Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

#KitaTenggelamDalamNafsu



-Mohonlah kekuatan agar diri memiliki keberanian demi tidak malu mengakui kebenaran.
-Melarikan diri drp kesilapan umpama enggan mengakui kelemahan.
-Memilih untuk menyalahkan diri sendiri sebenarnya lebih mulia daripada menuding jari kepada orang lain.
-Alangkah bijak dan indahnya,apabila kita hanya menghitung aib diri sendiri berbanding orang lain.
-Rahmat di sebalik ujian terlalu banyak. Barangkali Allah juga terlalu rindu untuk mendengar rintihan hati kamu.
-Jangan pernah berbangga dengan kebaikan yang kita lakukan. Kemudian melihat kejahatan orang lain dengan penuh kejelekan. Seolah-olah kitalah insan paling baik dan orang lain paling jahat.
-Jika kita rasa kita telah dekat dengan-Nya,cuba dekatkan lagi. Jika kita rasa kita telas ikhlas kepada-Nya,ikhlaskan lagi.
-Kadangkala kita suka melihat kebaikan yang kita lakukan. Sehingga dengan penuh sombong kita cuba menyakinkan diri sendiri bahawa kitalah hamba yang paling dekat dengan Allah.
-Sekuat-kuat kita melakukan kejahatan,pasti akan berhadapan dengan kekuatan Ilahi.
-Mulut yang petah berbicara hal agama,bukanlah tiket menghina orang lain.
-Mulianya kita hari ini di mata manusia kerana Allah masih simpan aib kita.
-Andai kita berhijrah kerana mengharapkan redha Allah,pasti Dia akan berikannya. Tidak kira cepat atau lambat.
-Ramai orang terperangkap dengan isi dunia. Tidak sanggup melepaskan dunia daripada hati sendiri sehingga menderhaka kepada perintah Allah.
-Enggan memaafkan kesalahan orang,bukankah membuktikan dendam masih beraja di hati?
-Ramai di antara kita yang hatinya masih kotor. Tidak mampu memaafkan orang lain. Hati masih berdendan. Sedangkan itu membuatkan hati semakin sakit.
-Mulut mengucapkan kata maaf,tidak mungkin sama di hati.
-Kemungkinan ketenangan yang cuba kita raihkan selama ini terhalang akibat dendam tidak sudah di hati.
-Bakhil terhadap apa yang di tangan menunjukkan seseorang tidak mempunyai kepercayaan kepada Allah.
-Dosa silam dan kejahilan masa lampau adalah kesilapan seseorang. Namun,siapa kita untuk menghukum?
-Apa yang paling kita mahukan itulah yang kita tidak akan dapat.
-Tiada siapa yang mahu melakukan kesilapan lagi hidup dalam derita. Tetapi daripada kesilapan dan penderitaanlah kita banyak belajar.
-Kita tidak pernah belajar kesenangan. Kita tidak pernah belajar daripada kemewahan dan kemudahan. Kita banyak belajar daripada kesilapan dan waktu sukar.
-Hari ini,jika kita sedang ketawa belum tentu esok kita gembira. Hari ini,seandainya kita menangis duka,boleh jadi esok kebahagiaan akan tiba.
-Jika dirasakan ujian yang kita lalui itu berat,ada lagi orang lain yang lebih besar dugaan hidupnya. 
-Segetir mana kehidupan kita,ada lagi orang yang lebih payah.
-Baik buruk ujian yang Allah berikan,hanyalah bersifat sementara. Sedangkan hikmah dan rahmat-Nya terlalu besar untuk kita.
-Jika hari ini kita ditakdirkan susah,janganlah kita cepat melatah. Andai hari esok kita ditakdirkan merana,usah terlalu bersungut.
-Jangan melihat sesuatu yang berlaku sebagai sia-sia. Pasti ada hikmahnya walaupun yang terjadi itu adalah kesusahan bagi kita.
-Mendiamkan diri daripada menyatakan sesuatu yang tidak kita ketahui atau tidak berfaedah adalah lebih baik daripada banyak berbicara tetapi penuh dengan maksiat dan dosa.
-Tidak mengapa engkau dihina di mata manusia. Jangan hina di mata Pencipta.
-Allah tidak akan mensia-siakan kesabaran dan rintihan hati hamba-Nya.
-Kadangkala,kemenangan sementara adalah tidak baik.
-Di sebalik kepayahan untuk bangkit kembali,banyak perkara yang perlu dipelajari.
