Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Tawaran Insurans.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Semoga kalian yang sedang membaca entri luahan perasaan di pagi hari yang mulia ini dikurniakan nikmat kebaikan kesihatan,kekayaan,kelapangan masa dan sebagainya.

Okaylah hari ini aku pun dah tak tahu la raya ke berapa. Tahun ni macam kurang orang beraya rumah. Bebudak pun dah semakin besar dengan ganasnya maka rasa malu untuk datang bertandang pun menebal. LOL. Minggu pertama ja la ada bebudak datang,seterusnya cuma kenalan atau saudara jauh datang menziarah. Dan biasanya cuma pada hari minggulah,maklumlah makin besar,makin sibuk dan makin kuranglah masa. Senang cerita,sambutan raya agak hambar.

Eh...,hahahambar la intro.

Kali ini aku nak cerita pasal pengalaman ditawarkan insurans melalui panggilan telefon oleh pihak bank CIMB. Nama insuransnya 'SUN PROTECTOR',dan tawaran segala hanya melalui panggilan sahaja, secara telemarketing orang kata.

Satu hari tu,petang lah,aku dapat panggilan,tapi sebenarnya panggilan di nombor mak aku. Mulanya aku sangkalah mungkin saudara mara yang telefon (*mana la tahu telefon nak maklumkan diaorang nak datang beraya kan) (*03- nombor pejabat/rumah aku sangkakan),sebab petang dalam pukul 5 lebih,nak kata pejabat ke apa tak sangka,urusan apa pula kan.Pokoknya membuatkan aku tertanya-tanyalah. Angkat,dengan panggilan kurang jelas aku hulur telefon kepada mak aku. Lepas itu mak pun hulur semula telefon sebab itu panggilan untuk aku.

Terkejut juga la,waktu petang macam tu siapa pula mimpi telefon aku kan. Tak terfikirkan pun siapa yang telefon. Aku jawab dengan hati yang penuh debaran. Darah pun aku rasa naik tinggi. Dengan suara si pemanggil yang tak berapa jelas menambahkan rasa sakit hati. Aku cuma iakan saja lah setiap pertanyaan. Rupanya panggilan dari pihak bank CIMB,promosikan insurans. Yang kononnya untuk insan-insan yang terpilih saja,rasa macam diri ni bertuah sangat. Haha. SANGAT BERTUAH.
Teruja la bila dah dia kata macam itu kan? 

Aku dah tak berapa ingatlah perbualan antara aku dengan si pemanggil. Yang aku ingat lama juga la panggilan tu sampai naik kebas tangan bergayut. Aku pula dengan rasa bermurah hatinya meluangkan masa melayan. Padan muka. Dulu pernah juga dapat panggilan sama,tapi aku mengelak la. Entah kenapa untuk kali ini aku rasa bersemangat nak jawab. Jangan nak khabar aku kena pukau pula. 

Masa itu si promoter (*lupa dah nama apa) akan tanyalah segala maklumat peribadi macam nama penuh,nom.kad pengenalan (*untuk buat semakan sama ada betul atau tidak,dia akan suruh sebutkan semula,masa itu aku yakinlah mungkin panggilan itu 'betul' bukan yang meragukan sebab pernah baca pasal insurans yg ditawarkan oleh CIMB tapi masih dalam was-was lagi),kemudian dia bacalah segala mak nenek polisi atau terma syarat untuk pemegang polisi insurans berkenaan. Semuanya macam biasalah soalan berkaitan untuk pembeli insurans,berpenyakit atau tidak dan lain-lain. Dengan suara yang tak jelas,dan cakap laju sangat, ada satu yang hal melucukan terjadi sampai 'orang sana' macam gelak menyindir aku. Haha. Dah kurang dengar,nak buat macam mana kan. 

