Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Petikan Buku : 44 Rahsia Bina Hati Bahagia.

(*Nota pendek : Aku ada satu tabiat bila baca buku, suka sangat tulis quote a.k.a petikan dari buku tu dalam buku khas,sebab quote tu kadang-kadang ber'harga' maksudnya bagi aku. (Tak suka nak higlight atau conteng buku-buku .) Dan itulah tujuannya aku letak senarai quote yang berjaya aku jumpa,LOL,dari mana-mana buku dalam blog ini. )

“Jika hari ini kita berjaya,esok lusa kita mungkin berhadapan dengan kegagalan. Jika hari ini kita gembira,esok lusa mungkin kta akan bersedih.”

“Hanya mereka yang diuji sahaja dapat menilai sejauh mana kemampuan dirinya.”

“Seorang insan yang berjaya dalam hidup,dia bukan membinanya dalam masa 1 hari. Pada saat orang lain tidak mahu bangun lagi setelah terjatuh,dia tetap berusaha untuk bangun biarpun terpaksa memaut pada bahagian lain sehingga akhirnya dia mampu berdiri semula.”

“Kegagalan adalah kejayaan yang masih tertangguh.”

“Apabila seseorang itu berasakan dirinya mampu melakukan sesuatu,kebiasaannya dia pasti akan mampu melakukannya.”

“Jalan terbaik untuk mengatasi perasaan negatif yang  membuahkan kerisauan,kegelisahan dan cemas ialah dengan berkata sesuatu yang positif.”

“Jangan biarkan hidup kita gagal disebabkan oleh pemikiran sendiri.”

“Walaupun zahir seseorang itu kelihatan hebat,dia akan kelihatan teruk di mata manusia apabila pemikiran negatif membelenggu diri.”

“Apa yang sudah berlaku,biarkan ia menjadi sejarah. Jangan biarkan ia menjadi mimpi ngeri.”

“Apabila sesuatu perkara telah ditakdirkan,tiada siapa pun mampu menghalangnya.”

“Setiap apa yang kita rancang atau laksanakan tidak akan berjalan mengikut kehendak kita tetapi  berdasarkan kepada kehendak Allah jua.”

“Manusia sentiasa bersangka buruk dengan apa yang telah Allah tetapkan kepada mereka.”

“Walaupun penyelesaian sesuatu masalah itu mungkin mengambil masa agak panjang,bertenanglah.”

“Memberi nasihat adalah sesuatu yang mudah. Tapi,ia tidak semudah yang menerima nasihat kerana mereka itu sedang menanggung beban yang cukup berat.”

“Setiap hari kita sering diuji dan akan terus diuji oleh Allah.”

“Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepadaNya semata-mata.”

“Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah,maka segala ujian yang menimpa akan diterima dengan reda dan sabar.”

“Anggaplah ujian yang menyapa kita hanyalah jentikan kasih sayang Tuhan kepada kita yang semakin alpa.”

“Sekiranya kita melihat ujian Allah itu sebagai hikmah terbesar yang sedang Allah berikan,tentu kita akan tenang menerimanya.”

“Pada saat diri diuji,kesedihan mengcengkam hati,tiada lain,melainkan kepada-Nya tempat mengadu dan pergantungan hati.”

“Sejarah itu jangan terlalu dibanggakan. Tapi,kita tidak boleh melupakan sejarah.”

“Semalam jika terus dikenang,tiada apa yang boleh dilakukan untuk kembali,dan memperbaiki sebarang kekurangan dan kelemahan pada waktu itu.”

“Apa yang sudah berlaku,biarkan sahaja. Hari ini adalah hari yang perlu dihadapi. Berpijaklah di bumi nyata.”

“Semalam sudah berlaku,jangan diharap hari ini sama juga keadaannya.”

“Hadapilah hari ini dengan penuh keazaman dan kekuatan,kerana menangisi  yang semalam tidak memberi apa-apa kebaikan melainkan menambah duka di hati dan melenyapkan semangat untuk terus hidup.”

“Ambillah sejarah untuk membina kehebatan pada hari ini dan juga membina impian pada masa hadapan.”

“Hari esok perlu dibina walau apapun keadaannya selepas itu.”

“Impian itu perlu dibangunkan,bukan sekadar cita-cita kosong.”

“Apabila kita melihat orang yang lebih sukar keadaannya daripada kita,pasti kita akan menjadi orang yang bersyukur dengan apa yang ada.”

“Memandang ke bawah menjadikan kita lebih bersyukur kerana berada di atas.”
“Kesusahan yang dihadapi hari ini sebenarnya akan memudahkan kita untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran pada masa hadapan.”

“Sukar pada permulaan,senang pada masa akan datang.”

“Jalan mana yang akan dipilih,itu terletak di tangan kita.”

“Andalah yang menentukan arah mana yang hendak dituju. Orang lain tidak mampu memilih untuk kita,tetapi hanya dapat memberi pandangan ataupun nasihat.”

“Sekiranya kita memilih untuk gagal,fikiran itu akan membawa kepada kegagalan. Jika memilih untuk berjaya,fikiran itu akan membawa kea rah kejayaan kerana pilihan itu di tangan kita.”

“Apabila seseorang itu berfikir yang baik-baik ,pasti kebaikan akan datang kepadanya.”

“Bersabarlah,kerana hidup ini medan ujian. Jika engkau lepas daripada ujian berat ini,ujian lain akan menimpamu pula.”

“Kejayaan,tidak mungkin mampu dicapai tanpa dimulai dengan impian.”

“Nikmat kejayaan itu hanya dapat dirasai setelah berdepan dengan kesukaran demi kesukaran.”

“Kejayaan itu adalah hak milik semua orang. Tiada siapa berhak menghalang kita untuk mencapainya.”

“Apabila kita yakin dengan diri sendiri,kita akan dapat berhadapan dengan apa sahaja. Gagal atau berjaya adalah perkara kedua.”

“Apabila seseorang itu melihat sesuatu dengan positif,sebenarnya dia sedang belajar mengawal fikirannya daripada bisikan-bisikan hati dan syaitan yang menyesatkan.”

“Mana mungkin seseorang yang bercita-cita tinggi,tetapi mengalah dalam perjuangan mampu mencapai kejayaan.”

“Untuk mencapai kejayaan,kita mesti mengambil tanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Jangan letakkan urusan kejayaan itu di bahu orang lain.”

“Kitalah yang menentukan sama ada kita mampu berjaya ataupun gagal.”

Ketika mana kita begitu lemah dan hampir berputus asa,hati kita akan berkata,
“Kejayaan sudah semakin hampir. Sekiranya aku gagal,bermakna peluang tidak mungkin datang lagi di masa hadapan. Sekiranya aku gagal,di manakah letaknya maruah diriku. Aku pasti boleh melakukannya.”

“Orang yang berjaya itu menjadikan orang lain yang telah berjaya sebagai mentor senyapnya.”

“Untuk berjaya,bersahabatlah dengan kegagalan dan memusuhi putus asa.”

“Tidak mengalah sebelum kalah dan tidak menyerah sebelum lelah.”

“Setiap insan ada peluang untuk mencapai apa yang diimpikan. Jika mereka mengalah bermakna mereka telah membunuh peluang dalam hidupnya.”

“Kejayaan itu tidak datang dengan mudah. Halangan-halangan pasti ada kerana kejayaan itu berselindung di sebalik halangan.”

“Ramai orang yang kelihatan gagal pada awalnya,namun kemudian dia mencapai kejayaan. Usaha mesti diteruskan sehingga ke titisan terakhir.”

“Sesuatu yang sukar itu akan mampu juga dicapai sekiranya tidak ada rasa putus asa dalam diri.”

“Hanya dengan kekuatan diri dan tidak mudah mengaku kalah sahaja mampu membawa seseorang itu kepada kejayaan yang diimpikan.”

“Bila mana seseorang itu memilih untuk berasa takut,sudah tentu mereka akan berhenti untuk memikirkan jalan yang seterusnya.”

“Keyakinan semata-mata tanpa ilmu pengetahuan adalah sia-sia.”

“Antara ketakutan dan harapan itu perlu diimbangi dengan keyakinan dan ilmu pengetahuan.”

“Lebih baik mencuba tetapi gagal,daripada gagal untuk mencuba sedangkan kita sebenarnya ada kemampuan untuk melakukannya.”

“Sekurang-kurangnya kita mencuba tetapi gagal dan kegagalan itu akan menjadi pengalaman berharga kepada kita untuk bangkit semula membetulkan apa yang salah.”

“Sekiranya kita tidak mahu mencuba kerana takutkan kegagalan,kita akan terus berada di takuk yang sama.”

“Kesempurnaan itu hanya milik Allah semata-mata. Selagi mana kita bergelar manusia yang tarafnya hanya seorang hamba,pasti ada kekurangannya.”

“Manusia yang beruntung dan bijaksana adalah mereka yang belajar daripada kesilapan sendiri dan juga orang lain.”

“Apabila kita telah jelas bahawa punca kegagalan yang lalu ‘inilah’ puncanya,ambillah manfaat daripadanya.”

“Akan ada cahaya yang bersinar di sebalik rumpun kegagalan yang mentupi hidup selama ini.”

“Kesilapan ataupun kegagalan itu tidak bersifat hakiki. Ia akan berubah menjadi perkara betul dan juga kejayaan apabila ada usaha untuk mengubahnya.”

“Berapa ramai orang yang sudah menghampiri kejayaan tetapi akhirnya gagal kerana berhenti di garisan yang salah.”

“Apabila kita mula berlari,teruskan berlari dan jangan sesekali berhenti sehingga berada di garisan terakhir.”

“Sama ada kita berada di tempat pertama atau terakhir,jangan sesekali berhenti kerana merasakan peluang untuk menang telah berakhir.”

“Ramai orang tidak menyedari bahawa apabila mereka memilih untuk  berhenti,itu bermakna mereka yang sedang menuju kepada sifat putus asa.”

“Cepat atau lambat mencapai hajat,itu bukan nilaian utamanya. Tetapi apa yang lebih utama ialah bagaimana matlamat itu dicapai.”

“Sama ada berhenti atau meneruskan itulah pilihan yang ada. Jika berhenti kita akan gagal mencapai apa yang diimpikan. Tetapi jika memilih untuk meneruskan,kita punya peluang untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.”
“Sekiranya kita berhenti sebelum masanya,kita telah memilih untuk gagal sebelum waktunya.”

“Sekiranya gagal,sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kita gagal setelah mencuba dan daripada kegagalan itu kita juga dapat lihat punca kelemahan yang perlu dibaiki.”

“Jangan cepat menyerah kalah sebelum berusaha sedaya upaya.”

“Dalam kita memburu kejayaan,berhenti seketika untuk merancang strategi yang terbaik,bukannya berhenti untuk selama-lamanya kerana putus asa.”

“Percayalah,mereka yang berusaha keras tanpa putus asa,pasti kejayaan akan menjadi miliknya suatu hari nanti.”

“Teruskan berjuang tanpa jemu kerana kejayaan yang sebenar sedang menanti kita di hadapan sana.”

 "Sekali kita mencipta alasan,kita terpaksa mencipta alasan-alasan lain untuk menutup alasan-alasan yang dicipta sebelum ini."

"Jika terus memilih untuk beralasan,kejayaan itu tidak akan tiba. Ia akan semakin jauh dan akhirnya ia terus berkubur bersama impian."

"Apabila seseorang itu membuang perkara yang boleh dijadikan alasan,dia akan terus memandang ke hadapan tanpa mahu menoleh."

"Dalam hidup ini jangan sesekali berputus asa dalam apa jua keadaannya."

"Usaha perlu digerakkan walaupun keadaan pada waktu itu sukar dan tiada alasan untuk tidak melakukannya selagi mampu."

"Walaupun masanya sudah terlalu singkat,janganlah sesekali berputus asa untuk terus berusaha."

"Biarpun masa sudah semakin dekat tetapi yakinlah bahawa kita masih sempat. Apa yang paling utama,jangan beralasan dan teruskan usaha. "

"Sekiranya kita masih sukar untuk melakukan perubahan,masih takut untuk bertindak,masih tiada keyakinan terhadap kehebatan dan kemampuan diri untuk berjaya sehinggakan kita masih di tempat yang sama,cabarlah diri untuk melakukannya."

"Berhati-hatilah dalam menetapkan sesuatu jangkaan kerana tanpa nilai realistik di dalamnya,manusia akan tersasar jauh daripada impian yang sebenar."

