Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Kad Raya SUPER SPECIAL DAEBAK

*Schedule post* 
Assalamualaikum dan selamat pagi..! :D

Hari Rabu lepas sampai satu surat,yang mana aku tak jangka pun ada orang akan hantar. Aku akan cerita siapa yang bagi,biar aku bermukadimah panjang sikit naa..

Dah masuk minggu-minggu terakhir nak raya memang ada la orang yang bagi kad raya. Ada rezeki dapat lah,tak ada tak apa la,asalkan ada yang sudi ingat engkorang itu dah kira satu kegembiraan juga. Engkorang dah dapat berapa tahun ni? 

Sekarang dah tak ramai yang bagi kad raya kan,dulu zaman sekolah rendah,selalu la juga tukar-tukar dengan kawan,kau bagi aku,aku bagi kau juga. Haha. Beli pun dekat kedai buku sekolah,sekeping tak silap RM0.50 ke RM1. Kad raya saiz kecil tapak tangan. Lepas tu dulu selalu juga bertandang rumah orang tengok ada tampal/lekat kad raya dekorasi dekat dinding (*sila mengaku jikalau engkorang masih lagi kekalkan 'tradisi' ini ) Kekadang letak kad raya yang orang bagi,kekadang kad raya kosong,saja beli nak letak dekat dinding,jadi ada la 'hiasan tambahan' dan bapa boleh jimat duit sebab kad raya dulu harga berapa ja sangat kan. Masuk sekolah menengah dah tak main lah kad raya, duit simpan beli topup nanti nak mesej or calling makwe pakwe ada la duit,tak kan nak harapkan mak ayah topupkan memanjang (*walaupun asalnya duit itu datangnya dari huluran tangan mak ayah hang juga..). Copy & paste ucapan selamat hari raya dari seorang terus forward dekat yang lain-lain. Generasi Y kan memang dasar copy paste. hahaha. Itu belum cerita lagi bila dah masuk alam kolej/U ataupun kerja. Semuanya berbeza ceritanya.

Dipendekkan cerita,okay aku nak cerita pasal kad raya dari kak Farrah saja,tapi melencong pula masuk simpang salah. Tengok gambar dekat bawah ni dan silalah kagum dari jauh. Orang dah memang jari berseni,bagilah apa saja ,dapat dekat tangan dia ,macam-macam boleh terhasil. Terima kasih banyak-banyak kak,sudi lagi menghantar kad raya! Walaupun saya dah jarang tinggalkan komen di sana tapi kekadang intai-intai juga rumah. Cuma tak tinggalkan komen. Silent reader orang kata. 

Sekarang dah tak macam dulu,ada masa nak blogging dekat semua blog yang aku suka tinggalkan komen. Aku kan perangai suka singgah satu blog,kemudian mengomen secara pukal. Rasa bersalah bila komen satu entri ja,belum kira lagi nak baca entri dari atas ke bawah,tak boleh la nak baca sekilas,rasa macam tak adil pula,empunya blog dah panjang berceloteh tapi kita faham pun tidak baca apatah lagi,komen pun seketul, 'Nice', 'Bestnya'. Dulu banyak masa terluang,sekarang masa ada ,tapi kita isikan masa dengan perkara yang berada dalam kepentingan utama. Bulan Ramadan pun kurang aktif juga bersosial,twitter pun dah jarang buka,kekadang buka risau ada orang pm ke apa. 

Walaupun kenal dekat alam maya ja kan,tapi bila kita dah mula wujudkan satu 'perhubungan' atau entah macam mana nak jelaskan eh? huhu. Haru. Tapi ia sesuatu yang dihargai. Alhamdulillah.

