Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Pengalaman Ujian JPJ (Kereta).

Assalamualaikum dan selamat malam.

White Orange Van Scale Model
Credit
Entri kali ini pula aku nak ceritakan kejadian yang berlaku semalam. Dulu aku baca pengalaman orang lain,kali ini aku pula nak kongsikan pengalaman aku supaya ada orang lain baca dan bolehlah jadikan pengajaran. 
(*Tapi ada ke yang baca? Kalau ada, aku harap engkorang baca sampai habis okay,tak best kalau skip. ini paksaan. hihi :P . Kejadian mungkin tidak akan sama seperti yang bakal engkorang alami. Lain orang lain pengalamannya. Gambar bukti kejadian tidak dapat diambil sebab terlampau fokus dan tak ada masa nak belek telefon bila bosan.)

Semalam 30/9 aku ada ujian JPJ kereta,yang mana aku sepatutnya dah selesai 23/9 tapi aku terlambat booking pula kan (*Sepatutnya selepas buat QTI,terus la beritahu kerani untuk booking tarikh ujian JPJ,ada had tempoh dia,bukan suka-suka nak hari sekian-sekian). Terpaksa lah aku buat semalam,tapi tak apalah aku pun pasrah dan percaya ada sesuatu hikmah yang mungkin akan terjadi. Jadi kita ikutlah aturan Tuhan. Perancangan Allah lagi manis pada akhirnya.
Kalau dikirakan tempoh dari aku buat QTI kali ke-2 tu pada 10/9 memang makan masa hampir 2 minggu lebih jugalah aku tak masuk dalam litar. Nak berlatih dalam litar pun memang tak kuasa aku nak tambah kelas. (*Aku kurang yakin nak buat QTI awal,itu yang habiskan kelas terus,lepas tu baru buat QTI.) Setakat pusing kereta bawa dalam taman itu boleh lah asah skil tukar-tukar gear ke apa. Tapi nak berlatih parking,bukit dll dalam litar memang harapan.

Tapi kemudian baru aku teringat cikgu aku ada pesan masa selesai QTI haritu,nanti nak buat kelas ekstra. Mungkin sebab aku ni macam tak ada harapan agaknya nak lulus ujian JPJ ,jadi cikgu tolong lah aku. huhu (Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak tak terhingga buat cikgu yang sanggup korbankan masa beliau untuk aku,mudahkan urusan aku,moga-moga Allah juga akan mudahkan segala urusan cikgu kelak,insyaaAllah. Rupanya wujud lagi orang yang baik hati dalam dunia ni. Orang buat baik,nanti benda baik datang pada dia. Itu pun juga atas kuasa Allah juga kan.. haaaa...)

Kelmarin,cikgu ingatkan pasal kelas ekstra,jadi aku pun dah tentu tak mahu lepaskan peluang  nanti menyesal tak sudah,ya la dah lama kan tak masuk litar. Tak lama pun,buat bahagian litar kemudian cikgu ajak buat jalan raya,mana la tahu aku terlupa laluan untuk ujian nanti ke apa. Bila dah masuk litar balik memang rasa macam boleh ke aku buat nanti? Tertanya-tanya dalam ketidakpastian,tapi aku matikan rasa sangsi dengan bersangka baik walau apa pun akan terjadi. Doa aku tak henti-henti,dalam masa sama dalam kita berdoa kenalah yakin juga Allah akan makbulkan doa kita. Jangan rasa was-was.

Selesai kelas,cikgu suruh aku tanya nom.giliran untuk esok. Aku tunggu panggilan telefon dari pejabat,tapi alang-alang aku dah sampai sana kan,serbu terus pejabat tanya giliran aku bila. Aku harap dapatlah nom.tengah-tengah ke asalkan bukan dalam 1-10. Sekali diberitahu aku punya giliran no.7. Wah...! Aku tak tahu la nak gembira ke sedih ke tapi dalam masa sama aku rasa teruja. Ya la,dah lama nak settlekan urusan lesen kereta ni,mestilah tak sabar kan. (*Masa JPJ motor dulu giliran aku pun 107 tak ingat la 117 ke apa yang penting ada nom.7.)

Jadi ,ceritanya semalam macam ini,

(*Lupa pula aku nak ingatkan engkorang satu lagi hal..hahaha.. etika pakaian,pastikan pakai baju t-shirt berkolar (*bagi yg lelaki) dan perempuan tak kisah lah,asalkan nanti selesa nak bergerak dan sopan. Tak payah nak glamour sangat,nanti nak menunggu giliran,berpeluh ooo... Dan berKASUT. Tak kisah la jenis kasut apa nak pakai,kasut sukan,sekolah,flat shoe..senang nak pijak pedal semua . Ada faham?)

Pertama sekali,aku sarankan engkorang yang bakal calon JPJ yang pertama kali ini kan,silalah DATANG AWAL. Kalau boleh tanya ejen/sekolah memandu awal-awal angka giliran bila. Tapi kalau tak nak tahu awal pun tak apa,esok paginya boleh tengok dekat board dekat luar ada satu senarai list ,bolehlah semak. Tapi pastikan engkorang tahu nom.giliran ke berapa.

Datanglah awal sebelum pukul 8 pagi,usahakan datang awal. Sebab nanti pegawai JPJ akan berikan taklimat. Dia tak akan tunggu dah cukup calon-calon pada hari berkenan datang pun,bila dah rasa ready dia akan mulakan taklimat untuk terangkan proses ujian nanti. Semalam dekat tempat aku calon tak silap ada 100++ termasuk yang ulangan sekali. Terus masuk ke dewan.