Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Pengalaman : Tayar Motor ... (?)

Assalamualaikum dan selamat petang semua..!

Sekarang waktu petang dah hujan lebat,tak macam tahun lepas,bulan pertama panas terik. Tapi,alhamdulillah lah kan. Ya la waktu panas terik,mengeluh. Dah turun hujan pun mengeluh lagi. Apa punya orang. Apa-apa pun,untuk mereka yang tinggal di negeri-negeri yang dilanda banjir,semoga engkorang bersabarlah dengan ujian Allah ya. Aku nak cakap banyak suruh bersabar pun,bukan aku yang merasa. Jadi,tak boleh kata lebih. huhu

Okay,entri kali ini,biarlah aku berkongsi pengalaman/peristiwa yang baru saja berlaku,beberapa jam yang lepas kejadiannya. Dalam pukul 3 petang lebih. Lokasi, aku dalam perjalanan nak pulang ke Kapar,daripada Kuala Selangor,masa tu cuaca mendung dan baru lepas hujan ,gerimis. Jadi,aku malas nak tunggu sampai hujan berhenti,risau lagi lama tunggu lagi la nanti hujan lebat pula turun. Susah juga. Bukan dekat Kuala Selangor - Kapar okay. Dari awal pagi,aku macam tergerak tak pergi,nak pergi ke tidak. Tapi dah pergi pun,redah sajalah.

Jadi,masa dari KS aku nak balik Kapar,semua berjalan lancar. Cumanya,ada la satu insiden yang menyayat hati,konon,hahaha. Ala,biasalah bila hujan turun,jalan raya basah dan air mulalah bertakung sana sini. Dan, orang yang bawa motor,haruslah ke tepi jalan,pandai-pandailah nak tengok kiri-kanan-belakang. Mana la tahu kan, ada kereta ikut kita dari belakang,tak mahu potong,tetap nak menghimpit juga. Adui..Dah la air bertakung,jadi kita pun tak nampaklah kot ada lubang ke apa kan,parah juga nanti. So,ada kereta bawa laju main potong-potong,lepas itu tersimbahlah air itu dekat aku yang bawa motor dengan berhati-hati. Nasib baik dah tutup visor helmet. Kalau tersimbah dekat muka,rasa macam 'dihinakan' pula. Hahaha.. Dah siap pakai baju hujan,memang tak apalah,langgar la lopak air puas-puas. Malas nak layan. Memang dah tahu itulah risiko kalau bawa motor.

Okay,sambung balik,selepas isi minyak,masa itu dekat Jeram,aku bawa macam biasa. Tak ada la fikir yang bukan-bukan,aku cuma berharap hujan tak turun dengan lebatnya la,kalau tak aku kena tunggu dulu sampai hujan reda. Aku sanggup tunggu dekat mana-mana masjid ke surau yang terdekat,sampai hujan reda. Jadi bawa motor,tak ada laju sangat,macam biasa,sederhana kelajuan aku,jalan pun licin,tak mahu aku...... cuma sepanjang hari pergi sampai lah balik,aku banyak terlanggar lubang,banyak jalan rosak,kadang aku nak elak,tapi kereta pula dekat belakang menghimpit,adui..dilema betul masa itu,terpaksa la terlanggar,kadang aku tak perasan pula ada lubang. huhu. Jalan dekat situ pergi Jeram ke balik ke Kapar ke memang teruk sangat..! Berlubang gila la,bertampal-tampal pun isu juga. aduh.. Siang tak apalah,boleh nampak dan elak,bayangkan bila malam menjelma?