Aku pula macam serba salah nak menolak,maka layankan saja la panggilan walaupun masa aku banyak terbuang. Lepas tu aku bagi alamat rumah & email dengan yakinnya,sebab katanya polisi hitam putih akan diberi dalam tempoh 30 hari mengikut pilihan sama ada kita nak dihantar terus ke rumah atau emel. Aku pilih email la,senang,walaupun sebenarnya aku tak berniat untuk ambil polisi insurans berkenaan buat masa sekarang. TIDAK BERMINAT. Ingatkan selepas bagi maklumat berkaitan tak adalah gangguan dah (*yg mana secara logik akalnya,kalau kita dah bagi semua maklumat macam itu,kiranya kita berminat la,dungu pula rasanya diri ini. Huhu) Sendiri cari pasal,siapa suruh.


Selepas beberapa hari kemudiannya,dan mulalah mendapat panggilan yang meresahkan hidup aku,jiwa terus tak berapa nak tenteram,aku pun baru tergerak hati nak meng-google berkaitan pengalaman orang lain yang mungkin pernah mendapat tawaran macam ini. Dan yang tak berapa enak ceritanya , apabila ada orang menceritakan pengalamannya bila promoter mendesak walaupun sudah dijelaskan dengan kata putus, 'TIDAK BERMINAT'. Itu belum lagi panggilan yang mengganggu aktiviti harian. (*Nasihat aku,buatlah aduan terus kata engkorang tak berminat dengan tawaran berkenaan) Dan yang paling 'menakutkan',ada sesetengah individu yang baki akaunnya ditolak sebab kononnya dia melanggan insurans itu padahal tak pernah bersetuju pun. Tak ke kes naya? Tak kisah pun sebenarnya berapa ringgit yang 'dilesapkan',bila dah tersedar duit ditolak silalah buat aduan kepada CIMB terus dengan kadar segera bukan asyik nak 'halalkan' saja. Kita tak pernah bersetuju pun jadi kita ada hak untuk pertahankan hak kita dan apa yang tak betul kita betulkan la.

Selang beberapa hari tu aku dapat lagi panggilan sama. Pertama di nom.mak aku dan satu lagi di telefon rumah,selepas panggilan tidak dijawab. Berdering awal pagi ingatkan sesiapa yang penting telefon,rupa-rupanya bukan.

Tertekan jugalah sebab panggilan itu dibuat di nom.mak dan kalau tak dijawab oleh orang yang dituju,telefon rumah pula akan berdering. Kalau telefon bimbit bolehlah nampak nombor tapi telefon rumah?  Nak tak nak kena juga angkatlah jawab,risau terlepas panggilan penting saja.

Tak habis sampai situ,kelmarin,semalam pun dapat juga panggilan. Ia sangatlah mengjengkelkan aku juga sebenarnya. Aku pun bukan ada di rumah selalu untuk jawab panggilan telefon. Tambah lagi,nom.mak atau rumah yang ditelefonnya (*sebabnya masa pendaftaran buka akaun bank dulu aku letak di bahagian contact nom.mak dengan rumah,masa tu nombor personal tak ada lagi. ) Aku pun tak sempat nak update nom.personal. Itulah padahnya. Aku dah tak boleh tahan lagi aku pun buat la aduan dekat CIMB Malaysia 

(*Tapi sebenarnya masalah tak akan bertambah rumit pun kalau aku jawab panggilan itu dan tolak dengan cara baik,tapi nak buat macam mana,dah dia call dekat nombor mak dgn rumah. Dalam satu hal,salah aku juga sebab tak beritahu nombor aku atau pesan dekat mak atau yang lain-lain. Itu sajalah masalahnya.)



Sekarang tunggu panggilan daripada pihak berkenaan saja la,sebab katanya akan telefon (*semalam ada panggilan tapi terlepas,macam biasalah bukan aku selalu berkepit dengan telefon,nak call balik pun tak berpeluang. Banyak pula alasan aku kan,bila entah nak selesai masalah ni. Huhu)

Petang tadi,dapat panggilan drp cimb,mulanya dalam pukul 2 petang macam itu,tapi terlepas lagi,kemudian lepas aku balik dalam pukul 5 lebih,kebetulan telefon depan mata,aku terus angkat dan ceritalah apa masalahnya. Macam remeh juga la masalah aku ni,tapi peduli apa. Haha. Bila dalam keadaan macam ini,dua-dua pihak kenalah beri kerjasama kan,tak boleh harap pihak sana ja.  Tak sampai berapa minit lepas tu,aku dapat panggilan pula di nom.rumah pasal insurans la tu,aku jawab ja la dekat promoter,malas nak mengelak dah,cakap-cakap aku kata aku tak mahu insurans tu dan aku dah ada buat aduan . Ditanya kenapa tak minat? Aku jawablah ada masalah kewangan,settle. Dia pun kata insurans ni tak ada paksaan pun. Kalau tak minat tak apalah. Suara sedih ja. Huhu

Dah buat aduan tu,pihak yang uruskan aduan pelanggan semua akan beritahu la sekian-sekian apa yang patut dibuat,macam kes aku,

Pn.X kata dia akan block nama aku/nom daripada dapat panggilan tawaran insurans lagi di masa depan. Pastikan kalau korang dapat panggilan insurans tu,simpan nombor itu baik-baik haa...ada la fungsinya. Kalau masih dapat lagi tawaran bagitahu beliau sekian-sekian. Adalah prosedurnya. 

Masalah selesai,alhamdulillah. Senang hati dan aman.

Setakat ini sajalah luahan aku pada hari ini. Cerita pasal raya tak ada. 

Cuma aku nak ingatkan la,bila dapat panggilan daripada pihak sekian-sekian berkaitan dengan akaun bank ke kad kredit ke bank negara tetiba telefon ke apa,jangan terlalu mudah bagi maklumat penuh seperti yang diminta. Macam kes aku,nasib baik,memang panggilan yg sah cuma kena juga berhati-hatilah. Sila pesan juga pada mak ayah adik beradik sanak saudara semua. Kekadang diaorang tak tahu pun,sebab yakin itu bukan panggilan palsu,dan dengan mudahnya duit 'dirompak'. 

Bila dah diaorang sebutkan nama dan nom.ic dengan betul,kita rasa macam, 'eh.....' .Macam was-was/ragu-ragu,kemudian jerat pun mengena sebab kita tak berhati-hati & bila dah banyak berborak,lupa dah jatuh dalam lubang. Nombor yang tertera,lagi-lagi panggilan yang menggunakan nom. 012/3/4/6/7 dan sebagainya memang patutlah diragu-ragukan,semak nombor secara google. Marilah kita belajar daripada pengalaman orang lain,dan dijauhkan daripada gangguan orang-orang yang zalim atau yang cuba mengambil kesempatan.

Lagi satu,sampai sekarang aku tak merasa lagi tart nanas. Dah la biskut kegemaran. Sekarang macam-macam biskut pelik muncul,rupa dah menawan tapi rasa ke laut. Indah nama dari rasa.

Macam itu juga lah,biar lah rupa tiada,asalkan akhlak terjaga.

Tetiba...

Sekian.

4/8/2016

Eh,aku terjumpa satu tweet ni berkaitan dengan insurans bank,....dah selalu juga lah baca orang cerita pasal gangguan macam ini,tapi fikir balik diaorang pun tak mahu juga ganggu kita kan? Dah memang tanggungjawab diaorang. Terpaksalah,kita pun kekadang kena juga belajar bertolak ansur dan berhemah,jangan sesedap mulut keluar perkataan yang tak sepatutnya pada mereka yang kerja macam ini.




1 comment:

  1. xpayah layan insurans ni.. nina pon penah langgan sun tu sbb ada acc cimb. skrg ambil dgn prudentials rsa lebih dipercayai sikit.

    kebanyakan no yg call smua dr insurans company. dorang dpt dr pihak acc. ciskek betol. baik xpyh angkat ok

    ReplyDelete