriend') kelihatan berat. Aku hanya ketawa kecil. Sekadar. Kami menuju ke tingkat yang sama,tingkat 2. Sewaktu pintu lif terbuka dia mempersilakan aku keluar dahulu, gentleman lagaknya, tapi tidak ku endahkan perlawaan itu,sebaliknya aku yang mempersilakan dia. Pasrah. Aku membontoti dia keluar lif.



Kemudian, cerita tentang aku dan lelaki Cina terhenti di situ saja. Tiada apa yang perlu dibualkan lagi. Masing-masing memutuskan untuk menyudahkan urusan sendiri.  Aku terus menuju ke kaunter memulangkan semula buku yang dipinjam. Terasa ringan beban. Lepas itu baru ku simpan beg di dalam loker berkunci  yang disediakan di luar dengan bayaran cuma 60 sen. Dan aku masuk semula.

Ini gambar tahun 2016
Aku bergerak ke arah rak paling belakang,bahagian 'Sastera',mencapai apa-apa buku yang menarik perhatian. Beberapa buah buku dalam genggaman. Aku memilih untuk duduk di kerusi berdekatan tingkap. Belakang sekali. Kebetulan ada meja kopi bulat. Mudah untukku letak buku-buku tadi. Duduk melepaskan lelah. Mood membaca belum tiba. Jasadku dibatasi rasa penat berjalan saja. Walau tirai kain mula dibolosi panahan cahaya suria,aku terasa kantuk,menyilaukan mata, perlahan-lahan mata menutup pandangan. Gelap. Mungkin juga buku yang sedang ku baca tadi membosankan atau berpunca dari perutku minta diisi. Namun,belum pun lena,aku tersedar kembali mengingatkan aku tidak banyak masa untuk bersenang di sini. Cepat aku mengambil beberapa buah buku untuk dipinjam. Baru tadi,sewaktu memulangkan buku, ku tahu rupanya untuk satu nama,boleh meminjam 10 buah buku berbanding sebelum ini cuma 5 buah saja. Dan tempoh pinjaman selama 3 minggu. Cukup lama. Aku mengambil kesempatan menggunakan nombor kad pengenalan kakakku,yang ku simpan,meminjam buku disebabkan aku sudah cukup 10 buku. Hari itu,aku meminjam 14 buah buku,kebanyakannya novel cuma 2 buku lagi buku berkaitan kekeluargaan dan agama karya Hilal Asyraf dan Ustaz Love.  Selesai urusan pinjaman, terus turun ke tingkat bawah, menunggu coaster untuk balik ke kompleks. 

Oh,ini cerita 3 minggu lepas sebenarnya. Aku cuba mengingati  sedaya yang boleh apa yang berlaku. Boleh dijadikan modal cerita dalam blog. Dalam kesamaran,teringat kembali semua walaupun ada yang aku kira terlepas pandang. 

Dan ya,3 minggu selepas itu aku di sini,masih meneruskan rutin ulang alik ke sini. Sekarang. Di tempat yang aku gelarkan rumah ke-2,perpustakaan. Sendirian lagi. Dan lagi. Tak terasa kekok,cuma boleh tawakal. Sekurang-kurangnya tak perlu aku melayan kerenah siapa-siapa , yang terpaksa atau dipaksa, mengomel kebosanan menunggu aku melunaskan urusan di sini. Aku hanya terpaksa ke sini seorang bila tiada yang mahu menemani aku. Jadi ini saja,cerita hari Ahad yang penuh liku.

Sekian.

Menang RM95,000.00...!!!

Assalamualaikum dan selamat siang..! :D

Tajuk macam apa ja..drama queen betul..ehehe..
Ini pagi,aku check email,kot-kot ada email penting,karang terlepas pandang naya..
Tiba-tiba,mata tertumpu pada satu email ni kononnya dari NESTLE,mengatakan aku berjaya menang sejumlah wang tunai bukan calang-calang banyaknya.
Aku dah terdelete emailnya,tapi hasil ps dari facebook rasmi NESTLE Malaysia, ada beberapa manusia juga mendapat email scam serupa macam ni,


Menang RM95,000.00...!
Ni yang mata duitan nampak nilai besar macam itu agaknya boleh menggelepur kegembiraan.
Haritu dapat email scam dari Coca-Cola,dapat berapa raban entah,lupa...
Kalau dijumlahkan nilai yang kononnya 'hadiah' antara Nestle dan Coca-cola,aku rasa boleh dah beli sebiji kereta.
Kalau dapat betul-betul,alangkah bahagianya hidup,betapa terujanya aku dapat RM95,000.00. Macam-macam nak beli,dalam kepala otak nak buat macam-macam,sudahnya duit mengalir sampai tak sedar gara-gara memboros tak ingat dunia.

Bawah ni, kenyataan rasmi dari pihak NESTLE Malaysia,aku ambil dari fb.




p.s/

  • Jangan cepat teruja sangat bila dapat email kata kita menang hadiah (padahal mana guna pun produk tu/daftar pertandingan), selidik betul-betul,sekarang ni zaman dah mudah,google ja ,semua maklumat tinggal rajin tak rajin baca ja.. okeh..!