Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Boneka Hidup

*Schedule post ya..

Pernah tengok filem Pinocchio? Atau baca kisah dogeng si patung kayu yang bila menipu hidungnya jadi panjang. Kalau mancung kacak la juga..ehem...

Okaylah, kisah dogeng tu walaupun memanglah merepek semata-mata semestinya ada pengajaran yang boleh kita ambil.

Kredit
1.

Hidup ni jangan biarkan kita selalu diperkotak-katik macam bola. Disepak sana sini tanpa hala tuju.
Dan kita tak boleh juga tunding jari ke arah sesiapa yang membonekakan kita. Lihat dulu pada diri sendiri.
Entah-entah salah kita membiarkan kita diperbodohkan tanpa berani melawan.
Ada orang ni disebabkan kemaluan yang melampau,dia takut atau kurang berani untuk mempertahankan diri dia,macam aku la dulu.
Lemah sangat. Mudah dibuli.
Orang buat apa pun aku kurang kisah walau hati memendam duka.
Pasrah seadanya.
Hanya mampu tersenyum.
Depan senyum,dalam hati mengutuk macam-macam. Belakang nak memberontak bila berdepan lidah terkelu.

2.

Nak tolong orang pun berpada-pada jangan biarkan orang ambil kesempatan.
Zaman sekarang ni macam-macam jenis orang.
Silap pilih kawan,nayalah kau!
Sekali terkena, bangkitlah untuk betulkan keadaan,jangan biarkan kita di paras yang sama.
Digelar bodoh atau dah memang nasib kita.
Tapi sampai bila nak salahkan takdir? Sampai mati ka? Mati dalam penyesalan?
Membiarkan diri diperbodohkan walaupun kita tahu kebenarannya ,bodohlah kita.
Jadi jangan biarkan dirimu diperbodohkan dan janganlah membodohkan orang lain.

Aku ni selalu juga la dibuli daripada membuli,nak melawan aku macam malu-malu kucing.
Belakang bolehlah aku berangan2 kononnya kalau dibuli aku nak melawan la itulah inilah. Bila dah ada peluang,aku diam membantu. Buntu.
Pooodahhhhhhhh.........~!

3.

Hidup ni perlukan kejujuran,mana-mana situasi yang dirasakan perlu, buat la bohong sunat. Lol
Tapi,sekuat mana pun kita kelentong,satu hari nanti mesti terjelepok la.. Sepandai-pandai manusia menipu,akhirnya kantoi juga!
Tak terbongkar pun,kalau hidup menipu orang ja,aman ke hidup??? Mesti sampai ke anak cucu tak habis2 flash back kisah lampau yang suka menipu orang.

4.
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................

(*Sila isi tempat kosong. Terima kasih)


Boneka Hidup sekadar tajuk. Ada apa pada nama neng?

p.s/ Pernah baca kisah 7 ekor hantu?

12 comments:

  1. Haa..betul tuh.. Orang slalu ckp yana ni garang, sbb jd camni xnk org buli kite..

    ReplyDelete
  2. Pengajaran daripada filem pinnochio, kita kena bersyukur yg Allah menutup aib kita walaupun sebanyak manapun dosa yg kita buat dan Allah sentiasa membuka pintu taubat dengan rahmatNya.. jika pencipta kita itu bersifat seperti manusia, dimana kalau kita menipu sikit je terus datang didatangkan bala nauzubillah.. agaknya semua mati disebabkan bala sahaja.

    ReplyDelete
  3. Nombor 1 tu, It's sooooo me. Hahahaha. Susah nak hilangkan sifat tu T_T

    ReplyDelete
  4. Zumal pun selalu dibuli, dari sekolah sampai la kerja... Selalu simpan dalam hati. Sekarang jew rasa macam space nak simpan rasa tu dah berkurang ^_^

    ReplyDelete
  5. nice entry :) hehe..
    yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan :)

    ReplyDelete
  6. 4. selalu maafkan orang. baru hidup lebih tenang. tak ada dendam tak ada dengki.
    forgive and forget walaupun kadang2 sangat susah.

    ReplyDelete
  7. pengajaran yg ke-4. Sayangilah diri sendiri. Jangan sampai apa yg kita lakukan itu memakan diri kita sendiri. fikir dulu, jangan main terjah ja.. terlajak perahu boleh diundur, terlajar kata, panjang hidung jadinya.

    ekeke. ok tak , akak ? heeee... ;)

    ReplyDelete
  8. dah lupa jalan cerita pinocchio ni. just ingat kalau tipu hidung panjang. hehe

    ReplyDelete
  9. Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama2 mencuri :)

    ReplyDelete
  10. tak pernah dengar kisah tu..
    bab tolong orang tu, Ros susah nak bercakap tidak.. emmm...

    ReplyDelete
  11. betul. kalau kita terlalu banyak mengalah. orang akan suka ambil kesempatan. kita kena berani untuk pertahankan diri. even ada orang akan defend kita tapi sampai bila kan..

    no 2 tu pun betul. saya suka tlg orang. tapi bila orang tu x bersyukur, saya terus x kawan dengan dia. simple as that..

    ReplyDelete