Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Cara Ambil Lesen Kereta / Motor

Assalamualaikum dan selamat pagi..!
*aku taip awal tahun baru 2017 sebenarnya.. hihi

Aku terlupa pula nak kongsikan entri yang satu ini. Mesti ramai juga yang tertanya-tanya. Ya la sekarang zaman semuanya di hujung jari. Nak bertanya memang pemalu sikit,tapi kalau malu bertanya sesatlah jalan. Ya tak? Jadi,kena beranikan diri bertanya.

Okay,cukup untuk pengenalan yang agak melalut. Entri kali ini aku nak kongsikan tentang 'Cara Ambil Lesen Kereta / Motor' . Mungkin ramai yang nak ambil lesen tapi tak tahu macam mana nak mulakan langkah pertama / macam mana nak daftar.

Ini melalui pengalaman aku sendiri lah ya.

  1. Terus datang ke pusat memandu yang berhampiran (*secara walk-in). Pergi ke kaunter dan tanya mana-mana kerani yang korang nampak. Aku sarankan lebih baik datang di awal pagi,sebelum lunch hour. Kerani ramai masa ini. Tapi,terpaksa lah menunggu sikit sebab bukan kita sorang yang ada kan? Tanyalah kerani,pasal lesen,kalau dah ada duit dalam tangan,boleh terus buat bayaran pemula. 
  2. Satu lagi cara,bolehlah telefon pejabat pusat memandu yang korang nak belajar itu. Google ja nombor telefon pusat memandu tersebut,gerenti ada punya. Tapi,untuk menunggu panggilan diangkat perlulah sedikit kesabaran ya. Kadang-kadang telefon tak terangkat langsung,fikir positif sajalah,mungkin sibuk sangat sampai tak terlayan. huhu. Jadi untuk yang kurang sabar,baik terus walk-in. Apa yang kita nak tanya,terus tanya.

Masa aku ambil lesen kereta ni aku terus serbu kaunter,nampak kerani,terus aku tanya untuk lesen kereta berapa bayaran dikenakan. Sebab aku malas nak telefon punya pasal. Lagipun rumah dah dekat. Alang-alang kan.. Aku tanya bayaran untuk lesen kereta D (manual) .

Tempat aku kenakan bayaran RM1250 untuk lesen kereta. Tapi boleh ja bayar separuh,aku bayar deposit dulu RM300,lepas ja selesai buat ujian komputer,aku terus bayar lagi baki yang tinggal RM900++. Bayaran kena jelaskan sepenuhnya sebelum ujian JPJ,selepas QTI pun boleh juga sebenarnya. (*Tak silap aku la,sebab masa buat bayaran pertama kali itu,aku ada dapat broser). Tempat lain,aku kurang pastilah boleh ke bayar separuh ke macam mana.

Kalau dah pasti nak ambil lesen,buat pendaftaran,lupa dah aku,tapi tak lama sangat pun,sekejap ja,lepas tu,kerani suruh lah datang dengar ceramah KPP01. Sebab aku dah pernah daftar dekat pusat memandu sama (*lesen motor dulu) jadi semua maklumat aku dah ada dalam rekod sistem . Tak payah isi borang macam ambil lesen motor dulu. 

Ya dua cara di atas,itu saja cara untuk daftar lesen,kalau pakai ejen aku kurang pastilah macam mana,tapi lebih baik buat sendiri,tak payah harapkan orang lain.huhu

No comments:

Post a Comment