Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Ulasan Buku : Inspirasi Hudhud 1.

Asaslamualaikum dan selamat pagi. :)
*schedule post*

Ya,entri kali ini masih sibuk mengulas pasal buku lagi,aku tiada cerita menarik untuk dikongsikan.
Aku manusia biasa,tiada harta,rupa apatah lagi. Ada cerita pun,tak mahu aku beritahu satu dunia,hahahahambar betul.

Jadi marilah kita berbicara mengenai buku,boleh?

Kali aku nak sentuh pasal buku motivasi/inspirasi yang aku pinjam dari perpustakaan itu hari.
Buku yang aku pinjam,




Tajuk : Inspirasi Hudhud 1.
Penulis : Dr.Shukri Abdullah.
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn.Bhd.
Halaman : 333.
Harga : SM (RM20)& SS(RM22)

Ringkasan ulasan aku,buku ini sangat sesuai dibeli atau buat hadiah kalau korang ada anak remaja/yang masih kecil. Baca setiap hari satu cerita. Sebab dalam buku ini ada 101 kisah inspirasi yang boleh bagi mereka semangat. Tapi kalau korang dah dewasa,nak baca pun tak apa la (*apa aku merapu), pokoknya apa pun yang kita baca,biarlah bacaan yang boleh buatkan kita terfikir sesuatu/maksudnya buat kita terfikir hikmahnya la.

Dalam buku ni ada satu ratus satu cerita,yang sebenarnya selalu atau mungkin kita pernah terbaca cerita yang sama di mana-mana,cuma penulis olah sedikit,versi yang sesuai untuk tarbiah hati. Dan di akhiran setiap cerita,ada sedikit 'moral of the story' / pengajaran yang berkait tersurat atau tersirat dengan cerita. Dan terlupa pula aku,dalam buku ni ada juga diselitkan gambar/ilustrasi di sesetengah cerita. 

Antara sebahagian tajuk cerita yang ada dalam buku ini,

  1. Sentuhan Midas (Kisah raja yang tamak,sentuh semua benda,semua jadi emas).
  2. Apakah yang boleh anda lakukan dengan 1 minit.
  3. Kisah pengunting rambut dan Tuhan.

Cerita semua pendek,ada beberapa buah ja yang panjang,sesuai waktu santai baca.

Sekian.

2 comments:

  1. Ermmm nampak macam best... Raja Midas mengingatkan saya dengan zaman kanak kanak... Beli buku Raja Midas yang tamak. Haha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nana liena,
    Saya suka buku camni, tak terlalu 'berat' utk difahami dan dlm masa yg sama pembaca dpt ikhtibar dari situ. Macam best. Kat MPH mgkn ada, nak carilah.. :-)

    ReplyDelete