Haa... dari Jeram,tak ada apa-apa yang dahsyat berlaku kan,aku pun mula la pecut sikit. Sampai dekat kilang tilam Goodnite,dekat Batu 15,Jalan Kapar,tahu tak dekat mana? Tak tahu? Boleh google. huu.. Depan kilang tu kan ada stesen bas kan? Aku sebelum sampai situ,aku rasa macam ada terlanggar benda,rasa macam badan bawah motor (*tak pasti panggil apa) terlanggar benda,aku rasa macam itu. Aku dah mula risau,tak mahulah jadi apa-apa,rumah jauh lagi tu. Lepas itu aku perlahankan sikit motor,tapi rasa macam ada benda tersekat dekat tayar belakang. Tak kan la ada hantu tarik-tarik. LOL Tapi sebenarnya masa itulah,tayar belakang sebenarnya bocor/pancit. Kuat la bunyi dia. Berhentilah ke tepi sekejap,depan stesen bas,aku bersihkan cermin mata sambil tu pura-pura la aku check tayar depan dengan belakang. Nampak okay ja,tak ada masalah. Masa itu,hati aku dah gundah gulana dah ,risau jadi macam apa yang aku fikirkan.

Lepas dah yakin dan pasti,aku pun hidupkan enjin balik. Aku pun bawa motor perlahan-lahan,lepas tu rasa macam yang belakang,tak tentu arah/macam tersekat-sekat. Kalau bawa straight pun,rasa terhuyung hayang. Aku cuba jalan depan sikit,rasa macam motor dah tak seimbang,bahagian belakang. Jadi,depan sikit ada simpang masuk jalan/lorong,entah rumah siapa,aku pun masuk la ke situ,tengok apa yang tak kena dekat motor aku. Yang ada rumah kosong kat depan sekali,seram sejuk pula aku,sebelah lorong tu pula ada kilang,tak tahu la apa namanya,tapi kilang warna Merah.

Jadi,aku pun dah berhenti dan bawa bertenang,aku check la dari tayar depan,elok. Pusing tengok tayar belakang,aku nampak dah kempis sudah..! Terkejut dengan mata terbeliak,aku terperanjat dan rasa tak percaya sebab tadi boleh pula aku tak perasan . Dugaan apakah ini?! Perasaan macam-macam ada. Dengan aku tak ada pengalaman,dah la aku sorang-sorang dekat situ. Fuh,itupun aku rasa syukur sebab telefon aku bawa,selalu malas bawa. Okay,lepas ini,taubat dah,pergi mana ,pastikan bawa phone. Uhuhu.. Dekat berapa minit jugalah aku kebingungan di situ. Maklumlah,tak tahu nak buat apa,nak google pun,aku punya telefon malangnya tak ada kredit. Dengan kedai runcit pun tak ada. Oh ya,dekat situ ada abang-abang technician TNB tengah buat kerja,(*kan ada kilang warna merah tu kan? sebelah dia ada stesen janakuasa TNB)aku nak tegur,tapi malu pula,jadi aku duduk la situ diam-diam sambil layan panggilan dari kakak aku. Aku terpaksa minta SOS topup dekat abah aku la nak tak nak.

Aku tolak motor ke kilang merah (*tak tahu la itu kilang apa sebenarnya), Seksa betul. Sebab kawasan situ selamat sikit. Masa kakak aku telefon,aku terus bagitahu la apa masalah aku sampai tersadai dekat Batu 15,aku tanya abang aku ada dekat rumah ke tidak,mana la tahu dia boleh tolong kan. Tapi susah juga,sebab jauh la juga dekat Batu 7/8 dengan Batu 15. Aku pun tak pasti tayar tu pancit ke bocor ke pecah,tapi nampak macam bocor. Jadi,abang aku suruh tolak sendiri,cari mana-mana kedai bengkel yang ada. Sedih betul aku dengar respon dia. hahaha Aku disoal-siasat tu tension juga,dan rimas tapi ya la kalau tak diaorang tolong,siapa lagi nak tolong kita? huhu. Nampaknya,terpaksalah aku tolak motor itu. Masa menolak tu,aku memang rasa nak menangis pun ada juga. Sedih + malu,tapi mujurlah aku pakai mask utk rider,hahaha..jadi tak ada la nampak muka pun. Kui kui kui.

