Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Akhirnya,lepas juga ujian..

Assalamualaikum dan selamat malam..! 

Ini entri aku taip pada 8/4 sebenarnya,tapi aku set la balik ikut waktu kejadian sebenar.
Terlupa pula nak cerita dalam blog,follower patut tahu okay. :P

Ini patut diceritakan sebab ada beberapa kawan aku yang tahu pasal blog,jadi saja la aku cerita,kot mereka nak tahu perkembangan hidup aku yang terkini,dekat sini ada jawapannya. Hiks... (*aku bukan perli,betul-betul aku bagitahu ni haa...) Tapi,tak semua yang berlaku dalam hidup aku,aku nak ceritakan dekat sini la.. Berpada-pada okay? Mahu semua benda aku cerita,memang a-z la semua orang tahu,yang tak patut tahu pun terbagitahu.


Opsss..


Okay,ada apa kaitannya 'UJIAN' dengan '8 MARCH'?

Engkorang memang la tak tahu,jadi aku nak ceritalah ni..

8/3 


Sebenarnya,masa tu ada ujian JPJ untuk motorsikal kelas B2,tapi ulangan la.

2 minggu sebelum tu yakni 23 Februari tu ujian JPJ tapi aku terkandas dekat bahagian titi,aku terjatuh,kurang asam betul. Nasib baik ada geng yang tak lepas ujian dan jatuh titi juga (seorang terlebih laju,ya la bahagian titi patut lebih kiraan 7 saat dekat atas tu. Lagi seorang,lagi sikit nak sampai bahagian hujung,tetiba terjatuh) ,haruslah aku gembira..
Bahagian litar aku tak lepas,kan kalau dah gagal satu terus semua gagal,tapi alhamdulillah bahagian jalan raya,aku lepas,senang..! :) Jadi cuma buat ulangan utk bahagian 2 saja la,dan kena bayar RM20 untuk ulangan.

Memandangkan aku ambil pakej 'MYLESEN' untuk motor,jadi kalau ulangan,terpaksa tunggu 2 minggu dari tarikh kita gagal tu.. Memang makan masa juga la. Sementara tunggu ujian ulangan,kitaorang ada 2kali boleh buat latihan dekat litar,tapi hari Isnin ja la..

Ikutkan memang aku rajin ja menaip nak cerita a-z,tapi macam kurang penting pula,jadi marilah kita terus ke puncak cerita okay?


Waktu kejadian,aku datang sebelum pukul 8,walaupun rumah dengan pusat memandu tu dekat,tapi sebab dah berjanji dengan Kak Shah,aku pun ikutkan. Aku sempoi ja pagi tu,pakai baggy shirt dengan seluar track suit,pakai tudung sarung. Perangai memang suka selekeh. Dah tahun 2016 pun tak reti nak berhias,okay. Faham.

So,datang masa tu,tak macam berapa ramai orang pun. Maksud aku,motor tak banyak,itu yang seronok,boleh cop tempat. 

Dah salam,tegur-2 kak Shah,kitaorang menuju ke pejabat/kaunter/apa-apa la belakang tu,untuk semak nama/nombor giliran. 

Tengok senarai ulangan ada dalam 20 lebih atau kurang macam itulah,tapi,aku punya giliran nombor 2. Haru tak haru,nak tak nak,sabar aja la..Kak Sha nombor 3,yang pertama budak yang bawa laju dekat titi tu,hahaha..aku tak tahu la namanya apa,indian boy. 
Tapikan hari tu,memang aku rasa tenang betul,aku tak mengelabah sangat,ada la sikit gementarnya,tapi aku masih boleh relax. Pengalaman agaknya..ya la kali ke-2 kan..

Lepas tu masuk dewan,tunggu kerani panggil ikut 'status',tapi yang buat ulangan la kena panggil dulu,bagi vest siap nombor,terkezut aku..

Lepas tu keluar,daftar dekat kaunter luar tu,duduk dan tunggu pegawai JPJ panggil nombor untuk buat RPM (Rutin Pemeriksaan Motor) (*sekali lagi...).
Aku duduk berborak dengan kak Shah sampai pegawai panggil nombor aku,dua kali,aku blur,eh...Budak nom.1 pun dah gerak dulu. 


"Kena buat lagi sekali ea RPM?"

Aku siap tanya balik pegawai tu,kena buat balik ea RPM,sebab aku noob jadi aku tanyalah,sebab aku dah lupa haramjadah semua yang aku dah hafal 2 minggu lalu. Hahaha
Nota semua aku dah buang! Tapi,tak kan la lemah sangat otak aku tak ingat apa satu pun kan? betul tak? Jadi,aku tengok ja motor depan mata tu,lepas tu apa yang ada,aku sebut la,kekadang curi dengar orang sebelah cakap apa,itu aku ikut lah. Hehehe..

Mengelabah,sebab tak bersedia. 
Cakap pasal RPM ni kan,aku asyik teringatkan kak Sha. Sebab masa ujian JPJ yang pertama tu kan, dia ada cerita masa giliran dia buat RPM, dia kata macam ni bila sentuh bab tayar,


" Tayar tak terlalu kembung encik. Ada angin. Dalam keadaan baik."

Lebih kurang macam itulah ayatnya,janji perkataan 'Kembung' tu ada,mahu terbahak-bahak aku dengar beliau bercerita. Hahaha. Kitaorang dah gelak macam naik hantu dah. (*Agaknya pegawai JPJ tu dengar ke tidak ya kata-kata kak Sha? Agaknya dengar tapi cover atau dengar tapi tak kelakar sebab dah berapa orang calon dia handle lagi lawak dari kak Shah. Logik juga..)

(P.s/ Betul ke tips,aku jumpa satu tips kalau nak lepas ujian JPJ,puji sikit misai abang JPJ? )

Selesai,selepas tu,aku patut pergi terus ke pondok,tapi aku tunggu sekejap sebab budak nom.1 pun tak gerak lagi. Selesai Kak Sha,kitaorang berdua ke pondok,phew.....masa tu nom 1-5 dah ada dekat pondok,so pegawai yang jaga suruh ambil motor gerak ke pagar A (*bahagian utk buat ujian litar la..) aku pun pilih motor lama,yang selalu guna masa praktis. Sebab aku selesa dengan motor tu daripada motor baru. 

Terus ke tempat yang sepatutnya ikut turutan nombor,aku tak ada rasa gelabah dah,boleh cool down. Fuh... tawakal. Buat yang terbaik.
Selepas dah dapat semangat dari abah,dah praktis semalamnya buat 3 pusingan (Titi-kon-brek kecemasan-jalan tak rata/bonggol-pusingan 8-selekoh tajam),aku pasrah saja la dengan harapan luluslah hendaknya haritu.
Cukuplah 2 kali ja ujian JPJ,aku dah malas tengok muka pegawai-pegawai. Hahaha.

Okay,lepas nom.1 dilepaskan,tunggu giliran aku dipanggil,masa tu entah tetiba pula ada orang nak bertukang,buat apa entah,pecah tanah? Bising. Sabar ja la.. 
Bila nama dipanggil,angkat tangan,buat RSM sebelum gerak naik titi, aku tbh la memang aku fobia betul dengan titi,banyak kenangan buruk. Hahaha.. Dah la aku pernah 2 kali terjatuh atas titi,sekali dengan motor aku tumbangkan..tapi tak ada cedera mana,lebam ja.. T_T Bukan setakat tu,malu lagi. Padan muka eh..

Aku dah berkumat-kamit baca semua sebelum naik titi,ya la seram,kalau terjatuh,gagal la semua. 

Bismillah,bila naik tu,hati-hati la,aku siap google tips nak lepas bahagian titi (*jangan pandang kiri kanan,pandang depan/hujung titi,jangan goyang-goyang,kekal steady and focus ) dalam masa sama pastikan kiraan lebih dari 7 saat,jangan kurang. 
Aku naik la....dan lepas! Bila yang pertama lepas dengan jayanya,insyaaAllah,yang lain,halangan tak nampak susah mana,walaupun sebenarnya aku belum cekap nak bawa motor. hahaha.. 

Selain titi,aku risau juga dekat bahagian kon (*sebab masa QTI dulu pernah aku dah sampai kon akhir tetiba pula stuck,aku terlanggar benteng) lepas tu bahagian jalan tak rata,kan ada berapa bonggol tu,risau terkeluar dari landasan ja.. Tapi aku buat juga yang terbaik,tak mahu buat kesilapan dah,memang berhati-hati aku. 
Lepas ja masuk selekoh tajam,bahagian akhir,aku matikan enjin,tolak motor dekat pondok JPJ tu,hehe..senyum lebar aku tahu,sebab dah tentu la aku LULUS! 
Ya la,dah lulus bahagian litar,jalan raya tak payah buat dah,dah lepas itu hari.
Naik terus pndok,ambil borang etc,tak sabar betul nak balik rumah,sebab nak sambung tidur. :P

Aku mula dari RPM tu tak silap dalam pukul 8 lebih la,memang haritu semuanya berjalan lancar,alhamdulillah,cuaca pun baik,macam mendung,tapi terik.

Dapat borang,pergi kaunter luar tu,yang buat RPM tadi,serahkan borang,nanti pegawai sahkan kita lulus atau tidak berdasarkan keputusan tadi,lepas dah dapat slip bawa ke pejabat,yang lulus kena bagi gambar pasport lah,yang tak lepas,kena bayor RM20 dan tunggu la 2 minggu lagi. Untuk MYLESEN bayaran untuk ulangan ujian JPJ berlainan dengan yang ambil lesen motor biasa. 

Alhamdulillah.

Balik dalam pukul 9/10 lebih. Semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yagn aku harapkan. Sekarang tunggu panggilan utk ambil lesen P ja..

p.s/ sekarang kumpul duit nak ambil lesen kereta pula,insyaaAllah. Dah umur berapa baru sibuk nak ambil lesen,tapi aku peduli apa,janji ada walaupun lewat sikit. Padan muka dekat diri sendiri. 

3 comments:

  1. Tahniah3x, akhirnya lulus meniti titisn jpj, blm lagi titian hidup, dan lbh jauh blm lagi titian sirat. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih acik..alhamdulillah..

      wah,deepnya.... T_T
      insyaaAllah,harapnya semoga di sana,kita dipermudahkan perjalanan yg maha panjang. Tak mahu tersekat-sekat..

      Delete
  2. tahniah!!!! hehehe...usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete