Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Kisah : Kucing Tumpang Beranak.

Assalamualaikum dan selamat pagi!


Oh ya,baru-baru ini,dalam hari Isnin lalu,berlaku satu kejadian yang pertama kali seumur hidup aku saksikan. 
Pagi tu dalam pukul 7 lebih,masa semua orang bersiap-siap nak pergi kerja ,tiba-tiba kecoh la satu rumah sebab dengar bunyi kucing mengiau kuat sangat,rasa macam depan pintu. Kitaorang memang tak ada pun bela kucing,melainkan jiran-jiran sebelah,ada la bela. Kali terakhir bela kucing,itupun anak kucing yang berapa entah umur dia,tapi lepas pindah rumah,kitaorang tak mahu dah bela. Sayang gila dekat kucing tu,dah rapat sangat,tetiba kena berpisah,faham tak perasaannya macam mana? Huhu. Sedih gila. Sedih ja belum jadi gila. LOL

Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal kucing yang datang rumah pagi itu. Dia datang mengiau sampai lompat atas kerusi yang adik aku duduk. Terkejut lah,nak apa kucing ni kan. Aku intai celah tingkap,tengok dia punya perut,besar semacam,mengandung la agaknya. Aku mana ada pengalaman bela kucing sangat,lagi-lagi kucing yang bunting ni. Tapi kalau dah perut memboyot ke bawah macam itu,sahlah bunting. Kelam-kabut pula,dia datang ni sebab lapar ke macam mana. Dah la sarapan pun tak ada,nasi lebihan semalam pun tak ada (*ingat manusia ke? huhu.. tapi ada ja orang bagi nasi tapi tengok la kucing tu makan ke tidak) . Mengelabah juga lah,tapi dalam ramai-ramai manusia yang wujud,aku sorang ja yang gelabah macam la aku yang nak beranak. Kah kah kah.


Terus aku ambil kotak limau mandarin,yang muat untuk kucing tu duduk menetap. Kotak tu pun selamat abah aku kata ada dekat dapur. Aku memang dah syak kucing tu mungkin nak beranak. Kecoh pagi itu dengan bebelan aku yang tak senang duduk. Kejap-kejap intai kucing tu,cari makanan,tapi tak ada langsung..! Ikan pula beku. Kotak tu,aku dah siap letak surat khabar dengan kain,buat lapik,mana la tahu dia sejuk ke nanti. Jadi biarkan dulu dia dekat luar. Dia siap tunggu depan pintu,orang nak keluar masuk pun kena cepat-cepat,risau dia masuk dalam tak mahu keluar dah. Terberanak dalam rumah lagi la naya,aku juga dipersalahkan nanti. huhu. Aku tinggalkan lah kucing itu sementara aku pergi hantar adik kerja dan beli sarapan. Jadi dalam perjalanan nak balik rumah tu,aku syak mesti ada orang dah tolak kucing tu keluar,ya la risau nanti dia tak mahu dah balik ke rumah tuan dia. Jadi selepas selesai urusan di luar,bila balik,kucing tu masih duduk diam dalam kotak,itupun selepas adik aku bagi makan roti. huhu.. Dia betul-betul kelaparan tu,siapalah tak sedih tengok. huhu. Lega,tak ada yang letak dia dekat luar. Ada la juga buka pagar seluas alam,mana tahu dia tak jumpa jalan keluar. Tapi tak mahu keluar,em..biarlah dia. 

Aku ada beli ikan basah,lepas tu terus rebus sekejap,aku teringat kawan aku sorang ni ada bela kucing,bagi makan ikan rebus,jadi aku cuba la buat macam itu. Dia pun meluru la dekat ikan rebus itu dan makan dengan lahapnya. Nampak sangat..Lepas dah makan,dia duduk diam-diam dalam kotak tu,kadang adik aku main-main dengan dia,tapi dia tak aktif sangat pun. 

Aku pun teruskan lah menggoogle segala maklumat macam mana nak uruskan kucing yang nak beranak. Maksud aku,sebenarnya, "Tanda-tanda kucing nak beranak..." Tanda-tanda dah betul ada dekat kucing tu. Tak lama lepas tu,aku dengar adik aku jerit panggil aku,katanya kucing tu dah beranak. Sebab dia duduk luar situ main dengan kucing. Menggelupur terus kau. Aku suruh dia tinggalkan kucing tu,biar dia bersendirian dulu,sebab aku google,kalau kucing nak beranak,jangan kacau dia,macam-macam jangan la aku jumpa pendek cerita. Aku nak kongsikan pengalaman macam tak adil,sebab apa yang aku tahu pun itu melalui khidmat ehsan google/orang lain punya pengalaman dah bertahun-tahun dengan kucing. 

Jadi sekejap-kejap,kitaorang intai di balik tingkap,supaya tak menganggu dia dengan anak dia. Masa tu kitaorang nampak seekor. Aku dah siap pesan dekat adik dengan mak aku,jangan sentuh anak dia,nanti dia tak mengaku itu anak dia pula,sebab dah ada bau lain. LOL. Macam-macam lah aku pesan,dah macam mak nenek perangai membebel tak henti-henti. Aku pun penat membebel,jadi aku biarkan ja la,bukan selalu ada kucing datang rumah. Haha. Lepas tu buat hal masing-masing,tiba-tiba mak aku kata,anak dia ada 6 ekor! Sempat mengira masa alihkan dia. 