Masa dapat kad ni,abah hulurkan pun aku dah teruja,tengok tulisan dekat sampul dah dapat agak daripada siapa. Ibarat macam anak kecil dapat hadiah dari mak atau ayahnya. Terujanya macam itulah. Siapa la tak gembira bila ada orang masih mengingati kita kan? Rasa diri begitu berharga. Cewah... Aku pun tunjuk lah dekat mak dengan abah kad raya ni,nak kongsi keterujaan tu bersama tapi hampeh,diaorang tak rasa apa yang aku rasa. Sebab itu kan kad aku. Haha.  Krik krik krik.. 

Okaylah kalau tetiba datang pula mood rajin dan ada idea nak berkraf buat kad raya untuk tahun hadapan,bolehlah rujuk link bawah ni,
DIY Kad Ucapan Menggunakan Washi Tapes



Abaikan tisu bawah tu,aku cari port cantik,tapi hentam saja la.. haha.
Jadi,di kesempatan masa yang aku peruntukkan untuk berblogging,maka aku mahu siarkan sepantas kilat entri ini,sebab risau entri akan terperam lama. 
Saya alhamdulillah sihat,sekarang pun nak selesaikan lesen kereta,baru nak ambil. Hehe. Tapi belum belajar lagi,dengan urusan lain-lain lagi. Memang tak sempat nak berblogging. Sempat pun update cerita tapi masuk 'draf' saja la. Ramadan rasanya biasa-biasa,macam sebelum ni,jadi 'lipas kudung' waktu pagi,nak kena bersiap apa semua. Kekadang berharap jadi sotong,tangan banyak. Haha. Terima kasih untuk doa,dan begitu jugalah harapan saya buat akak Farrah,insyaaAllah. Selamat hari raya juga buat akak yang jauh di sana,semoga raya tahun ini memberikan kenangan yang menggembirakan.
Oh ya,tahun yang sudah-sudah aku ada la hantar kad raya kepada beberapa blogger,tak ramai pun. Sekian-sekian bilangannya. Tahun ni,nampaknya tak berkesempatan untuk beli kad raya dan proses-proses seterusnya. Jadi tak ada la abang posmen datang rumah hantar surat,minggu ke-2 raya ke apa. Hahaha. Aku kan hantar kad lambat sikit dulu,minggu terakhir baru sibuk nak hantar. Padan muka dekat diri sendiri sebab hidup kelam kabut. Tapi tahun ini,tiada.

Sebagai penutup entri panjang lebar ni,silalah tonton video hampeh di bawah okay,

HAHAHA 

SEKIAN.


Ulasan Buku : Ada Apa Di Bawah Sejadah?.

Assalamualaikum dan selamat pagi!


Penulis : Dr.Mohd Shafiee Hamzah
Halaman : 102
Penerbit : Mustread Sdn.Bhd
Harga : RM14.00

Buku ini memuatkan 25 kisah pendek yang menyentuh isu ketuhanan dalam kehidupan seharian kita namun tidaklah terlalu berat penyampaian ceritanya. Bacaan ringan . Koleksi cerita ini jika tak silap merupakan antara yang pernah diceritakan di blog penulis.

Aku beberapa minggu lalu sempat baca buku ini,dalam masa sehari,alhamdulillah habis baca,cuma sempat baca cepat-cepat,duduk lepak dalam library kejap,tak mahu pinjam buku jadi sempat la habiskan. Baca sekali,mungkin dapat la tangkap apa sebenarnya yang cuba disampaikan dalam satu-satu cerita. 


Atau cerita (*tajuk buku merupakan salah satu cerita yang terdapat dalam buku ini) boleh dibaca disini -> http://sekilasmemoir.blogspot.my/2011/03/ada-apa-di-bawah-sajadah.html  



Buku ini juga dimuatkan dengan ilustrasi yang boleh menarik perhatian terutamanya kanak-kanak/remaja. Aku pun suka juga buku yang ada ilustrasi macam ni,tak ada la mata berpinar-pinar tengok tulisan memanjang. Orang kata dapat 'cuci mata'. Dan tak dilupa,di setiap akhiran cerita ,ada satu kolum khas untuk kita tulis pengajaran yang kita dapat dalam setiap cerita yang dibaca. Jadi,sesuailah untuk mereka yang ada anak suka membaca boleh hulurkan buku ini pula dalam salah satu senarai 'Yang Patut Dibeli'.

