Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Petikan Buku : How to Stop Worrying and Start Living (Edisi Bahasa Melayu)


(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )


"Tanggungjawab utama kita bukanlah mencari apa yang samar dari kejauhan,tetapi melaksanakan apa yang ada di tangan kita." 
(Sir William Osle)

"Lupakan kisah silam. Biarkan masa silam berlalu pergi daripada kehidupan kita.Terperangkap dalam kenangan silam membawa kita ke lembah kebinasaan."

"Bebanan semalam,apabila ditambah dengan bebanan esok,akan membuatkan kita terketar-ketar mahu memikul beban itu pada hari ini."

"Masa hadapan kita bermula pada hari ini. Tidak ada hari esok untuk kita."

"Bersyukur atas apa yang dikurniakan pada hari ini dan bukannya merungut tentang apa yang kita terima semalam ataupun merungut tentang apa yang belum kita terima."

"Jangan fikirkan tentang hari esok. Hari esok mempunyai kesusahan yang tersendiri. Cukuplah hari ini sahaja kita berasa susah."

"Ketenangan fikiran yang sebenar datang daripada penerimaan perkara yang terburuk."

"Lakukanlah yang terbaik selagi mampu."

"Sesiapa yang tidak tahu mengatasi masalah kebimbangan,akan mati pada usia muda." (Dr.Alexis Carrel)

"Ada masanya kita perlu segera membuat keputusan dan terus bertindak tanpa perlu menoleh ke belakang lagi."

"Kita tidak boleh berasa bersemangat melakukan sesuatu yang menyeronokkan,tetapi pada masa yang sama kita diruntun perasaan bimbang."

"Tanpa matlamat,hidup kita pasti berakhir dan hancur binasa."

"Kesengsaraan terjadi kerana wujudnya masa lapang yang membolehkan kita berfikir sama ada kita gembira ataupun tidak."

"Sekiranya kita inginkan ketenangan fikiran, usahlah bimbang tentang hal-hal yang tidak penting."

"Hidup ini terlalu singkat bagi memikirkan masalah kecil."

"Kita sering membenarkan diri kita diganggu oleh perkara-perkara kecil yang sepatutnya kita abaikan dan lupakan."

"Kita hanya mempunyai beberapa tahun sahaja lagi untuk hidup di dunia ini. Sedangkan kita sudah kehilangan banyak masa kerana banyak memikirkan rungutan yang remeh-temeh."

"Jangan biarkan diri kita dikecewakan oleh perkara-perkara kecil yang dapat diabaikan."

"Hampir semua kebimbangan dan ketidakbahagian kita disebabkan oleh imaginasi kita sendiri,dan bukannya realiti."

"Apabila sudah ditakdirkan begitu,begitulah jadinya."

"Bersedia menerima apa yang terjadi adalah langkah pertama bagi mengatasi sesuatu yang timbul disebabkan oleh satu musibah."

"Teruskan kehidupan,tidak kira apa pun yang terjadi. Sembunyikan perasaan sedih di sebalik senyuman dan teruskan kehidupan."

"Teach me neither to cry for the moon nor over split milk"

"Sama ada kita bahagia atau tidak,bukan situasi yang menentukan perasaan itu. Sebaliknya,yang menentukan perasaan itu adalah bagaimana cara kita bertindak kepada situasi yang menentukan perasaan kita."

"Kita sebenarnya lebih kuat daripada apa yang kita sangkakan."

"Sekiranya kita terus mencemuh dan menentang takdir,ia memeritkan lagi keadaan. Kita tidak dapat mengubah lagi melainkan kita mengubah diri kita."

"Selagi kita mempunyai peluang menyelamatkan keadaan,teruskan berjuang!"

"Saya langsung tidak berasa bimbang walaupun mengalami kerugian kerana saya tidak nampak sebarang faedah sekiranya berasa bimbang."


"Saya sudah lakukan kerja saya sebaik mungkin,dan selebihnya saya berserah kepada Tuhan." (J.C Penney)

"Apabila saya sudah tidak dapat mengawal situasi. Saya biarkan sahaja ia selesai dengan sendiri." (Henry Ford)

"Saya tidak bimbangkan masa hadapan kerana saya tahu tiada seorang pun manusia yang dapat memikirkan apa yang berlaku pada masa akan datang."

"Hanya terdapat satu cara bagi mencapai kebahagiaan,iaitu dengan cara menghentikan perasaan bimbang tentang hal-hal yang berada di luar bidang kuasa kita."

"Kita boleh menjadi tidak siuman sekiranya terus berdegil tidak mahu belajar menerima hakikat,dan melarikan diri ke alam fantasi ciptaan kita sendiri."

"Usahlah terasa beban dengan apa yang perlu ditanggung."

"Sekuat mana sekalipun kekuatan yang kita miliki,kita tetap tidak berupaya mengembalikan perkara yg sudah lepas."

"Minda itulah tempatnya,di mana syurga dapat menjadi neraka dan neraka dapat menjadi syurga."

"Seseorang itu menderita bukannya disebabkan oleh apa yang berlaku,tetapi menderita kerana pemikiran mereka tentang apa yang berlaku."

"Setiap kali kita membenci musuh-musuh kita,kita sebenarnya memberikan mereka kekuatan menguasai diri kita."

"Sekiranya kita tidak berupaya mengasihi musuh-musuh kita,sekurang-kurangnya kita perlu mengasihi diri kits sendiri."

"Jangan membakar musuh kita dengan api yang terlalu kuat sehingga diri sendiri hangus terbakar kerana dia."

"Jangan membazirkan masa walau seminit pun memikirkan orang yang kita tidak suka."

"Jika boleh,usahlah berdendam dengan sesiapa pun."

"Tiada siapa yang boleh memalukan atau menganggu kita,melainkan kita sendiri yang membenarkan ia berlaku."

"Kayu dan batu dapat mematahkan tulang saya,tetapi kata-kata tidak akan dapat melukakan saya."

"Satu cara yang pasti dapat memaafkan dan melupakan kesalahan musuh-musuh kita adalah dengan memikirkan hal yang lebih penting."

"Jangan sekali-kali cuba membalas dendam kepada musuh-musuh kita. Sekiranya kita buat begitu,penderitaan yang kita alami pasti jauh lebih dahsyat daripada mereka."

"Supaya kita tidak berasa terkilan,usahlah terlalu mengharapkan penghargaan daripada orang lain. Cuba ikhlaskan diri."

"Sekiranya kita mahu mencari kebahagiaan,lupakan tentang isu tidak mengenang budi dan berterima kasih. Cuba ikhlaskan hati ketika memberi."

"Kita jarang memikirkan apa yang kita miliki,sebaliknya kita sering memikirkan tentang kekurangan kita sahaja."

"Hitunglah nikmat yang kita perolehi,bukannya masalah yang kita hadapi."

"Sesiapa yang ingin menjadi seperti seseorang ataupun sesuatu yang lain selain daripada orang yang berada dalam tubuh dan fikiran mereka,pasti sengsara."

"Usahlah kita membuang masa dengan berasa bimbang walaupun sesaat semata-mata kerana diri kita tidak sama seperti orang lain. Diri kita adalah sesuatu yang baru di dunia ini."

"Jangan cuba menjadi orang lain. Tetapi,cari dan jadilah diri sendiri."

"Melakukan hal yang terbaik adalah yang paling sukar."

"Kekurangan kita dapat membantu kita tanpa diduga."

"Janganlah berniat jahat kepada sesiapa,tetapi berbuat baiklah kepada semua."

"Kita perlu terus mencuba walaupun kita berasa sudah tiada harapan lagi. Kita tidak akan rugi atau kehilangan apa-apa sekiranya terus mencuba."

"Sesiapa yang benar-benar taat beragama,pasti bebas daripada gangguan emosi."

"Kepercayaan kepada agama adalah 1 daripada tonggak kekuatan hidup manusia,tanpanya hidup manusia pasti binasa."

"Apabila berdoa,kita sebenarnya berkongsi masalah. Ini boleh menngurangkan bebanan kerana kita tidak menanggung masalah bersendirian."

"Sekiranya malu ingin mengadu masalah dengan orang lain,kita sentiasa boleh mengadu kepada Tuhan."

"Apabila kita dikritik,ini bermakna kita sudah mencapai sesuatu hingga menjadi perhatian ramai."

"Mereka yang keji sifatnya berasa gembira apabila melihat kesalahan dan kebodohan orang hebat."

"Kritikan yang tidak berasas selalunya adalah pujian yang terselindung."


"Walaupun kita ditipu,dicemuh,dikhianati,ditikam dari belakang dan diperdaya hidup-hidup oleh rakan baik kita,usahlah berasa sedih."

"Walaupun saya tidak mampu menghalang orang lain mengkritik saya secara tidak adil,saya masih bolehmelakukan sesuatu yang lebih penting daripada itu. Saya boleh menentukan sama ada kutukan dan kritikan yang diterima mampu menganggu saya atau tidak."

"Lakukanlah apa sahaja yang kita rasakan betul di hati kita. Sama ada kita lakukan ataupun tidak,kita tetap akan dikritik."

"Semakin kita cuba menenangkan memuaskan hati semua orang,semata-mata hendak mengelakkan diri daripada dikritik,ia hanya menambahkan musuh."

"Apabila kamu berada lebih tinggi daripada orang lain,kamu pasti menjadi mangsa kritikan. Jadi cuba biasakan diri dengannya."

"Daripada menunggu pihak musuh mengkritik diri atau kerja kita,eloklah kita yang mengkritik diri kita sendiri terlebih dahulu."

"Cari dan perbaiki kelemahan kita sebelum musuh-musuh kita mendapat peluang itu."

"Pendapat yang berikan oleh pihak musuh tentang kita adalah lebih hampir tepat berbanding pendapat yang kita berikan sendiri."

"Kita semua memang cenderung membenci kritikan dan menyukai pujian. Malangnya,kita tidak tahu sama ada kritikan ataupun pujian yang kita terima itu ikhlas atau tidak."

"Sekiranya kita mendapat tahu ada orang berkata sesuatu yang kurang enak tentang kita,usahlah kita mempertahankan diri. Hanya mereka yang dungu sahaja akan berbuat demikian. Lebih baik kita berlagak seperti biasa,merendah diri dan bertindak bijak."

"Kritiklah saya secara jujur. Usah berselindung apa-apa."

"Usahlah terlalu memikirkan tentang kelemahan orang lain."

"Betapa lemah dan malangnya kita sekiranya membimbangkan hal-hal yang belum berlaku,yang berada di luar kawalan kita dan yang tidak (?)"

"Sekiranya semalam saya mampu bertahan,mengapa tidak hari ini? Saya tidak akan sekali-kali membenarkan diri saya memikirkan tentang apa yang mungkin berlaku keesokan hari."

"Usah dikenang perkara yang sudah lepas. Relakan saja hal yang tidak dapat dielakkan."

"Apabila kita sudah jatuh tersungkur hingga ke dasar dan tidak dapat turun lebih rendah lagi daripada itu,kita perlu mencuba untuk naik semula ke atas."

1 comment: