Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Ulasan Buku : MOMENTO

Assalamualaikum dan selamat pagi..
*schedule post

Alhamdulillah,bumi Klang dibasahi hujan nikmat. 

Baik kali ini aku nak mengulas satu buku yang kebetulan terjumpa hari Isnin lalu,masa bersantai lepak dekat RATU,engkorang kena faham hobi aku melepak,tapi lepak dekat perpustakaan la,jadi berfaedah juga kan ? hihi
Masa mencari-cari buku,tanpa motif/target yang jelas,ambil secara rambang (*bahagian rak Psikologi/di tingkat 3) aku terjumpa buku ini terselit di antara buku lain yang lagi tebal isinya. Buku ni memang rezeki betul la aku dapat jumpa. Biasa bila mencari tak jumpa,tak cari alhamdulillah ada rezeki terjumpa. Boleh faham tak perasaan aku macam mana? 

Jadi mari kita ambil dan duduk diam-diam sambil baca. 



Sinopsis belakang buku,tapi aku printscreen dari page GoodReads
Tajuk: Momento
Halaman: 170ms
Penulis: Adnin Roslan, Shukery Azizan, Qamarul Nazrin, Hakim Sufian, Muaz Faris.
Harga: RM25

Buku yang tak berapa tebal ni,memang berbaloi engkorang baca. Untuk yang pantang bahasa tunggang-langgang,bahasa rojak,terlalu santai dan dll seangkatannya,mungkin engkorang boleh sakit jantung sikit la. hihi
Tapi ketepikan la semua itu,asalkan kita dapat ambil ibrah daripada cerita/isi buku yang dibaca. *Pujuk hati sendiri

Kalau engkorang ada follow 'Tarbiah Sentap' di mana-mana media sosial sekalipun,tentunya engkorang tahu, TS ada keluarkan buku-buku,setakat ni aku pernah baca buku 'Tarbiah Sentap' oleh Adnin Roslan saja la,itupun aku pinjam dari kawan aku,Cik Milah. Kalau korang baru kenal TS,mungkin perkataan 'SENTAP' agak menakutkan engkorang,tapi percayalah,insyaaAllah,selepas baca sama ada buku2,posting di media sosial atau boleh juga mulakan dengan baca entri di blog,link dah letak dekat atas,mesti engkorang boleh jatuh cinta dengan TS.



Aku tak dapat nak ulas banyak sebenarnya buku ni sebab aku sempat habiskan bahagian momento bro Adnin Roslan dengan Shukery Azizan (* 1 1/2 cerita) saja. 

TAPI..........

Tapi, setakat yang aku baca,bahagian 1 (A.R punya cerita kenangan),memang ada banyak yang boleh dibuat pengajaran. Kalau engkorang baca pun,mesti mengucap panjang,sebab tak sangka punya penulis ada kisah silam seteruk itu. Zaman jahiliah orang kata. Zaman nakal atau zaman dulu-dulu..

Bahagian 2 pula bro Shukery Azizan (penulis buku 'Bedtimes Story'),memang ada cerita kau akan tersenyum senseorang atau tergelak tanpa dapat dikawal. Lawak,atau aku jenis mudah sangat terhibur pun tak pastilah. Haritu baca,aku tergelak tanpa sempat nak tahan,malu betul dekat orang sebelah,manusia asing. Aduhai...

Kisah setiap orang berbeza walaupun kita lalu jalan yang sama. Betul tak?
Nasib setiap orang pun tak sama.
Yang dapat yang baik,alhamdulillah,atas rahmat kasih sayangNya,kita berjaya lepasi jalan kelam utk kembali ke jalan kebenaran. Yang belum/masih dalam jalan jahiliah,usahakan diri untuk keluar,bukan cuma berdoa dan berharap pada orang lain saja. 

Aku cadangkan kepada mereka yang suka beli/hadiahkan buku-buku ni,engkorang hadiahkan buku Momento pula. Santai ja baca,tak tebal mana...insyaaAllah,sekejap ja boleh habis baca. 




Siapa sangka orang yang kita lihat baik/alim/beragama/dan lain-lain rupanya ada kisah silamnya yang buatkan dia berubah dari jahat kepada baik. Siapa sangka? Tiada sesiapa,sebab tu jangan lihat orang jahat itu akan selamanya jadi jahat,yang baik akan baik sentiasa. Lihat orang lain dengan sangkaan yang baik-baik,jangan pandang rendah/hina walaupun kita tahu kisah hidupnya sekarang tak berapa baik.

p.s/ Sementara itu,apa kata baca pula kisah 'Abang Long Fadhil' ni... cerita dari seorang gangster berubah jadi baik. Hidayah itu kan milik Allah,siapa pun boleh dapat,tinggal kita nak usaha dapatkan dan istiqamah dalam jln kebaikan. 

1 comment:

  1. dr pembacaan nampak buku ni ke arah motivate org.. nice review nana :)
    lawa header cute

    ReplyDelete