Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Surat Cinta 16 Disember

Assalamualaikum dan selamat pagi..!
(*reupdate : 11/4/16. Berapa lama aku ambil masa dekat 2 tahun lebih utk keluarkan entri ini..! Maaf lah..baru ada kesempatan.)

Apa khabar harini? Hati macam mana? Sihat ke parah..?

16/12 lepas aku terima satu sampul surat,aku dah dapat agak daripada siapa. Sejak beliau bagitahu nak bagi surat tu,aku asyik ternanti-nanti ja surat sampai ke rumah.
Sampailah satu hari tu,aku dapat sampul putih dalam tangan,aku belek-belek surat tu depan belakang, dapat kat tangan senyum lebar . Dengan rakusnya aku pun koyak sampul putih tu, dalam kerakusan aku masih berhati2 karang terkoyak mana2 yang tak sepatutnya dah rosak.
Tengok isi dalam ,ada lagi satu sampul coklat, aku buka keluarlah isinya kad comel ni..! 

Pastu keluarkan kad,terselit kat dalam tu mini memo pad warna merah jambu..! Bertambah kagum aku ! Dan bertambah sayang aku kat kak Farrah,walaupun entah berapa bulan kenal kat dunia blog,tiba2 rasa macam 'ngam'. Aku tak tahu nak jelaskan macam mana perasaannya, kenal kat dunia maya ja pun,rasa macam bertemu 4 mata.



Sebenarnya..
Aku terima kad ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran yang ke-22 dari kak Farrah, aku terlepas komen di blog beliau ,mention bd aku 2/12 haritu, dah menyusahkan beliau buat kad untuk aku. 
(*Kak Farrah pemurah orangnya,semoga dimurahkan rezeki akak dari cabang kerja yg akak sertai.)
Tapi, dah orang buat kita terima la dengan hati terbuka. Bersyukurlah dan hargai apa yang orang buat untuk kita. :D
Seingat aku selama 22 tahun hidup,rasanya ini kali pertama dapat hadiah sempena BD, aku bukan suka sangat menyambut BD, ingat tak ingat tarikh Berapa kerat ja yang ingat BD aku 2 Disember. Macam tak ada makna ja nak ingat. hehe. 
Walaupun sekadar kad ucapan,tapi aku hargai sangat. Kad tu dah la buat sendiri ,LIMITED EDITION tu. 
Dengan kepoyoan,aku tayang kat mak aku,kagum rasanya.



Bila ditegakkan,jadi macam ini,lawa kan? stabil pula tu,abaikan kekusutan di belakang dan ya kamera telefon tak berapa elok,tapi sebagai bukti kena la masukkan juga gambar..
Kalau korang nak buat sendiri kad BD dan apa2 jenis kad la boleh rujuk kat link di bawah ni, (*Dan kak Farrah ada banyak posting tentang tutorial DIY ,tinggal rajin atau malas ja nak buat..)
Rujuk link ini untuk buat sendiri mini memo pad,bolehlah buat satu hasil kreativi sendiri. Kot2 ada lebihan kertas yang tak diguna,janganlah buang ya.

Oh ya,di penghujung bicara ni,sekali lagi aku nak ucapkan TERIMA KASIH untuk beliau.Dah siap simpan elok2 dalam kotak. Karang belek banyak kali habis lunyai kad tu karang.
Lambat betul update cerita pasal kad ni, hahaha...

Sekian.

Menangguh Waktu

*Schedule post

Kredit 
Semalam kita hidup.
Hari ini,kita diizinkan bangun dan masih lagi hidup.
Dosa-dosa semalam belum kita usaha untuk diampunkan,hari ini kita tambah lagi.
Luka semalam belum kita ubati,hari ini kita berjurus-jurus menambah luka-luka di dalam hati.
Kita rasa senang dengan kehidupan penuh ketidakkisahan ini.
Kita rasa terbuai dengan kealpaan ini.
Tidak mengapalah berbuat banyak dosa kerana esok masih ada.
Esok boleh bertaubat.
Bukankah Allah itu Maha Pengampun?

Tetapi kita terlupa bahawa ada satu hari,Allah akan melepaskan kemarahanNya tanpa tertahan-tahan.

(Petikan dari buku Batu-Bata Kehidupan,Hilal Asyraf)

Semua manusia berdosa.

Kredit
Semua manusia berdosa.
Tiada yang akan terlepas daripada dosa,melainkan yang telah diberikan mandat maksum daripada Allah seperti Rasulullah s.a.w.
Ada bezanya manusia yang beriman dengan manusia yang tidak beriman dalam melakukan dosa.
Hendak melihat sejauh mana keimanan kita,maka kita sepatutnya boleh mengukurnya dari segi layanan kita terhadap dosa.
Orang yang beriman,dia akan bersegera kembali kepada Allah selepas menyedari bahawa dia telah menjauhiNya.
Sedangkan orang yang keimanannya lemah,sakit atau tidak beriman langsung,maka mereka akan terus rasa seronok bergomol di lembah dosa.
Mereka akan melambat-lambatkan urusan mereka untuk pulang kepada Allah.

Kita berada dalam golongan yang mana?
Kita yang  lebih tahu keimanan kita berada di mana,kan?

(Petikan asal dari buku Batu-bata Kehidupan,karya Hilal Asyraf)

Tahniah! Anda Menang..

Asal gambar ni dari sini -> NainNikmat

P.s/ baca dari kiri dulu okay..! #Macambetulmacamtipuja
p.s.s/ Dalam hidup mesti ada sorang dua manusia jenis tak paham bahasa, sakit hati kadang-kadang layan perangai dia,tapi tengok diri sendiri balik,entah2 kita pun sama..!

Adik Bercinta Dengan Siapa Tu?

*schedule post. 
Sejak berbulan2 lamanya terperap dalam draft. 

Nukilan : Naliena
Where I End and You Begin by vhm-Alex
Kredit 

Hai adik!
Kakak nak tanya sikit boleh?
Adik bercinta dengan siapa tu?
Nak kenal boleh?

Si adik tersipu-sipu malu membuatkan kakak hanya tersenyum sinis.
Tahu malu ya, bisik hati kecil si kakak.

Adik berkira-kira untuk membuka mulut,risau rahsia cinta hatinya akan terbongkar.
Kalau satu rumah tahu,jatuh air mukanya. Itu yang dirisaukannya.
Entah bagaimana untuk menceritakan drama rantaian cinta kepada si kakak.

Ini bukan telenovela kak! Ini kisah realiti!
Saya harap kakak tidak sewenang-wenangnya  memberi penilaian atas kisah cinta saya ini!

Nada seakan berbaur ugutan bagi si kakak.
Kakak masih tersenyum sinis. Sabar namun berdebar-debar menanti adik rela membuka mulut tanpa perlu dipaksa lagi.

Kisahnya begini kak,

Dia meluahkan isi hatinya yang terbuku pada saya,saya mendengar dengan penuh gementar kerana ini kali pertama sang arjuna meluahkan rasa cinta dan sayangnya pada saya.
Tentu saja saya teruja dan gembira kak!
Kakak pernah merasakannya bukan? 
Lelaki yang berjaya menarik perhatian kakak menyatakan perasaan yang sama seperti apa yang kak rasakan selama ini. Itu tentu menerujakan!
Gembira tak terkata kak sampaikan saya tidur tak lena memikirkan kata-kata syahdu yang indah lagi puitis si dia saat kami berhubungan.
Dia berjanji untuk sehidup semati,sehari katanya seandainya kami tidak berhubung,hatinya bagai dirobek-robek. Rindunya bukan kepalang. Boleh jadi gila jadinya.
Begitu juga saya kak,tak tertahan hati jika tidak mendengar suara gemersiknya mengungkap kata cinta, melihat redup wajahnya. Berdampingan dengannya..

Saya tidak mampu menolak kerana di saat usia begini saya memerlukan seseorang seperti kawan yang lain. Ada buah hati. Untuk berkongsi semua rasa tanpa banyak bicara.
Saya bahagia dengan dia.
Susah senang kami masih bersama,bertelingkah esok lusa dia pasti memujuk.
Salahkah hubugan kami?

Si kakak mendengar dengan tekun sambil memerhati si adik yang tampak gembira menceritakan segalanya tentang 'cinta sejatinya'.

Kemudian adik menyambung,

Saya sanggup melepaskan segalanya!
Apa pun saya sanggup berikan kepadanya kak!
Wang ringgit atau apa sahaja! Saya tidak peduli apa orang kata kerana mereka orang luar yang tak mengerti apa pun tentang kami!
Kakak tahu? Dia pun sama juga seperti saya sanggup melakukan apa sahaja asalkan kami berdua selesa dalam perhubungan ini. Saya rasa dihargai dan disayangi seperti ratu. Indahnya perasaan ini kak. 

Kakak cuba memahami si adik. Dia pun pernah merasakan hal yang sama cuma nasibnya lebih bertuah tidak terjebak dalam permainan cinta yang penuh dengan rahsia.
Permainan yang disertai dua orang manusia. Menang atau kalah terpulang pada para pemainnya.

Kakak menepuk bahu si adik,menenangkan perasaan adik agar terkawal sambil menghulurkan sekeping kertas.
Puas sudah mendengar cerita cinta yang tak berepisod cukuplah sekadar 'sinopsis' saja,kerana risau akan ada cerita mual terselit dalam cerita cinta adik. 
Kakak tersenyum. Bukan dalam sinis tapi kepuasan. Adik memandang dalam muka kakak. Senang hati. Menghargai. 
Kakak meninggalkan adik keseorangan. Perlahan-lahan adik membuka lipatan kertas yang dihulur kakak tadi. Dengan helaan nafas,adik membaca..


Kertas itu dibelek-belek si adik. Menjenguk kelibat kakak yang berada di perkarangan rumah. Ada masanya pandangan mereka bertembung,sebuah senyuman dihulur kakak. Adik tersenyum nipis.
Masih dihargai. 
Adik mendongak,melihat lautan langit yang membiru. Masih bernyawa lagi dia.
Bersyukur.
Angin bertiupan menyapa pipi gebunya. 
Tidak menyangka masa berlalu pantas. Jam berdetik meninggalkan sesiapa yang terleka. Mengejar pun tidak berguna kerana masa adalah masa. Akan tetap bergerak tanpa lagi menoleh ke belakang.

Huh?

Adik mengeluh. Sepertinya dia menyesali sesuatu.
Entah.
Mungkin kerana berkongsi cerita dengan kakak atau kerana terjebak dalam perangkap cinta.
Atau risau kakak akan menyebarkan ceritanya.
Hanya adik yang tahu.
Kakak memerhati gelagat adik dari jauh. Berharap adik akan faham isi kandungan kertas itu tanpa perlu menafikan getaran rasa.

Kakak dah penat memujuk,tapi kakak belum putus asa kerana kakak sentiasa ada di sisi adik.
Walau apa pun yang berlaku di masa akan datang,kakak masih ada di sini. Di sisi adik. 
Tak kira siapa pun adik di masa akan datang,kakak masih sedia menjadi peneman di kala suka dan duka.
Kita mungkin berubah di masa depan,tapi hati masih menyanyi lagu yang sama.

Jangan takut Allah.
Allah maha adil adik. Dia ada segala kuasa. Jangan lupakan Dia. 
Apa-apa pun kita adalah miliknya.
Kakak mungkin akan ditarik nyawa suatu hari nanti kerana Dia berhak,kakak mohon pada adik,jangan putus asa dengan Dia!
Jeritan batin kakak tersemat kemas di hatinya.

Sekali lagi kakak menjenguk adik di luar,adik melontarkan senyuman manis.
Dan hari itu berlalu dengan kesenangan.
Kakak senang menyatakan rasa hatinya,adik senang kerana dia mempunyai seorang kakak yang memahami dan menghargai dirinya.

Entri tiada kaitan dengan yang hidup,sudah meninggal dunia atau nyawa-nyawa ikan. Aku dulu2 suka mengarang,berangan nak jadi novelis tapi selalu kecundang di tengah jalan,sebab mati akal. Cerita macam entah apa2. Aku memang suka menaip tak tentu arah mood. Tegur2lah ya..
p.s/

  1. Budak-budak zaman sekarang sekolah rendah pun dah pandai bercinta-cinta dari bercita-cita tinggi nak banggakan mak bapak mereka.
  2. Cinta memang buta, nak celikkan cinta, pandai-pandaila belajar dari kehidupan dan tanya yang berpengalaman.
  3. Budak-budak sekarang (*lagi sekali) memang dah 'maju' jadi sebagai abang,kakak,ibu bapa,jiran tetangga atau kenalan tegur2 la budak2 tu,risau dengan zaman sekarang ni macam2 kes berlaku.
  4. ...........................................................................................................................................
         ...........................................................................................................................................
         (*sila isi tempat kosong,terima kasih)

Boneka Hidup

*Schedule post ya..

Pernah tengok filem Pinocchio? Atau baca kisah dogeng si patung kayu yang bila menipu hidungnya jadi panjang. Kalau mancung kacak la juga..ehem...

Okaylah, kisah dogeng tu walaupun memanglah merepek semata-mata semestinya ada pengajaran yang boleh kita ambil.

Kredit
1.

Hidup ni jangan biarkan kita selalu diperkotak-katik macam bola. Disepak sana sini tanpa hala tuju.
Dan kita tak boleh juga tunding jari ke arah sesiapa yang membonekakan kita. Lihat dulu pada diri sendiri.
Entah-entah salah kita membiarkan kita diperbodohkan tanpa berani melawan.
Ada orang ni disebabkan kemaluan yang melampau,dia takut atau kurang berani untuk mempertahankan diri dia,macam aku la dulu.
Lemah sangat. Mudah dibuli.
Orang buat apa pun aku kurang kisah walau hati memendam duka.
Pasrah seadanya.
Hanya mampu tersenyum.
Depan senyum,dalam hati mengutuk macam-macam. Belakang nak memberontak bila berdepan lidah terkelu.

2.

Nak tolong orang pun berpada-pada jangan biarkan orang ambil kesempatan.
Zaman sekarang ni macam-macam jenis orang.
Silap pilih kawan,nayalah kau!
Sekali terkena, bangkitlah untuk betulkan keadaan,jangan biarkan kita di paras yang sama.
Digelar bodoh atau dah memang nasib kita.
Tapi sampai bila nak salahkan takdir? Sampai mati ka? Mati dalam penyesalan?
Membiarkan diri diperbodohkan walaupun kita tahu kebenarannya ,bodohlah kita.
Jadi jangan biarkan dirimu diperbodohkan dan janganlah membodohkan orang lain.

Aku ni selalu juga la dibuli daripada membuli,nak melawan aku macam malu-malu kucing.
Belakang bolehlah aku berangan2 kononnya kalau dibuli aku nak melawan la itulah inilah. Bila dah ada peluang,aku diam membantu. Buntu.
Pooodahhhhhhhh.........~!

3.

Hidup ni perlukan kejujuran,mana-mana situasi yang dirasakan perlu, buat la bohong sunat. Lol
Tapi,sekuat mana pun kita kelentong,satu hari nanti mesti terjelepok la.. Sepandai-pandai manusia menipu,akhirnya kantoi juga!
Tak terbongkar pun,kalau hidup menipu orang ja,aman ke hidup??? Mesti sampai ke anak cucu tak habis2 flash back kisah lampau yang suka menipu orang.

4.
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................

(*Sila isi tempat kosong. Terima kasih)


Boneka Hidup sekadar tajuk. Ada apa pada nama neng?

p.s/ Pernah baca kisah 7 ekor hantu?

Masa Silam yang Masih Menghantui.

*Schedule post.

Kita sudah tentu pernah berasa diri kita dibelenggu emosi-emosi negatif. 

Berikut adalah beberapa ciri emosi negatif kita daripada masa lampau yang memberi kesan kepada kita pada hari ini apabila kita dalam keadaan tertekan :-

Memories of the past by WiciaQ
Kredit
1. Apabila sesuatu mengecewakan kita,kita terus sahaja berasa marah dan terganggu,walaupun minda kita mengatakan kita seharusnya berasa tenang,damai dan menyayangi.

2. Apabila sesuatu menghampakan kita,kita terus sahaja berasa sedih dan hampa walaupun minda kita mengatakan kita patut berasa gembira, ceria dan berharap.


3. Apabila sesuatu menyedihkan kita, kita terus berasa takut dan bimbang, walaupun minda kita mengatakan kita patut berasa yakin dan bersyukur.


4. Apabila sesuatu memalukan kita, kita terus sahaja berasa kesal dan malu, walaupun minda kita mengatakan kita patut berasa seronok dan yakin.


Pernah tak kita berada di dalam keadaan di mana-mana antara di atas ni? Tentunya sukar untuk kita hadapi saat kehidupan kita yang sekarang ni disebabkan terkenang kisah lampau..betapa peritnya hati cuba memujuk jiwa raga kita supaya teruskan semangat dan jangan kisahkan lagi perkara yang lalu..tapi tentunya sukar untuk menidakkan perasaan negatif yang hadir dalam diri kita ...

Kita terlalu kecewa dengan kehidupan lalu yang meragut kegembiraan dan kebahagian yang seharusnya kita kecapi..
Mungkin kehidupan sekarang masih belum cukup kuat untuk menutupi segala kekecewaan kita yang lalu ?
Atau mungkin kita masih tertanya-tanya dengan keadaan diri kita sama ada sudah bersedia untuk mengalami kekecewaan lagi di masa akan datang atau kita cuma berserah dan biarkan lagi hati terluka?
Mana satu pilihan anda???

Hidup perlu dimotivasikan selalu,jangan rasa putus asa untuk mulakan hidup baru. Buktikan yang diri kita mampu harungi kegagalan yang lalu sebagai sejarah.

Cerita Si Ulat Buku.

Tasik di Perpustakaan Raja Tun Uda,Shah Alam. (RATU)
(*Letak kredit kalau nak pinjam ini gambar. )
Aku suka sangat lepak dekat library RATU ni..,walaupun abah aku dulu larang pinjam buku dekat sana sebab jarak yang jauh,aku tetap juga pergi sebab aku suka baca buku..! Geram woo tengok buku..!
Library paling dekat dengan aku dekat Klang,Jalan Tengku Kelana,tapi situ tak berapa banyak buku yang menarik untuk dipinjam.
Itu yang aku migrasi sampai ke Shah Alam,semata-mata untuk pinjam beberapa buah buku.

Dan dulu bila ajak pergi library ni,ada la orang kata

'Buat apa pergi library,kan dah habis belajar?'

Aku pantang betul orang kata macam tu. Berdesing telinga dengar tahu..! huhu
Ya aku tahu,ramai orang hanya sentuh buku bila study/exam ja.
Tapi,tak salah kalau sekali sekala singgah perpustakaan kan? Bukan time kita jadi student ja kita boleh pergi. Pintu library sentiasa terbuka okay..Perpustakaan itu umpama gerbang ilmu yang tak terhingga banyaknya.
Jadi pupuklah minat membaca dalam kalangan anak muda sedari kecil lagi supaya membesar nanti tak ada la liat nak jejakkan kaki ke perpustakaan.

Lepas tu aku ada satu tabiat ni,kalau beli buku,aku suka sangat beli paling maksimum pun 5 buah. Itu kalau ada duit la. Dah beli banyak2 mula-mula tu memang la ada semangat teruja nak membaca,lama2 semangat tu hilang. Berlalu pergi macam tu ja.
Itu la tabiat aku yang tak semegah. Beli banyak2 bacanya tidak. Terperap bawah meja. Tabiat aku lagi satu yang tak sewajarnya diikuti ialah aku suka sangat sorok/simpan buku yang aku beli tu dalam almari. Selagi aku tak baca lagi,selagi itu la orang lain pun jangan harap dapat baca. huhu
So alternatif untuk mengawal ketagihan aku yang suka sangat membazir,makanya aku pun pinjam la buku dari perpustakaan.
Jimat duit juga sebenarnya,walaupun tak semua buku yang kita harapkan ada di sana. 

Apa lagi nak diceritakan ya..?

Em..,sepanjang bulan Ramadhan ni kan RATU ada buat 'Bulan Pengampunan Dosa'.
Amboi..! Aku baru tahu,padahal dah lama dilancarkan pun.
Ini bermakna untuk seorang ahli yang meminjam buku,kadar denda disebabkan kelewatan memulangkan buku  yang dikenakan maksimum cuma RM5 ja walaupun sebenarnya nilai denda kau tu RM30.
Macam kes aku la ni..,aku sepatutnya pulangkan pada 29 Jun,tapi aku kerjanya asyik menangguh ja. Tak sempat nak call library untuk proses renew tarikh. Masa tu aku pinjam 10 buku (5 buku atas nama aku,5 lagi mak ). Sehari pula dendanya RM0.50. Jadi aku tunggu la Sabtu minggu depannya untuk pulangkan buku. Peringatan untuk aku sendiri,kalau nak renew buku,kena telefon pada tarikh yang kita kena pulangkan buku,contoh buku sepatutnya pulang pada 14/7 so on that day juga kena call,sehari selepas tu dah tak boleh renew. Padan muka kau..!
Denda aku masa tu jatuh RM30 ,tapi disebabkan Bulan Penghapusan Dosa tu aku cuma dikenakan denda RM10 ja untuk kedua-dua nama.
Aku tak tahu la nak jelaskan macam mana. Aku faham apa yang aku taip,tapi orang lain aku tak tahu. haha

Ini aja la yang nak diceritakan pagi2 ni.. 

p.s/ 
1.Kalau ada terjumpa gua di RATU,tegur2 lah ya..! hahaa.. gambar pun tak letak macam ada yang kenal pula.
2. Best kalau ada kawan yang sehati sejiwa @ ulat buku,nak ajak ke library tak ada la serba salah. Ya la,kita pun tak boleh nak paksa orang lain suka apa yang kita suka. Betul tak? Kalau ada yang sama hobi tu boleh la juga berkongsi cerita. :)

Random Entry : Bila Dipandang Jelik

Assalamualaikum dan selamat petang.
*Schedule Post.

Kredit : Sarah-BK
Nukilan : Nana Liena

Lihatlah dunia sekelilingmu.
Mungkin nampak indah di matamu.
Saat bersamanya engkau merasakan dunia ini hanya milikmu sorang.
Berkongsi bahagia bersama dia.

Berjalan megah sambil berpimpin tangan.
Hangat tangannya tidak akan membiarkan engkau keseorangan tika itu.
Janji manisnya ibarat gula-gula.
Enak didengar.
Terasa manis sekali.

Tiap janji kosong yang dilontarkan cukup indah.
Engkau lupa.
Walau engkau tahu itu mustahil.
Masih lagi engkau menagih rindu dan cintanya.

Siang malam dikirimkan rasa rindu tanpa jemu.
Engkau lupa.
Mana rindu dan kasihmu pada yang Esa?
Jangan dibilang engkau lupa padaNya.

Bergandingan bersama tanpa rasa dosa.
Saat romantis terasa cepat berlalu.
Halal haram apa engkau peduli?
Segalanya cukup syahdu dan menyenangkan.

Bila dipandang jelik oleh orang,
engkau mempersetankan perasaan malu itu.
Kerana rasa malu itu sudah hilang dalam diri.
Tidak dikisah langsung asalkan hati itu bahagia.

Bila dipandang jelik oleh orang,
engkau hanya membiarkan lontaran suara tidak berpuas hati itu berlalu.
Kerana bagimu itu hanya luahan orang yang cemburu.
Tidak dikisah langsung asalkan engkau dan dia bersama.

Sedarlah,
Engkau sebenarnya cuma bahagia dalam derita.
Kerana derita bakal engkau perolehi di masa hadapan,
jika sekarang engkau terlalai.

Dalam berkasih itu, kita merasakan seolah-olah dunia ini cukup indah walaupun sepanjang hari kita dirundung malang.
Kerana kita merasakan si dia itu ada maka buat apa perlu berduka cita?
Ingatlah sentiasa,dia belum tentu bakal menjadi pebimbing kita ketika melayari bahtera bahagia.
Jangan mudah menyerah segala-galanya walaupun dia berjanji sanggup berenang di lautan api,meredah belukar pilu sekalipun.
Apa yang dijanjikan hari ini belum tentu ditunai kan hanya kerana kita cinta hatinya.
Dia tidak begitu bodoh untuk memperhambakan dirinya untuk kita.
Itu namanya berkorbankah andai dia meminta balasannya?
Sebagai mengenang budi?
Tidak kawan,itu cuma perangkap cintanya.
Jangan biarkan dirimu diperbodohkan dan dikhianati.

Keluarkan rasa cinta palsu itu dari dirimu.
Jika engkau terjebak dalam permainan ini,percayalah masih ada peluang untuk mencari keampunan.
Jalan keluar terbentang luas,cuma engkau yang mampu mengubahnya.
Sesuatu hubungan tidak akan terjadi jika tiada yang memberi dan menerima.
Memberi cinta dan menerima cinta.
Jaga hatimu sebaik mungkin.
Bersabarlah dahulu.
p.s : Ya aku tahu,aku banyak berkongsi puisi/entri berkaitan soal hati.. huhu..ini semua kebetulan. Random entry. Kalau memuakkan anda semua,saya minta maaf,tp saya peduli apa kan? hehehe..gurau ja.

*Nota untuk diri sendiri dan semua !

Belajarlah Erti Bersyukur.

*Schedule Post

Sail Away by JonasHodneHaugen
kredit

Nukilan : Nana Liena
Jangan sibuk memikirkan apa yang kau tiada.
Apa yang orang lain ada.
Padahal kau ada apa yang orang lain tiada.
Cuba bersyukur sikit.
Ingat diri kita ni,dikurniakan bermacam-macam nikmat.
Belajarlah bersyukur.

Janganlah berdengki.

Sibuk risau tentang apa yang orang lain dapat.
Apa yang kita ada,cuba syukuri.
Takut nanti nikmat itu ditarik baru nak menyesal tak sudah.
Rugi.
Masa bukan boleh diputar kembali.

Ingat!

Lihatlah siapa di bawah kita,jangan sibuk mengintai siapa di atas kita.
Takut intai di atas,hati itu tak tenteram.
Dan,jangan pula mengeji yang di bawah.
Takut yang di bawah boleh jadi di atas kita.
Sama-sama jaga hati supaya tak dengki.

Bersyukurlah.

Jangan Berjanji

*schedule post

Kredit


Engkau

Mudahnya berjanji


Mudahnya menabur janji.
Memberi harapan palsu padaku
Hingga aku hampir gila
Hanya kerana sebuah janji.
Entah aku pula bodoh sekali menanti.

Hei..!
Jangan berjanji.


Puisi Tentang Waktu.

Time Travel by Sortvind
Kredit

Nukilan : Nana Liena 
Hari demi hari.
Masa berganti pantas.
Tanpa kita sedari.
Kita sudah jauh tertinggal.
Putaran waktu terus menerus ke hadapan.
Tidak tertoleh-toleh lagi.
Sedangkan antara kita ada yang terkapai-kapai.
Lemas kerana mengejar waktu yang tidak bisa berhenti.

Begitu juga aku.
Tunggulah aku!
Berikan aku kesempatan sedetik cuma untuk bernafas.
Terlambat sesaat aku hilang segalanya.

Untuk kita semua!
Yang sibuk mengejar bekalan dunia.
Yang bekalan akhiratnya entah sebanyak mana.
Ingatlah!
Waktu tidak pernah terhenti.
Dan maut tidak dapat ditunda sepertimana kita biasa menunda masa.
Rebutlah waktu untuk kembali kepada fitrah hidup.
Rebutlah waktu untuk kembali bertaubat.
Kerana pastinya kita tidak mahu mati dalam sia-sia.

*schedule post