Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Petikan Buku : Mauizhah (Catatan Bimbingan Dari Seorang Guru)

(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )


"Tidak mungkin seseorang mengatakan dirinya mengenali Allah jika tiada perasaan takut dan gerun kepada-Nya."

"Apabila seseorang dikehendaki Allah untuk menjadi orang yang baik,bukan sahaja mereka diberi kefahaman yg mendalam tentang ilmu agama,juga dilhamkan untuk memudahkan mereka mencari jalan yang betul."

"Umur adalah anugerah Allah kepada manusia,usia yang panjang tidak memberi erti sekiranya dalam usia yang bertambah tetapi tidak bertambah ilmu pengetahuannya."

"Bila ilmu dipelajari daripada seseorang tetapi ia tidak mendekatkan dirinya dengan Allah,hakikatnya ia tidak dinamakan ilmu yang sebenar-benarnya."

"Kerana menuntut ilmu itu selain menambah ilmu pengetahuan,menuntut ilmu juga bererti ibadah kepada Allah,ibadah dalam bentuk jihad menghindari kejahilan dengan menguasai ilmu."

"Ahli ibadah yang tidak berpandukan ilmu pengetahuan,besar kemungkinan ibadahnya sekadar ikut-ikutan."

"Meskipun seseorang itu tidak rajin belajar,tetapi jika mereka memiliki hemah yang tinggi,mereka boleh berusaha untuk menjadikan dirinya alim bagi menghindari kejahilan yang menyelimuti dirinya."

"Tiada bezanya antara manusia dan haiwan jika tidak menguasai ilmu (wahyu),kerana hanya ilmu wahyu yang boleh memimpin akal dan fikiran,bagi mendekatkan jiwa manusia dengan Allah."

"Tuntut ilmu dengan apa cara sekalipun,sama ada dengan cara menghadap tok guru,membaca kitab atau buku. Yang penting ikhtiar untuk mendapatkan ilmu mesti dilakukan."

"Ibadah mesti berasaskan ilmu. Ibadah tanpa ilmu tiada nilai di sisi Allah."

"Yang melalaikan manusia daripada menyedari kematian rohaninya,di antaranya ialah terlalu kasih dan terlalu asyik bekerja keras untuk mencapai kelazatan duniawi."

"Setelah alim ulama dimatikan oleh Allah maka tiada lagi guru yang akan mengajar ilmu berkaitan dengan Allah. Tuntutlah selama ilmu masih wujud di dunia ini."

"Walau hanya satu ilmu jika tidak disampaikan kepada orang lain sudah dikira menyorokkan ilmu."

"Manusia yang keras hati dan tidak takut kepada ancaman Tuhan,diturunkan percikan api neraka dari langit sekalipun,mereka akan berdalih dan mengatakan bahawa itu hanyalah tahi bintang."

"Kewajiban bagi manusia berilmu ialah kemestian mengajar atau menyebarkan ilmu itu kepada orang lain."

"Menuntut ilmu selain daripada ilmu Islam belum pasti dapat melahirkan rasa gerun di hati manusia."

"Menuntut ilmu adalah suatu usaha untuk menghapus kejahilan daripada diri seseorang."

"Mengajar ilmu kepada orang yang tidak mengerti itu satu sedekah."

"Tidak salah mengaku sebagai rakyat kepada sesebuah negara,tetapi ia mestilah didahului dengan ikrar perhambaan kepada Allah."

"Ilmu dan amal tidak boleh dipisah,jika ilmu tidak diamal,maka ilmu menjadi sia-sia."

"Orang yang imannya nipis mungkin hanya malu sesama manusia,tetapi bagi orang yang tebal imannya,mereka bukan saja malu sesama manusia,yang paling utama malu kepada Allah dan takut kepada azab-Nya."

"Manusia mesti beriktiqad hanya bertuhan kepada Allah kerana Dia Maha Esa. Dengan keEsaan itu,manusia tidak akan tersalah pilih kerana tiada Tuhan selain Dia."=

"Rezeki yang dijanjikan Allah tetap ada selagi masih hidup."

"Riak ialah melakukan sesuatu ibadah bukan untuk mencari keredaan Allah,sebaliknya untuk mencari sanjungan atau kemahsyuran."

"Jika seseorang itu tiada keluh kesah meskipun sedar syirik khafi berlaku dihatinya,menunjukkan hati orang itu telah mati."

"Hati yang mati tidak dapat dilembutkan walaupun dengan berita syurga dan neraka."

"Semua perkara yang dikehendaki Allah itulah yang terjadi. Tiada siapa yang boleh mengkritik keputusan Tuhan,segala tindakan-Nya muktamad,kerana Dialah Tuhan yang mempunyai Kuasa Maha Mutlak."

"Tidak akan ghaib pada pandangan Tuhan benda yang sekalipun terlalu halus dan amat seni,tiada makhluk yang mampu berselindung daripada pandangan Allah."

"Selagi tok guru (ulama) masih mengajar dalam masyarakat,maka mengajilah,kerana ulama ialah pewaris para Nabi."

"Apabila Allah mengangkat ilmu dengan matinya ulama,maka selepas itu besar kemungkinan tiada ganti nya atau ganti yang tidak sebanding dengannya."

"Perkataan yang keluar daripada lidah yang lembut,kadangkala boleh mencederakan hati orang lain. Hati yang terluka disebabkan lidah manusia,sukar untuk sembuh."

"Orang yg berkeyakinan terhadap Allah,pasti berkubukan dengan solat,mustahil orang yang yakin kepada Allah tidak menunaikan solat."

"Jika manusia meninggalkan kubu solat,nescaya akan terjerat dalam perangkap syaitan,sama ada syaitan jenis manusia,syaitan harta,syaitan pangkat dan lain-lain jenis syaitan."

"Kemiskinan sememangnya menyusahkan seseorang. Tetapi,kekayaan juga boleh menjadi ujian yang berat kepada manusia."

"Berdoalah dalam bahasa sendiri selagi yang dipinta ialah perkara baik yang terbit dari hati."

"Tangan yang nenadah semasa berdoa tidak kembali dengan tangan kosong,kerana Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang."

"Jika tidak dimakbul dalam masa terdekat mungkin Tuhan menggantikannya dengan yang lebih baik."

"Orang yang mendirikan solat ialah orang sedang berbisik dengan Allah. Usahalah bersungguh-sungguh untuk membuang segala perkara yang langsung tiada kaitan dengan solat dan Allah."

"Amalan baik dan buruk meskipun sebesar debu melayang,pasti akan dilihat oleh Allah."

"Mereka yang berharap menjadikan solatnya sebagai bekalan untuk akhirat,sepatutnya dia harus menyemak semula dengan cermat keadaan solatnya."

"Jika dalam solat dia tidak mengingati Tuhan,apakah jaminannya di luar solat yang dia akan dapat ingat kepada-Nya."

"Ketika seseorang sedang bermunajat,dia hendaklah berkeyakinan bahawa ketika inilah dia harus mengingati Allah."

"Semahal mana nilai harta dunia yang terlepas daripada genggaman masih boleh dicari ganti."

"Memang berat untuk membuang segala perkara yang boleh menganggu solat,tetapi lebih berat lagi jika solat yang akan dijadikan cagaran di akhirat tidak diterima oleh Allah."

"Orang Mukmin mesti berasa yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan ketaatan kepada Allah,tanpa mendapat pertolongan dari-Nya."

"Allah akan memberi pertolongan mengikut pengetahun-Nya,sejauh mana manusia itu memerlukan pertolongan-Nya."

"Jika hati seseorang tidak sehaluan dengan kemahuan-Nya,maka tiadalah pertolongan Tuhan untuknya."

"Ilmu Allah tidak mungkin bersekali dengan hati yang kotor."

"Betapa hodohnya orang bermunajat kepada Allah,sedangkan hatinya merayau ke arah lain."

"Tiada ilmu yang boleh mengajar jiwa supaya bersih selain ilmu berkaitan dengan al-Quran dan hadis."

"Dengan kerapnya melakukan sujud setiap waktu,semoga akan lenyaplah keinginan melakukan kemungkaran terhadap Allah."

"Bacalah doa dengan penuh rayuan dan nada mengemis belas ihsan Allah,terbit daripada hati yang bersih."

"Bagaimana hendak lari dari sifat balkhil jika tidak membiasakan diri menderma dan bersedekah."

"Penyakit bakhil akan lenyap sekiranya sentiasa rajin menderma,kerana sayang akan sesuatu benda itu tidak akan berakhir kecuali paksa hati berenggang dengan harta di tangan."

No comments:

Post a Comment