Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Pengalaman Ambil Lesen Motor (MYLESEN).

Assalamualaikum dan selamat pagi.


Oh ya,aku terlupa nak ceritakan pengalaman aku masa ambil lesen motor B2 (MYLesen).
Sebenarnya aku ambil lesen motor tahun lepas (entah kenapa aku rasa macam baru lagi belajar motor semua,huhu). Ini nak 'lontar belakang' (Dibaca : throw back) apa yang terjadi tahun lepas,antara ingat-ingat lupa. (*Tapi aku dapat lesen P bulan 4 tahun ini)

Mungkin ramai juga sebenarnya kurang tahu tentang MYLesen,aku printscreen terus,untuk maklumat lanjut tentang terma syarat dan segala yang berkaitan boleh rujuk pada link di bawah,
  1. http://www.mysumber.com/permohonan-mylesen-jpj-2015-bantuan-lesen-motosikal.html
  2. http://www.jpj.gov.my/mylesen


Tahun lepas,aku kurang ingatlah bulan berapa,antara Julai-Ogos-September,yang pasti semuanya berlaku di bulan-bulan terakhir 2015. Aku mendaftar di bawah MYLesen. Dan bertuahnya aku sebab pusat belajar memandu yang terdekat dengan tempat tinggal (nak ke sini berjalan kaki pun boleh cuma bahaya sikitlah lagi-lagi perempuan kan..) aku antara yang menawarkan MyLesen ini. 
Bila ulang alik nak balik rumah selalu nampak banner pasal MYLesen dekat pusat memandu,itu yang abah emak aku selalu tanya bila nak ambil lesen motor,asyik didesak maka aku sahutlah cabaran. haha

Yang berminat nak ambil pakej MYLesen ni engkorang sila la google dan semak pusat memandu berdekatan mana yang ada tawarkan pakej ini sebab bukan semua pusat memandu ada. Kalau ada yang dekat tu terus ke kaunter dan daftar terus,dia ada tarikh tamat untuk daftar jadi kena cepat-cepat la sebelum terlambat. 

Antara syarat yang aku ingat bila nak ambil MYLesen ni ;
  • Tak boleh ada lesen L/P tak kira la kereta/motor. (*tapi MYLesen hanya untuk motor sahaja bukan kereta) 
  • Tiada saman. 
  • Had umur dari berapa entah,aku lupa.

Aku ambil pakej ini berbanding yang biasa punya. Harga yuran pun tak jauh beza. Normal RM399 (*dekat tempat aku la) manakala MYLesen pula RM299 . (*Memandangkan sekarang ekonomi tak berapa baik,aku rasa harga MYLesen masih lagi di tahap 'berbaloi' dan mampu untuk sesiapa yang nak ambil lesen motor. Kalau mampu terpulanglah nak ambil pakej motor+ kereta ke apa,semua ikut kemampuan sendiri.) Untuk yang berminat ambil MYLesen,pastikan korang dah baca dahulu syarat-syaratnya,aku dah sertakan link di atas,boleh rujuk di sana. 

Kenapa harga utk MYLesen ni murah? Pada firasat aku la,sebab lesen ni cuma untuk lesen motor B2 saja,jadi memanglah berbaloi dan murah. Dan tahu ja la ramai manusia ada atas jalan raya bukan semuanya ada lesen. Jadi sebab tu JPJ buat inisiatif untuk mudahkan orang ramai yang nak buat lesen motor. Dah la murah dan berbaloi dan tempoh masa utk settlekan lesen motor pun cepat,lagi-lagi kalau engkorang dah memang mahir bawa motor. (*Sebab kelas utk latihan litar semua cuma pada hari Isnin ,so hari lain tak kacau,jadi settlekan QTI cepat dan lepas tu tunggu pula panggilan untuk ujian JPJ.)

Selesai daftar,tunggu panggilan untuk hadir ke ceramah. Aku pun tak ingat,pelupa sangat bila ceramah tu,pada hari berkenaan memang kitaorang tak bersedia langsung,tak ada pengalaman kan,nasib baik teringat nak bawa kertas dengan pen 2 batang. Boleh lah mencatat apa-apa yang penting.

Ceramah macam biasalah bermula pada awal pagi. Daftar dulu untuk pengesahan nama dan lain-lain. Masa itu memang ramai jugalah yang ada. Sempatlah juga bertegur dengan orang asing. Selepas nama dipanggil semua,pergi ke bilik kabin. Masuk dalam sana,duduk la tunggu penceramah yang pertama. Sampai tengahari,kemudian rehat dalam sejam masuk ke kelas lain untuk sesi penceramah yang ke-2 pula sampai petang. 

Sehari suntuk dengar ceramah saja dari cikgu. Buku KPP langsung tidak diberikan lagi.

Kemudian,selang beberapa hari kemudian ada pula kelas teori dalam anggaran tengahari dah balik,yang mana kelas ini penceramah akan berikan taklimat berkaitan ujian komputer yang bakal diambil kelak. Pada awal pagi kelas barulah buku KPP diberi. Jadi tidak bekesempatan untuk menelaah dahulu untuk persediaan awal. Kelas cuma menyentuh tentang soalan yang bakal keluar dan cikgu memberikan penerangan mengenai tanda jalan dll dan juga tatacara apabila berada di pusat ujian nanti. Di akhir kelas,kerani bertanya sama ada kita mahu membuat ujian komputer pada Jumaat minggu sama atau pada minggu hadapan. Maka ramailah yang mengelupur sebab kurang persediaan. Begitu juga dengan aku,sempat bertanya lagi pada orang kiri kanan depan belakang. 
Aku buat keputusan buat minggu depannya baru bersedia. Ikut kawan punya pasal. 

Hari yang ditunggu tiba,mulanya rancang nak datang sekali dengan kawan baru tapi tak apalah masing masing ada komitmen sendiri kan. Aku datang pagi sebab mesti tak ramai orang,memang betul pun. Haha. Suka betul,tapi hari itu memang nasib tak berapa baik,adalah kejadian malas nak cerita,tapi alhamdulillah ujian komputer lulus. Tapi kawan kurang bernasib baik. Huhu. Kena usaha lagi. Selesai ja ujian aku pergilah pusat memandu untuk prosedur seterusnya.  (Serahkan keputusan ujian dan satu gambar berukuran pasport)

Tunggu lesen L siap,beberapa hari kemudian office dah telefon. Boleh datang ambil,kemudian diberi peringatan untuk datang pada hari Isnin.


Hari pertama belajar kenal litar dulu selama beberapa minit. Mulanya dikenalkan dengan RSM dan RPK kemudian dibawa masuk ke litar. (*Nota RPK dgn RSM untuk motor,cikgu tak sediakan,cikgu cuma guna 'air liur' saja,jadi sila fokus betul-betul. Tak pun google,huhu,aku tak ingat nak letak semua nota dalam ni) Berjalan la kami mengikut cikgu sambil mendengar penerangan. 

Dah masuk litar,pastikan pakai kasut,jangan berselipar dan berpakaian yg bersesuaian.

Titi - kon - brek kecemasan - jalan tak rata/jalan berbonggol - bulatan 8 - selekoh tajam.

Lepas tu cikgu lepaskan kitaorang naik motor dan cuba buat semua yang ada dalam litar. Kecuali aku dengan seorang kakak ni tak berapa pandai bawa motor,jadi kami diasingkan dan diajar oleh cikgu macam mana nak guna brek,tukar gear semualah. Pusing-pusing bagi biasakan bawa motor. Biasanya latihan litar habis dalam sebelum tengahari. Siapa yang dah puas hati bawa motor (habis buat semua ada dalam litar) boleh balik. Lagipun motor tak banyak jadi kena gilir bawa. Dah selesai pass dekat orang lain dan boleh terus balik. 

Aku dengan seorang kakak tu balik dalam tengahari,panas terik macam itu berjemur. Ya la,kitaorang baru dapat buat semua yang ada. Titi tu aku kalau bawa laju lepaslah tapi kan mesti sekurang-kurangnya 7 saat ada atas tu sampai turun. Kon pula aku tak pandai nak membelok. Aku sebenarnya ada reti bawa motor tapi skuter la itupun lepas dapat lesen L baru belajar bawa setakat pusing satu taman. Haha. Motor gear tak pandai sangat. Tapi memang aku belum cekap lagi bawa motor pun. Brek kecemasan pula tak susah mana pun. Tapi ada la cara dia,mesti selesaikan dalam masa 6 saat. Lepas itu jalan tak rata atau bonggol,ada 10 bonggol. Nak lulus syaratnya kena lalu semua bonggol,jangan sampai terkeluar landasan atau tayar terkeluar ke jalan. Tak lalu bonggol la maknanya. (*Orang perempuan dekat sini kenalah berjaga-jaga. Faham-fahamlah...)

Untuk pusingan 8 senang juga,cuma kena hati-hati jugalah. Jangan sampai terlanggar tepi batas jalan tu. Pusingan pula kena buat 1/2 . Tunggu calon yang ada dalam kawasan tu dah keluar baru kita masuk. Selesai terus ke bahagian selekoh tajam,yang terakhir. Sini kena jaga-jaga juga macam buat pusingan 8. 

Habis selekoh tajam berhenti sebelum garisan putih,angkat tangan kanan selama 5 saat,free gear lepas tu matikan enjin. Tolak motor ke bahagian untuk jalan raya pula. Tapi hari pertama tu belajar litar dulu. Minggu depan Isnin belajar jalan raya pula. 

Tibalah minggu depannya,aku ringkaskan lah ya,kitaorang dikenalkan pula dengan jalan raya. Dekat bahagian sini,mula-mula buat RSM,lepas tu ikut la cikgu kenalkan laluan ,dekat simpang mana nak berhenti,guna signal semua.

Minggu seterusnya hari yang sama awal pagi dah siap susun motor sebab haritu dah mula QTI atau ujian penilaian sebelum ujian JPJ yang sebenar. Cikgu panggil nama ikut giliran dan isi borang 'kuning' ,borang berharga RM1,lepas tu yang awal cikgu lepaskan dulu untuk praktis sekejap kot ada yang terlupa ke apa. 

Sebelum tengahari mula dah ujian. Aku tengok ada la segelintir tu terjatuh dekat titi. Seram. Aku cuba positif,sampai giliran aku,aku pun gagal juga. Dah tak boleh positif dah. Haha. Tapi sekurangnya ada juga geng untuk ulangan minggu depannya. Kalau gagal QTI motor,tak ada kena bayaran pun,jangan risau.

Kalau QTI bahagian litar gagal,jalan raya dah tak payah buat. Maknanya dua-dua kena lulus. Tapi bila tiba ujian JPJ,misal kata litar gagal,kita keluar terus buat yang jalan raya punya. Nanti ulangan cuma buat bahagian litar ja. 

Siapa yang terkandas kenalah buat semula minggu depannya. Gagal lagi buat lagi dan lagi dan lagi sampai lulus. Aku kali ke-2 gagal dekat bahagian kon la,dah sampai kon akhir terlanggar pula bahagian tepi . Haru. Parah juga. Ingatkan bolehlah berehat dulu ke apa. Kali ke-3,alhamdulillah lulus. Gembira bukan main. Sebab aku dah malas nak datang sana dah.

Kalau lulus tunggu la dalam beberapa minggu,lama jugalah sebenarnya,panggilan untuk ujian JPJ. Nak tunggu calon sampai berapa orang entah,mana boleh terus booking.
Nak tunggu ujian JPJ ni lama juga la dalam hampir sebulan,ada la sebabnya kenapa dipanggil lama,sementara menunggu tu,tak silap aku kan ada la peluang untuk berlatih dekat litar dalam 4 minggu (*kan kitaorang calon MYLesen cuma pada hari Isnin saja dapat guna litar /datang ke kelas. MyLesen ni kira kelas lesen yg serba serbi semua nak cepat.) ada satu minggu tu Isnin cuti.
Jadinya dapat la berlatih dekat litar,itupun aku datang 3 kali,sebab tak ada member. 

Setakat itu la cerita aku,sebab aku dah lupa banyak. Aku pun ada cerita juga apa yang jadi masa JPJ haritu dalam entri ini Akhirnya,lepas juga ujian..
Kenapa aku gagal tu aku tak mahu la cerita,hahaha.. Kesilapan yang remeh aku boleh katakan.


Tapi aku nak juga cerita kejadian masa ujian JPJ yang pertama tu,
  1. Datang awal,seeloknya sebelum pukul 8 pagi,dah sampai sana barulah boleh mengelabah. Boleh semak angka giliran kita yang ke berapa dekat board. Ada senarai panjang semua calon. Aku masa tu dapat nom. giliran ke 100+ tak silap. Masa tu memang ramai gila calon,aku rasa sampai ke petang. Mula-mula calon ulangan dilepaskan dulu,sempat la tengok diaorang buat RPK,lepas itu baru calon biasa kemudian yang ambil MYLesen.
  2. Masuk ke bilik menunggu/berkumpul,duduk sana sampailah masuk kerani untuk ambil kedatangan. Kerani akan panggil calon ulangan dulu,lepas tu yang baru pertama kali. Dia ambil kedatangan,keluarkan ic dengan lesen L siap-siap. Lepas tu akan diberikan vest yang ada nombor,terus pakai. Ingat nombor vest tu elok-elok. Selepas tu masuk lah pegawai JPJ berikan sedikit taklimat ringkas mengenai perjalanan yang bakal berlaku nanti. 
  3. Selesai urusan dekat situ terus ke kawasan untuk buat RPK. Tapi sebelum tu,kena buat pendaftaran lagi dekat kaunter luar (*bersebelahan dengan tempat nak buat RPK,ni dekat tempat aku la,tempat lain tak tahu la macam mana). Kena bagi ic dengan lesen L,kalau dah renew lesen L,yang lama punya tu jangan lupa bawa okay,kalau tak bawa tak boleh lepas pendaftaran.
  4. Selesai duduk sekejap,masa tu jangan sibuk main phone ke berborak dengan kawan,silalah fokus dengar pegawai JPJ panggil nombor giliran. Dia tak adanya nak panggil nama engkau.
  5. Ada 2 pegawai yang jaga bebudak buat RPK,satu pegawai 2 orang calon dan mestilah ada 2 buah motor. Jadi terangkan la macam yang engkorang dah belajar itu dengan suara yang jelas dan kuat,kalau tak mahu ditengking pegawai. 
  6. Bila dah habis tu,pegawai yang jaga kita akan tanda la borang yang ada senarai RPK RSM semua. Ambil borang tu dan terus pergi ke pondok motor/untuk buat ujian litar pula. Tapi sebelum itu,serahkan borang dekat cikgu/pengajar yang mengawal pada hari itu,nanti kita buat ujian ikut giliran la kiranya. Sementara menunggu tu dah jumpa geng2 semua mulalah berborak macam-macam sambil intai-intai gelagat calon yang buat ujian litar. Fuh...bahagian titi ramai juga yang terkandas. Fuh..sampai ke tengahhari,turn kitaorang tak sampai-sampai lagi. Biasalah calon yang ambil MYLesen ni lambat sikit,bertabahlah. Kitaorang rehat sekejap,dalam pukul 1 lebih selesai solat zohor semua,baru giliran kitaorang pula,dan aku pula calon yang terawal tahu tak,dalam 5 orang calon,aku sorang perempuan. huhu. Masa ujian,dilepaskan sikit-sikit,bukan semua sekaligus. Dengar arahan dari pegawai JPJ yang bertugas sebelum bergerak.
  7. Tbh,aku gagal dekat titi,baru naik sikit dah terjatuh. Hahahha.. entah macam mana la perasaan calon belakang aku tengok 'kegagalan' aku tu,mesti cuak sangat. Hahaha. Aku dah moody terus dekat situ,terus keluar,pergi ke kawasan untuk buat bahagian jalan raya/bahagian 3 pula. Sebelum mula bahagian litar/jalan raya,kena buat RSM. Bahagian 3 ni engkau jangan buat main sambil lewa,lagi-lagi bahagian signal,kena ingat untuk pasang signal okay. silap pasang pun boleh gagal. Buat bahagian 3 memang kena peka bab signal,tak boleh salah,itu dah dikira mandatori. Jadi pastikan jangan berangan-angan pula atas motor tu okay. Mentang-mentang dah moody kan,terus termenung la berangan la. hahaha. Bila kau lalu di lane betul,bagi signal semua tak langgar,insyaaAllah tak gagal. 
  8. Dah park motor,free gear matikan enjin,naik ke pondok ambil borang dekat pegawai jpj,nanti dia tulis la kita gagal ke lulus. Lepas tu pergi ke kaunter yang masa awal pagi daftar serahkan borang tadi,nanti orang yang bertugas akan beri la satu slip,di situ dinyatakan sama ada kita lulus atau gagal (kalau gagal bahagian 2/litar,ditanda gagal & kalau lulus bahagian 3,ditanda lulus) Jadi nanti ulangan cuma buat bahagian litar sahaja la. Terus ke pejabat,serahkan slip tadi,kalau gagal terus booking utk ujian JPj seterusnya dan buat bayaran. 
Itu sahaja lah yang aku ingat. Sebab dah lama berlaku kejadiannya.
Segala nota RPK dengan RSM aku lupa la pula nak letak dalam blog,nota pun dah dibuang. huhu

Sekian

kredit gambar : https://unsplash.com/search/motorcycle

4 comments: