Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Petikan Buku : Chicken Soup For The Souls (Berfikir Positif)

(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )

“Ubah cara pemikiran dan kita akan mengubah dunia.” (Norman Vincent Peale)

“Semua orang boleh bekerja keras,kita cuma perlu meletakkan lebih banyak usaha menghadapi cabaran.”

“Sifat ingin tahu memang tidak pernah merugikan sesiapa.”

“Kita tidak mungkin dapat mengawal segala yang berlaku dalam hidup kita. Tetapi kita masih boleh mengawal reaksi kita.”

“Jangan mengharapkan satu-satu perkara itu berlaku menurut kehendak kita,tetapi sebaliknya biar kita reda dengan setiap perkara yang berlaku.”

“Orang yang positif dan bersyukur mempunyai kehidupan yang lebih baik dan lebih banyak memori yang positif.”

“4 perkara yang WAJIB bagi mencapai kejayaan ; kerja keras,doa,pemikiran dan keyakinan.”

“Bukan perkara yang mudah bagi terus bersikap positif,tetapi sikap ini yang membantu menghadapi cabaran-cabaran hidup kita.”

“Hidup ini bukan mengenai bagaimana menempuh ribut yang melanda tetapi bagaimana caranya hendak menari dalam hujan.”


“Selalunya apa yang diperlukan hanya perubahan dalam diri kita,bukannya perubahan keadaan.”

“Mindset negatif yang menahan diri kita daripada mencapai apa-apa yang bermakna.”

“Kejayaan saya tidak bergantung kepada apa yang orang lain fikir atau percaya. Bukan juga bergantung pada apa yang orang lain lakukan,tetapi apa yang saya sendiri fikir saya patut lakukan.”

“Rezeki tidak datang kepada orang yang murung dan bersedih. Jadi,sentiasalah bersemangat sebab perkara yang baik-baik akan datang kepada kamu.”

“Mereka yang duduk menunggu sahaja sesuatu berlaku patut menyingsing lengan baju mereka sendiri terlebih dahulu.”

“Jangan kata tidak boleh selagi belum mencuba.”

“Keberanian adalah rasa takut tetapi tetap melakukan juga.”

“Banyak perkara yang menakutkan saya,tetapi saya masih cuba melakukannya.” 
(Saralee Perel)

“Menang atau kalah bukan persoalannya. Berasa takut juga bukan persoalannya. Apa yang penting adalah kita mencuba.”

“Orang yang bijak tidak khuatir dengan perkara-perkara yang dia tidak miliki,tetapi mensyukuri apa yang dia miliki.”

“Saya terpaksa menguatkan semangat dan menunjukkan keberanian,padahal dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya saya.”

“Cara terbaik bagi melupakan masalah kita sendiri adalah dengan membantu orang lain.”

“Orang yang optimis pun kadangkala masih mengalami putus harapan.”

“Walaupun saya tidak dapat mengelakkan cabaran-cabaran yang sedang saya hadapi,saya dapat memilih memfokuskan perkara yang positif sahaja ataupun memilih mengubah pemikiran saya.”

“Berikan aku kekuatan pada hari ini. Aku tidak mahu berasa begitu sedih dan lemah begini. Tolong keluarkan aku daripada tempat yang gelap ini.”

“Apabila kita terlalu hampa hendak mengeluarkan diri kita sendiri daripada lembah negatif,kita hanya perlu berdoa bagi berasa positif semula.”

“Sekiranya kita tidak sukakan sesuatu,ubah sahaja dan sekiranya tidak mampu mengubahnya,ubah cara kita berfikir mengenainya.”

“Saya akan menghadapi setiap hari dalam hidup saya sebaik-baiknya. Yang selebihnya adalah di luar kawalan saya.”

“Hidup itu rapuh dan perlu dinikmati setiap hari.”

“Kenapa pula saya mahu menyesal padahal semua cabaran yang saya hadapi banyak mengajar saya erti hidup.” (Shawn Decker)

“Sudah jatuh tapi belum kalah.”

“…cuma ada satu cara bagi menjalani kehidupan kita,iaitu dengan terus mara ke hadapan.”

“Kita tidak sedar apa yang kita ada selagi belum merasai kehilangannya.”

“Kekuatan sebenar seseorang manusia berada dalam jiwanya,bukan pada anggota tubuhnya.”

“Satu-satunya kecacatan dalam kehidupan ini adalah sikap yang buruk.” (Scott Hamilton)

“Sekiranya kita berpuas hati duduk di tepian dan melihat sahaja kehidupan berlalu,sampai bilakah kita dapat maju?”

“Seandainya saya terus berasa geram,kecewa dan mengasihani diri saya,sudah tentu saya akan menghabiskan sisa-sisa hidup saya dalam kepiluan dan kesedihan.”

“Ada banyak sebab mengapa saya perlu berasa positif dengan semua yang berlaku dan tidak ada sebab langsung mengapa perlu bersikap negatif.”

“Kadangkala kehidupan kita akan berasa sungguh bertuah. Manakala pada masa-masa lain mungkin seperti hati kita dirobek.”

“Apa pun yang berlaku pada diri kita,ada 2 cara kita memberikan reaksi ; kita boleh memilih bersikap positif dan bergembira ataupun bersikap negative dan berasa kecewa.”

“Buat keputusan hari ini untuk meneruskan hidup,bukannya menunggu mati.”

“Usah menunggu sehingga berlaku tragedi dalam hidup,baru mahu berubah.”

“Hargai setiap detik yang mendatang kerana ia mungkin detik terindah dalam hidupmu.”

“Hidup ini menggembirakan sekiranya kita sendiri yang menggembirakannya.”

“Kebahagiaan berhubungkait dengan sikap kita kepada keadaan sekeliling.”

“Hidup seseorang hanya bermakna apabila dia menyedari akan anugerah yang dimilikinya.”

“Kehidupan kadangkala mungkin menjadi kejam,tetapi kehidupan juga kadangkala memberi kita sinar bahagia.”

“Kita perlu menghargai semua perkara dalam hidup ini. Mana tahu,kita mungkin tidak punya banyak masa lagi di dunia ini.”

“Saya lebih suka memilih bersangka baik sesama manusia. Ia lebih memudahkan keadaan.”

“Apabila kita mengubah sikap kita,kita bukan sahaja mengubah cara kita melihat kehidupan,malah hidup itu sendiri.”

“Mengasihani diri sendiri tidak membantu menyelesaikan masalah kita. Simpati cuma membuatkan masalah kita terasa berat.”

“Lebih baik kita bersyukur dengan nikmat-nikmat yang ada. Baru kita sedar betapa kayanya hidup kita.”

“Sikap kita adalah perkara kecil yang mampu mengubah segala-galanya.”

“Bukan kedudukan,tetapi sikap kita yang menentukan sama ada kita bahagia atau tidak.”

“Rahmat sebuah kehidupan hanya dapat dihitung oleh mereka yang benar-benar menghargai kehidupan itu sendiri.”

“Belajar menghargai keindahan kecil yang hadir begitu banyak dalam kehidupan kita.”

“Tanpa disedari banyak insiden kecil yang membuatkan kita gembira pada setiap hari.”

“Cukuplah hidup dalam kebimbangan.”

“Hidup menjadi hambar sekiranya kita tidak belajar menghargai momen-momen indah yang terbentang di hadapan mata.”

“Kepayahan yang kita alami dalam hidup seharusnya menjadikan kita lebih kuat.”

“Saya pilih tidak bersedih dan reda atas segala-galanya. Saya bersyukur kerana diberi peluang merasai kehidupan itu sendiri.”

“Sekiranya kita rajin dan sanggup bekerja keras pasti ada peluang untuk kita.”

“Tiada siapa yang malang dan rugi di dunia ini,kerana rahmat Tuhan sebenarnya memberi kita kekayaan pada setiap masa.”

“Manusia yang tidak mempunyai prinsip akan menjadi hamba kepada keadaan.”

“Pekerjaan yang remeh tidak wujud,cuma pekerja itu yang bersikap remeh.”

“Ketakutan dan harapan tidak pernah berasingan ,malah kedua-duanya bercampur-baur.”

“Bina keyakinan kamu dan ketakutan akan mati.”

“Tuhan mendatangkan ujian dan pada masa yang sama memberi kita harapan.”

“Kita mengumpul kekuatan,keberanian dan keyakinan melalui pengalaman. Ada ketika kita berhenti seketika dan melihat ketakutan yang terpancar pada wajah.”

“Jangan berputus asa. Berjuanglah! Ia pasti sukar bagi kamu. Tetapi,kamu perlu mencari kekuatan dan mencuba dengan lebih kuat lagi.”

“Meskipun masa hadapan bukan dalam tangan kita,tetapi kamu perlu hidup setiap minit dab setiap hari.”

“Kita mengumpul kekuatan daripada cabaran yang berjaya kita harungi.”

“Tuhan tidak menjadikan hidup kita sebagai himpunan jigsaw yang sempurna. Ia mungkin sedikit pecah dan robek di sana sini,tetapi tidak menghalang kita berasa sempurna.”

“Walau apa pun cabaran yang datang,saya tahu saya pernah membunuh perasaan takut dalam diri dan saya mampu melakukannya lagi.”

“Saya tidak boleh berputus asa sekarang. Tidak tanpa berusaha sedaya upaya.”

“Saya berjaya mencapai apa yang pada zahirnya nampak mustahil. Sekali lagi,saya berjaya melawan kemungkinan.”

“Kita tidak boleh memilih dan menghalang takdir,tetapi kita mempunyai hak dalam memberi respons kepada tindakan kita.”

“Kita mampu menghancurkan diri sendiri dengan bayangan buruk dan sinis,seperti sebiji bom.”
“Bukan setiap hari itu baik,tetapi ada kebaikan pada setiap hari.”

“Tidak diduga takdir rupa-rupanya mempunyai perancangan yang berbeza-beza.”

“Sesuatu perkara itu hanya menjadi terbaik sekiranya kita sentiasa memberikan yang terbaik apabila melakukannya.”

“Walaupun sesuatu yang berlaku membuatkan kita berasa seolah-olah Tuhan tidak berlaku adil kepada kita,Tuhan sebenarnya melakukannya kerana menyayangi kita.”

“Kita sering bertemu takdir diri kita di jalan yang kita cuba elak.”

“Takdir yang pada mulanya menghancurluluhkan hati berubah menjadi sumber kekuatan dan semangat bagi meneruskan hidup.”

“Nasib yang baik tidak tetap dan ia boleh berubah.”

“Saat berhadapan dengan dugaan hidup,baru saya sedar sebenarnya saya punyai kekuatan dalam diri.”

“Kesilapan juga dapat membawa kita ke arah yang betul.”

“Membuat kesilapan,penyesalan dan membuat pilihan yang salah adalah sebahagian daripada lumrah hidup manusia.”

“Tidak salah berasa kecewa,lemah dan kerdil akibat daripada dugaan yang kita hadapi. Tapi yang lebih penting,kesanggupan kita bangun dan belajar daripada kesilapan yang kita lakukan.”

“Dalam hidup,kita pasti akan berhadapan dengan cabaran dan halangan di luar jangkaan.”

“Kadangkala dugaan yang dialami dalam hidup dapat berubah menjadi peluang untuk kita 
mencuba sesuatu yang baru.”

“Sebelum mencapai sesuatu,kamu perlu berlagak seolah-olah kamu sudah mengenggamnya.”

“Sebelum mencapai sesuatu yang diidam-idamkan,kita menyiapkan diri dengan keyakinan dan keupayaan dan berlagak seolah-olah kita sudah mencapainya.”

“..saya perlu terus mencuba dan tidak takut dengan kegagalan.”

“Setiap kegagalan adalah peluang untuk memperbaiki diri.”

