Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Ulasan Buku : Town Mall

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Terus kepada isi utama untuk entri sulung pada bulan November ni,aku nak mengulas buku yang baru saja selesai dibaca baru-baru ini. Novel seram berjudul 'TownMall'. Aku dah lama tak baca novel seram-seram macam ni. Lagi-lagi kalau diterbitkan oleh BukuPrima,memang haruslah dibaca kan..
Genre seram memang jadi keutamaan aku juga bila nak baca novel berbanding cinta. Kisah -kisah mistik memang aku suka tengok walaupun kekadang sampai terbawa-bawa ke tidur mimpi dikejar makhluk mengerikan. 
Bezanya bila kita baca novel ni kan,kita boleh bayangkan seolah-olah kita watak utama dalam cerita tu,boleh mendalami watak la kiranya. Tak macam bila tengok filem. 

Sebenarnya penulis novel ni mendapat ilhamnya dari kejadian yang dihebohkan netizen berkaitan dengan Palm Mall Seremban tu. Kan dulu kecoh orang kata pawagam dekat sana berhantu,cermin dekat tandas tak dipasang atas sebab-sebab tertentu . Dengan spekulasi yang entah betul entah tidak,tapi tak boleh nafikan dalam dunia ni bukan kita sorang yang huni,kan? Ada makhluk lain yang tak boleh nampak oleh mata kasar. Itu memang tak dapat dinafikan. Tambah bangunan yang dah lama terbengkalai kan memang la ada yang menetap dekat situ.

Jangan salah faham pula,novel ni cuma diilhamkan dari cerita khabar angin pasal mall tu saja bukan cerita betul-betul pun,tiada kaitan antara yang hidup atau mati. (*Bila baca thread dekat forum macam betul ja sesetengah kejadian... ) Karang ada yang ingat kisah benar terus takut nak pergi shopping sana.  Bijak juga penulis olah cerita. Aku sampai baca 2 kali,itu tandanya best sangat la tu novel ni,kalau tak, tak ada rajinnya aku nak baca berkali-kali. 



Kredit
Tajuk : Town Mall
Penulis : Hasrudi Jawawi
Mukasurat : 752

Sinopsis
Bangunan terbengkalai itu punya misteri tersendiri. Desas-desus mengatakan, projek itu terbengkalai disebabkan berlakunya gangguan makhluk halus pada pekerja-pekerja pembinaan dan jurutera yang menguruskan projek itu, menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan.
Selepas hampir 10 tahun terbengkalai, sebuah syarikat pembinaan tempatan yang terkenal di negara ini cuba menyambung semula kerja-kerja pembinaan dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat membeli-belah terkenal dan terkemuka di bandar Seremban.
Mampukah projek itu disiapkan dengan sempurna tanpa ada masalah? Adakah gangguan makhluk halus yang mengganggu sebelum ini benar-benar sudah tiada? Apakah hal yang berlaku 10 tahun lalu tidak akan berulang kembali?

Ulasan aku?


Town Mall mengisahkan tentang bangunan yang telah lama terbengkalai dan akan dibangunkan semula. Kisah mistik bermula apabila watak Rusdi yang merupakan pengurus projek pembaikan bangunan ini mula diganggu selepas melawat tapak pembinaan tersebut. Asalnya projek yang 10 tahun tu terbengkalai disebabkan gangguan-gangguan mistik. Dan untuk elakkan kerugiaan maka dibiarkan saja. Hantu ni kerap juga la ganggu si Rusdi katanya Rusdi dah abaikan hantu tu,minta tolong (*kes hantu rohnya tak tenteram la ni)  tapi dibuat tak tahu saja . Maka bermula la macam-macam kejadian yang buat Rusdi tak aman hidupnya. Walaupun dah minta pertolongan dari orang yang arif pasal halau benda-benda macam ni,tetap masih diganggu sampailah terjadinya kejadian Maria,isteri Rusdi dibunuh oleh dia sendiri atas hasutan keji syaitan laknatullah. Dan projek bangunan tu pun terbengkalai buat kali kedua. (*Degil betul hantu ni...)

Kemudian cerita diteruskan dengan watak Ariani pula yang pernah berkerjasama dengan si Rusdi untuk uruskan projek mall sebelum ini juga diganggu dengan roh yang sama. Plot cerita lebih kurang juga macam watak Rusdi tapi timbul watak baru pula yang akhirnya akan berhubungan sampai ke plot akhir. Si Ariani ni pun mati juga dilanggar kereta sebab dikacau oleh roh yang tak tenteram itu. 

Kemudian bila bangunan siap dibuka pula,cerita dikembangkan dengan watak-watak 4 sekawan yang berkerja di pusat beli-belah tersebut iaitu Marini,Danie,Yusuf dan juga Adha. Peristiwa diganggu membuatkan mereka berempat sepakat untuk menyeru roh tak tenteram tersebut dengan menggunakan papan Ouija untuk bertanya lanjut tentang punca roh tersebut tidak tenteram dan mengganggu mereka berempat. Pencarian mereka seterusnya masih lagi tidak menemui jawapan sebenar dan satu demi satu mula mati dalam keadaan tragis, Danie mati membunuh diri,Adha mengalami kecederaan parah akibat terjatuh di dalam tandas,Yusuf pula hilang tak ditemui manakala Marini pula dirasuk roh tak tenteram berkenaan sehingga membawa kepada tempat mayat sebenar roh tersebut ditanam. Dan di akhir cerita pembaca boleh tahu punca sebenar apa perkaitan antara watak Rusdi,Ariani dan pembabitan 4 sekawan itu dengan roh yang tak tenteram ini.

Bila baca novel ni,kena baca dari mula,tak boleh skip cerita sebab ada banyak watak dalam ni dan perkaitan watak tersebut dengan punca roh tersebut marah sampai tak aman hidup diaorang. Kalau skip adalah bahagian yang engkorang tak akan faham punya. Novel ni juga best sebab ada babak yang kita tak jangka rupanya bukan seperti yang kita fikirkan.

Sekian.

1 comment:

  1. Sinopsis macam best. Tapi.. Reen pula yang seram. Memang boleh terbayang2 kalau g mall nanti.

    ReplyDelete