Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Bila aku membuat kesilapan ...

Assalamualaikum wbt...,

Allah jadikan kita sebaik-baik ciptaan-Nya,akan tetapi seperti yang kita tahu,kita manusia walau berapa banyak harta/keturunan,umur yang panjang dan dilimpahi nikmat yang tak terkira,masih juga kita manusia yang tidak SEMPURNA. Ada kurang lebihnya.

Terkadang kerana kegopohan,kita terlupa kita manusia,lalu ada pula orang lain yang melihat sesuatu kekurangan yang ada pada diri kita. Mungkin kita selama ini tidak menyedari akan hal keburukan (*akhlak) itu sementelah kita telah terbiasa dengannya,maka apabila datangnya orang lain yang memerhatikan rentak hidup kita,tidak lah disangka seperti itu rupanya kita selama ini.



Jadi ucapkanlah terima kasih kepadanya kerana menyedarkan diri yang selama ini terlepas pandang. Orang lain mungkin boleh nampak sesuatu dalam diri kita yang selama ini,sama ada kita memang sedar atau kerana menurut ego dalam diri menafikan kekurangan kita. Berubahlah untuk menutup lompong kekurangan yang ada pada diri. Masih ada ruang masa untuk memperbaikinya.

Belajarlah untuk menerima kekurangan diri.
Belajarlah untuk menerima teguran.
Belajarlah untuk berbaik sangka.

Kita memang memerlukan nasihat dan teguran daripada orang sekeliling,sama ada yang sebetulnya rapat atau sekadar watak tempelan,kerana kita masing-masing saling bergantung dan memerlukan nasihat peringatan antara satu sama lain di atas dunia ini. 

Akan tetapi,apabila kita berpeluang untuk memberi kata nasihat, itu bukanlah 'tiket' untuk kita menghukum orang lain yang membuat kesilapan dengan menyebarkan keaiban dirinya sedangkan kita tidak pernah berhadapan dengannya menasihatinya secara tulus.

Menasihat juga perlulah dengan cara berhemah bukan menghentam jatuh dengan menyebarkan keaibannya atau menghukum terus seperti dia tidak layak untuk mendapat peluang ke-2 untuk memperbaiki kekurangan dirinya. Setiap orang berhak untuk peluang bangkit semula perbaiki kelemahan diri walaupun berapa banyak sudah peluang yang diberi dan dikhianati,sudah namanya manusia,masih juga kadang kala membuat kesilapan yang sama. Maafkan.

Teguran itu terpulang sama ada kita mahu mengambilnya sebagai peringatan untuk langkah seterusnya dalam perjalanan menuju perubahan atau kita cuma menolaknya ke tepi. Bak kata pepatah lama Melayu, 'Ambil yang jernih,buang yang keruh.' Sebabnya bukan semua nasihat itu membantu kita,dalam sesetengah nasihat (*atau kritikan?) sebenarnya bukanlah pula dapat kita definasikan sebagai 'NASIHAT',ada kemungkinan juga itu satu hentaman padu tanpa belas kasihan  yang merobek jiwa raga. (Baca : satu kritikan yang sebenarnya bukanlah teguran melainkan satu penghinaan) Terpulanglah sama ada kita mahu ambil hinaan itu sebagai yang positif atau kita membiarkan diri kita terus lemah dengan apa yang dikatakan.

#PesananUntukDiriSendiri
#Belumhabisceritalagisebenarnya
#05/08/2016

2 comments:

  1. cepat2 sambung. hehehe.. org bg teguran kena pd cara blh terima kalau tegur cara kasar susah sikit sbb si pemberi nasihat pon tak blh beradab. anyway harap liana baik2 saja

    ReplyDelete
  2. *Eh,dah lama rupanya. dah masuk tahun baru baru teringat..lol..

    ReplyDelete