Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Random #1


Kredit

Hidup ini bolehlah kita umpamakan seperti permainan . Setiap game ada tahap kesenangan atau kesukaran. Bergantung juga pada nasib dan juga kebolehan kita merancang strategi supaya kita dapat melepasinya hingga mencapai tahap tertentu atau terkandas di tengah jalan.

Dan kita ada pilihan sebagai pemain . Segala kata putus tentang pilihan yang kita buat terserah pada diri sendiri. Tak boleh salahkan orang lain apabila kita tersilap membuat keputusan,kerana kita berhak tentukan apa yang kita mahu. Apa yang dicadangkan orang lain,terpulang pada diri sendiri sama ada jawapan kita 'YA' ataupun 'TIDAK'.

Dalam pemainan apabila kita kalah/hilang 'nyawa',kita boleh tunggu masa yang sesuai untuk bangkit dan mulakan balik dari awal permainan,itupun jikalau sanggup atau kita boleh berhenti dahulu setakat mana kita kalah dan mulakan semula dengan strategi baru untuk menang sampai kita berjaya.

Boleh juga terjadi,sesetengah daripada kita memilih untuk berehat seketika atau paling tidak mereka langsung berhenti berharap untuk menang dalam permainan kerana kekalahan itu menyebabkan mereka putus asa atau hilangnya semangat untuk meneruskan lagi permainan.

Ada manusia apabila berhadapan dengan kekalahan,dia boleh menerimanya dan berusaha lagi. Ada pula yang setelah kalah,menurutnya tiada lagi peluang untuk menang dan cukup setakat itu saja yang mampu dilakukannya. Berputus asa itu detik bermulanya kehancuran harapan.

Jadi agaknya kita yang mana satu? 

Mudah mengalah sebelum mencuba,mengalah selepas habis ikhtiar atau cuba dahulu kemudian tawakal dan selanjutnya?

2 comments: