Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Fikir-fikirkanlah..

Assalamualaikum..

*autopost
 (oh ya,aku recycle balik dari blog lama yang dah di-private itu,okay? haha)

Kata-kata ini aku jumpa dari sebuah buku motivasi bertajuk, 'Nota Hati Buat Pelajar : Motivasi dan Petua Belajar' hasil karya Razali Saaran 
Cuba renungkan setiap kata-kata ini..,kalau terasa hati..bagus lah masih ada kesedaran dalam diri.. ^^

Kredit
  • Anda hanya tahu meminta kepada orang tua anda,tetapi jarang sekali memberi kepada mereka.
  • Anda sering merungut kerana orang tua anda tidak memenuhi kehendak anda,tetapi pernahkah anda terfikir anda juga tidak memenuhi kehendak hati mereka yang bersusah-payah menghantar anda ke sekolah dan membesarkan anda?
  • Anda terlalu sibuk memikirkan hati anda,tapi pernahkah anda memikirkan hati orang tua anda? 
  • Anda begitu sedih apabila kehendak anda gagal dipenuhi oleh ibu bapa anda,tetapi adakah anda fikir mereka gembira dengan kegagalan anda,tidak memenuhi impian mereka melihat anda berjaya dalam pelajaran?
  • Anda begitu puas kerana berjaya menyakiti hati orang tua anda,tetapi sebaliknya bersungguh-sungguh menjaga hati kawan-kawan anda.
  • Apabila sihat,anda sibuk bersama-sama kawan-kawan, tetapi apabila sakit,mereka menjauhi anda dan orang tua anda yang menjaga anda.
  • Apabila anda inginkan sesuatu,anda meminta daripada orang tua anda. Apabila anda memilikinya,anda melupakan mereka.
  • Apabila diberi jarang sekali memuji orang tua anda,tetapi apabila tidak mendapatkan apa yang dihajati mudah sekali anda mengeji.
  • Anda sering menangis kerana sikap orang tua anda yang kononnya menyakitkan hati. Tahukah anda,anda juga sering menumpahkan air mata orang tua anda kerana kedegilan anda.
  • Pada saat anda tidak dapat tidur lena kerana masalah kesihatan,orang tua anda turut tidak tidur. Mereka juga berdoa supaya kesakitan yang anda tanggung itu dibebankan ke atas mereka,kerana begitu kasihkan anda dan tidak sanggup melihat penderitaan anda. Namun,apabila sihat,anda menyakiti hati mereka.
  • Ketika anda berjaya menerima segulung sijil yang hebat dalam peperiksaan,orang tua anda begitu rungsing memikirkan di mana hendak mendapatkan pembiayaan buat pengajian anda nanti. Anda begitu gembira bukan? Tetapi mereka menyembunyikan kerungsingan mereka dan sentiasa berfikir-fikir dan mencari jalan supaya anda dapat menyambung pengajian nanti. Namun,apabila berjaya, anda lupakan mereka dan tidak memikirkan kebajikan mereka.
  • Ketika keputusan di tangan anda,kesedihan mungkin bersifat sementara,tetapi kesedihan orang tua anda berpanjangan kerana harapan mereka kepada anda bermula semenjak anda dalam kandungan lagi.
  • Pelik bukan kerana yang gagal adalah anda. Tetapi,yang menanggung malunya adalah orang tua anda..
~SEKIAN~