Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Random Entry : Bila Dipandang Jelik

Assalamualaikum dan selamat petang.
*Schedule Post.

Kredit : Sarah-BK
Nukilan : Nana Liena

Lihatlah dunia sekelilingmu.
Mungkin nampak indah di matamu.
Saat bersamanya engkau merasakan dunia ini hanya milikmu sorang.
Berkongsi bahagia bersama dia.

Berjalan megah sambil berpimpin tangan.
Hangat tangannya tidak akan membiarkan engkau keseorangan tika itu.
Janji manisnya ibarat gula-gula.
Enak didengar.
Terasa manis sekali.

Tiap janji kosong yang dilontarkan cukup indah.
Engkau lupa.
Walau engkau tahu itu mustahil.
Masih lagi engkau menagih rindu dan cintanya.

Siang malam dikirimkan rasa rindu tanpa jemu.
Engkau lupa.
Mana rindu dan kasihmu pada yang Esa?
Jangan dibilang engkau lupa padaNya.

Bergandingan bersama tanpa rasa dosa.
Saat romantis terasa cepat berlalu.
Halal haram apa engkau peduli?
Segalanya cukup syahdu dan menyenangkan.

Bila dipandang jelik oleh orang,
engkau mempersetankan perasaan malu itu.
Kerana rasa malu itu sudah hilang dalam diri.
Tidak dikisah langsung asalkan hati itu bahagia.

Bila dipandang jelik oleh orang,
engkau hanya membiarkan lontaran suara tidak berpuas hati itu berlalu.
Kerana bagimu itu hanya luahan orang yang cemburu.
Tidak dikisah langsung asalkan engkau dan dia bersama.

Sedarlah,
Engkau sebenarnya cuma bahagia dalam derita.
Kerana derita bakal engkau perolehi di masa hadapan,
jika sekarang engkau terlalai.

Dalam berkasih itu, kita merasakan seolah-olah dunia ini cukup indah walaupun sepanjang hari kita dirundung malang.
Kerana kita merasakan si dia itu ada maka buat apa perlu berduka cita?
Ingatlah sentiasa,dia belum tentu bakal menjadi pebimbing kita ketika melayari bahtera bahagia.
Jangan mudah menyerah segala-galanya walaupun dia berjanji sanggup berenang di lautan api,meredah belukar pilu sekalipun.
Apa yang dijanjikan hari ini belum tentu ditunai kan hanya kerana kita cinta hatinya.
Dia tidak begitu bodoh untuk memperhambakan dirinya untuk kita.
Itu namanya berkorbankah andai dia meminta balasannya?
Sebagai mengenang budi?
Tidak kawan,itu cuma perangkap cintanya.
Jangan biarkan dirimu diperbodohkan dan dikhianati.

Keluarkan rasa cinta palsu itu dari dirimu.
Jika engkau terjebak dalam permainan ini,percayalah masih ada peluang untuk mencari keampunan.
Jalan keluar terbentang luas,cuma engkau yang mampu mengubahnya.
Sesuatu hubungan tidak akan terjadi jika tiada yang memberi dan menerima.
Memberi cinta dan menerima cinta.
Jaga hatimu sebaik mungkin.
Bersabarlah dahulu.
p.s : Ya aku tahu,aku banyak berkongsi puisi/entri berkaitan soal hati.. huhu..ini semua kebetulan. Random entry. Kalau memuakkan anda semua,saya minta maaf,tp saya peduli apa kan? hehehe..gurau ja.

*Nota untuk diri sendiri dan semua !

10 comments:

  1. pabila meluahakn segala isi hati melalui penulisan... bestt! tenang! hehe

    ReplyDelete
  2. akak, akak berbakatlah. ^_^ very nice..

    ReplyDelete
  3. Tak muak! Tak muak! Akak suka je...

    ReplyDelete
  4. Tak memuakkan pun,...jadi peringatan untuk diri :)

    ReplyDelete
  5. 'itu cuma perangkap cinta..'

    betul la tu... jangan percaya sangat... (:

    ReplyDelete
  6. setuju dengan nukilan di atas!
    jangan dibiarkan perasaan mengaburi mata. maruah kena jaga. sampai masa, pasti bahagia.

    ReplyDelete
  7. best best :) suka puisi akak yg ni. cinta tu penuh ngan muslihat sebenarnya

    ReplyDelete
  8. best nya >< memang mendalam betul maknanya.. tapi apa yang sis cakap memang betul.. bercinta cuma manis kalau masa first2 je.. bak kata walid ina, "kalau orang tengah angau bercinta ni, suruh bau kentut dia pun, kita still kata wangi" gelak terbahak2 ina dibuatnya.. tapi, manusia berubah. bila dia nampak seseorang yg lebih daripada kita, dia akan tinggalkan kita.. masa tu, kita sedar sakitnya bukan kepalang untuk lupakan seseorang yg kita sayang dalam hidup ni, yang pernah buat kita bahagia.. jadi, apa yang tinggal? tinggal luka yang dalam entah bila akan sembuh.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum. Stuju dgn nukilan akk !!! 100%...
    Pndapat dri ini... brdoalh dri skrg agar kta dberikn jdoh yg indah. Suatu hri, diajak tahajud brsama, dhuha brsama. SubhanaALLAH, manisnya cnta slepas nikah. Ingtlh, setiap kli brdua psti ada yg ktiga...

    *Nota untuk dri jga* CINTA ALLAH SWT CINTA HAKIKI <3

    ReplyDelete