Itu baru hari pertama punya cerita,seterusnya,kitaorang pun biarkan aja la dia duduk tumpang,sementara agaknya. Sebab ada orang kata,nanti makan minggu/hari lama-lama dia akan cari tempat baru untuk bermastautin. Nak jaga kucing,bukan senang okay,janganlah sebab dia comel,kita tahu nak bermain dengan dia ja,soal kebajikan dia (*makan minum/kebersihan semua) kita pula abaikan. Tak boleh macam itu. Kena bertanggungjawab. Bila dah kena uruskan itu semua,kitoarang memang susah sikit la nak jaga. Lagipun rasa itu kucing orang,nampak jinak semacam,badan cantik. Tuan tak pastilah siapa punya.


Kotak baru punya,biar selesa,muat dengan saiz dia yang panjang bukan macam kotak lama. Mesti sakit leher dia. 
Lepas tu,kalau lapar,dia akan mengiau,bila nampak ada orang keluar rumah. Lapar sangat,dia siap intai dekat tingkap,nak masuk. Kadang depan pintu dia tunggu,siap nak tolak lagi pintu tu. Itu yang nak keluar masuk kena cepat-cepat,nanti dia masuk rumah. Dah la masuk rumah,bilik depan sekali yang dia tuju,cari apa pun tak pastilah. huhu. Kena la angkat kejar dia letak dekat luar. Haru juga kadang-kadang tu. Huhu..

Lagi satu perangai kucing istimewa ni kan,dia punya diet makanan,aku tak pastilah kalau lepas bersalin ni,selera dia makan banyak ke macam mana. Dia tak AKAN makan ikan mentah,nak yang rebus ja. Lepas tu kalau dah rebus,dia pun tak mahu makan juga,MELAINKAN kalau isi ikan tu kita dah carik-carik/asingkan dengan tulang. Apa punya perangai pun aku tak tahu lah,entah-entah tuan lama dia manjakan dia sangat,makan pun berteman. LOL. Musykil betul aku. Itulah,dah letak 2-3 ketul ikan ada depan mata,siap hala ke hidung biar dia hidu itu ikan bukannya KFC. Tapi tak mahu makan juga. Pelik dan tertekan juga layan karenah dia. Nak fahamkan dia,nak tanya tapi bukan ada jawapan pun. Nak apa pun tak tahulah,jadi selepas aku buat cara carik-carik isi ikan tu,baru dia nak makan. Dah faham perangai dia dah. Jadual makan dia,pagi dalam 6-7 kena siapkan ikan,tengahari dalam 12-1,petang 3-4 atau waktu maghrib. Malam aku lepaskan tanggungjawab pada orang lain. Hahaha. Jadual tak tentu sebenarnya,tapi biasa waktu dia lapar tu,dia akan mengiau,atau ligat bergerak ikut orang yang nak keluar masuk. Buat muka kesian dulu.



Selepas makan,haruslah tidur,perut dah penuh.........



Yang baiknya dia,tak ada lah membuang merata-rata. Tak ada kencing dekat sekitar kerusi,rak kasut/penjuru dinding. Aku pun tak pastilah dia buang dekat mana,tak perasan dia keluar masuk ke macam mana. Pagar pun jenis jarang2,muat rasanya dia menyelit situ. Baik betul budak ni. Ada satu hari tu,saja la buka  pagar ,dia keluar pula,selalunya bila buka tak mahu la keluar,duduk tenung ja,aku pun hairan bin ajaib dengan dia ni. Lepas tu tunggu berminit,tak balik-balik,tak tahu la pergi mana. Balik dari ambil adik kerja,tengok dia dah ada dekat rumah,reti pula balik. Aku nak tunggu anak dia dah besar sikit,mesti comel,lepas tu terniat juga nak culik seekor anak dia. Jahatnya niat..

17/1/2017

Anak-anak dia,dah masuk seminggu lebih,aku baru perasan warna anak-anak dia,5 ekor warna hitam/kelabu belang macam ibu dia,yang ganjil seekor tu bertompok-tompok coklat,putih,hitam. Lebih macam itulah warnanya,agaknya ikut gen bapa dia. Bapa dia masih tidak dapat dikesan sampai sekarang. LOL. Tak sudi ke jenguk anak-anak dia dekat rumah aku ni.. huhu..

Dan satu lagi,aku hampa betul dengan kucing ni,dia jenis tak aktif sangat ke macam mana,selalu kucing kalau diagah-agah,cepat dia respons,dia pula buat tak nampak,lepas tu sambung tidur,atau jilat paws dia. Macam mana aku nak bagi kasih sayang dekat dia? Huhu. Sedih betul bila dia buat tak layan ja kita nak manja-manja dengan dia. Bila lapar,reti pula cari kita. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment