Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Pengalaman Pertama Bawa Kereta (Manual)

Assalamualaikum dan selamat pagi..!

Brown Volkswagen Beetle at Parking Lot
credit
Okay,sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku belajar memandu kereta (manual). Ini pun yang pertama kali lah,macam kelakar juga,baru pertama kali belum berkali-kali dah sibuk tulis entri. LOL
Sepatutnya kan,kelas bermula pada hari Isnin yang lalu,akan tetapi berlaku satu kejadian yang tidak diingini (*dan kalau diceritakan ia agak rumit ) dan sebenarnya ia adalah 100% kesilapan aku sendiri juga maka aku lah yang bersalah.
Padan muka. Jadi kita mula kelas hari ini lah,dan juga esok,Khamis.

Awal pagi,sebelum pukul 8 pagi aku sudah bertolak keluar ke PM (*pusat memandu) yang dekat dengan rumah aku,kelas bermula 8.30 pagi (*kata cikgulah). Dekat pun kena la datang awal.
Kemudian sampai sana,sementara tunggu pejabat dibuka,aku berborak lah juga dengan beberapa orang manusia yang aku tak kenali langsung. Beramah mesra sangat apasal entah. huhu
Sesekali berborak nak kurangkan rasa gemuruh. 
Aku daripada semalaman tak dapat tidur pun,lepas tu asyik terfikir-fikirlah apa yang akan berlaku hari ini. Aku memang macam ini,gelabah bukan main.

car,cat,Caturday,driving,Fitty Cent,laugh


Aku dapat cikgu yang mengajar masa aku ambil lesen motor dulu,jadi tak ada la rasa kekok sangat,walaupun aku dengan lelaki susah sikit nak berkomunikasi. Huhu. Harap cikgu bertabah dan bersabarlah mengajar aku yang kekadang blur,tak faham bahasa,degil,cepat mengelabah. 

Kaunter dah buka,bagi i.c sekali dengan lesen L dekat kerani,lepas tu bagitahu kita kelas dah kali ke berapa dengan cikgu siapa,dan scan thumbprint. Kerani akan bagitahu lah ,kita kena datang balik pejabat ambil ic pukul berapa (*aku punya harini tamat pukul 11.20) maknanya kelas untuk hari ini cuma 3 jam sajalah. 

Keluar,terus cari cikgu masing-masing,macam aku punya kes lain sikit,aku kena telefon cikgu tanya nak kena tunggu dekat mana. Sebab tak nampak pun batang hidung beliau. Haha. (*cikgu belum sampai lagi lah.. tak menyabar anak murid nak belajar cepat-cepat)
Tak apalah cikgu,anak murid kenalah beralah sedikit dengan cikgu kan,baru berkat ilmu. 
Dalam berapa minit,barulah beliau tiba dan panggil aku ke kereta kancil,bagi sedikit penerangan pasal RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) dengan RSM (Rutin Sebelum Memandu) yang sepatutnya kena belajar hari Isnin lepas. Dah kena bebel pasal apa hari Isnin haritu aku balik.

Aku dengarkan sajalah apa yang diterangkan,fokus lah,tapi aku nasihatkan engkorang yang baru nak ambil lesen ini kan,jangan tunggu nota daripada cikgu sangat,bukan semua cikgu sediakan nota segala mak nenek RPK dan RSM. Usaha sendiri.

Dalam buku KPP pun ada juga nota,cumanya dia agak serabut sikit lah. Nak tak nak kena buat nota sendiri supaya mudah faham. Aku ada jumpa satu blog ni siap buat jadual untuk komponen RSM & RPK. Senang sikit nak faham. Engkorang boleh rujuk dekat sini http://lp-services.blogspot.my/p/rutin-pemandu.html

Lupakan pasal segala rutin itu,selesai terangkan kemudian cikgu suruh aku ulang balik apa yang dikatakan beliau tadi,aku sahutlah cabaran beliau dengan rela hati. Kah kah kah. Redah sajalah apa yang aku ingat aku sebut,tak ingat cikgu beritahu. Jangan takut salah. Fuh,itulah malam sebelumnya aku ada buat sedikit ulangkaji guna nota yang aku dapat daripada buku KPP dengan nota dari blog itu. Alhamdulillah. 

Untuk RPK (*mulakan dari arah pusingan jam)

Cermin hadapan - road tax - pengesahan pemeriksaan (*entah apa benda,pengesahan puspakom kot) -  wiper - bonet - bumper - lampu bahagian hadapan - no.plat.

Tayar bahagian depan sebelah kanan - lampu signal kanan - cermin + tingkap bahagian depan di sebelah kanan - cermin + tingkap bahagian belakang di sebelah kanan - tayar belakang sebelah kanan. (*Ulang balik sama macam untuk yang bahagian kiri)

Cermin belakang - lampu brek ke-3 - wiper belakang (*kalau ada) - no.plat - lampu belakang - buka but, semak segitiga kecemasan / safety triangle - peralatan - tayar ganti

Lepas itu check bahagian komponen enjin / cecair yang ada,buka bonet dan sebut 8 komponen yang penting.

Tangki simpanan radiator - hos - (Aku dah tak ingat,tapi dekat situ ada 8 kompenen paling penting)

Cikgu tanya aku itu bateri kereta jenis apa basah ke kering,aku kata dengan yakinnya BASAH punya. Macam mana tahu itu BASAH? DIbalas balik dengan pertanyaan,aku dah tergagap-gagap. Ah..,kalau dah tak tahu mengaku sajalah habis cerita! Cikgu kata kalau bateri kering,dia punya badan semua warna hitam. Ohh............................................................................

Lepas itu cikgu tunjukkan pula RSM. (*Alamak,aku dah lupa,apa yang cikgu ajarkan.)

Selepas siap,giliran aku pula terangkan balik,aku dengan ingatan yang lemah-lemah kucing pun sebut sajalah ikut turutan tadi,tapi ada juga yang diperbetulkan oleh cikgu.

Habis semua,cikgu tiba-tiba duduk masuk sebelah kiri pemandu,sudah. Aku kata terus teranglah,aku memang tak tahu langsung bawa. Cuba-cuba pun kurang berani. Memang tak pernah langsung bawa. Cikgu pula macam tak percaya,LOL. Padahal aku dah bagitahu itu hari. Senang,aku pun tak mahu la berlagak tahu,karang jadi apa-apa,padan muka.

Lepas tu cikgu tunjukkan cara nak guna clutch dengan guna gear. Macam mana nak tahu kedudukan gear 1 - free gear - 2 ,main tukar-tukar gear tanpa tengok gear tu.

Pusing la satu kawasan litar,tapi tak adalah sampai buat bukit,selekoh Z dengan S pun,setakat cuba-cuba bawa dulu pusing satu litar beberapa pusingan. Aku kan baru amatur dulu,kenalah belajar perlahan-lahan,biasakan kaki kiri dengan kanan tu pijak klac,brek dengan minyak. Mendesak karang kena pula tegur,aku dah la hati tisu sikit.. hehe. Jenis tak sabar. Parah. Sabarkan diri tu bila baru belajar,mesti ada yang macam pandang semacam,bawa lambat segala lah,pedulikan kata-kata mereka. Daripada cari nahas,baik berhati-hati dulu. Enjin asyik termati tu jangan cakap lah. Geram juga kadang-kadang.

Lepas tu dalam sibuk berpusing-pusing sekitar litar,belajar pusing kereta/stereng ikut jalan,cikgu tiba-tiba tanya aku soalan,

"Berani tak kalau nak bawa ke luar,jalan raya?"

Aku terus cakap , "BERANI."
(*Dengan yakin sangat,padahal..)

Aku anggap cikgu cuma bergurau. Budak baru belajar bawa kereta berani sangat keluar ke jalan raya terus. Memang cari nahas. Pusing-pusing lagi dalam kawasan litar,pagi tadi ramai betul orang,tak suka pula aku. Huhu. Tapi kalau kita tak cuba,memang sampai bila-bila tak mahir,apa salahnya kita mencabar diri,asalkan kena dengan situasilah. 

Lepas tu ditanya lagi soalan sama,aku cuma positif ja la sambil tabahkan hati yang tengah gelabah. 
Aku pun setuju ja la,asalkan ada cikgu sebelah pantau,memang berani sikitlah. (Balik rumah aku cerita dekat abah aku,abah kata apasal cepat sangat dah keluar memandu ke jalan raya. )

Katanya nak sampai ke Rantau Panjang,memang cari nahas,rupanya setakat keluar pusing dari PM - masuk kawasan kampung Perepat,dari PM - Pekan Kapar - ,banyak kali juga la keluar ke jalan raya,aku paling seram bab selekoh dengan membelok. Takut sikit. Main-main dengan gear,tukar gear apa semua,main minyak,dah boleh lah sikit-sikit tukar gear tanpa tengok,yela ,kekadang tak dapat kawal mata dari tunduk bawa,huhu.. Tapi alhamdulillah,dah boleh lah sikit nak main gear,tempat letak nya dekat mana segala.

Dalam kawasan kampung lagi seram,dah nama pun kampung,memang kena lah berhati-hati bila sampai simpang 4 semua,selekoh,risau  tiba-tiba ada orang keluar simpang,kita tak sempat nak tekan brek ke apa, (*Baru perasan tadi,dekat sebelah bawah tempat duduk pemandu ada brek kecemasan/brek utk cikgu jaga-jagalah,manalah tahu,pelajar cuba terjun parit ke apa..hahaha,okay ini benda serius,pasal nyawa kan..? huhu) 

Sebagai amatur,memang banyak yang aku perlu kuasai lebih daripada orang lain yang mungkin ada pengalaman memandu. Kelas selama beberapa jam,aku kena paksa diri aku buat apa yang aku rasa aku tak mampu buat. Kena juga paksa diri sampai dapat buat. Memang susah mula-mula,tapi normal lah kan,setiap benda ada mula akhirnya?  Fikir positif lah aku selama ambil lesen kereta ni,lesen motor dulu ambil,aku tak ada rasa stress sangat. Huhu


Harapnya minggu depan,dapat belajar benda baru dengan mudah,insyaaAllah. Bukan apa,aku kalau boleh nak cukupkan jam yang ada,tak mahu tambah kelas. 

Aku harap yang terbaik sajalah.

Bila belajar memandu ni,paling penting kena

BERANI,
JANGAN TAKUT,
JANGAN MALU,
JANGAN MUDAH MENGALAH,
JANGAN BODOH SOMBONG,
HATI KENA TAHAN MAKI/MARAH,
BERSEDIALAH UNTUK DITEGUR.
TAHAN TELINGA KENA HON.
JANGAN SEDIH KALAU KENA POTONG. 

Pokoknya mental tu kena kuat.


Fuh..

Aku baca pengalaman orang lain melalui blog macam-macamlah cerita ada yang seronok , yang menyeramkan pun ada juga,memang rasa mulanya,tak bersemangat betul nak datang kelas belajar semua,tapi aku fikir satu ,

" Setiap orang berbeza pengalamannya,mungkin apa yang dilalui orang lain,mungkin kita tak akan alaminya,nasib setiap orang berbeza. Apa apa pun,fikir dan doa yang baik-baik saja lah."

Lepas tu fkirkan balik seronok bila dah ada lesen jadi bolehlah memandu secara sah   bolehlah berdikari,tak perlu harapkan pada orang lain sangat dah. Nak pergi mana-mana tak perlu risau si pemandu mengeluh ke merungut ke apa,kita bawa sendiri jadi kita nak berhenti ke apa suka-suka hatilah. Tak ada la rasa bersalah kalau mak /ayah kau yang dah berusia bawa kereta tu padahal kau pula tak tahu bawa,rasa macam menyusahkan pula. Kekadang jeles juga kawan semua dah ada lesen kereta kan,tapi kita ja masih single (ada lesen motor ja..) huk huk..

Tambah yang perempuan ni,nak tak nak kena berdikari juga,tak setiap masa ada orang nak tolong kita kan. Tak boleh duduk dalam zon selesa saja,kena la belajar juga. Nak guna public transport memang dah jarang sangat,dengan tambang mahal,kepadatan isi dalam nya lagi (bus/train/komuter) . Memang aku tak berapa suka bersesak-sesak sangat. Rimas.

Nasihat aku,kalau ada kelapangan masa dan kewangan yang stabil baik ambil lesen memandu. Kalau umur dah masuk hujung 20 ka 30 ka tak kisah pun sebenarnya umur berapa nak ambil lesen,pedulilah kau lambat ambil ke apa,memang kita rasa macam menyesal ambil lewat,tapi sekurang-kurang kita ada juga lesen. Lambat ke cepat janji kita ada.

1 comment:

  1. teruskan usaha..memang ambil lesen kereta ni lain daripada lesen motor.....tapi boleh lulus punya tu...insya-Allah =)

    ReplyDelete