Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Ulasan Buku : Nakad Gunung.

Assalamualaikum dan selamat petang semua..!

Aku mengaku sekarang dah susah mahu berjejak kasih singgah ketuk rumah blogger lain. Ehem.. Harap tak ambil hati la dengan perangai aku yang satu ini,okay? 

Jadi marilah kita fokus pada isu utama dalam entri kali ini.


Aku nak buat satu ulasan buku yang baru aku pinjam dari Perpustakaan Klang tidak lama dulu. Sebenarnya ikutkan sepanjang tahun 2015, memang boleh dikira banyak juga la aku buat pinjaman buku sama ada dari perpustakaan Shah Alam dan Klang. Tahun ni paling banyak,pecah rekod peribadi rasanya. Kalau aku rajin mengulas,entah-entah entri blog untuk tahun ini pun banyak,tapi itulah semangat tak ada. Kemalasan.


Sebelum aku merapu dengan mukadimah yang maha panjang,baik kita teruskan ulasan buku.

Baik,buku yang aku nak ulas harini ialah ,



Tajuk : Nakad Gunung.
Penulis : Emin Madi.
Cetakan : 2012
Terbitan : ITBM 
Halaman : 239.
Harga : SM (RM25)& SS(RM30)

Nakad Gunung ini membawa erti 'Mendaki Gunung', perkataan Nakad (bahasa etnik Bajau). Untuk etnik lain yang ada di Sabah,aku kurang pastilah kalau 'Nakad' ni ada membawa makna yang lain dari yang aku nyatakan kat atas.

Awalnya aku menolak untuk meminjam buku ini sebab aku rambang mata,masa pinjam lebih kurang ada 14 buah buku dalam tangan,padahal boleh pinjam 10 buah saja,jadi aku kena pertimbangkan untuk tolak tepi mana-mana yang rasa tak berbaloi untuk dipinjam haritu.
Tapi akhirnya aku pilih juga buku ini untuk sekian kali nya,dulu belek-belek aku selalu abaikan dia. Kesian. 

Cerita dimulakan di mana 5 orang pemuda dari alam mistik,diberikan tugasan membantu manusia yang berada di sebuah negeri ; Sabah la maksudnya. Manusia yang terpilih untuk dibantu ni pun cuma 5 orang,tiap seorang datangnya dari daerah berlainan di Sabah. 

Watak utama dalam novel ni asalnya dari Keningau bernama Ahuar Rasam,kaum Murut,Kota Belud (Azron,Bajau), Ranau (Sambuling,Dusun),Papar (Ismail) dan dari Tawau diwakili oleh Yap.

Setiap dari 5 orang ni tak pernah berjumpa langsung sepanjang mereka hidup tapi mula berkenalan semasa bertemu di lokasi yang ditetapkan oleh si pendekar (pemuda dari alam mistik) untuk menyertai kursus. Misi 5 manusia tu kena mendaki gunung untuk sampai ke puncak (kursus dijalankan di atas gunung kata si pendekar...) Dan untuk ke puncak mereka diberikan beberapa syarat untuk sampai ke sana.

Antaranya, mereka tak boleh berpisah (*kena berlima juga sama-sama sampai ke puncak, berkerjasama),semua kena bersedia dan reda atas setiap semua ujian yang diberikan dalam perjalanan sampai ke puncak),wajib patuhi sebarang syarat atau peraturan yang dikenakan sepanjang laluan ke puncak,kena bawa dan bergilir-gilir batu yang diaorang panggil 'Intan Hati' (yang sebenarnya sangat bernilai)

Maka mereka berlima pun mulalah mendaki. Sepanjang perjalanan tu macam-macam dugaan mereka lalui. Paling banyak terkesan dengan watak si Yap. Haa.. si Yap ni paling banyak ujian menimpa dia sepanjang misi ke atas gunung. Tapi akhir cerita Yap berubah,jadi mualaf selepas apa yang dia lalui dalam misi tu.

Nak tahu lebih jalan ceritanya dapatkan buku ni sendiri la,baru seronok,aku cuma taip mana yang aku ingat.

Berapa bintang untuk buku ini?
Em..,aku kurang pasti tapi yang pasti aku nak beritahulah novel ni berbaloi untuk dibaca..! Tapi aku nak nasihatkan la,mungkin bagi sesetengah orang buku macam ni 'berat' sikit,atau erti kata lain,guna bahasa yang tinggi,mungkin korang boleh bosan membacanya. Dan dalam buku ni penulis banyak menggunakan perkataan dari etnik berlainan di Sabah dalam dialog perbualan,tapi jangan risau,ada maksud/glosari di halaman akhir ya.

Okay,dah aku memang tak pandai mengulas, tapi aku cuba la juga.
Tak pandai lama-lama nanti pandailah ya tak? hehe

Sekian.

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum, Nana,
    Lama tak bertandang ke mari. Jalan citernya macam best. Boleh juga sekali-sekala tukar selera baca buku macam ni :)

    ReplyDelete
  2. kak aiza jarang membaca novel sekarang ini.. rajin nana membaca..

    ReplyDelete