“Musibah yang melanda tidak melarang  kamu daripada terus menikmati hidup ini.”

“Saya masih boleh bertahan. Saya sudah biasa dengan kesukaran dan kepayahan.”

“Seseorang hanya berjaya menjadi optimis dan positif apabila menyedari hakikat musibah yang  dia alami,melihat musibah itu melalui perspektif yang berbeza dan nekad mengharunginya walau sepayah mana pun.”

“Jangan terlalu memikirkan perihal kehidupan ini. Luangkan masa menghargai saat-saat yang menjadikan setiap hari bermakna.”

“Percaya pada kemungkinan. Berapa sukar sekalipun kehidupan ini,pandang ke hadapan dan lihat pada kemungkinan itu.”

“Keberanian tidak menghilangkan perasaan takut,tetapi mengaburinya kerana wujudnya perkara yang lebih penting.”

“Saya perlu mengutip kembali semangat yang bertaburan dan memulakan hidup baru.”

“Bayangan silam akan hilang bersama masa yang berlalu.”

“Kadangkala dugaan hidup membuatkan kita jatuh dan rebah. Tetapi sekiranya kita bangun semula dengan tersenyum,kita adalah pemenang sebenarnya.”

“Terima hakikat yang dugaan hidup membuatkan kita jatuh dan rebah. Tapi,kita sebenarnya mampu bangun semula dengan tersenyum.”

“Terima kesakitan seadanya dan bakar ia sebagai semangat perjalanan.”

“Zahirnya saya kelihatan tenang,tetapi jauh di lubuk hati saya hilang punca,kecewa dan sedih.”
“Tuhan pastinya ada perancangan lain untuk saya.”

“Saya masih dalam proses membina semula kehidupan dan mengumpul semula semangat yang dirampas daripada saya.”

“Berbekalkan keyakinan dan doa,saya membuka bab baru dalam hidup saya.”

“Semuanya seolah-olah mustahil. Tetapi,kita sentiasa mempunyai pilihan dalam hidup ini.”

“Wujud keindahan dalam kekecewaan.”

“Kita cuma perlu bersedia untuk berubah dan percaya keajaiban itu mungkin berlaku. Percaya pada gerak hati dan ia tidak akan mengecewakan kita.”

“Sekiranya mahu mengubah kehidupan,cuba bersyukur. Ia pasti membawa perubahan besar.”
“Setiap duka yang melanda,pasti ada hikmahnya,”

“Sekiranya kamu masih bernafas,bersyukur dengan masa lampau kamu.”

“Berpuas hati dengan apa yang kita miliki dengan cara tersendiri,dunia ini pasti milik kita apabila kita sedar ia tiada kekurangan.”

“Walaupun mengecewakan,ia mungkin membawa rahmat di sebaliknya.”

“Mungkin ada sebab tersembunyi mengapa ia berlaku dan tidak dapat dibaca oleh mata kasar. Siapa tahu sebabnya mungkin dapat mengubah haluan hidup kita kepada yang lebih baik,memberi kita peluang seumur hidup,membantu orang lain yang memerlukan,mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan dalam hidup ataupun melindungi kita dan orang lain daripada sebarang bencana.”

“Sekiranya dugaan menjelma,perlukah kita mengharunginya dengan keluh kesah ataupun dengan hati yang reda dan sikap yang positif?”

“Kadangkala kita terlalu ingin mengubah realiti di hadapan mata. Tetapi kita sering terlupa,sebelum mengubah realiti kita perlu mengubah pandangan kita terlebih dahulu.”

“Apabila kita mempercayai takdir,kita tidak perlu mengawal kehidupan. Segala-galanya akan berlaku secara semula jadi dan kita juga akan bergerak ke arahnya dengan penuh kegembiraan.”

“Situasi yang asalnya tidak selesa dapat berubah menjadi satu peluang yang tidak diduga sekiranya kita tidak bersikap terbuka.”

“Ketenangan hati datang apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan.”

No comments:

Post a Comment