Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Semua manusia berdosa.

Kredit
Semua manusia berdosa.
Tiada yang akan terlepas daripada dosa,melainkan yang telah diberikan mandat maksum daripada Allah seperti Rasulullah s.a.w.
Ada bezanya manusia yang beriman dengan manusia yang tidak beriman dalam melakukan dosa.
Hendak melihat sejauh mana keimanan kita,maka kita sepatutnya boleh mengukurnya dari segi layanan kita terhadap dosa.
Orang yang beriman,dia akan bersegera kembali kepada Allah selepas menyedari bahawa dia telah menjauhiNya.
Sedangkan orang yang keimanannya lemah,sakit atau tidak beriman langsung,maka mereka akan terus rasa seronok bergomol di lembah dosa.
Mereka akan melambat-lambatkan urusan mereka untuk pulang kepada Allah.

Kita berada dalam golongan yang mana?
Kita yang  lebih tahu keimanan kita berada di mana,kan?

(Petikan asal dari buku Batu-bata Kehidupan,karya Hilal Asyraf)

Tahniah! Anda Menang..

Asal gambar ni dari sini -> NainNikmat

P.s/ baca dari kiri dulu okay..! #Macambetulmacamtipuja
p.s.s/ Dalam hidup mesti ada sorang dua manusia jenis tak paham bahasa, sakit hati kadang-kadang layan perangai dia,tapi tengok diri sendiri balik,entah2 kita pun sama..!

Adik Bercinta Dengan Siapa Tu?

*schedule post. 
Sejak berbulan2 lamanya terperap dalam draft. 

Nukilan : Naliena
Where I End and You Begin by vhm-Alex
Kredit 

Hai adik!
Kakak nak tanya sikit boleh?
Adik bercinta dengan siapa tu?
Nak kenal boleh?

Si adik tersipu-sipu malu membuatkan kakak hanya tersenyum sinis.
Tahu malu ya, bisik hati kecil si kakak.

Adik berkira-kira untuk membuka mulut,risau rahsia cinta hatinya akan terbongkar.
Kalau satu rumah tahu,jatuh air mukanya. Itu yang dirisaukannya.
Entah bagaimana untuk menceritakan drama rantaian cinta kepada si kakak.

Ini bukan telenovela kak! Ini kisah realiti!
Saya harap kakak tidak sewenang-wenangnya  memberi penilaian atas kisah cinta saya ini!

Nada seakan berbaur ugutan bagi si kakak.
Kakak masih tersenyum sinis. Sabar namun berdebar-debar menanti adik rela membuka mulut tanpa perlu dipaksa lagi.

Kisahnya begini kak,

Dia meluahkan isi hatinya yang terbuku pada saya,saya mendengar dengan penuh gementar kerana ini kali pertama sang arjuna meluahkan rasa cinta dan sayangnya pada saya.
Tentu saja saya teruja dan gembira kak!
Kakak pernah merasakannya bukan? 
Lelaki yang berjaya menarik perhatian kakak menyatakan perasaan yang sama seperti apa yang kak rasakan selama ini. Itu tentu menerujakan!
Gembira tak terkata kak sampaikan saya tidur tak lena memikirkan kata-kata syahdu yang indah lagi puitis si dia saat kami berhubungan.
Dia berjanji untuk sehidup semati,sehari katanya seandainya kami tidak berhubung,hatinya bagai dirobek-robek. Rindunya bukan kepalang. Boleh jadi gila jadinya.
Begitu juga saya kak,tak tertahan hati jika tidak mendengar suara gemersiknya mengungkap kata cinta, melihat redup wajahnya. Berdampingan dengannya..

Saya tidak mampu menolak kerana di saat usia begini saya memerlukan seseorang seperti kawan yang lain. Ada buah hati. Untuk berkongsi semua rasa tanpa banyak bicara.
Saya bahagia dengan dia.
Susah senang kami masih bersama,bertelingkah esok lusa dia pasti memujuk.
Salahkah hubugan kami?

Si kakak mendengar dengan tekun sambil memerhati si adik yang tampak gembira menceritakan segalanya tentang 'cinta sejatinya'.

Kemudian adik menyambung,

Saya sanggup melepaskan segalanya!
Apa pun saya sanggup berikan kepadanya kak!
Wang ringgit atau apa sahaja! Saya tidak peduli apa orang kata kerana mereka orang luar yang tak mengerti apa pun tentang kami!
Kakak tahu? Dia pun sama juga seperti saya sanggup melakukan apa sahaja asalkan kami berdua selesa dalam perhubungan ini. Saya rasa dihargai dan disayangi seperti ratu. Indahnya perasaan ini kak. 

