Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Ujian Komputer / Ujian Bahagian 1 (Lesen Kereta)

Assalamualaikum dan selamat tengahari.
Seperti yang dijanjikan entri sebelum ini,aku mahu bercerita pasal Ujian bahagian 1 a.k.a ujian komputer untuk lesen kereta.

Kalau boleh selepas tamat KPP01,ceramah tu engkorang dah boleh booking dekat pusat memandu untuk buat ujian komputer di mana-mana pusat berdaftar. Kalau aku dekat MyEG Rantau Panjang,Klang. Selesai ceramah pergi serbu terus kaunter tanya kakak kerani tu boleh tak booking.

Tapikan,aku cuma sempat booking minggu kedua selepas ceramah itupun ujian komputer kena buat minggu depanya. Kiranya ujian komputer untuk lesen kereta tu cuma ada pada hari Rabu dengan Ahad saja. Dan kalau nak booking kena 3 hari sebelum kejadian. Booking kena telefon pusat memandu engkorang atau ejen. Bila ada masa yang sesuai dan dah bersedia baru booking. Kalau nak redah pun boleh tapi pastikan dah booking nanti dalam sistem dekat pusat MyEG etc ada la nama dalam senarai rekod.

Selesai booking untuk hari Rabu,bersamaan dengan 8/6,maka bermalas-malasan la tuan hamba menunggu hari yang bakal tiba. Aku bersenang lenang sungguh. Baca buku yang tebal tu ada,walaupun tebal tapi bukan semua bahagian kena baca,tapi itulah kalau dah dasar suka membuang masa,dok belek bab sama ja setiap hari. Menangguh masa. Jangan malas baca okay,ikut la cara engkorang nak baca macam mana,sambil baca buat nota sendiri ke baca sampai tengok tv ke terpulang. hihi Yang penting BACA,jangan malas-malas nanti karang gagal ,haa..baru menyesal.

Walaupun tahun lepas aku dah pernah buat ujian komputer utk lesen motor,aku kan ambil asing,ada la sebahagian dalam buku kpp aku boleh pandang sebelah mata sebab dah tahu. Tapi,janganlah berlagak pandai. Haha. Dah tak ingat buat cara tak ingat,kalau ingat pun baca juga. Motor dengan kereta bukan sama.

Semalam baru terhegeh-hegeh nak selak buku. Kah kah kah. Menggelupur. Lepas tu kelam kabut,aku siap berpesan dengan mak aku sahur nanti (*pagi tadi) aku tak mahu masak,suruh orang lain ambil alih tugas tu. Tudia....Tak dapat nak lelapkan mata. Duduk terperap dalam bilik jawab buku soalan tu.

Aku bertolak dari rumah dalam pukul 10 lebih macam itu,jam sebelumnya aku masih lagi sibuk jawab buku soalan. Huhu. Padan muka utk diri sendiri.

Sampai dekat MyEG,terus ke kaunter pendaftaran bagi kad pengenalan,lepas tu imbas cap jari dan ambil gambar. (Sediakan RM10 untuk bayaran gambar) Lepas tu tunggu la sampai kerani panğgil giliran engkorang. Tadi boleh tahan ramai la juga orang,dan giliran aku lambat la juga,sabar sikit. Huhu. Duduk menunggu tu kalau boleh bertenang,jangan kalut. Sempat lagi nak selak-selak buku.

Selepas nama dipanggil,kerani akan bagi ic sekali dengan nom.komputer. Masuk dalam bilik,menuju ke meja. Lepas tu taip no.ic dan pilih 'orang awam' kalau warganegara. Lepas tu pilihan bahasa, Malaysia atau English. Terpulang. Mula jawab soalan!


Jangan kejar masa okay. Tadi jawab sekejap juga. Soalan ada 50 tapi bila klik klik tengok-tengok dah tamat. Haha. Fokus dekat soalan dgn jawapan sampai tak sedar dah selesai. Hihi. Lepas dah selesai akan ditanya nak tamatkan atau semak jawapan (*mana la tahu rasa kurang yakin dengan mana-mana soalan,jadi jawapan boleh ditukar) ,keluar pop-up. Kalau dah yakin dan tawakal silalah klik YA kemudian tekan keputusan. Dah klik akan keluar la keputusan ujian kita tadi sama ada Lulus atau gagal. Untuk lulus pastikan dapat 42/50. Keluar dari bilik ujian bagi kad pengenalan kepada kerani. Tunggu sampai kerani panggil,tunggu keputusan tadi diprint. Alhamdulillah lulus. Yang penting lulus tak kisah markah berapa.

Dapat keputusan,terus pergi ke Pusat Memandu bagi keputusan ujian tadi dan sertakan sekali dengan gambar pasport. Tunggu lesen L siap beberapa minggu nanti,insyaaAllah.

Tips dari aku untuk bakal ambil ujian komputer :-

1. Rajinkan diri baca buku kpp. Jangan malas. Selak la selalu. Fahamkan. Lagi-lagi sistem KEJARA,pengetahuan tentang lesen semua. Tanda isyarat lalu lintas pun kena fahamkan,maksud papan tanda,apa nak buat bila nampak isyarat di hadapan etc.

2.Kalau tak sempat nak belek buku yang maha tebal tu,jawab buku contoh soalan. Soalan masa ujian nanti sama macam dalan buku tu cuma 50 soalan tu rawak tau. Jawapan pun sama cuma dia tukar kedudukan. Jangan kalut. Fahamkan soalan betul-betul,baca jawapan dan jawab dengan pasti. Jangan main tekan ja.

3. Tengok,selama buka blog dan check stats semua,keluar perkara yang sama.


4. Boleh pergi ke website ini -> http://jpjkpptest.com/ . (*aku baru perasan wujud,hehe) Kalau malas nak buka buku ke apa,pergi sana dan jawab soalan2 yang ada atau semak nota yang ada dalam tu. (*Cuma dia punya jawapan ada 4 ,kalau sekarang jawapan ada 3 pilihan ja . Yang 4 pilihan zaman dulu2 punya)

Untuk yang pertama,bab yang penting yang seharusnya korang baca dan kuasai,macam yang penceramah ceritakan lah,tak ambil nota ke? hehehe,mesti tertidur eh..Aku pun mengantuk juga.
Tak apa,aku bagitahu,biasanya bab yang keluar sentuh pasal hal LESEN (*jenis-jenis lesen,umur dibenarkan ambil lesen utk setiap kelas memandu etc kuasai bab lesen semuanya okay,sebenarnya senang tapi itulah kita ambil mudah dan keliru,itu yang kekadang main hentam jawab. ) 

Lagi satu jangan lupa bab TEORI PEMANDUAN SELAMAT (*Berkaitan dgn tanda isyarat,pemanduan berhemah,kesalahan lalu lintas,sistem KEJARA. Kena fahami betul-betul )
Dan kalau rajin baca la satu bab teori PS tu. 

Tak banyak pun sebenarnya nak kena baca,luangkan masa baca sikit,ala kita berkorban sikit untuk kesenangan akan datang sebab aku tahu ramai betul ada masalah malas nak buka buku ni kan? Aku faham sangat,hahaha

(*Bukan aku ada cerita hal sama ke dekat atas? )

Hari apa ada ujian komputer,aku tak pasti lah mungkin setiap tempat berlainan agaknya. Ada hari-harinya. Kalau nak booking  sendiri dekat pusat ujian pun ada harinya juga,boleh telefon pejabat pusat berkaitan utk urusan seterusnya. Kena beranikan dirilah tanya,kekadang google bukan semua ada jawapan. 

Ujian kpp gambar? 
Gambar apa yang dicarinya tak pastilah.
Mungkin maksudnya,masa kita buat pendaftaran dekat pusat MYEG kena buat bayaran RM10. CIkgu aku dah pesan awal-awal siapkan duit untuk caj gambar.
Ada yang minta duit ada yang tak,tak pastilah kenapa.


Sekian.

5 comments:

  1. hahaha..dulu debor nak amik..nasib baik lulus tu pun lebih 1 markah dari gagal..heehe

    ReplyDelete
  2. yeahhh.. dlu 43/50. dpt tu terus suka tp fail bab moto. kereta lulus sekali.
    all the best nana..

    ReplyDelete
  3. aku dulu 4 ke 5 kali gagal komputer masa ambik ujian komputer kat myeg. paling rendah markah dapat 38/50. nak buat macam mana kan kalau dah jenis malas nak membaca. hahaha. kali terakhir buat ujian komputer dapat la markah 43/50 tu pun sebab gigih jawab soalan dalam buku kpp kalau tak rasanya gagal lagi la. masa print result last tu muka bangga je macam first time masuk ujian komputer aku punya bangga lulus. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. alhamdulillah..
      itulah,kena baca atau selak2 bahagian yg penting ja lepas tu cuba jawab buku soalan,insyaaAllah lulus. hahahaha.. siapa la tak mahu lulus kan? wajib lulus ni kalau tak,tak dapat lesen L,lambatlah nak belajar pula.

      Delete