Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Kad Raya SUPER SPECIAL DAEBAK

*Schedule post* 
Assalamualaikum dan selamat pagi..! :D

Hari Rabu lepas sampai satu surat,yang mana aku tak jangka pun ada orang akan hantar. Aku akan cerita siapa yang bagi,biar aku bermukadimah panjang sikit naa..

Dah masuk minggu-minggu terakhir nak raya memang ada la orang yang bagi kad raya. Ada rezeki dapat lah,tak ada tak apa la,asalkan ada yang sudi ingat engkorang itu dah kira satu kegembiraan juga. Engkorang dah dapat berapa tahun ni? 

Sekarang dah tak ramai yang bagi kad raya kan,dulu zaman sekolah rendah,selalu la juga tukar-tukar dengan kawan,kau bagi aku,aku bagi kau juga. Haha. Beli pun dekat kedai buku sekolah,sekeping tak silap RM0.50 ke RM1. Kad raya saiz kecil tapak tangan. Lepas tu dulu selalu juga bertandang rumah orang tengok ada tampal/lekat kad raya dekorasi dekat dinding (*sila mengaku jikalau engkorang masih lagi kekalkan 'tradisi' ini ) Kekadang letak kad raya yang orang bagi,kekadang kad raya kosong,saja beli nak letak dekat dinding,jadi ada la 'hiasan tambahan' dan bapa boleh jimat duit sebab kad raya dulu harga berapa ja sangat kan. Masuk sekolah menengah dah tak main lah kad raya, duit simpan beli topup nanti nak mesej or calling makwe pakwe ada la duit,tak kan nak harapkan mak ayah topupkan memanjang (*walaupun asalnya duit itu datangnya dari huluran tangan mak ayah hang juga..). Copy & paste ucapan selamat hari raya dari seorang terus forward dekat yang lain-lain. Generasi Y kan memang dasar copy paste. hahaha. Itu belum cerita lagi bila dah masuk alam kolej/U ataupun kerja. Semuanya berbeza ceritanya.

Dipendekkan cerita,okay aku nak cerita pasal kad raya dari kak Farrah saja,tapi melencong pula masuk simpang salah. Tengok gambar dekat bawah ni dan silalah kagum dari jauh. Orang dah memang jari berseni,bagilah apa saja ,dapat dekat tangan dia ,macam-macam boleh terhasil. Terima kasih banyak-banyak kak,sudi lagi menghantar kad raya! Walaupun saya dah jarang tinggalkan komen di sana tapi kekadang intai-intai juga rumah. Cuma tak tinggalkan komen. Silent reader orang kata. 

Sekarang dah tak macam dulu,ada masa nak blogging dekat semua blog yang aku suka tinggalkan komen. Aku kan perangai suka singgah satu blog,kemudian mengomen secara pukal. Rasa bersalah bila komen satu entri ja,belum kira lagi nak baca entri dari atas ke bawah,tak boleh la nak baca sekilas,rasa macam tak adil pula,empunya blog dah panjang berceloteh tapi kita faham pun tidak baca apatah lagi,komen pun seketul, 'Nice', 'Bestnya'. Dulu banyak masa terluang,sekarang masa ada ,tapi kita isikan masa dengan perkara yang berada dalam kepentingan utama. Bulan Ramadan pun kurang aktif juga bersosial,twitter pun dah jarang buka,kekadang buka risau ada orang pm ke apa. 

Walaupun kenal dekat alam maya ja kan,tapi bila kita dah mula wujudkan satu 'perhubungan' atau entah macam mana nak jelaskan eh? huhu. Haru. Tapi ia sesuatu yang dihargai. Alhamdulillah.

Masa dapat kad ni,abah hulurkan pun aku dah teruja,tengok tulisan dekat sampul dah dapat agak daripada siapa. Ibarat macam anak kecil dapat hadiah dari mak atau ayahnya. Terujanya macam itulah. Siapa la tak gembira bila ada orang masih mengingati kita kan? Rasa diri begitu berharga. Cewah... Aku pun tunjuk lah dekat mak dengan abah kad raya ni,nak kongsi keterujaan tu bersama tapi hampeh,diaorang tak rasa apa yang aku rasa. Sebab itu kan kad aku. Haha.  Krik krik krik.. 

Okaylah kalau tetiba datang pula mood rajin dan ada idea nak berkraf buat kad raya untuk tahun hadapan,bolehlah rujuk link bawah ni,
DIY Kad Ucapan Menggunakan Washi Tapes



Abaikan tisu bawah tu,aku cari port cantik,tapi hentam saja la.. haha.
Jadi,di kesempatan masa yang aku peruntukkan untuk berblogging,maka aku mahu siarkan sepantas kilat entri ini,sebab risau entri akan terperam lama. 
Saya alhamdulillah sihat,sekarang pun nak selesaikan lesen kereta,baru nak ambil. Hehe. Tapi belum belajar lagi,dengan urusan lain-lain lagi. Memang tak sempat nak berblogging. Sempat pun update cerita tapi masuk 'draf' saja la. Ramadan rasanya biasa-biasa,macam sebelum ni,jadi 'lipas kudung' waktu pagi,nak kena bersiap apa semua. Kekadang berharap jadi sotong,tangan banyak. Haha. Terima kasih untuk doa,dan begitu jugalah harapan saya buat akak Farrah,insyaaAllah. Selamat hari raya juga buat akak yang jauh di sana,semoga raya tahun ini memberikan kenangan yang menggembirakan.
Oh ya,tahun yang sudah-sudah aku ada la hantar kad raya kepada beberapa blogger,tak ramai pun. Sekian-sekian bilangannya. Tahun ni,nampaknya tak berkesempatan untuk beli kad raya dan proses-proses seterusnya. Jadi tak ada la abang posmen datang rumah hantar surat,minggu ke-2 raya ke apa. Hahaha. Aku kan hantar kad lambat sikit dulu,minggu terakhir baru sibuk nak hantar. Padan muka dekat diri sendiri sebab hidup kelam kabut. Tapi tahun ini,tiada.

Sebagai penutup entri panjang lebar ni,silalah tonton video hampeh di bawah okay,

HAHAHA 

SEKIAN.


8 comments:

  1. zmn skang dh jarang sgt yg hntr kad raya kan..yg ada ws ngn msg je..klasik punya stail la kad ni..cntik tulisan kak farrah..hehe...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, selamat sampai kad buat Nana. Hihihi terima kasih update perkembangan Nana di sini. Jaga diri baik2 ye. Moga setiap urusanmu berada dalam lindungan dan dakapan kasih sayang Allah.

    ReplyDelete
  3. wahhhh. nostalgia sangattt. lama dah tak buat and tak dapat kad. haha.
    sekarang kan semua guna teknologi. tahun depan in shaa Allah nak buat lah jugak.:) selamat hari raya awaaa:)

    ReplyDelete
  4. bestnya... tak ada siapa pun kasi saya kad raya *sobs sobs*
    rindu zaman berbalas kad raya dulu :(

    ReplyDelete
  5. akak pun dapat juga daripada farrah ni
    cantikkan kad dia. teruja sangat dapat kad buatan tangan tu
    dapat rasa kasih sayang gitu..hehe

    eh aritu akak ada minta juga alamat dengan ko ni
    tak bagi pun, idak boleh juga bagi kad raya
    pastu serbu rumah ko...kumpul duit raya...haha

    p/s-bila bertukar blog ni. cantiklah pula

    ReplyDelete
  6. Tahniah! Haha kita tahun ni takde dapat kad raya pun T_T

    ReplyDelete
  7. fuyoo. syokk nya dapat kad raya dr kak farrah (∩_∩)

    ReplyDelete