Search This Blog

HOME KARYA ULASAN BUKU QUOTE'S RESEPI

Puisi Tentang Waktu.

Time Travel by Sortvind
Kredit

Nukilan : Nana Liena 
Hari demi hari.
Masa berganti pantas.
Tanpa kita sedari.
Kita sudah jauh tertinggal.
Putaran waktu terus menerus ke hadapan.
Tidak tertoleh-toleh lagi.
Sedangkan antara kita ada yang terkapai-kapai.
Lemas kerana mengejar waktu yang tidak bisa berhenti.

Begitu juga aku.
Tunggulah aku!
Berikan aku kesempatan sedetik cuma untuk bernafas.
Terlambat sesaat aku hilang segalanya.

Untuk kita semua!
Yang sibuk mengejar bekalan dunia.
Yang bekalan akhiratnya entah sebanyak mana.
Ingatlah!
Waktu tidak pernah terhenti.
Dan maut tidak dapat ditunda sepertimana kita biasa menunda masa.
Rebutlah waktu untuk kembali kepada fitrah hidup.
Rebutlah waktu untuk kembali bertaubat.
Kerana pastinya kita tidak mahu mati dalam sia-sia.

*schedule post

5 comments:

  1. Replies
    1. Akak memang suka baca karya begini.
      Kita manusia sama ada dihambat masa atau kita yang menghambat masa :)

      Delete
  2. akak ! masuk dlm hati bait2 kata akak.. (Y) suke2...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.

    Dan maut tidak dapat ditunda wlaupun sesaat. ... smoga kta smpat kmbli kepda fitrah. InshaALLAH ! :)

    ReplyDelete