Kakak cuba memahami si adik. Dia pun pernah merasakan hal yang sama cuma nasibnya lebih bertuah tidak terjebak dalam permainan cinta yang penuh dengan rahsia.
Permainan yang disertai dua orang manusia. Menang atau kalah terpulang pada para pemainnya.

Kakak menepuk bahu si adik,menenangkan perasaan adik agar terkawal sambil menghulurkan sekeping kertas.
Puas sudah mendengar cerita cinta yang tak berepisod cukuplah sekadar 'sinopsis' saja,kerana risau akan ada cerita mual terselit dalam cerita cinta adik. 
Kakak tersenyum. Bukan dalam sinis tapi kepuasan. Adik memandang dalam muka kakak. Senang hati. Menghargai. 
Kakak meninggalkan adik keseorangan. Perlahan-lahan adik membuka lipatan kertas yang dihulur kakak tadi. Dengan helaan nafas,adik membaca..


Kertas itu dibelek-belek si adik. Menjenguk kelibat kakak yang berada di perkarangan rumah. Ada masanya pandangan mereka bertembung,sebuah senyuman dihulur kakak. Adik tersenyum nipis.
Masih dihargai. 
Adik mendongak,melihat lautan langit yang membiru. Masih bernyawa lagi dia.
Bersyukur.
Angin bertiupan menyapa pipi gebunya. 
Tidak menyangka masa berlalu pantas. Jam berdetik meninggalkan sesiapa yang terleka. Mengejar pun tidak berguna kerana masa adalah masa. Akan tetap bergerak tanpa lagi menoleh ke belakang.

Huh?

Adik mengeluh. Sepertinya dia menyesali sesuatu.
Entah.
Mungkin kerana berkongsi cerita dengan kakak atau kerana terjebak dalam perangkap cinta.
Atau risau kakak akan menyebarkan ceritanya.
Hanya adik yang tahu.
Kakak memerhati gelagat adik dari jauh. Berharap adik akan faham isi kandungan kertas itu tanpa perlu menafikan getaran rasa.

Kakak dah penat memujuk,tapi kakak belum putus asa kerana kakak sentiasa ada di sisi adik.
Walau apa pun yang berlaku di masa akan datang,kakak masih ada di sini. Di sisi adik. 
Tak kira siapa pun adik di masa akan datang,kakak masih sedia menjadi peneman di kala suka dan duka.
Kita mungkin berubah di masa depan,tapi hati masih menyanyi lagu yang sama.

Jangan takut Allah.
Allah maha adil adik. Dia ada segala kuasa. Jangan lupakan Dia. 
Apa-apa pun kita adalah miliknya.
Kakak mungkin akan ditarik nyawa suatu hari nanti kerana Dia berhak,kakak mohon pada adik,jangan putus asa dengan Dia!
Jeritan batin kakak tersemat kemas di hatinya.

Sekali lagi kakak menjenguk adik di luar,adik melontarkan senyuman manis.
Dan hari itu berlalu dengan kesenangan.
Kakak senang menyatakan rasa hatinya,adik senang kerana dia mempunyai seorang kakak yang memahami dan menghargai dirinya.

Entri tiada kaitan dengan yang hidup,sudah meninggal dunia atau nyawa-nyawa ikan. Aku dulu2 suka mengarang,berangan nak jadi novelis tapi selalu kecundang di tengah jalan,sebab mati akal. Cerita macam entah apa2. Aku memang suka menaip tak tentu arah mood. Tegur2lah ya..
p.s/

  1. Budak-budak zaman sekarang sekolah rendah pun dah pandai bercinta-cinta dari bercita-cita tinggi nak banggakan mak bapak mereka.
  2. Cinta memang buta, nak celikkan cinta, pandai-pandaila belajar dari kehidupan dan tanya yang berpengalaman.
  3. Budak-budak sekarang (*lagi sekali) memang dah 'maju' jadi sebagai abang,kakak,ibu bapa,jiran tetangga atau kenalan tegur2 la budak2 tu,risau dengan zaman sekarang ni macam2 kes berlaku.
  4. ...........................................................................................................................................
         ...........................................................................................................................................
         (*sila isi tempat kosong,terima kasih)