Sekian.

Ujian Komputer / Ujian Bahagian 1 (Lesen Kereta)

Assalamualaikum dan selamat tengahari.
Seperti yang dijanjikan entri sebelum ini,aku mahu bercerita pasal Ujian bahagian 1 a.k.a ujian komputer untuk lesen kereta.

Kalau boleh selepas tamat KPP01,ceramah tu engkorang dah boleh booking dekat pusat memandu untuk buat ujian komputer di mana-mana pusat berdaftar. Kalau aku dekat MyEG Rantau Panjang,Klang. Selesai ceramah pergi serbu terus kaunter tanya kakak kerani tu boleh tak booking.

Tapikan,aku cuma sempat booking minggu kedua selepas ceramah itupun ujian komputer kena buat minggu depanya. Kiranya ujian komputer untuk lesen kereta tu cuma ada pada hari Rabu dengan Ahad saja. Dan kalau nak booking kena 3 hari sebelum kejadian. Booking kena telefon pusat memandu engkorang atau ejen. Bila ada masa yang sesuai dan dah bersedia baru booking. Kalau nak redah pun boleh tapi pastikan dah booking nanti dalam sistem dekat pusat MyEG etc ada la nama dalam senarai rekod.

Selesai booking untuk hari Rabu,bersamaan dengan 8/6,maka bermalas-malasan la tuan hamba menunggu hari yang bakal tiba. Aku bersenang lenang sungguh. Baca buku yang tebal tu ada,walaupun tebal tapi bukan semua bahagian kena baca,tapi itulah kalau dah dasar suka membuang masa,dok belek bab sama ja setiap hari. Menangguh masa. Jangan malas baca okay,ikut la cara engkorang nak baca macam mana,sambil baca buat nota sendiri ke baca sampai tengok tv ke terpulang. hihi Yang penting BACA,jangan malas-malas nanti karang gagal ,haa..baru menyesal.

Walaupun tahun lepas aku dah pernah buat ujian komputer utk lesen motor,aku kan ambil asing,ada la sebahagian dalam buku kpp aku boleh pandang sebelah mata sebab dah tahu. Tapi,janganlah berlagak pandai. Haha. Dah tak ingat buat cara tak ingat,kalau ingat pun baca juga. Motor dengan kereta bukan sama.

Semalam baru terhegeh-hegeh nak selak buku. Kah kah kah. Menggelupur. Lepas tu kelam kabut,aku siap berpesan dengan mak aku sahur nanti (*pagi tadi) aku tak mahu masak,suruh orang lain ambil alih tugas tu. Tudia....Tak dapat nak lelapkan mata. Duduk terperap dalam bilik jawab buku soalan tu.

Aku bertolak dari rumah dalam pukul 10 lebih macam itu,jam sebelumnya aku masih lagi sibuk jawab buku soalan. Huhu. Padan muka utk diri sendiri.

Sampai dekat MyEG,terus ke kaunter pendaftaran bagi kad pengenalan,lepas tu imbas cap jari dan ambil gambar. (Sediakan RM10 untuk bayaran gambar) Lepas tu tunggu la sampai kerani panğgil giliran engkorang. Tadi boleh tahan ramai la juga orang,dan giliran aku lambat la juga,sabar sikit. Huhu. Duduk menunggu tu kalau boleh bertenang,jangan kalut. Sempat lagi nak selak-selak buku.

Selepas nama dipanggil,kerani akan bagi ic sekali dengan nom.komputer. Masuk dalam bilik,menuju ke meja. Lepas tu taip no.ic dan pilih 'orang awam' kalau warganegara. Lepas tu pilihan bahasa, Malaysia atau English. Terpulang. Mula jawab soalan!