-Jangan pernah merasakan langkah akan terhenti di sebalik kegagalan.
-Ada kala dengan kemenangan atau kesenanganlah,kita acap kali melupakan Ilahi. Sebaliknya,kegagalan,kepayahan dan kesusahanlah membuatkan kita kembali mendekati-Nya.
-Tidak sia-sia sesuatu musibah itu berlaku. Asalkan kita tidak berputus asa mengharapkan rahmat Allah.
-Kita tidak akan mampu melawan setiap bencana,menakluk setiap derita dan mencegah semua malapetaka dengan kekuatan sendiri.
-Jangan lari daripada masalah. Berhadapanlah tanpa berganjak sedikit pun. Andai terpaksa jua mengundurkan kaki,biarlah ia hanya sementara.
-Kegembiraan dan keseronokan tidak akan berkekalan. Pasti di celah-celahnya terselit kepahitan dan penderitaan.
-Kita memilih tidak melakukan sesuatu kerana bimbangkan kritikan. Ketika orang lain lebih senang mencuba dan terus mencuba.
-Melalui kritikanlah kita belajar. Ketika semuanya hanya berjalan biasa-biasa sahaja,kita tidak pernah belajar apa-apa.
-Percaya sepenuhnya kepada Yang Maha Pelindung dan serahkan semua perkara kepada-Nya.
-Sejahat-jahat keburukan adalah mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kita sendiri.
-Jika anda tidak mampu menikmati kebahagiaan dengan waktu yang ada,maka jangan pernah menunggu kebahagiaan yang akan menghampiri anda turun dari langit.
-Jika anda dihimpit oleh sebuah tekanan,maka ingatlah berapa banyak tekanan yang telah berjaya anda lalui dan berapa banyak Allah telah menyelamatkan diri anda.
-Kadangkala kita menyangka sesuatu yang dilalui buruk bagi kita. Sedangkan Allah telah menyediakan sebuah kebaikan untuk kita,cuma kira sahaja yang tidak tahu bila dan bagaimana.
-Ujian yang diberikan kepada kita adalah untuk menguatkan jiwa. Menjadi lebih kuat tatkala lemah. Bangkit pada saat kejatuhan. Berani ketika penderitaan semakin menghimpit.
-Jalan yang ditempuh,jika lari daripada petunjuk Ilahi,tidak akan ke mana.
-Menyesal terhadap kegagalan yang berpunca daripada kebodohan diri sendiri sebenarnya memberikan sesuatu yang sangat berharga.
-Apabila Allah cepat memakbulkan doamu,maka dia menyayangimu. Apabila Dia lambat memakbulkan doamu,maka Dia ingin mengujimu. Apabila Dia tidak memakbulkan doamu,maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
-Kemanisan sebuah kejayaan itu bermula daripada kepahitan kegagalan.
-Sekiranya kita benar-benar menyerahkan seluruh kehidupan dan urusan kepada Allah,pasti tidak akan kecewa. 
-Jika hari ini kesusahan dan keperitan jiwa yang dirasai,janganlah sombong kepada-Nya untuk tidak mengangkat tangan memohon ketenangan.
-Jangan gentar pada bayang-bayang sendiri. Kadangkala kerana takutkan bayang-bayang sendiri,ia menghalang kita daripada meneruskan kebangkitan.
-Melawan nafsu itu pasti akan dihiasi darah dan keringat. Ada pengorbanan yang perlu dilakukan.
-Kegagalan kali pertama adalah kerana kejahilan kita. Namun,kegagalan yang seterusnya disebabkan kedegilan diri sendiri. Jadi,bangkitlah daripada kegagalan dengan penuh bijaksana.
-Orang menyangkanya sebagai seorang yang baik. Sedangkan dia menyedari bahawa dirinya adalah seorang yang hina. Orang hanya melihat bagaimana dia hari ini.
-Andai diselak-selak kehidupan lampau ,pasti tidak dapat memadamkam segala kesalahan dan noda yang pernah dilakukan.
-Andai hari ini kuat,boleh bergerak ketawa,bergembira atau bergurau,esok belum pasti ada hari untuk kita.
-Ada orang walaupun harta setinggi gunung,kekayaan melimpah-ruah,semakin bakhil pula mereka mengingati-Nya.
-Jangan pernah berbangga dengan amalan yang dilakukan sehingga merasakan orang lain tidak layak menghuni syurga Allah.
-Kematian,tidak pernah menetapkan nombor giliran siapa yang akan pergi terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment