Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Perpustakaan Daerah Sabak Bernam.

Assalamualaikum dan selamat pagi..!
Okay aku nak cerita pasal semalam (16/11) punya kejadian.

(Aku ada satu hobi ,tak pastilah kalau engkorang anggap ini hobi ke buang tabiat ke kaki merayau. Haha.. Terpulanglah pada engkorang semua nak kata apa.)

Aku suka cari perpustakaan yang terdekat selain daripada Meru,Klang,Shah Alam atau pun yang paling jauh setakat ini aku pernah pergi Kuala Selangor. 4 tempat ni aku selalu datang jadi dah biasa tunjuk muka dekat sana macam malu la asyik muka aku ja yang datang sana kan. Macam aku seorang rakyat Malaysia yang wujud. Tapi aku tak ada lah duduk lama-lama paling lama pun 2-3 jam macam itu. Sebab lepas ni tak pasti ada ke masa untuk datang ke sana. Itu yang duduk lama-lama tapi tak ada la aku duduk guna wi-fi ke apa. Ambil satu buku yang berpotensi untuk dihabis baca atau cari buku yang mana aku rasa nak baca dan pinjam bawa balik. Kalau dah pegang phone memang susah betul nak fokus membaca.

Perpustakaan Bukit Kapar aku belum lagi terlintas nak jejakkan kaki,sebab aku tak berapa tahu sangat jalan ke sana. Dan bila aku google maps ke sana,kalau ikut dari kawasan Pekan Meru boleh jalan terus (*dekat simpang 4 masuk jalan nak ke Puncak Alam/lalu jalan pasar malam tepi dewan tu untuk ke sana) tak pasti la dekat ke jauh akan jumpa la library Bukit Kapar,kemudian jauh ke depan ada pula library Puncak Alam. Tapi dua tempat ni perpustakaan desa la (Maknanya tak berapa besar macam P.Meru dan akan ditutup seketika pada waktu tengahari). Okay,akan aku usahakan untuk ke sana pula,insyaaAllah. Ini la susahnya bila phone tak ada waze/maps semua,phone biasa ja aku pakai,tak dapat install. Terpaksa guna cara kolot/kena la google awal-awal kemudian kaji la sendiri tempat yang bakal diterjah,ingat mana-mana landmark. Kalau tak jumpa terpaksa ringankan mulut bertanyalah.

Semalam pula aku telah berazam nak terjah perpustakaan Daerah Sabak Bernam . Dalam hal ini aku sangat bersemangat nampaknya. LOL Tak apalah janji tak adalah buat hal yang tak senonoh kan? Aku bertolak dalam pukul 8 lebih macam itu,sebab aku nak sampai sebelum tengah hari terik. Cuaca awal pagi macam mendung,dah naik sikit baru la panas.

Awalnya aku nak singgah di perpustakaan cawangan Tanjong Karang yang terletak di bangunan Wisma (*dulu ada kedai baju Sayang,bangunan wisma terletak di seberang Hospital Tanjong Karang) sekarang semua kedai yang ada dekat wisma dah berpindah dan aku ada google pasal P ni tapi tak ada jawapan yang positif. Sedih juga bila baca. Kononnya kawasan sekitar wisma terbiar dan tak terurus. Aku pun tak tahu P ni wujud dekat situ,rasanya dekat tingkat atas la P. Semalam saja la nak ke sana dulu,aku tengok wisma macam tutup,tak buka sunyi sepi walaupun kelilingnya kedai meriah. Aku ambil keputusan untuk beredar dan terus ke Sabak Bernam. Nanti la cari maklumat lanjut mana la tahu PTK dah berpindah ke kawasan lagi strategik ke apa.


Jadi selepas meronda kawasan wisma cepat-cepat aku u-turn untuk ke Sabak Bernam. Lama juga rasanya tak lalu kawasan dalam kalau balik kampung selalunya guna highway,cepatkan masa. Nak lalu dalam,jalan ada yang tak berapa elok. Jadi aku cuma layankan la permandangan yang ada kiri-kanan,tapi kena la fokus depan kan..huhu.. Terleka sesaat boleh membawa padah. Kiri kanan banyak gerai jual kerepek,biskut raya pun ado,bantal,buah,macam-macam ada,masuk pekan banyak la kedai-kedai best.

Untuk ke Sabak Bernam kena lepasi Tanjong Karang (*aku selalu juga lalu kawasan sini kalau nak balik dari kampung di Perak-Klang,jadi tak ada masalah cuma sampai SMK Dato Harun saja la aku ingat yang atas dari situ aku ingat-ingat lupa,zaman dah berubah dan banyak la pembangunan cuma jalan ja banyak berlubang dan aku benci asyik terlanggar lubang habis rosak tayar ) kemudian Pasir Panjang-Sekinchan-Sabak Bernam. Aku pun tak tahu la urutan daerah/kawasan mana satu yang pasti aku baru tahu kena lalu kawasan Sekinchan yang ada sawah padi luas terbentang baru sampai ke Sabak Bernam. Maknanya kalau dah lalu Sekinchan jauh amat la tu .. Parah tapi sebab dah berazam kan semua boleh jadi. 

Aku paling suka lalu kawasan dalam sebab tepi kiri-kanan ada banyak rumah orang kampung lawa-lawa. Kagum juga la tengok. Berangan nak rumah macam itu bila banyak DUIT. Jauh juga sebenarnya nak ke Sabak Bernam,jenuh menunggu untuk sampai ke sana. Aku hampir juga berputus asa dan nak u-turn balik ke Klang,tapi fikirkan aku dah separuh jalan dan hampir tiba ke lokasi (*masa isi minyak di BHPetrol Sungai Haji Dorani aku tanya pakcik yang tolong isikan minyak,katanya SB jauh lagi...) jadi aku teruskan la sampai ke simpang pertama macam yang dekat peta aku google,mulanya tercari juga la Masjid Sungai Besar,sebab asalkan nampak simpang/masjid tu maka boleh la belok ke kanan. 


Alamatnya? Letaknya dekat Sungai Besar ja sebenarnya ,depan sikit dah masuk Sabak Bernam, (*betul ke?)
Jalan Pejabat Daerah, Selangor Darul Ehsan, 45300 Sungai Besar
Jadi sepanjang aku bawa motor tak nampak simpang 4 lagi,maju ke depan lagi ada satu simpang lampu tengah hijau terus la aku masuk kanan,tercari juga masjid tak jumpa,em...pasrah. (*Ceh,sebenarnya ada ja masjid,signboard pun ada,cuma aku tak nampak pun..hehe) Lepas tu dah masuk kanan terus ada simpang masuk kiri pula. Tengok signboard nama jalan 'Jalan Pegawai',betul la ni jalannya,tinggal lagi sikit ja nak sampai. Aku terus la sampai nampak satu bangunan kuning macam dalam gambar aku google ,tapi pagar tutup,dan tak ada pula guard berjaga ke apa. So,aku terus keluar sampai ke jalan besar dan masuk ke pintu pagar depan. Aku tanya la guard dekat mana perpustakaan,sebab kawasannya besar dan aku agak pening sebenarnya. 

(*Rujuk gambar peta bawah tu,aku nak masuk pagar 1 tapi tutup jadi terus keluar masuk ikut pagar 2,so baru aku tahu P ni letaknya dalam satu kawasan besar dengan yang lain.)
Sebenarnya bila dah masuk Jalan Pegawai tu kan,terus sikit akan nampak satu gelanggang futsal kot,asalkan nampak gelanggang tu,ada simpang,terus masuk ke kiri. Tak payah nak pusing keluar ke jalan besar. Aku baru perasan,penat ja pusing satu kawasan tu.

Perpustakaan Sabak Bernam terletak dalam satu kawasan (*Kompleks...) sama dengan bangunan kerajaan lain,kiranya strategik juga la kawasan situ,di sekitarnya ada Pejabat Daerah,Mahkamah Majistret dll,aku tak ingat la ada pejabat kerajaan apa lagi dekat situ. Kiranya dalam satu kawasan besar juga la. Bagus juga. Belakang P tak silap ada balai polis. Kiranya strategik juga la untuk sesiapa yang tinggal sekitar,ada sekolah,klinik dll.




Laluan masuk dari pintu utama.
Bangunan P agak besar berbanding dengan p daerah Klang dan ada 2 tingkat. Untuk bahagian bawah ada pusat siber,bahagian rak buku untuk kanak-kanak/remaja (*Berbanding dengan P Klang,untuk kanak-kanak ada satu bilik khas,jadi tak ada la bising sangat,kalau dekat P SB terbuka ruang untuk kiddo) dan juga rak buku untuk dewasa dan bacaan umum,bahagian majalah dan surat khabar. Manakala di tingkat atas pula untuk bahagian untuk student UA/US untuk buat research,tapi tak banyak bahan pun.

Tingkat bawah,nampak tak tangga tu? Tangga naik ke bahagian Dewasa/rujukan.
Tangga menuju ke tingkat 2.
Old school betul... dekat bahaagian atas,kot siapa nak privasi ke apa,boleh la duduk sini cuma berdebu sikit la..


Yang ini dekat bahagian bawah pula,


*Rak bahagian tingkat bawah,belakang. Rak banyak juga yang kosong,tak banyak buku pun,banyak juga buku lama-lama.
Ruang bahagian bawah,memang terbuka tempatnya,yang ada ramai orang tu,bebudak guna komputer di Pusat Siber. 1 jam dikenakan caj RM1. Biasanya budak2 mai library sebab nak guna komputer,ya la murah la juga berbanding dekat cc luar yang kenakan caj tak silap aku dalam RM2 lebih untuk satu jam.

Aku gigih juga la mencari buku-buku yang boleh dipinjam sampai ke rak hadapan. Sampai rak depan aku dah bau sesuatu yang kurang menyenangkan. Terseksa juga la. Bau hancing tikus agaknya. Aku nak sentuh buku yang ada dekat rak pun macam nak tak nak. Euuu............... aku harap nanti pihak yang berkaitan silalah bersihkan okay. (*Banyak songeh betul aku kan..dah la jarang datang banyak komplen. hihi)

Oh ya,pesanan ikhlas,tandas ada dekat tingkat bawah,atas aku rasa macam tak ada,kalau mencari rajinkan diri la toleh atas cari signboard dan kalau nak masuk sila bawa kawan seorang dua,sebab seram..hahaha (*selain library Kuala Selangor,sini pun tandasnya seram sikit.)


Entah buku zaman tahun bila agaknya ni..kertas pun dah kuning,tapi aku suka bau buku lama. LOL. Harum ... 📖

Aku duduk la sekejap selepas puas mencari buku yang aku nak pinjam,tak banyak pilihan tapi ada la dalam 8 buku aku jumpa. 

*Lagi satu yang tak ada dalam gambar : Di Sebalik Rundingan Damai Hat Yai -Myzara.

Fuh........ duduk lama-lama pun tak seronok (*Selalu niat nak duduk lama tapi tak dapat tahan sebab sejuk sangat dan aku rasa mengantuk dengan tiba-tiba.) ,dan aku pun cepat la balik dalam pukul 1 macam itu,cuaca tak ada la mendung walaupun sekarang kan musim hujan kan. Merempit terus balik ke Klang. Tabah la nak balik tu,memang sakit satu badan dengan beg pun dah makin berat berbanding masa datang. huhu. Aku cuma pinjam 8 buku sebab itu saja yang menarik perhatian aku,tambah aku selalu tak senang duduk kalau tak dapat baca,rasa tangan semacam gatal. Ada sesuatu untuk dibaca itu rasanya bagus sekali dong..! 

Sekian,terima kasih.

p.s/nantilah aku update balik entri ini sebab tak banyak gambar dapat ditangkap masa kali pertama datang ke sini.
p.s.s/ Untuk kali-2 aku datang sini,sebab nak pulangkan buku yang dipinjam,dan aku rasa menyesal juga pinjam sebab nak ulang-alik,leceh sebab jauh dan menyeksakan juga sebab jalan banyak yang tak elok,berlubang-lubang. Serik la nak datang naik motor,haha...nasib baik ada kawan yang minta tolong aku temankan dia pergi sini sebab dia nak buat kajian,jadi aku pun join sekali la.
p.s.s.s/ Selepas selesai tugasan di sini,maka kami pun ambil keputusan untuk pulang ke tempat masing-masing,dalam tengahari macam itu juga lah,kemudian,aku ajak dia pergi cari Perpustakaan Pekan Sekinchan pula,tapi sekarang diTUTUP sebab dalam proses pembaikan,kalau dah siap ke apa aku sempat nak singgah sana,aku update la cerita .

3 comments:

  1. Rajinnya jalan2 cari perpustakaan.. Reen ni nak ke perpustakaan kuala lumpur yang hanya dalam 15 minit kalau naik moto dari perpustakaan negara pun malas. Hahahaa panas.

    Rasa puaskan bila dah jumpa perpustakaan yang nak dituju. Lagipun.. Dapat merasa environment yang berlainan untuk setiap perpustakaan..

    ReplyDelete
  2. Wahhh Kak Nana bagusnya rajin membaca. Cuba bagi passion kat iz sikit. Heheh

    ReplyDelete
  3. wah sanggup jalan jauh2 sebab nak pergi perpustakaan. :D
    rindu pulak nak pergi perpustakaan :)

    ReplyDelete