Mulalah perjalanan menolak motor ke bengkel terdekat,tapi aku kurang pasti pula mana kedai yang ada. Aku pun pasrah sajalah. Tolak motor dekat tepi jalan tu bahaya,sebab dah ada selekoh sikit depan tu,kereta nak belok selekoh,kan rapat sikit ke tepi,tengok la orang tu kalau reti nak bawa,memang aku berhenti-henti sajalah untuk pastikan aku tak menganggu kereta nak lalu lalang,dengan ada air bertakung lagi,redah aja la. Berhenti pun sebab penat juga tolak,hahaha. Ambil nafas dulu.

Masa menolak tu,adalah dalam 5-6 orang asing,kurang pastilah dari Bangladesh ke apa,hidung mancung macam Shah Rukh Khan sikit,nak melintas jalan dari seberang,asyik pandang-pandang aku. Kesian agaknya tengok seorang perempuan menolak motor itu. Aku pun berharap ada la yang sudi tolakkan motor aku tu,aku dah tak larat,sebenarnya larat,cuma emosi tengah sedih,itu yang rasa nak putus asa semacam,mengada-ngada sungguh! Jadi tolak la sambil kejap-kejap berhenti. Orang asing semua asyik pandang-pandang,buat aku lagi sedih,dah kenapa. Agaknya kesian sangat tengok aku,kemudian tak lama lepas itu (*agaknya dah bulat tekad nak tolong,tolonglah..hihi),ada la 2 orang daripada mereka sudi tawarkan bantuan untuk tolak motorku itu. Aku dah rasa syukur sangat,jimat tenaga aku dah. Aku biarkan diaorang tolak ke depan,aku ikut belakang,lepas tu aku perasan,ada la beberapa orang yang bawa motor,pandang juga,tapi diaorang terpaksa teruskan juga perjalanan diaorang,aku tak rasa hampa sangat pun,faham,mungkin diaorang pun ada kecemasan ke apa kan,itu yang tak dapat berhenti walaupun sekejap.

Tak sampai berapa langkah motor ditolak lelaki asing,ada sorang mamat India dari laluan nak ke Kapar,sehala dengan aku kiranya,aku panggil dia 'Adik' la senang ya..sebab nampak macam lagi muda dari aku. Aku perasan dia,lepas tu dia siap buat isyarat 'Apa dah jadi?' . Oh ya,masa itu dia bawa motor laju gila,hahaha.. motor EX5 agaknya. Aku nak respons pun dia dah lesap hilang dari pandangan. hehe.. Tak lama lepas tu,aku nampak dia patah balik. Wah..! Apakah?! Dia balik kepada aku dan tanya la kenapa dengan motor aku itu. Aku pun terus la bagitahu,tak tahu la tayar pancit ke bocor,aku sampai sekarang tak pasti bocor ke pancit,nanti aku google la ya..hahaha.. Maafkanlah saya yang tak tahu sangat pasal situasi yang berlaku pada motor sendiri. Ahaa..lepas ini,bolehlah buat kajian.

Terkilan pula,masa adik tu kata nak tolong hantar ke bengkel,motor dah bertukar tangan ,aku lupa nak ucapkan terima kasih dekat abang-abang Bangladesh itu. huhu . Kelam-kabut juga masa itu. Hurm,tak apalah,moga Allah permudahkan urusan kalian.

Adik itu pun tolong aku,katanya dia nak bawa aku ke bengkel,tapi tak tahu la dekat ke jauh ke,aku kawasan situ memang tak tahu sangat. So,aku bawa motor (*tapi enjin matikan dulu la,hahaha,aku mana tahu) lepas tu dia letak kaki dekat tempat pijak,dan mulalah perjalanan kami yang aku rasakan macam 7 hari 8 malam itu. Aku risau juga,sebab bila dah 2 motor maacm itu,memang tak tentu arah la keadaannya,macam orang mabuk bawa motor. Tak stabil. Lepas tu separuh dari jalan,dia tanya aku lagi kenapa dengan motor aku,dei...........! hahaha.. Aku layankan ajalah. Orang nak tolong kita,kenalah bagi kerjasama. Dan,masa itu jugalah,masa motor dekat tengah jalan,kan ada 2 lane,kitaorang dekat kiri,dia boleh berhenti pula nak berbincang dengan aku! Siap kena hon dengan kereta. Bahaya tahu tak?! Aku dah cuak masa itu.

Bincang apa? Tak ada,rasa macam situasi masa itu tak berapa stabil/banyak buang masa,jadi dia tawarkan nak bawa skuter aku,jadi biarlah aku bawa motor ex5 dia itu. Aku sebenarnya masa itu rasa teragak-agak juga sebenarnya,risau yang bukan-bukan,dan aku motor bergear ni tak berapa mahir sangat,wakakak... selalu sangat guna motor automatik,dah la jarang bawa motor bergear. Fuh....lagi satu hal,aku cakap hal lain,dia fikir lain. Aku faham,dia nak suruh kitaorang tukar motor,supaya senang, Logik juga (*aku fikir sendiri). Tapi dia tak sudah-sudah 'marah' aku,balik-balik ulang ayat yang sama,

"Tak kak,akak bawa motor saya,saya bawa motor akak...."

Aku memang dah faham. Memang sokong pun cadangan dia,masalahnya dia berhenti tengah jalan weh,nak tukar dekat situ juga ke bro? hahaha.. Adui..aku pun cakap la baik-baik,

"Okay,tapi u berhenti/parking la tepi dulu baru kita tukar."

Lebih kurang macam itulah ayat,aku tak mahu kena sodok dari belakang! Tengah jalan juga dia nak tukar,serius?! Lawak pun ada. Minta maaflah kepada yang bawa kereta,terpaksa mengelak dan hon berkali-kali. uhuhu.. Dia terus lah ke tepi,aku naik motor dia,dengan berhati-hati,huhu..aku ada masalah sikit dengan gear. hehe.. bahaya betul. Aku nak balik rumah ni... Bila bayangkan dari kawasan aku sedar tayar dah bocor sampai ke bengkel dekat Sungai Serdang tu baru aku tahu betapa jauhnya jalan kalau tak ada orang yang tolong aku tadi.

Dekat situ,mulalah kitaorang bawa motor dengan perlahannya,macam makan angin pun ada juga,cari bengkel tak jumpa kiri-kanan. Aku siap intai-intai la dia,sebab dia yang tahu jalan ke bengkel,aku mana tahu tapi aku yang bawa depan,hahaha..biarlah. Sampailah dekat Sungai Serdang,dia tiba-tiba belok ke kanan,bukan nak bagitahu dulu,aku dah ke depan sikit,terpaksa pusing ,sempat la kejar dia,rupanya dekat situ ada bengkel motor,tapi tapi tapi...dah nak tutup dah masa tu,tapi disebabkan jumpa kawan sebangsa,motor aku dapat juga dibaiki. Banyaknya tapi kau. Jadi dia hantar aku sampai situ,lepas ceritakan sikit dekat pomen itu pasal masalah motor aku,sekejap lepas tu,dia pun balik,aku tentulah tak lupa nak ucapkan TERIMA KASIH. Lupa nak tanya nama,minta welfie sama-sama ke.

Aku pun tunggu la tak lama pun motor kena buat apa entah,pomen ada la terangkan sikit,sebab tayar aku jenis tubeless,jadi aku pun tak ingat dah apa yang dia cakap,tak dapat fokus pun masa tu,haahaha. Risau kena bayar banyak,aku duit masa itupun ada RM50 lebih ja,nak cucuk duit dekat mana pula? Kos semua RM15,normal agaknya harga. Jadi,aku pun balik la ke Kapar. Risau pula,tiba-tiba terlanggar lubang lagi,jalan dalam dekat simpang Tok Muda pun banyak juga lubang,teruk ! Untuk elakkan risiko,maka terpaksalah aku berhati-hati,bawa motor perlahan-lahan. Engkorang kalau nampak motor bawa perlahan sangat,jangan fikir dia tengah ambil angin pula,kalau dapat potong,potonglah dengan selamat,jangan himpit macam apa dah. Mungkin motor tu rosak ke apa,itu yang bawa perlahan,kalau laju,dah merempit sampai ke Kuala Lumpur. Fikir kemungkinan yang ada,okay?

