Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Ucapkanlah Yang Baik-baik.

Assalamualaikum wbt..!

Dalam sehari-hari,sebenarnya agaklah sukar untuk kita menutup mulut dari berbicara. Sama ada yang kita bicarakan itu hal yang berguna atau sia-sia,semuanya kita nilaikanlah sendiri. Baik buruk apa yang kita ucapkan,akibatnya kita yang tanggung sendiri,jangan salahkan orang lain.

Kalau tiada perkara baik untuk diperkatakan,maka lebih elok diamkan diri daripada kita terlanjur berkata-kata sehingga mendatangkan bencana pada diri kita sendiri. 2 pepatah Melayu lama ada menyebut, 'Kerana santan pulut binasa,kerana mulut,badan binasa" dan juga yang satu lagi, 'Terlajak perahu boleh diundur,terlajak berkata,sendiri tanggung,buruk padahnya". Pepatah itu sendiri mengungkapkan makna akibat yang buruk apabila kita tidak menjaga lisan kita.

Menyesal kerana terlepas berkata-kata lebih dahsyat daripada menyesal kerana kita tidak berbicara.
Adakalanya kita terasa kekok apabila diam ketika berada di tengah masyarakat,kita risau digelar 'si bisu',atau risau pada pandangan orang lain mungkin menjarakkan diri mereka sementelah kita diam seribu bahasa,sangkaan dia mungkin sekian-sekian,sebab mahu puaskan hati orang lain,makanya kita pun berpura-pura ramah,tanpa disedari kita pun mula berkata-kata yang tidak sepatutnya. Keaiban pun mula tersingkap perlahan-lahan kerana kegelopohan kita berbicara.

Adakalanya diam  itulah jawapan.
Diam itulah penawar mujarab.
Diam lebih bererti andainya kita tahu apa yang akan meluncur keluar dari mulut kita itu akan menyakitkan hati orang lain.

********************************

Sementara itu aku nak kongsikan sesuatu hasil bacaan daripada buku 'Nasaihul Ibad : Nasihat buat Hamba Allah' oleh penulis,Muhammad Al-Nawawi.,

Al-Faqih Abu Lais berkata :

"Sesiapa yang menjaga dan memelihara 7 kalimah,maka dia menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan para malaikat-Nya,dan Allah mengampuni dosa-dosanya,walaupun dosa-dosa itu laksana buih lautan. Lalu dia akan mendapat manisnya hidup dalam ketaatan,serta hidup dan matinya menjadi baik."

Dan 7 kalimah tersebut ialah,
  • Setiap kali sebelum memulakan sesuatu perkara yang baik,bacalah 'Bismillah'.
  • Selepas selesai melakukan sesuatu,akhirinya dengan ucapan, 'Alhamdulillah'.
  • Apabila terlanjur mengucapkan perkataan yang tidak berguna,hendaklah membaca, 'Astaghfirullah'.
  • Ketika merencanakan akan melakukan sesuatu,hendaklah mengucapkan, 'InsyaaAllah'.
  • Ketika ditimpa suatu perbuatan yang tidak disukai,hendaklah mengucapkan : "Laa haula wa laa quwwata illa billahil 'aliyyil 'aziim". (Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.)
  • Ketika ditimpa musibah,ucapkanlah, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raji'uun".
  • Sentiasalah berzikir membaca kalimah : "Laa ilaaha illallaah Muhammadur Rasuulullah" di waktu malam dan siang.
********************************

Jadi kurangkan berbicara sekiranya tiada keperluan dan lazimi berzikir dan memuji Allah dan Rasul-Nya. 

Sekian,wassalam..

#07/08/2016
#Autopost

No comments:

Post a Comment