Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Ceramah KPP01 (29/05/16)

Assalamualaikum dan selamat pagi..! 

Oh ya,nak cerita semalam punya peristiwa,29/5. Semalam ada ceramah KPP1 a.k.a kursus Kurikulum Pendidikan Memandu (6 jam) untuk lesen kereta. Sepatutnya kelmarin,yakni Sabtu aku pergi ceramah,tapi itulah kita kan hanya mampu merancang,aku ada urusan pula pagi Sabtu,nak pergi ceramah pun dah tentu tak dapat. Jadi,tenangkan diri,sabar dan terus ke hari seterusnya. Jangan terburu-buru.

Pendaftaran pukul 8-9 pagi,dari rumah aku disebabkan rumah dekat dengan pusat memandu ,kira tak sampai 10 minit dah boleh sampai,insyaaAllah,jadi aku relax saja datang lambat. Selalu sebelum pukul 8 aku dah pergi sana (*waktu ambil lesen motor,nak berebut tempat punya pasal.) Padahal pagi tu hujan lebat,tapi tak ada lama pun. Tengok macam tak ramai orang sangat pun,sekali masuk pejabat,pitam. Ramai. Tawakal saja la.

Pergi kaunter daftar,bagitahu urusan apa,lepas itu,bagi kad pengenalan dan imbas cap jari. Lepas tu kerani kaunter akan bagi buku yang maha tebal tu. Dan diberitahu masuk dewan 1. Terus gerak ke dalam tanpa buang masa,nak berebut tempat juga, Keh keh keh. Aku memang suka berebut . lol. Dalam setengah jam tu duduk la dalam Dewan 1 sambil belek buku kurikulum tu ,tak ada nak tegur-tegur orang sebelah,dengan sejuk lagi. Bertabahlah. 




Dalam pukul 9 lebih macam itu,baru cikgu masuk. Kemudian cikgu susun kedudukan dalam kelas mengikut senarai pendaftaran,maka bergeraklah kami semua 43 orang mengikut arahan cikgu tanpa banyak songeh. Sebelah kiri kanan aku perempuan,tak ada la masalah,kekok nak berbual,tapi memang tak dapat nak cakap apa-apa pun pasal cikgu dah bagi amaran awal-awal ,

Jangan main telefon/ silentkan & semestinya tak boleh guna juga,ada keperluan,silalah minta izin untuk keluar
Jangan berbual
Jangan tidur,kalau mengantuk....pergilah tandas cuci muka.

Disebabkan aku pernah dengar cikgu yang sama bagi ceramah tahun lepas (*waktu ambil lesen motor dulu) jadi aku dah faham la peraturan dia macam mana,memang tegas,tapi bukan la tegas garang tak boleh bertolak ansur. Kekadang kecut perut juga,tapi buat apa takut dekat manusia,ya dak? haha 
Tapi,di sepanjang beliau berceramah,bukan serius memanjang,ada juga bahagian yang lawak,sampaikan orang belakang aku gelak terbahak-bahak tau,aku dah pelik dan rimas. huhu
Mula-mula ceramah pun beliau banyak berbasa-basi,nak bagi kitaorang tak susah hati agaknya. 

Biasalah kalau dah namanya ceramah,tak sah kalau tak rasa mengantuk,kan? haha
Aku pula pagi tu terjaga awal,maka tahan la mata,memula rasa badan segar,tetiba macam cuak,dah cuak,cemas dan seangkatannya,maka perut pun buat hal,memulas-mulas. Memang tak selesa betul,aku tahan ja. Kemudian lama-lama bertenang,sebab selagi tak bertenang,selagi tu la perut buat hal. 
Dalam kelas tu berapa kali entah menguap,masa sesi pagi la sampaikan risau tertutup mata karang,nanti cikgu ternampak dah malu besar kena tegur. lol Dah berapa kali beliau nampak orang tertidur & tegur terus. Seram. Dah la budak depan aku (Indian boy) dengan belakang (Indian girl,i guess) ditegur cikgu. Aku yang duduk dekat tengah-tengah dah mengelabah,sebab dalam masa sama aku punya kantuk tak dapat ditahan-tahan.

Dalam pukul 11.45 pagi macam tu cikgu lepaskan kitaorang keluar rehat sampai 12.30. Itu rehat yang pertama. Sebelum keluar rehat,aku toleh budak sebelah kanan aku sekejap,tetiba terkeluar soalan,

"Dulu budak SKI ke?"

LOL

Sebab muka dia sangat biasa dilihat. Pernah nampak tapi tak ingat siapa dia. Dia pun mengiyakan,aku katalah macam pernah nampak ja,hahaha..ingatkan budak form6 ke apa,tetiba aku jadi peramah sangat kan. Dia pun kata macam pernah nampak aku,bila ditanya umur dia muda setahun aku,bukan form6 dulu,maknanya masa dia form 4,aku senior. Itulah,dah berapa tahun tinggalkan sekolah,ada juga yang ingat muka aku,terharu pula tetiba. haha
Lepas tu aku pun lepak dengan dia dekat kantin,minum-minum sambil borak kosong. Aku tak ada kawan pun dekat situ,apa salahnya kita cuba mesrakan diri. Dapat juga kenalan baru. Terasa kekok atau keseorangan memang kita akan jadi peramah dengan tiba-tiba. 

Dah 12.30 masuk dewan 1,tunggu yang lain-lain,kemudian dalam pukul 1 lebih cikgu bagi keluar sekejap,untuk solat Zohor atau yg lain boleh la berehat,makan ke apa. Masuk balik pukul 1.50 petang. Balik pun dalam pukul sebelum pukul 4,habis awal pula.. Bagus juga,nak balik rehatkan otak aku yang tengah risau macam-macam. huhu



Aku dah tak ingat sangat,maksud aku nak ceritakan balik semua yang terjadi semalam,sebab banyak sangat gelak. Lupa ingatan. Sekarang ni tunggu untuk pergi ujian komputer ja la. 

Sampai sini sajalah cerita aku,insyaaAllah,untuk sesi seterusnya dapat lesen kereta,aku ceritakan.
Harap semuanya akan dipermudahkan la,insyaaAllah.

Lupa aku nak ingatkan, datang ceramah ni,etika pakaian untuk lelaki kena baju yang berkolar,perempuan sopan la,jangan berskirt ke seksi sangat,karang orang pandang kau ja pula.. huhu.. dan berwajib BERKASUT okay..kalau tak penceramah suruh keluar.

5 comments:

  1. duk SKI ke? dekat sangat dah tu
    entah2 selalu sangat berlaga bahu...hehe
    apapun all the best ye yunk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan,sekolah situ ja,duduk jauh sikit dari SKI. hahaha
      Wallahualam la kak,entah ada jodoh jumpa la..haha..tapi saya la boleh kenal akak,sbb saya jarang letak gambar muka dlm blog,dah tentu akak tak kenal rupa macam mana.. eh.. hihi

      insyaaAllah,terima kasih! :D

      Delete
  2. Suka kalau ceramah dgn Cikgu Ali . Tak bosan langsung . Mengantok pun tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kita bukan cikgu Ali,nama dia Yusof tak silap,bekas polis trafik,kalau tak silap. huhu
      banyak sangat gelak haritu dah lupa.

      Delete
  3. yg bg ceramah ni selalunya org2 yg berpengalaman tp sek driving bg kita pilih cikgu memandu.
    mesti xsabar nk pegang stereng. hehe

    ReplyDelete