Okay,sudah sampai sini aku nak membebel. Sekian terima kasih sudi baca sampai habis,sebarang komen waima yang negatif pun aku terima. Walaupun aku tak mengharapkan kejadian ini berlaku,tapi aku anggap ini satu pengalaman berharga,rasa nak menangis,tapi syukur juga sekurangnya aku dah merasa,untuk akan datang,aku dah tahu kena buat apa,dan tak perlu la kebingungan sampai pening kepala. Terima kasih juga ya Allah,datangkan orang yang baik-baik untuk tolong aku di saat aku kesusahan.

p.s/ balik rumah ada laksa,terus hilang dah rasa sedih aku.

5 comments:

  1. Dugaan.. Alhamdulillah ada hamba Allah sudi bantu. Memang malu juga sbnrnya nak tolak moto.. Tapi kita je yang rasa mcm tu sbnrnya.

    Orang lain yg tgk xfikir apa pun.. Mgkin kalau fikir pun, hanya kesian.. Cme nk tlg xdpt, masing2 perkara nak di buat..

    Reen pernah juga moto mati tengah highway.. Belting putus. Heheee nasib baik waktu tu cik abe ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,disaat kita tengah kesusahan,datang makhluk Allah,berserah sajalah & fikir baik2. huhu

      Itulah,sebenarnya,tak ada lah rasa malu sangat,cuma bila kita menolak,kita jadi perhatian,maka ramailah yang memandang,itu yang saya tak berapa suka dan rimas sebenarnya. hahaha

      Tapi,nak ikutkan malu,hurm..duduk sajalah depan kilang,tunggu abang datang,tapi buat apa nak tunggu,huhu,kita jalan dulu,tengok apa jadi. hehe..

      saya fikir macam itulah juga sis,sebab saya pun pernah nampak ada bro yang tolak motor,saya nak tolong,saya memang tak dapat tolong,agaknya nanti lagi menyusahkan pula,jadi sebab tak tahu,baik jangan berani tawarkan diri.

      saya terfikir juga semalam,kalau dekat highway lagi la parah juga,huhu..nauzubillah la.. selamat juga ada orang boleh tolong.ihihi

      Delete
  2. alhamdulillah, nasib baik ada yg sanggup tolong. pengalaman yg berharga nie.
    BV takpandai bawak motor, apatah lagi nak faham pasal motor. :D
    selalu jugak kalau hujan2 risau nak pandu kereta laju2 takut bila lalu lopak air terpercik kat penunggang motor lak. serba salah sebenarnya :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah,alhamdulillah,dah tak peduli siapa pun tapi mmg kena hati2 la,lagi2 kita perempuan. huhu
      ala,BV kita pun ada lesen motor,bkn semua hal kita tahu sangat pun. isi angin sampai sekarang tak tahu. T_T
      dulu kita pernah ternampak ada org bw motor,kena simbah teruk dgn kereta,wooo..air dia tinggi tau,masa tu rasa kesian sangat,sekali kena dekat sendiri,lagi kesian dkt diri sendiri. huhu..

      Delete
  3. pengalaman sy plak, tiub tayar motor tu pecah dpn blkg. masa tu otw nak p pekan, tetiba rasa mcm motor tu bgegar. dahlah naik berdua dgn kwn. singgah dr 1 kedai mtr p kedai yg lain tp tutup sbb CNY. dahlah balik2 kena hon, sbb maybe pemandu lain takut kitorang eksiden ke apa ke naik mtr yg mcm xda tayar dah. jumpa 1 bengkel India, dia ckp tiub pecah. nak pam tyr pon mana dpt. last2 ada 1 budak tu pi suh tngk 1 bengkel melayu dpn kolej. alhamdulillah, bengkel tu buka. cuak juga sbnrnya kalau tjumpa jpj ke, polis ke... sbb sy ngan kwn tu xda lesen motor. ehehehehehehe. pnjg plak bebel kat sini sbb sy tertarik dgn kisah tyr motor Nana ni 😄 sbb ada pengalaman yg sama kan

    ReplyDelete