Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Pengalaman QTI Kereta (D).

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu ..!

This is a photo of a light mint green old VW beetle car in front of a wodden house with a white fence in a residential area in a typical american street. There is a yucca palm tree in the lawn of the house. The sun is shining brightly.
Credit
Agak kurang sabar untuk mengupdate cerita pasal QTI kereta yang kejadiannya berlaku semalam. Aku nak ceritakan lah pengalaman aku kepada orang lain supaya boleh ambil pengajaran sebab tak ramai orang ceritakan pengalaman QTI ni.

QTI (“Qualifying Test at the Institute”.) tu apa maksudnya? Bila ada orang sebut pasal QTI mesti engkorang garu kepala,apa bendalah orang tu merepek QTI QTI.

Maklumat lanjut boleh rajinkan diri baca dekat sini - http://driving-school.com.my/sekolah-memandu/q-t-i-atau-pra-ujian-memandu-di-malaysia/

Senang cerita macam ini,QTI macam peperiksaan percubaan. Bila ambil lesen kereta/motor pun ada juga ujian percubaan sebelum kita dilepaskan untuk membuat ujian JPJ nanti. Bezanya kalau QTI motor buat bahagian litar dan jalan raya,dan kalau gagal mana-mana bahagian kena ulang dua-dua berbanding QTI untuk lesen kereta kena buat bahagian litar saja.  Bila lulus,maka itu bermakna kita dibolehkan untuk tempah tarikh buat ujian JPJ pula. Tapi dalam QTI ini,kita cuma diuji di bahagian litar sahaja. Boleh la tarik nafas lega ya dok?

Dekat pusat memandu aku,QTI cuma ada pada hari Selasa,Khamis dengan Sabtu saja,tempat lain aku tak tahulah sama ke berbeza ke macam mana.

Jadi meh sini aku nak ceritakan pengalaman sepanjang proses QTI. Aku tak pakai ejen ya sebab tu semua benda kena buat sendiri,kalau pakai ejen lain cerita la semua senang. huhu

  1. Amatlah aku sarankan kepada engkorang datang awal sebelum 8.30 pagi. Dan pastikan siap sedia mental la. Hahaha. Proses QTI tak lama pun,paling pun tak sampai 30 minit.
  2. Datang ke kaunter berkenaan minta borang QTI,yang siap ada sijil dengan dokumen sekian-sekian. Nanti kerani akan suruh kita tandatangan bahagian yang berkenaan. Dengarlah cakap kerani tu suruh buat apa. Selesai sign semua,masuk ke bilik pendaftaran. Dalam bilik tu pergi ke cikgu yang jaga,isi maklumat seperti yang diminta,kemudian cikgu tu akan serahkan borang QTI (yang ada senarai RPK RSM dengan semua bahagian senarai litar (apa benda aku nak terangkan ni..) tulis la nama semua,lepas tu akan ditulis nombor. Borang tu harga RM1 untuk yang pertama kali ,kalau kau kena buat balik QTI (*kira gagal la dulu) tak perlu bayar lagi.
  3. Kalau datang awal,kerani akan panggil mengikut nombor untuk cap jari,keluarkan ic dengan lesen memandu,kemudian akan diberitahu kita kena datang sana balik,untuk ambil ic tu pukul berapa. Kalau kau datang lambat,macam aku semalam,tak payah cap jari ,sebab dah lewat kan,terus kena uji,dah selesai baru kerani tu ambil cap jari,kiranya aku kena 'tahan' la ,balik lambat sikit. 
  4. Nombor tu fungsinya lebih kurang 'ID' kita lah,nanti penguji (ada beberapa orang penguji ) akan masuk ke dalam bilik tu dan panggil nom sekian-sekian,jadi sila peka. Dia tak akan panggilnya nama kita ke apa,cuma sebut nom. saja. Dan bukan ikut turutan 1-2-3 okay,nom dipanggil oleh si penguji secara rawak. Dah dipanggil tu bangkit,cepat. Ikut penguji tu,kalau tak peka/tak sahut panggilan,nanti penguji akan tanda engkorang tak 'wujud'. walaupun kau datang. (*kalau lambat,jumpa ja la tester tu walaupun kena marah sebab lambat,sebab kau wujud/bukan balik rumah ke apa kan)
  5. Dengar arahan penguji tu suruh buat apa.
  6. Dah selesai,penguji akan suruh kita cari kereta yang kita gunakan masa latihan,kiranya engkorang kena la cari cikgu korang. Jadi sebaiknya kan,nasihat aku lah kan,bila kita nak datang QTI pada hari berkenaan tu beritahu pada cikgu engkorang awal-awal,makanya kereta dapat disediakan lebih awal. 
  7. Misal kata engkorang gagal/terkandas,proses sama juga cuma nanti hari QTI seterusnya tu engkorang cuma kena minta borang QTI,daftar macam biasa tapi nombor giliran lain dan pakai borang yang lama juga jadi tak payah bayar RM1. Penguji pun mungkin orang lain juga. 
  8. Kalau gagal QTI tiada sebarang bayaran untuk ulangan. 
QTI tu anggaplah macam ujian JPJ yang sebenar,jangan lupa bagi signal nak masuk ke mana-mana,berhenti di kawasan sepatutnya,bila lalu dekat simpang,berhenti dulu. Jangan main langgar ja semua.

Untuk booking JPJ test dalam tempoh seminggu (*pihak SM kena booking dalam tempoh seminggu,maknanya lepas QTI kita kena terus booking tarikh ujian jpj dekat kerani SM) lepas selesai QTI. Dan kalau misal kata lesen L tamat sebelum kau sempat settlekan ujian jpj,renew kemudian buat photocopy lesen renew bagi dekat pejabat untuk urusan pendaftaran jpj test.

Aku sebenarnya QTI minggu lepas,3/9 lepas tapi aku terkandas dekat bahagian bukit. Bukit kan bahagian yang pertama. Ada 2 kali percubaan,peluang yang ada aku sia-siakan,bukan rezeki aku lah nampaknya haritu. Bila dah kita gagal satu bahagian,makanya kita akan gagal la keseluruhannya. Dah bukit gagal,makanya aku tak perlu dah buat bahagian parking. Terus pergi kaunter,cop jari dan boleh lah balik untuk menangis. huhu
Bahagian litar ni,kalau gagal satu,kiranya kau dah gagal.
Malu betul bila dah gagal dekat situ,habis turun bukit,terus cikgu ambil alih bawa kereta sambil bagi tazkirah dekat aku yang dalam kemurungan tu. haha
Bila latihan buat elok ja naik,bila QTI kereta tak mahu naik langsung,undur ke belakang lagi ada lah,agaknya aku tak tekan minyak sangat. hahaha. Baru sedar apa yang aku silap. Ya la sebab kita ja duduk dalam kereta tu kan,bukan ada cikgu dekat sebelah nak bagitahu apa yang kena buat.
Balik aku terus cerita dekat kakak aku pasal aku gagal QTI,sekali kakak aku pun cerita la beliau pun dulu gagal juga dekat bukit,buat 2 kali QTI (*sama macam kes aku ni) tapi ujian JPJ alhamdulillah sekali ja lulus. Aku yang kemurungan terus berazam la buat sungguh-sungguh selepas itu. hihi

Kisahnya semalam,aku datang lambat,dalam 8.45 macam itu,orang pun dah ramai tapi tak ada lah ramai sangat,dan bukan aku sorang yang lambat. Terkejar-kejar aku. Terus la daftar macam biasa. Dapat nom.23. Beberapa minit aku duduk,nom. aku dah dipanggil oleh penguji (*dapat penguji yang lain,nampak macam mesra tak macam yang 1st garang) . Terkejut aku.

Lepas tu penguji suruh ambil kereta,aku lambat sikitlah sebab aku pun silap tak bagitahu cikgu awal-awal. Fuh,seram sejuk betul,risau penguji mengamuk suruh cepat karang habis lah aku. huhu
Aku nampak dah adik (*sebab umur dia 19 tahun ) ,lupa nak tanya nama dia,gerak dulu. Tapi tak perasan pula dia buat bukit,masa aku nak keluar ke bahagian bukit,dia dah buat bahagian side parking dah. Sementara kereta aku dalam lane kiri,sebab lane kanan ada 2 kereta tunggu nak naik bukit, budak tengah berlatih kot, Aku nampak si penguji dengan cikgu aku suruh aku tunggu dulu,jangan naik bukit dulu.

Sampailah aku dijerkah oleh siapa entah,dimarah nya aku. Dah aku lah sorang duduk dekat lane kiri,kan siapa lagi. Dia suruh naik cepat,aku nak tulis balik apa yang dia jerkah tu pun,tak sampai hati sebab aku dah lupa aku yang dia cakap. Dan aku tak mahu sedih-sedihkan hati aku ingat perkara tu. BUANG MASA.hahaha iya la sangat..
Kemudian,masa kena marah tu,kereta sebelah aku tu,cikgu dia perempuan la..,cakap dekat aku,

"Dik,cepat naik dik..." 

Masa tu aku agaknya tengah mamai-mamai ke apa,macam dalam dunia lain. Hahah.. itu pasal aku tak rasa sentap sangat bila kena marah macam itu. Lepas cikgu tu suruh naik,aku pun naik la bukit. Fuh..dah rasa cuak sangat ,sebab pengalaman-pengalaman sebelum ini. Ada sorang lagi calon sebelah aku,dia nak turun agaknya,tapi kereta terundur pula. Huhu. Aku dah la trauma dekat bukit.

car, gear shift, gears
Credit
Selesai buat semua,penguji aku suruh turun. Aku pun buat la macam langkah-langkah yang aku dah belajar. Tekan minyak,angkat clucth sikit-sikit sampai kereta macam nak gerak. Bila dah rasa nak gerak tu,turunkan handbrake. Semalam aku angkat terlalu awal,cepat-cepat aku tekan minyak sikit. Alhamdulillah kereta tak terundur ke belakang,maknanya aku dah berjaya lepasi bahagian bukit,rasa nak menjerit pun ada juga. Terus ke bahagian untuk parking pula. Risau juga dekat parking sisi,sebab aku kekadang ting tong sikit. huhu.. Masa buat tu juga,calon dekat parking 1 gagal,tak pasti la apa yang dia silap buat,aku tak kuasa nak toleh perhati. Aku tawakal ja la.

Bila dah berjaya masuk dalam kotak parking dengan selamat tanpa langgar apa-apa,pun aku dah gembira,tak terkawal dah rasa nak melompat-lompat itu. LOL. Tapi sabar dulu,ada lagi satu kena buat iaitu parking 3 pointer/3 penjuru. Aku duduk lama juga la dekat simpang tu,tunggu arahan penguji suruh masuk ke parking 3 pointer. Padahal pergi ja la,nanti pandai-pandailah penguji tu cari kau. Jadi aku bagi calon sorang ni buat dulu la,sebab aku blur nak masuk ke sana dulu ke bagi peluang dekat dia dulu. huhu..

Masa dia buat tu,aku tunggu dekat luar kawasan parking tu sementara tunggu dia selesai,cikgu pula berdiri dekat pondok dekat kereta aku . Aku sempat tanya cikgu,selepas selesai 3 pointer ni,terus ke selekoh S dengan Z ke buat apa pula. Cikgu aku kata,buat RPK RSM dekat kawasan sebelah bukit. Kiranya selekoh S dengan Z ,kan senang,huhu,tak payah buat.

Calon yang tengah buat 3 pointer ni pula,aku rasa mungkin ada yang tak kena dengan kereta dia,dia dah masuk parking cantik ,undur pun okay,sekali nak keluar (kiranya pergerakan yang ke-3 tu,pergerakan keluar) ,tak lepas,kiranya dia dah buat banyak pergerakan dah masa tu,dah dikira gagal. Sayang juga,sebab tinggal satu itu ja la ujian,tapi bukan rezeki dia lah semalam. huhu
Aku terus masuk kawasan 3 pointer. Kena kawal la diri,fokus walaupun mamai blur semacam aku betul semalam. Bila dah selesai nak keluar tu,lega lah aku dah lepas ketiga-tiga ujian litar. Fuh
Terus buat RPK RSM,tapi bukan sebut satu-satu pun,buat ringkas ja semalam. Tapi masa tu cuma buat RPK sentuh bahagian enjin sajalah,setakat penguji tnaya itu ini ja. Gelabah jugalah sebab aku tak hafal sangat. huhu

Selesai semua,ikut penguji masuk pejabat untuk urusan seterusnya. Nanti penguji tu akan semak-semak dan tulis kita lulus atau gagal. Tunggu nama /nom. dipanggil untuk ambil ic kita dan masa tu terus beritahu pada kerani untuk booking JPJ ya. Jangan lupa!

ALHAMDULILLAH. LULUS juga akhirnya................


Cerita lain :-

  1. Cerita 29 Mei
  2. Ujian Komputer / Ujian Bahagian 1
  3. Pengalaman pertama.
  4. Cerita Seram & Tips Utk Bahagian Litar (Kereta).

4 comments:

  1. OMG Thank you for this update! next week sy buat QTI kot. huwaaa nak nangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cik anon,semoga hari itu bertuah utk awak.. Semoga berjaya, insyaaAllah. :D
      tak mahu nangis2 sbb kita pun tak tahu apa yg akan terjadi. Lain orang lain ujiannya. maka,bersedialah utk apa pun yg datang. jangan putus asa. Berusaha sampai ke akhir,selagi boleh berusaha maka kuatkan tekad dan berusaha sungguh-2.

      *tetiba

      Delete
  2. kekadang cara kita dah ok tapi kereta atau motor tu yang mcm xberapa ok... tahniah ye awak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam zizie,betul juga tu,kekadang nasib tak berapa baik bila diuji dapat kereta tak berapa 'okay'. huhu.terpaksa pasrah.
      harapnya JPj nanti dapat kereta yg molek belaka,insyaaallah
      btw,terima kasih.. :D

      Delete