Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Tips : Bahagian Litar Untuk Lesen Kereta (D).

Assalamualaikum dan selamat petang..

Semalam bersamaan 24 Ogos,aku ada kelas belajar memandu lagi,itu yang sebelum kelas terakhir la,maknanya kelas aku tinggal lagi 2 jam untuk cukup 16 jam.
Tak apa lah tinggal lagi kelas 2 jam minggu depan,jadi itulah kena buat sungguh-sungguh untuk jam yang terakhir.

*******************************************

Bukit naik dengan turun tu aku dah boleh adjust la,cuma kena pandai agak la nanti kena berhenti ngam-ngam dekat garisan kuning atau cermin sisi kena bagi selaras dengan tiang pertama. Aku kadang-kadang cepat betul tekan brek. Tayar sipi-sipi dalam garisan kuning. Lepas tu bila nak turun bukit pula kan,kan kena seimbangkan minyak dengan clutch tu,pastu rasa kereta macam bergegar atau macam nak gerak sikit tu,terus turunkan handbrake kan,aku kekadang cepat sangat turunkan handbrake.
Selalu kena tegur dengan cikgu. Dah banyak kali cikgu tegur aku,tapi aku tetap juga buat kesalahan yang sama. Aduhai,tak ambil pengajaran betul. Boleh tepuk dahi kalau abah aku tahu aku buat salah yang berulang kali.


Kredit 
Aku nak kongsikan sikit tips/cara-cara naik dengan turun bukit,
  1. Dari kawasan bawah,jangan lupa buat CITO (masuk gear 1 ),terus naik ke bukit (*kereta dalam keadaan lurus),tekan minyak ,agak-agak dah nak sampai (bila cermin sisi dah sebaris dengan tiang pertama) terus tekan brek,free gear dan terus angkat brek tangan. Jenguk ke bawah,tengok tayar dah masuk garisan kuning ke belum,tapi kalau cermin sisi dah sebaris dengan tiang tu,kira dah bolehlah tu,kalau dah puas hati,angkat tangan. (*Kalau kereta tak sampai lagi dalam garisan kuning/cermin tak sebaris dengan tiang lagi,jangan tekan brek terlalu awal,nanti mesti terundur. Atau dah nak sampai ke tiang tu,ya la kita jadikan cermin tu sebagai penanda ,nak tengok garisan kuning memang susah kan,jangan terlalu awal lepas kan minyak)
  2. Tunggu arahan dari pegawai bertugas bagi arahan untuk turun pula. (waktu ujian nanti)
  3. Dapat arahan,masuk gear 1, kaki pula berada pada pedal klac dan juga pemecut/minyak.  Tekan pedal klac jangan diangkat dulu. Kemudian,tekan pedal minyak,sampai meter naik 3/4 lebih,kekalkan kaki pada posisi. Jangan usik dah pedal minyak. Lepas tu,perlahan-lahan angkat kaki yang tekan pedal klac,bila dah rasa kereta macam bergerak,atau tersengguk-sengguk (*perkataan apa yang sesuai aku tak tahu la..huhu) cepat-cepat turunkan handbrake. Maka kereta pun akan meluncur turun dengan jayanya. Bila nak turun,jangan laju sangat,kawal sikit brek.
  4. Kalau meter menurun dan kereta masih susah nak turun-turun tu,klac tu angkat sikit tekan minyak lagi sampai dia bergerak turun. Klac jangan tekan tapi tekan minyak saja.
  5. Tempoh masa untuk selesaikan naik turun bukit adalah selama 3 minit okay.
Ada satu blog ni pun kongsi tips yang sama macam yang cikgu aku ajar,aku pun tak faham kenapa aku tak dapat buat dulu. LOL. Tips lain yang berkaitan boleh la google,contoh lain macam ini
Lepas tu, 3 pointer atau parking 3 penjuru pula,aku dah tahu nak buat macam mana,tak ada susah sangat pun,asalkan kau dengar apa yang cikgu ajar,step dia macam mana,insyaaAllah senang la nanti,tak ada susah pun. Kekadang ja aku salah pusing stereng,aku silap nak pusing berapa kali,kejap 2 kali kejap 3 ,aku pun pening la..............! haha
  1. Jangan lupa buat CITO.
  2. Masuk ke kawasan parking,tak payah tekan minyak pun tak apa,luruskan kereta sampai ke penanda (pastikan bahu kanan sama dengan tanda) baru tekan brek. Lepas tu pusing stereng ke kanan 3 kali,masuk gear reverse. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan dan kereta akan terundur masuk,sambil tengok cermin sisi sama ada kereta dah lurus/menegak,kalau dah puas hati dan yakin,maka boleh lah tekan brek kaki.
  3. Bila nak keluar,pusing stereng ke kiri 3 kali,masuk gear 1,dan angkat klac perlahan-lahan. Dah gerak keluar tu,pusing ke kiri cepat-cepat,jangan sampai terlanggar tebing,dan kena luruskan kereta cepat (*tapi kalau tak lurus pun sebenarnya tak ada masalah pun,yang penting jangan langgar garisan putih ) ,berhenti sebelum garisan putih. 
  4. Selesaikan dalam masa 3 minit.
Tapi kena berjaga-jagalah dekat sini. Pastikan dah rasa lurus baru tekan brek,jangan senget lepas tu tekan brek gerak lagi,itu dah dikira pergerakan nanti gagal.

Side parking atau parking sisi tu aku masalah sikit lah,aku tak faham sangat apa langkah sepatutnya,sampai cikgu naik bengang ja apasal aku tak faham-faham sangat. Hahaha.
Cikgu ajar banyak kali,tanpa serba salah,aku kata aku tak ingat dan tanya tanya tanya tanya lagi sampai aku faham.
Yang aku cuma ingat kan setiap kali berlatih tu,kena rapatkan ke kiri sikit kereta,tapi pastikan kereta lurus sebelum nak undur. Dah puas hati,masuk gear reverse sampai selaras dengan penanda,lepas tu aku dah pening nak pusing ke kiri ke kanan. Cikgu ajar aku stepnya senang ja,ingat pusing KIRI-KANAN-KANAN-KIRI. Memang aku ingat yang itu,tapi rupanya ada lagi pusingnya,bukan 4 pusingan tu ja ada (*yeke ? aku baca balik tips dekat bawah macam betul ja formula cikgu aku,ke aku memandai-mandai.),itu yang aku keliru sangat,jadi dekat bawah ni tips/langkah yang cikgu aku ajar aku,

  1. Masuk ke kawasan parking kena rapat ke kiri sikit tapi jangan rapat sangat okay,sikit ja,pandai-pandai lah nak seimbangkan. Pastikan tayar dalam keadaan lurus. 
  2. Lepas tu masuk gear reverse,undur perlahan-lahan sampai tiang pintu kereta ngam-ngam dengan penanda atas jalan. 
  3. Tekan brek,pusing stereng 2 kali ke kiri,undur perlahan-lahan sampai nampak garisan putus-putus/putih yang ke-3.
  4. Lepas tu dah nampak,pusing ke kanan pula 2 kali juga,sampai tayar berada atas garisan putih yang ke-3. Tengok pada cermin sisi ya,jangan main agak-agak.
  5. Lepas tu pusing lagi ke kanan 2 kali,masuk ke dalam petak dengan berhati-hati,dekat sini banyak main clutch dengan brek ja. Kaki kena standby atas pedal brek dengan klac saja. Lain jangan gatal usik dah. 
  6. Lepas dah masuk,tengok la kereta tu dah berada dalam keadaan lurus ke tidak. Kalau dah lurus,tekan brek,lepas tu pusing stereng ke kiri 2 kali juga. Lepas dah puas hati,free gear,tarik hand brake. Angkat tangan.
  7. Bila dah terima arahan untuk keluar dari parking,jangan lupa bagi signal ke kanan,pusing stereng ke kanan 2 kali,masuk gear 1,turunkan handbrake,keluar perlahan-lahan balas stereng ke kiri,jangan sampai masuk lane sebelah pula,kena cepat-cepat pusing stereng ke kiri. Sampai kereta lurus (*tak lurus pun tak apa),berhenti sebelum garisan putih.
  8. Untuk parking sisi selesaikan dalam tempoh 5 minit.
Selekoh 'S' paling ssssssssssssssssennnnnnnnaaaaaang,tapi tak boleh juga yakin sangat atau terlalu ambil mudah,nanti terbuat silap remeh,dah gagal. Dekat sini main klac ja dengan brek,stereng pun kena pandai kawal juga.

Selekoh 'Z' pun aku dah boleh buat tanpa cikgu ada dekat sebelah,dulu aku stres juga lalu selekoh Z ni. Dekat sini kena pandai main klac dengan brek la,lepas tu stereng pun sama kena pandai pusing,ala setakat pusing-pusing tu,kena pandai la ,takut nanti terlanggar tebing apa semua. Naya,padahal sini tempat yang paling senang tau..huhu. Luruskan kereta sebelum sampai garisan putih. Berhenti dulu kemudian bagi isyarat ke kanan atau kiri.

Sebelum buat semua yang ada dalam litar ni,jangan lupa pula buat CITO,apa pun bila dalam litar,jangan lupa untuk bagi signal bila nak masuk mana-mana,

Cermin
Isyarat (bagi signal bila nak masuk mana-mana,jangan lupa)
Toleh tepi sikit
Olahgerak (jalaaaaaaaaaaaaaaaaan)

Setakat ini lah kan,alhamdulillah,aku dah mampu buat semua yang ada dekat litar tu walaupun kekadang aku macam tak berapa yakin sangat nak lepas ujian nanti. Aku selalu rasa macam takut-takut tahu tak,sampai cikgu tegur nak buat apa-apa kena yakin. Jangan takut risau sangat. Lepas tu aku mudah mengelabah. hahaha

Dekat tempat aku belajar ni untuk bahagian jalan raya guna satu laluan ja,dulu ada laluan A dengan B,sekarang guna yang laluan B ja la (*kalau laluan A tu keluar dari gate A - Kapar - pusing dekat SMKTIS - masuk jalan ke kampung perepat - belok masuk kiri untuk balik ke PM gate B,aku rasa macam laluan A lagi jauh) ,dari pusat memandu keluar ikut jalan kampung - kawasan Sementa - keluar dekat sekolah agama lepas tu keluar ke jalan besar. Siapa yang duduk area sini tahu la,huhu. Misal kata waktu ujian JPJ nanti kan tetiba dapat giliran petang-petang,kebarangkalian untuk guna shortcut adalah tinggi,jadi ada 2 laluan shortcut boleh pergi. Aku dah berharap sangat nanti dapat waktu petang.

Aku paling suka bab jalan raya,sebab tak ada la banyak formula segala macam dalam litar,yang paling penting tu kenalah beringat untuk bagi signal (*ada tempat kena berhenti,free gear lepas tu kena angkat hand brake,agak dah keadaan sesuai baru masuk gear + turunkan handbrake dan gerak keluar),pandang cermin depan sisi bila nak masuk atau tukar lorong,lepas tu kecekapan tukar gear dengan mengikut kesesuaian kelajuan. Waktu mula-mula belajar,dan sebenarnya walaupun dah banyak kali keluar ke jalan raya,aku ada masalah sikit bila nak tukar gear,kadang-kadang gear tak masuk atau salah masuk gear.

Shift, Gear, Knob, Vehicle Parts, Control
Credit
Pernah satu hari tu kan,habis sesi dekat jalan raya,balik tu cikgu tanya,kenapa aku macam 'ganas' sangat bila tukar gear,rasa macam nak tercabut dah tombol gear tu . Aku dulu pernah minta kakak aku ajar bawa kereta,kakak aku pun kata aku pegang gear ganas sangat. Tak berlemah lembut. huhu. Dahsyat juga. Cikgu pun suruh la aku berlatih main gear dekat rumah.

Haaaaaaa...,aku nak pesan juga la,yang AMATUR,macam aku ni kan,ada masa lapang cuba-cuba la bawa kereta manual pusing satu taman ke ronda mana-mana,dengan ditemani abah atau abang kau. Tak boleh nak harapkan sangat belajar dekat PM(*maksud aku,jangan nak tunggu ada kelas dekat PM baru nak bawa kereta,jangan selesa sangat,kena paksa diri berusaha),kena ada inisiatif lain supaya bila ada kelas gap,tak adalah kau kekok nak bawa kereta. Berlatih sendiri,ikut panduan yang kau dah belajar,kena la praktikkan. Nanti bila ada kelas,insyaaAllah tak ada masalah sangat. Ada pun hal remeh.

Oh ya,aku ada buat nota pasal Rutin Sebelum Memandu (RSM) dengan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) ,lengkap tak lengkap,engkorang bandingkan sendiri dengan apa yang korang tahu la,pandai-pandailah nak tambah nota mana yang kurang dalam nota aku .


Cerita lain :-

  1. Cerita 29 Mei
  2. Ujian Komputer / Ujian Bahagian 1
  3. Pengalaman pertama.

2 comments:

  1. BV paling fail bab parking sisi. selalu lupa pusingan stereng :D hahahhaha
    all the best ya. :D
    bagus la cara sis describe :)

    ReplyDelete