Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Pengalaman Ujian JPJ (Kereta).

Assalamualaikum dan selamat malam.

White Orange Van Scale Model
Credit
Entri kali ini pula aku nak ceritakan kejadian yang berlaku semalam. Dulu aku baca pengalaman orang lain,kali ini aku pula nak kongsikan pengalaman aku supaya ada orang lain baca dan bolehlah jadikan pengajaran. 
(*Tapi ada ke yang baca? Kalau ada, aku harap engkorang baca sampai habis okay,tak best kalau skip. ini paksaan. hihi :P . Kejadian mungkin tidak akan sama seperti yang bakal engkorang alami. Lain orang lain pengalamannya. Gambar bukti kejadian tidak dapat diambil sebab terlampau fokus dan tak ada masa nak belek telefon bila bosan.)

Semalam 30/9 aku ada ujian JPJ kereta,yang mana aku sepatutnya dah selesai 23/9 tapi aku terlambat booking pula kan (*Sepatutnya selepas buat QTI,terus la beritahu kerani untuk booking tarikh ujian JPJ,ada had tempoh dia,bukan suka-suka nak hari sekian-sekian). Terpaksa lah aku buat semalam,tapi tak apalah aku pun pasrah dan percaya ada sesuatu hikmah yang mungkin akan terjadi. Jadi kita ikutlah aturan Tuhan. Perancangan Allah lagi manis pada akhirnya.
Kalau dikirakan tempoh dari aku buat QTI kali ke-2 tu pada 10/9 memang makan masa hampir 2 minggu lebih jugalah aku tak masuk dalam litar. Nak berlatih dalam litar pun memang tak kuasa aku nak tambah kelas. (*Aku kurang yakin nak buat QTI awal,itu yang habiskan kelas terus,lepas tu baru buat QTI.) Setakat pusing kereta bawa dalam taman itu boleh lah asah skil tukar-tukar gear ke apa. Tapi nak berlatih parking,bukit dll dalam litar memang harapan.

Tapi kemudian baru aku teringat cikgu aku ada pesan masa selesai QTI haritu,nanti nak buat kelas ekstra. Mungkin sebab aku ni macam tak ada harapan agaknya nak lulus ujian JPJ ,jadi cikgu tolong lah aku. huhu (Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak tak terhingga buat cikgu yang sanggup korbankan masa beliau untuk aku,mudahkan urusan aku,moga-moga Allah juga akan mudahkan segala urusan cikgu kelak,insyaaAllah. Rupanya wujud lagi orang yang baik hati dalam dunia ni. Orang buat baik,nanti benda baik datang pada dia. Itu pun juga atas kuasa Allah juga kan.. haaaa...)

Kelmarin,cikgu ingatkan pasal kelas ekstra,jadi aku pun dah tentu tak mahu lepaskan peluang  nanti menyesal tak sudah,ya la dah lama kan tak masuk litar. Tak lama pun,buat bahagian litar kemudian cikgu ajak buat jalan raya,mana la tahu aku terlupa laluan untuk ujian nanti ke apa. Bila dah masuk litar balik memang rasa macam boleh ke aku buat nanti? Tertanya-tanya dalam ketidakpastian,tapi aku matikan rasa sangsi dengan bersangka baik walau apa pun akan terjadi. Doa aku tak henti-henti,dalam masa sama dalam kita berdoa kenalah yakin juga Allah akan makbulkan doa kita. Jangan rasa was-was.

Selesai kelas,cikgu suruh aku tanya nom.giliran untuk esok. Aku tunggu panggilan telefon dari pejabat,tapi alang-alang aku dah sampai sana kan,serbu terus pejabat tanya giliran aku bila. Aku harap dapatlah nom.tengah-tengah ke asalkan bukan dalam 1-10. Sekali diberitahu aku punya giliran no.7. Wah...! Aku tak tahu la nak gembira ke sedih ke tapi dalam masa sama aku rasa teruja. Ya la,dah lama nak settlekan urusan lesen kereta ni,mestilah tak sabar kan. (*Masa JPJ motor dulu giliran aku pun 107 tak ingat la 117 ke apa yang penting ada nom.7.)

Jadi ,ceritanya semalam macam ini,

(*Lupa pula aku nak ingatkan engkorang satu lagi hal..hahaha.. etika pakaian,pastikan pakai baju t-shirt berkolar (*bagi yg lelaki) dan perempuan tak kisah lah,asalkan nanti selesa nak bergerak dan sopan. Tak payah nak glamour sangat,nanti nak menunggu giliran,berpeluh ooo... Dan berKASUT. Tak kisah la jenis kasut apa nak pakai,kasut sukan,sekolah,flat shoe..senang nak pijak pedal semua . Ada faham?)

Pertama sekali,aku sarankan engkorang yang bakal calon JPJ yang pertama kali ini kan,silalah DATANG AWAL. Kalau boleh tanya ejen/sekolah memandu awal-awal angka giliran bila. Tapi kalau tak nak tahu awal pun tak apa,esok paginya boleh tengok dekat board dekat luar ada satu senarai list ,bolehlah semak. Tapi pastikan engkorang tahu nom.giliran ke berapa.

Datanglah awal sebelum pukul 8 pagi,usahakan datang awal. Sebab nanti pegawai JPJ akan berikan taklimat. Dia tak akan tunggu dah cukup calon-calon pada hari berkenan datang pun,bila dah rasa ready dia akan mulakan taklimat untuk terangkan proses ujian nanti. Semalam dekat tempat aku calon tak silap ada 100++ termasuk yang ulangan sekali. Terus masuk ke dewan. 


Dalam pukul 8 lebih tak ramai calon pun. Jadi,kerani pun masuk untuk ambil kedatangan. Ikut giliran nom 1-10 dan seterusnya. Keluarkan ic dengan lesen siap-siap (*kalau engkorang ada renew lesen pun,bawa juga lesen L yang lama,jangan terlupa bawa ). Tunjuk ic dengan lesen,kemudian sebutkan nom.giliran berapa,nanti akan diberikan tag nom untuk dipakai sepanjang proses ujian JPJ. Lepas tu duduk dulu tunggu taklimat daripada pegawai JPJ. Sebab tu aku sarankan engkorang datang awal,supaya nanti tak ada lah engkorang terlepas dengar taklimat. Taklimat ini penting sebab nanti yang buat penilaian pegawai JPJ kira macam 'kena la dengar cakap bos nak buat macam mana nanti'. Masa dengar taklimat tu silalah fokus. Apa yang tak boleh buat,sematkan dalam otak,jangan buat masa ujian nanti. huhu. Dan aku nasihatkan engkorang jangan gelabah ,sila bertenang. 

Tamat taklimat,(*calon yang ulangan akan diarahkan untuk buat RPK dulu,kalau engkorang buat ulangan pun RPK kena buat juga .) calon giliran dari 1-10,aku la tu salah sorangnya,pergi ke luar untuk buat pendaftaran dengan pegawai JPJ pula. Ic dengan lesen serahkan pada pegawai bertugas dan nyatakan kita giliran yang ke berapa. Lepas itu duduk dulu. Tunggu lah arahan seterusnya pula. Jangan terleka. Duduk sekejap,calon nom.1-10 diarahkan untuk ke kawasan parking kereta buat RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan). Satu pegawai jaga beberapa orang calon. Tapi ikut situasilah. RPK tu pula buat pada kereta viva,ada calon dapat kereta kancil.Aku rasa bersyukur juga sebab Allah gerakkan hati aku untuk google bahagian enjin/bonet kereta viva,jadi tak adalah gelabah. Nasihat aku,kalau masa kelas latihan engkorang buat RPK guna kereta kancil,rajinkan diri untuk google,atau minta tolong cikgu untuk tahu bahagian enjin kereta viva. Berbeza sikit. 


Kredit
Sila tengok video lengkap RPK kereta Viva . Aku ada buat nota RSM dengan RPK boleh rujuk link ini ,


Syukur juga Allah mudahkan urusan aku juga sebab semalam,lepas calon 6 dipanggil untuk buat RPK,nom.aku pula dipanggil tapi aku terpaksa berkongsi kereta dengan calon nom.5 lah yang tengah buat rpk. Kiranya masa tu pegawai yang lain datang tolong kawan dia,sebab calon ramai kan,dia suruh aku buat RPK tapi mula dari bahagian belakang/but. Selesai bahagian belakang,aku terus buat bahagian sisi kanan pula,lepas tu pegawai terus suruh buat bahagian enjin. Aku pun buat la seperti yang diarahkan. Aku sebut la apa yang aku ingat,aku baru nak tarik dipstick minyak enjin,pegawai tu kata,


"Dah pergi dekat pondok sana." 

Aku dalam keadaan mamai tu blur la,eh kenapa pula,aku belum selesai buat RPK lagi,hahaha. Siap minta kepastian lagi. Jadi kiranya pegawai tu tak mahu dengar bebelan aku ,maka aku pun dikira lepas bahagian RPK,jimat air liur aku tak payah sebut semua. Fuh...Terus lah aku menuju ke pondok untuk buat bahagian litar. Dekat pondok tu calon yang dah selesai buat RPK dah duduk tunggu dipanggil,masa kejadian,calon yang ambil lesen lori tengah buat ujian jpj dekat bukit. So selesaikan lori dulu baru kitaorang pula.

Semalam,disebabkan ramai calon,jadi ada pembahagian calon. Maksudnya ada calon yang buat jalan raya dulu,ada calon yang kena buat bahagian litar dulu. Tengoklah pegawai tu nak bahagikan giliran kumpulan mana. Jadi kumpulan aku ni,buat litar dulu lah,aku berharap juga nanti giliran keluar ke jalan raya nanti bukan waktu bebudak habis sekolah lah. Dah la laluan aku tu ada lalu 2 sekolah. Bayangkan nanti betapa sesaknya jalan,dengan bebudak yang kita tak dapat jangka dia nak melintas. Seram.............! (*Tapi ikut logik,tak kan la diaorang nak suruh kita lalu kawasan sekolah,risiko tinggi tu,kita pun belum tentu cekap kan..huhu)


Credit
Habis calon lori ni,pegawai JPJ panggil nom.giliran. Oleh itu,untuk kali ke berapa entah aku nasihatkan engkorang kena peka dan fokus. Kalau tak datang karang pegawai tu letak borang penilaian ujian dekat bawah,kiranya di'tahan' dulu la (sebab tak sahut panggilan,mana la tahu masa tu engkorang pergi tandas ke apa kan,tak apa,pergi ke pegawai JPJ yang jaga,cakap la elok2,tak ada kena marah) Calon-calon yang dipanggil terus masuk ke dalam kereta yang tersedia,bahagian litar semua pakai kancil (*aku ambil lesen manual,untuk yang auto aku tak pasti lah macam mana situasinya). Masuk dalam kereta terus buat RSM (Rutin Sebelum Memandu) tapi buat yang ringkas,cuma check wiper,lampu segala lampu yang ada dengan bunyikan hon. Tunggu pegawai bertugas datang ke kereta,nyatakan angka giliran,lepas tu diserahkan borang penilaian. Borang ni ada senarai penilaian untuk bahagian litar dengan jalanraya,jadi pegawai jpj/petugas akan ambil borang ni untuk diserahkan pegawai yang menilai ujian di setiap seksyen.

Aku sangkakan kalau giliran awal ni kena lepas dulu,rupanya tidak. Pegawai panggil nom.belakang dulu,entahlah suka hati dia la nak panggil nom.berapa. lol. Jadi aku dapatlah saksikan gelagat calon lain dulu buat litar,jadi boleh duduk perhati dulu nanti dah sampai giliran sendiri dah tahu nanti nak buat apa. Macam-macam hal berlaku. Ada calon terkandas dekat bukit,dekat parking sisi dan parking 3 pointer pun ada juga yang tak lepas sebab terlanggar garisan putih dekat tepi tu..eh aku baru tahu dekat bukit kan ada 2 kali percubaan, rupa-rupanya maksud '2 peluang' tu macam ini :-
  • Kalau kereta tak berhenti sebelum garisan kuning,maka boleh diberi peluang ke-2. Tapi kalau kita dah berhenti dekat garisan kuning dan siap dah free gear dan angkat handbrake,masa nak turun tiba-tiba tu pula kereta mengundur,itu dah dikira gagal. Aku baru tahu...........
Kalau kita gagal dekat mana-mana seksyen,kereta akan diambil alih petugas untuk calon lain guna pula,jadi kita kena ambil borang dekat pegawai JPJ yang jaga seksyen yang kita gagal kemudian pergi ke kaunter pendaftaran untuk tunggu giliran buat ujian jalan raya pula. 

Tibalah giliran aku,masa tu ada satu kereta,mula-mula adik nom.6 tu masuk dulu sebab ada satu ja kereta masa tu,lepas tu baru ada kereta lain datang. Dan giliran aku dipanggil. Fuh...tarik nafas dalam-dalam dan yakinlah dirimu begitu berharga boleh lakukan..! Bila dah masuk dalam kereta,terus buat RSM (wiper,lampu & hon),tak kisahlah pegawai tu pandang ke tidak. Lepas tu pegawai serahkan borang. Borang tu letak dekat seat sebelah. Lepas tu boleh la ke kawasan bukit. Bila nak gerak ,aku dah masuk gear,lepaskan klac tak gerak-gerak pun kereta,tekan minyak pun tak gerak juga,handbrake dah turunkan tapi tak jalan juga,puas perah otak,Allah turunkan ilham,maka aku pun free gear balik lepas tu masuk gear 1 balik. Baru kereta jalan. Aigooo..rupanya gear tak masuk. haha

Apalagi teruslah pergi ke kawasan bukit. Dekat situ ada petugas yang jaga/beri arahan untuk kita. Kalau kawasan bukit kosong,tak ada calon lain,terus naik atas,jangan tunggu petugas marah. Asal ada kosong,terus masuk,tapi sebelum itu dari kawasan bawah jangan lupa bagi signal,naik dengan hati-hati. (*Semalam macam lupa nak buat CITO,lol). Terus naik ke atas,berhenti dalam kawasan garisan kuning/senang cerita bila cermin sisi dah sebaris dengan tiang pertama tu boleh tekan brek - free gear - tarik handbrake. Jenguk bawah,hon dan angkat tangan tunggu arahan pegawai suruh turun (Waktu ni dah dikira kau sedia untuk dinilai). Bila dah suruh turun,buat ikut langkah-langkah yang dah belajar,kalau rasa macam tak lepas nak turun,tekan minyak lagi sampai kereta turun asalkan kereta tak mengundur lah. Jangan kalut-kalut.

Bila dah turun dengan jayanya,terus ke kawasan parkir sisi,aku rasa macam kurang yakin la juga sebab macam ter'babas' / terlajak dari penanda macam yang aku buat dalam latihan. huhu. Tapi macam boleh diselamatkan lagi,jadi aku buat lah sungguh-sungguh,tak mahu rasa takut-takut. Buat macam biasa,dah masuk kotak parkir pastikan lurus kereta dalam kawasan parkir baru lah pusing stereng ke kiri - free gear - handbrake diangkat . Tekan hon dulu baru angkat tangan . Bila dah terima arahan keluar,jangan lupa signal ke kanan dan nak keluar tu jangan sampai termasuk lane sebelah. Bila dah tak ada kesalahan dekat situ,buat pula parking 3 penjuru. Semalam aku hampir juga buat kesilapan. Aku hampir nak termasuk dalam kotak parking 3 penjuru tu,lagi sikit nak belok,sempat juga petugas ingatkan aku sebab dekat pondok tak ada pegawai yang jaga,huhu. Bayangkan aku termasuk juga,maka aku boleh dikira gagal la sebab tak terima arahan. huhu.. 

Selepas habis 3 penjuru,keluar dulu ambil borang dekat pegawai yang jaga parking 3 penjuru,kemudian terus ke bahagian selekoh S dengan Z. Selekoh S, walaupun senang tapi tak bolehlah buat selamba ja tak fokus. huhu. Dekat selekoh Z ,masa aku dah berhenti dekat garisan putih,dah siap nak keluar ke kanan,tiba-tiba pula enjin termati! Sudah! Aku start balik,mati lagi. 3 kali mati ! Nak menangis dah,mengada-ngada sungguh,mana la tahu karang pegawai tu jerkahnya aku kata GAGAL. lol. Tapi aku tak dengar apa pun,so aku start balik enjin. Dan keluar dengan lafaz lega. Terus pergi ke pondok menunggu tadi,untuk letak kereta bagi calon lain pakai. Aku tak sangka juga,dengan kuasa Allah,aku lulus bahagian litar. Lepas siap letak kereta,terus ke pondok yang terletak nun jauh dekat kawasan selekoh s dgn z untuk ambil borang aku. Terus ke kaunter pendaftaran,ada petugas/pegawai bertugas suruh kita tandatangan,isi nama dgn no.ic dalam borang penilaian kita. Aku sempat la intai keputusan tu,aku LULUS,markah tak ingat dapat berapa. 

Dekat bahagian litar semua pegawai lelaki. Perempuan ada tapi jaga bahagian jalan raya. Aku dah banyak kali baca pengalaman orang lain pasal pegawai JPJ perempuan ni macam garang sikit. Tengok mood depa la,biasalah orang perempuan cepat moody kan. haha. Jangan la bersangka-sangka dulu,selagi kau tak alaminya,maka tak payah fikir yang tak elok.


Credit
Tunggu la dulu untuk buat bahagian jalan raya pula. Sementara menunggu,tengoklah calon lain yang dipanggil. Yang dipanggil petugas akan arahkan kita naik kereta nom. berapa. 

Ada beberapa calon yang buat bahagian jalan raya ni,pergi sekejap,rasanya baru sekejap tadi dia bertolak sekejap betul dah balik. (*Lalu shortcut rasanya,sebab tu balik cepat) Ada juga yang pegawai JPJ yang memandu balik. Calon duduk sebelah. Kalau gitu dah tahu la maknanya bukan rezeki calon lulus. huhu. Aku pun dah naik seram. Aku ni tak habis-habis dengan seram kan. Tengok jam dah pukul 11 lebih,turn aku mesti sebelum pukul 12. Argh.....Borak-borak,ingat balik RSM nanti kena buat apa. Poyo betul aku konon kata itu la ini la sekali dah masuk dalam kereta aku terlupa! hahaha.

Seetelah menunggu lama,maka nom aku pun dipanggil.Aku diarahkan naik kereta (Viva) nom.31 tapi masih dekat luar,belum balik lagi. Tunggu sekejap,dah balik dah ,aku terus meluru masuk la tak mahu tunggu arahan. Masuk ja terus bagi salam,oh ya aku dapat pegawai perempuan. Mindset aku dah kukuh dengan pendapat orang lain yang pegawai perempuan ni mesti 'garang' ,tak ada perasaan,suka gagalkan orang etc. (*Ni la jadinya bila baca pengalaman orang lain padahal tak ada la teruk sangat,engkorang kena fikir positif okay,jangan fikir yang buruk-buruk) Masuk terus buat RSM la ya anak-anak. Jangan la kau tanya pegawai tu kena buat ke tidak,mesti tiada respons punya (*sebab aku pergi tanya..hahaha) Krikkk...krikkk...krikkk. Aku buat la terus,aku ingat macam dah sebut semua,sekali dah balik rumah terfikir-fikir rupanya aku tak sebut pasal meter dengan tolok suhu lampu amaran semua. OMG...............~ Padahal masa berborak sebelum dipanggil aku sempat lagi berbincang dengan calon nom.2 dengan 6. Apadaaa...

Lepas tu buat CITO (aku rasa macam tak buat ja semalam,rasa la..macam ada buat) Entahlah.. Itulah kali pertama aku guna kereta viva sebab sebelum ni pakai kereta kancil ja. Memang lain macam,kena tekan minyak kuat sikit ,lepaskan klac,biarlah enjin mengaum (*dia macam 'ringan'). AKu dah mula mengelabah la sebab tak biasakan,baca pengalaman orang lain lagi. Dengan pegawai JPj macam garang macam tak.. alamak. Aku buat la macam biasa walaupun tak berapa yakin sangat. huhu. Sampai dekat simpang nak keluar ke kiri tu (*lalu belakang jadi masih dalam jalan dalam/jalan kampung),aku macam teragak-agak la nak keluar,dah rasa yakin aku pun keluar la,sekali stereng aku macam,entah macam mana nak jelaskan,terlepas so dia terpusing la,tapi tak ada la kereta tu ke tepi ke apa . Terus perjalanan macam biasa,sekali nak sampai satu simpang ni ada satu kereta nak masuk simpang,depan aku,aku macam mamai ja ,nak tekan brek ke tidak ke apa. Lupa dah semua. Aku tekan macam biasa,tak ada la brek mengejut,aku rasa dia tekan dulu. Pegawai tu kata ,

"Kenapa awak brek macam tu?"

Aku senyum ja la,tak toleh kiri ,pandang depan. Cikgu cakap masa ujian nanti jangan sampai peguji tu tekan brek,ada bau-bau kegagalan. Aku pun selamba tanya,


"Kenapa saya gagal ke?"

Dia pun tanya aku balik,

"Ada saya kata gagal ke?"

Masih ada sisa harapan di hujung jalan,aku teruskan pemanduan macam biasa.
Sampailah aku ditegur pegawai tu lagi,

"Guna gear berapa ni?"

"2."

"Kenapa enjin bunyi macam tu?"

Cepat-cepat aku masuk gear 3,ikut kelajuan lah. Sambil tu intai-intai la pastikan meter tak lebih 50. Sampailah dekat lampu isyarat pertama,simpang 4. Dah hijau,pegawai tu suruh masuk ke kiri (*Sini dah nak keluar ke jalan besar,adoi,trafik kencang pula). Alamak,aku dah fikir negatif dah,keyakinan dah jatuh merudum. Ada kemungkinan kereta akan diambil alih oleh pegawai. TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKkkk.... kalau ikut laluan sebenar dekat simpang tadi kena terus. Aku dah fikir negatif ja (*padahal sebenarnya semalam ramai calon,jadi gunalah shortcut untuk cepat kan proses,lagipula waktu dah hampir budak-budak balik sekolah kan..balik rumah baru terfikir..hahaha) Aku buat macam biasa lah,selagi pegawai tak kata apa-apa,habiskan la pemanduan. Jangan mengalah. Dah balik dekat sana,sebelum turun kereta,pegawai suruh kita tandatangan,aku nampak dekat borang tu,aku dapat markah 64/80 (*markah cukup-cukup makan ni oi...). Ditanda LULUS. Lulus? Aku macam tak percaya,aku keluar juga la. Serahkan borang dekat kaunter pendaftaran tadi,aku tengok balik keputusan aku,dapat 64/LULUS. Sampai sekarang aku tak percaya aku lulus. 


Credit
Terus ke pegawai yang duduk dekat tempat pendaftaran serahkan borang & tag nom yang dipakai tadi,lepas tu dia akan serahkan salinan borang keputusan tadi dengan ic dan lesen kita. Kemudian masuk pejabat serahkan borang dengan ic dan lesen untuk proses lesen P pula dan tidak dilupa gambar pasport sekali. Yang ada lesen P motor,bagi sekali,lesen P itu sebab dia akan ambil lesen tu buat baru kereta & motor P. Jadi sementara tunggu lesen P kereta dgn motor siap,terpaksa guna lesen P motor yang diphotostat. Kalau korang guna ejen,aku tak pastilah kena buat apa. Tunggu lesen siap makan minggu juga la. Bersabarla sikit dulu,hehe. Yang terkandas,terus booking untuk minggu depan Jumaat,bayaran yang dikenakan untuk satu bahagian kalau nak ulang RM150 sahaja.

Lesen P biasanya dalam masa seminggu lebih dah siap dah sebenarnya,engkorang silalah telefon pusat memandu terus,kalau tunggu diaorang call memang sampai tahun depan tak ada. 

Alhamdulillah selesai sudah cerita aku pasal lesen kereta yang panjang berjela ni. Terima kasih ya Allah sebab mudahkan segala-galanya kelmarin. Yang tak ada rezeki lulus mana-mana bahagian tu,jangan putus asa terus. Aku nak nasihat banyak pun macam tak layak tapi aku faham perasaan gagal ujian jpj sebab dulu motor pun aku gagal kali pertama. Memang sedih betul. Bila buat ulangan dah rasa keyakinan tu lagi tinggi sebab dah ada pengalaman kan, (& boleh buat awal maka selesailah awal dan boleh balik tidur..hhihi) sementara ada masa boleh praktikkan lagi dekat rumah atau yang berkemampuan tambahlah kelas. Tak apalah kita berkorban sikit .

Sekian.


31 comments:

  1. Assalamu'alaikum,
    Akak datang baca dari mula sampai habis.
    Tahniah, Nana! Happy for you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...terima kasih kak baca sampai habis. gigihnya.. hehe..
      alhamdulillah.saya berganda suka lagi.. :D

      Delete
  2. hahahaha... ada juga tulis panjang2 psl test JPJ kereta ni. pegawai JPJ mmg suka buat org cuak. tahniah nana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. opcos,kita suka sangat bercerita maka jadilah entri panjang macam ni,rasa macam ujian 2 hari 1 malam pula.. lol..
      mungkin kita dah terlalu dgr/tgk pengalaman orang lain kata pegawai jpj mcm itu macam ini jadi kita pun terikut fikir negatif..
      alhamdulillah
      terima kasih jga..:D

      Delete
  3. alhamdulillah..dah boleh bawak atas jalan raya tanpa takut kena saman..ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..tapi,macam kurang berani sikit la nak bawa.. hahaha..
      inilah masalah orang perempuan..adui...

      Delete
  4. tahniah...saya ada lesen kereta tapi dah lama tak bawa jadi kekok sikit....apapun post yang menarik =)

    ReplyDelete
  5. hehhee tahniah liena sebab lulus! kita dulu peg jpj senyap je. tu lagi cuak. hahahahahahaha.. kazen pun x sampai jalan besar lagi nak keluar, dia dah suruh uturn masuk metro driving. luls. macam-macam kenangan jpj ni

    ReplyDelete
  6. faham sangat perasaan tu T^T
    sekarang BV dah okay bawak kereta sebab selalu bawak. cuma ada la nervous bila lori2 besar kat belakang atau tepi :D kena selalu drive baru hilang nervous.

    ReplyDelete
  7. Reen sampai skrg tertunda lesen kereta gara-gara RPK. Tak minat untuk menghafal part enjin kereta.. :(

    Papepun tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam reen.. alamak sayang la kalau sebb tunda lesen pasal RPK,sebab tak susah pun sebenarnya. tinggal hafal. bab enjin tu kan mudah sangat,bukan semua sebenarnya yg kena hafal,cuma komponen tertentu tak silap ada 8 kalau tang enjin tu (Nama saja) tapi pastikan yg disebut tu betul la benda nya. huhu. CUma namanya dgn sentuh kompenen tu dgn check sama ada kuantiti liquid cukup atau tak.
      tapi nak tak nak lepas dah dapat lesen dah bawa pusing jauh2 kena juga ambil tahu pasal enjin semua yg berkaitan bukan sebb nak kita lulus ujian ja .. hihi

      terima kasih. :D

      Delete
  8. Hai nana liena..akk dh sampai meru..boleh akk tau siapa bi ye..sebb nama samaran kan..hehehe..

    ReplyDelete
  9. Kalau boleh add fb akk nadia johari..supaya boleh berkenalan

    ReplyDelete
  10. Takut pulak baca kisah orang ni. Kita xambik lesen lagi nii. Haha.
    Btw, tahniah luluss! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kita rasa takut pasal baca orang lain punya cerita. tapi jangan risau dik,mula2 memang rasa takut2/risau semualah lagi2 kalau kita amatur betul bawa kereta/motor,tapi bila dah biasa berlatih ke apa,lama2 tak takut. yg penting kena brainwash sikit supaya tak takut dan yakin ja..

      Delete
  11. Wahh .. tahniah yaaaa !!!!!!

    Nona pun pernah gagal dekat motor sekali, cuak gila nak buat balik..kat tmpt kereta, dah pernah gagal gakkk... tap, dulu mse amek, cam xde rpk tuh punnn....terus je ke bukit bukau tuh, and jln rayaa....jalan raya paling ringkas, hahaa~ jpj bg jalan time tuh, kita ikut je, cuma tukar2 gear and elak kete mati, hohohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D

      oh...sekarang ,sejak bberapa tahun lepas,dah ada buat RPK dgn RSM tu,dulu tak ada rasanya. lepas tu ada selekoh s dgn z. huhu.. memang makin lama banyak pula yang ada. baik ambil lesen cepat2..hihi.. (*selain risau harga lesen makin naik)..yang paling risau termati enjin ja masa tu.. adoi..sebab selalu mati enjin.. hahaha..sbb cikgu kata ikut budi bicara jpj juga,ada yang terus gagalkan kalau enjin mati ,tak pastilah berapa kali mati dia akan gagalkan..

      Delete
  12. Saya nak retest jpj kenapa sampai rm400?
    Hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,awak guna ejen ke bukan? saya pun kurang pasti pula kenapa mahal sangat sampai 400. uhuhu..selalu caj rm150 kebanyakan tempat.

      utk retest harap awak lepas dgn jayanya ya ! :D

      Delete
    2. dia ikut juga kawasan bandar dan luar bandar.. area kl cheras smua memang mahal

      Delete
  13. Tahniahh, berjaya juga..Mai dulu pun memang gelabah abis masa amik lesen, siap gagal kali pertama sebab langgar lampu isyarat, gengster betul jpj duduk sebelah pun boleh langgar trafic light, kehkehkeh... ambil kali kedua baru bertenang sikit, akhirnya lulus juga.

    ReplyDelete
  14. masa test JPJ, sy lupa pakai seatbelt. nasib baik baru gerak sikit. perghhh

    ReplyDelete
  15. Bila nak ambik lesen bawak train?

    ReplyDelete
  16. 22.3.2017 ni sy pulak test JPJ .. HAHA..nervous nih ..doakn sy lulus mcm awk jugak ye :)

    ReplyDelete
  17. Kak anggaran jpj ni sampai pukul berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat,anggaran tak sure..huhu
      kalau turn dapat awal,so awal la dapat balik.
      tp no.giliran awal pun dia asingkan jga..sama ada buat jalan raya atau litar dulu..
      paling lewat pun petang.. dlm 3/4

      Delete
  18. Yang bawak manuak semua pro2. Saya ni yang auto pun nak masuk kali kedua repeat. Buat malu je kan. Memang sedih lah sebab first repeat tu ternaik benteng dekat selekoh z. Sikit lagi nak keluar. Time belajar dgn cikgu ok je semua hm😭😭😭😭

    ReplyDelete
  19. Yang bawak manuak semua pro2. Saya ni yang auto pun nak masuk kali kedua repeat. Buat malu je kan. Memang sedih lah sebab first repeat tu ternaik benteng dekat selekoh z. Sikit lagi nak keluar. Time belajar dgn cikgu ok je semua hm😭😭😭😭

    ReplyDelete
  20. Saya lagi 2 minggu je nak test. Takut pun ada..masalah slalu bila naik kereta viva di jalan raya..setiap kali bljar je enjin mati skali..haihh..ni yg stress sbb dah biasa kat litar keta kancil..nak tanya mse nk masok kotak 3 pnjuru tu nak keluar kena tggu arahan penguji atau terus 3 pergerakan tanpa arhn je?

    ReplyDelete
  21. Hi there, just wanted to say, I enjoyed this post. It was funny.
    Keep on posting!

    ReplyDelete