"Apabila kita menjangkakan akan gagal,bertindaklah untuk memperbaikinya."

"Jangan bergantung kepada nasib semata-mata tanpa ada usaha yang sebenar untuk mencapai impian."

"Jika kita masih berangan-angan dan berasakan kejayaan akan dicapai tanpa usaha,sebenarnya kita sedang melakukan perbuatan sia-sia."

"Ramai dalam kalangan kita yang membinasakan dirinya dengan memilih kegagalan disebabkan andaian semata-mata."

"Jangan difikirkan perkara yang belum berlaku."

"Jika hari ini kita dipuji,esok lusa mungkin akan dikritik dan dikeji pula."

"Anggaplah kritikan itu sebagai ujian yang perlu dihadapi dalam kehidupan."

"Janganlah kerana kritikan,usaha gigih yang dilakukan selama ini diabaikan begitu sahaja."

"Tidak semua perkara yang dilakukan akan membuahkan hasil cemerlang walaupun usaha yang dilakukan benar-benar hebat."

"Tidak salah mengkritik diri sendiri,tetapi janganlah sampai kritikan itu menjadikan kita lemah semangat,tidak bermaya dan hilang kekuatan diri untuk berjuang."

"Ketika mana kita menerima kritikan,ambillah ia sebagai sesuatu yang positif dan bersedia untuk mendengarnya."

"Kadangkala dalam sesuatu perkara berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata."

"Apabila kita berasa takut,kita akan ragu-ragu untuk melakukannya."

"Ketakutan yang bermain-main di minda itu adalah satu keraguan semata-mata. Keraguan itu pula ubatnya ialah keyakinan."

"Janganlah bersedih sekiranya tidak dapat menyumbang banyak,tetapi bersedihlah sekiranya tidak pernah berusaha untuk menyumbang walaupun dengan sebuah doa."

"Jika memilih untuk berada di takuk lama,kita tidak berjaya dan terus menjadi insan jumud yang kekal dalam dunia sendiri."

"Bila mana kita memilih untuk memaafkan,insyaaAllah kita senang memilih jalan tenang biarpun di peringkat awalnya terlalu sukar."

"Jika kita ingin memiliki hati bahagia,lupakan perkara yang bisa menjadikan hati kita derita."

"Bukanlah bermakna sabar itu hanya cukup sekadar menerima tanpa usaha untuk menyelesaikannya."

"Adakalanya pada permulaan ujian kita begitu kuat menghadapinya. Namun,di pertengahan jalan perasaan sudah mula goyah dan akhirnya sebelum ujian berakhir,kita gagal menghadapinya."

"Hari ini bersemangat tinggi,esok lusa mungkin berubah."

"Setiap doa yang dipohon itu ada yang cepat dan ada yang lambat dimakbulkan."

"Memakbulkan atau menolak doa adalah hak-Nya."

"Apabila kita berdoa kepada Allah,jangan sesekali kita berputus asa,hanya disebabkan apa yang kita minta itu tidak dimakbulkan oleh-Nya."

"Bersangka baiklah kepada Allah apabila yang dihajati itu belum diperolehi."

"Sesuatu yang baik pada pandangan manusia,belum tentu baik buat dirinya kerana manusia tidak mengetahui yang tersirat."

"Sebagai hamba,manusia boleh meminta tetapi terpulanglah kepada Pemilik hamba untuk memberi ataupun tidak."


"Apabila telah berdoa,yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah pasti akan memakbulkannya suatu hari nanti."

"Jalan menuju hati bahagia itu hanya satu sahaja iaitu jalan menuju Allah. Jalannya sangat luas,penuh dengan onak duri dan cabaran untuk sampai kepadanya."

Tip membina hati bahagia :-
1) Terimalah seadanya terhadap setiap perkara yang ditetapkan.
2) Bersyukurlah dengan apa yang ada dan jauhi sifat sombong dan tamak,pasti hati akan tenang.
3) Redalah dengan apa yang terjadi. Yakinlah takdir Allah itu indah.
4) Jauhi rasa cemas,bimbang dan tertekan. Sentiasa positifkan hati.
5) Lihatlah kepada mereka yang lebih lemah daripada kita,pasti hati akan terdidik untuk menjadi tenang dan lapang.

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian
    - Razali Saaran -

    ReplyDelete